Anda di halaman 1dari 3

Definisi autisme daripada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)

menjelaskan bahawa autism berpunca daripada kecelaruan neurologikal otak sehingga


menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa, dan komunikasi, sosial
dan emosi. Justeru, menurut Jamila K.A. Mohamed (2005) menyatakan ciri-ciri masalah
komunikasi kanak-kanak autisme adalah mereka tidak boleh bertutur, lambat bercakap,
mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang serta bercakap dalam
nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot. Selain itu, berkemungkinan
mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya serta hanya menunjuk dengan
jari apa yang dihajati.

Sehubungan itu, bagi mengesan autisme seawal mungkin adalah penting kerana
kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas
pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi
dan kemahiran sosial berbanding mereka yang dikesan lewat. (Zaitie Satibi, 2017). Justeru,
seseorang guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam membantu perkembangan
kanak-kanak autisme. Bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak masalah autism adalah
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi
bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, guru mengadakan satu aktiviti yang diberi nama “Actor The Song”.
Aktiviti ini sesuai dilakukan di kawasan yang luas seperti di taman, padang dan dewan.
Selain itu, aktiviti ini melibatkan aktiviti berkumpulan. Seterusnya, aktiviti ini memerlukan
kanak-kanak mewarna dan melukis untuk menghasilkan topeng serta menyanyi lagu dengan
mengayakan watak di dalam lagu tersebut. Sehubungan itu, peralatan yang diperlukan
adalah, pensil warna, pensil, kaset, kertas A4, gunting dan getah. Bagi melaksanakan
aktiviti ini, pada awalnya guru akan menunjukkan gambar haiwan dan meminta murid-murid
menyebut nama-nama haiwan yang ditunjukkan. Kemudian murid-murid diminta membuat
topeng haiwan yang dikehendaki serta menghiasi topeng haiwan yang diciptakan dengan
menggunakan daya kreativiti mereka sendiri dengan bantuan guru. Secara tidak langsung,
meningkatkan keupayaan interaksi dengan alam sekitar serta menguatkan daya imaginasi
kanak-kanak autisme.

Seterusnya, selesai sahaja aktiviti membuat topeng haiwan, murid-murid diminta


menyanyikan lagu bertemakan ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramai di dalam sambil
membuat gaya pergerakan. Oleh itu, murid-murid diminta membuat satu bulatan yang besar
dengan memakai topeng haiwan masing-masing. Sehubungan itu, apabila seekor haiwan
disebut murid-murid yang memakai topeng haiwan tersebut diminta berada di tengah-tengah
bulatan sambil membuat gaya dan membunyikan bunyi haiwan tersebut. Contohnya, apabila

1
lagu dinyanyikan di bahagian “dikebun ada lembu” jadi murid yang memakai topeng lembu
akan berada ditengah-tengah bulatan sambil mengayakan watak lembu serta membuat
bunyi lembu seperti “booo.. booo..”. Oleh itu, aktiviti pergerakan dengan menggayakan
pergerakan berdasarkan lagu sekali gus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan
kanak-kanak autisme. Tanpa disedari, dengan aktiviti ini, secara perlahan melatih kanak-
kanak autisme untuk berkomunikasi dengan lebih baik agar nada-nada yang pelik tidak
dibunyikan lagi serta meningkatkan kemahiran bertutur. Oleh itu, sebagai guru pendidikan
khas disamping dapat meningkatkan komunikasi kanak-kanak autisme malah kebosanan
dapat dielakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana aktiviti seperti
ini dapat menarik minat murid-murid terutama murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaranseperti kanak-kanak autisme.

Kesimpulannya, aplikasi seni visual dan muzik dalam pengajaran sememangnya


amat penting untuk diaplikasikan oleh guru bagi membantu meningkatkan kemahiran
komunikasi kanak-kanak khas seperti autisme disamping membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat murid-murid mengikuti
pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan perkembangan diri murid itu sendiri apabila
terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, seni
visual menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estetika disamping menyumbang
kepada kepuasan diri. Selain itu, meningkatkan keupayaan interaksi dengan alam sekitar
serta menikmati keseronokan menjalani aktiviti dan menguatkan daya imaginasi. Manakala
muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia.
Sehubungan itu, ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta
perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan. Selain itu, muzik juga memberi kesan
interaksi antara sesama individu.  Justeru, seni visual dan muzik sangat berperanan dalam
meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid bermasalah pembelajaran malah seni dan
muzik membantu murid-murid khas dalam pelbagai aspek seperti kognitif, komunikasi,
soasial dan emosi.

2
Rujukan
Azie. (2009). Terapi Muzik dan Seni Suaian. Muat turun pada Mac 6 daripada
https://www.scribd.com/doc/14066683/Terapi-Muzik-Dan-Seni-Suaian

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Buku Panduan


Pengurusan Tingkah Laku Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Rendah & Menengah. Kuala Lumpur: Nasional Melaysia Berhad.

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Bentong:
PTS Profesional Publishing.

Julia. ( ). Autisme. Muat turun Pada Mac 6 dariapda


https://cikgucikgijulia.wordpress.com/jenis-pelajar/autisme/

Lee Jun Yi. (2014). Terapi Muzik untuk Kanak-Kanak Pendidikan Khas. Muat Turun pada
Mac 6 daripada http://junyimusictherapy.blogspot.my/p/terapi-yang-sesuai-dengan-
murid-pkhas.html

Nurul Aida. (2010). Aplikasi Seni Dalam Pengajaran. Muat turun pada Mac 6 daripada
http://wwwnurulaida.blogspot.my/2010/10/tugasan-individu-aplikasi-seni-dalam.html

Zaitie Satibi. (2017). Mengenali Tanda Autisme. MyMetro. Muat Turun pada Mac 6
daripada https://www.hmetro.com.my/node/218009

Anda mungkin juga menyukai