Anda di halaman 1dari 2

Angka Giliran : 2019272340002 MUZK3233

Antara teknik vokal yang perlu dilaksanakan oleh Cikgu Amin adalah dengan
meningkatkan intonasi murid-murid. Intonasi merujuk kepada ketepatan pic seseorang semasa
menyanyi lagu. Bagi menambahbaikkan intonasi murid-murid, Cikgu Amin boleh menjalankan
latihan nyanyian solfa agar murid-murid boleh mendapatkan jeda pic yang betul. Berdasarkan
skor lagu tersebut, antara not nyanyian solfa dalam nada G Major yang telah digunakan ialah Do,
Re, Mi, So. Cikgu Amin juga boleh memperkenalkan pic-pic tersebut dengan menggunakan
isyarat tangan semasa mengajar lagu tersebut agar murid-murid dapat mengingati melodi lagu
tersebut dengan mudah dan cepat.

Selain itu, Cikgu Amin juga perlulah memastikan murid-murid sentiasa berdiri dalam
postur badan yang betul. Hal ini disebabkan postur yang baik dapat membantu pernafasan
diaframa yang betul. Murid-murid perlulah berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu. Salah

m
satu kaki boleh diletakkan sedikit ke hadapan dan tangan diletakkan di sisi badan dalam keadaan

er as
yang selesa. Belakang badan dan kepala sentiasa berada dalam keadaan yang lurus. Elakkan

co
eH w
dari mendongak atau menunduk untuk menghasilkan ton yang tinggi atau terlalu bawah.

o.
rs e
Teknik vokal yang seterusnya perlu dilaksanakan oleh Cikgu Amin adalah dengan
ou urc
meningkatkan teknik resonan dalam kalangan murid-murid. Berdasarkan skor lagu tersebut, pic
yang terendah ialah not D yang dapat dilihat pada bar 4 manakala pic yang tertinggi ialah not D,
o

not ketiga dalam bar 7 dalam skor lagu tersebut. Oleh hal yang demikiran, Cikgu Amin perlulah
aC s

mengajar murid-murid untuk menggunakan resonan dada semasa menyanyikan pic yang rendah,
vi y re

resonan muka untuk pic yang sederhana tinggi dan resonan kepala semasa menyanyikan pic
yang tinggi agar dapat menghasilkan nada pic yang tepat.
ed d

Pada masa yang sama, Cikgu Amin juga wajar meningkatkan teknik vokal murid-murid
ar stu

seperti artikulasi. Hal ini disebabkan artikulasi berfungsi untuk memberi impak ke atas permulaan
setiap permulaan frasa lagu dalam sesebuah nyanyian yang juga dikenali sebagai “attack”. Oleh
itu, hal ini adalah penting untuk murid-murid mempunyai artikulasi yang baik. Bagi meningkatkan
is

artikulasi murid-murid, Cikgu Amin perlulah memastikan sebutan bunyi vokal dan konsonan
Th

murid-murid adalah jelas dalam nyanyian serta penggunaan alat artikulator seperti bibr, lidah, gigi
dan rongga mulut yang betul semasa nyanyian. Sebagai contohnya, bentuk mulut AH mewakili
sh

vokal a, AE mewakili vokal e, OO mewakili vokal u, EE mewakili vokal i manakala OH mewakili


vokal o. Hal ini dapat meningkatkan kualiti nyanyian murid-murid.

Di samping itu, artikulasi juga berkait rapat dengan ekspresi. Hal ini disebabkan artikulasi
dapat menjadikan nyanyian lebih berdinamik dan membawa mud yang berkesan kepada lagu.

This study source was downloaded by 100000823366366 from CourseHero.com on 05-19-2021 00:24:43 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86039672/2019272340002-Esei-no2-pdfpdf/
Angka Giliran : 2019272340002 MUZK3233

Sebagai contohnya, murid-murid dikehendaki menyanyikan bar 1 ke bar 2 dengan suara yang
sederhana kuat, bar 3 hingga bar 4 dengan suara yang sederhana lembut, bar 5 ke bar 6 dengan
suara yang sederhana kuat dan suara yang beransur kuat bagi bar 7 hingga 8.

Selanjutnya, artikulasi juga merangkumi stail persembahan sesebuah nyanyian. Stail


persembahan dapat dikesan daripada skor lagu tersebut ialah “legato” yang memerlukan murid-
murid untuk menyanyikan lagu secara licin dan tanpa terputus bagi suatu frasa lagu. Misalnya,
murid-murid perlulah menyanyikan frasa lagu yang bermula dari bar 1 hingga 2, bar 3 hingga 4,
bar 5 hingga 6 secara licin. Oleh itu, pernafasan yang baik amat diperlukan untuk menghasilkan
artikulasi yang baik.

Bagi mendapatkan pernafasan yang baik, latihan pernafasan seperti pernafasan diaframa
boleh dijalankan. Murid-murid akan menarik nafas selama dua kiraan dan menahan nafas selama

m
er as
empat kiraan. Udara akan masuk ke dalam ruang paru-paru. Diaframa yang berbentuk kubah

co
akan terletak secara melintang di bahagian bawah paru-paru. Perut akan berkembang. Kemudian,

eH w
murid-murid akan menghembus nafas selama 8 kiraan. Semasa menghembus nafas, diaframa

o.
rs e
yang berbentuk kubah akan menaik dan menyebabkan tekanan udara yang terdapat di dalam
ou urc
badan menjadi tinggi dan udara akan keluar melalui hidung dan mulut. Kesannya, artikulasi
murid-murid bukan sahaja dapat ditingkatkan malah membolehkan murid-murid untuk
o

menyanyikan suatu frasa lagu dengan selesa dan mudah.


aC s
vi y re
ed d
ar stu
is
Th
sh

This study source was downloaded by 100000823366366 from CourseHero.com on 05-19-2021 00:24:43 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/86039672/2019272340002-Esei-no2-pdfpdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai