Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN LATIHAN PERMAINAN

Mata pelajaran : Kokurikulum - Olahraga


Tarikh : 20/03/2020
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Kelas : 6 Cempaka
Tajuk : Lompat Tinggi
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya 90
peratus murid dapat melakukan lompat tinggi dengan teknik
yang betul.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyaksikan acara lompat tinggi di sekolah semasa
hari sukan
Alatan :

Prosedur latihan :
1. Memanaskan badan
2. Aktiviti latihan/ansur maju
3. Latih tubi
4. Permainan kecil
5. Menyejukkan badan

KOMPONEN/MASA AKTIVITI/KETERANGAN GAMBAR RAJAH

Memanaskan badan Guru memberi penerangan tentang


(10 Minit) kaedah latihan untuk aktiviti lompat tinggi
iaitu latihan untuk kekuatan bahagian kaki.

a. Quadriceps
b. Gastrocnemius
1. Murid diminta untuk berada dalam
kawasan yang telah ditanda
dengan kon.
2. Seorang murid akan menjadi datok
harimau dan yang lain akan
menjadi mangsa.
3. Harimau akan mengejar mangsa
dan menangkap mangsa
sehinggalah semuanya dapat
ditangkap.
4. Mangsa hanya boleh berlari dalam
kawasan yang telah ditetapkan
sahaja.

Aktiviti kemahiran 1. Murid dibahagikan kepada dua


kumpulan dan diminta untuk
-Ansur maju membentuk dua barisan lurus
(15 minit) menghadap guru.
2. Murid dari kedua – dua barisan
diminta berlari setiap kali tiupan
wisel dengan membuka langkah
untuk larian sejauh 10 meter ke
stesen kedua.
3. Di stesen kedua, murid berlari
sambil mengangkat tinggi lutut
menuju ke stesen ketiga.
4. Murid berlari tiga langkah dan
membuat lonjakan setinggi yang
boleh untuk mendarat ke dalam
gelung di garisan penamat.
Aktiviti latih tubi 1. Murid berdiri lurus dan tegak di
(10 minit) atas bangku yang terletak di
hadapan tilam.
2. Murid berdiri dengan
membelakangkan tilam.
3. Murid melonjakkan badan ke atas
tilam sambil mendarat dengan
belakang badan.
4. Tangan dihayunkan ke atas dan
lutut dibengkokkan

Permainan Kecil 1. Murid berlari ke arah tilam


(15 minit) 2. Murid membuat lonjakan badan
untuk melepasi palang setinggi 1m
3. Murid menghayunkan tangan ke
atas sambil melentikkan badan,
lutut, diangkat dan dibengkokkan
untuk melepasi palang
4. Mendarat dengan bahagian
belakang badan

Menyejukkan badan 1. Murid membentuk separa bulatan.


(10 minit) 2. Sesi menyejukkan badan dengan
iringan muzik.
3. Guru menyatakan kesilapan –
kesilapan teknik semasa
melakukan lompat tinggi.
4. Sesi soal jawab antara guru
dengan murid - mengenal pasti
otot utama yang digunakan dalam
lompat tinggi.
5. Mengemas semula alatan

Anda mungkin juga menyukai