Anda di halaman 1dari 8

Ulangkaji Soalan Objektif

TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAB 1- BAB 7

1. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk


memberi maksud civilization kecuali.

A Hadarah
B Harakah
C Maddana
D Umran

2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali:

A Hayat penghidupan stabil yang panjang.


B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya
penciptaan sains dan teknologi.
C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan anggota masyarakatnya.
D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang
dimaksudkan:.

I Tamadun Mistik.
II Tamadun Intelektual.
III Tamadun Materialistik.
IV Tamadun berasaskan wahyu.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D Semua di atas.
4. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu,
kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan
sebagai:

A Toleransi peradaban.
B Pertemuan peradaban.
C Interaksi antara peradaban.
D Pertembungan peradaban (the clash of civilization).

5. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada


kemunculan sesebuah tamadun?

I Kesengsaraan hidup.
II Kemenangan di dalam peperangan.
III Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D Semua di atas.

6. Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama


sesebuah tamadun.

A Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan


sistem tulisan yang tersendiri.
B Kewujudan sebuah sistem sosial meliputi politik, perekonomian dan
pendidikan yang tersusun.
C Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh
masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.
D Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota atau sistem (Madinah).

7. Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban


yang paling jelas berlaku dalam banyak Tamadun. Antara faktor-faktor
berikut, yang manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?

I Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.


II Faktor geografi; Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada
interaksi contohnya Tamadun Melaka.
III Faktor perdagangan; pengalaman berinteraksi melalui
perdagangan akan menyebabkan tamadun berkenaan lebih
terbuka.
IV Faktor kepimpinan; contohnya Maharaja Jepun; Maharaja Meiji
berpendapat untuk mengelak dari dijajah Jepun perlu berinteraksi
dengan Barat. Jepun hanya mahu ilmu barat sahaja.

A I, II dan III.
B II, III dan IV.
C I, II dan IV.
D Semua di atas.

8. Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek


dan Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan
dan berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh
kepincangan dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut
manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepincangan tersebut.

A Bencana alam dan penyakit yang teruk


B Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.
C Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.
D Pembinaan monumen-monumen besar yang menggambarkan
kemewahan.

9. Berikut menerangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh


kehidupan manusia dalam mewujudkan kehidupan yang bertamadun.

I Peperangan.
II Konflik antara agama dan kaum.
III Kemelesatan ekonomi dunia dan negara.
IV Kegawatan sosial.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D I, II, III dan IV.

10 Antara berikut yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam


bentuk yang negatif.

A Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsnunami.


B Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat membawa
kepada berlakunya Perang Salib (1096-1291).
C Perletakkan jawatan sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan
oleh golongan rakyat.
D Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang
gagal.

TOPIK 2 : TAMADUN ISLAM


BAB 1 : ISLAM DALAM TAMADUN MANUSIA

Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam mengenai konsep


1.
kehidupan manusia sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan
yang SALAH tentang konsep kehidupan manusia.

A Manusia adalah makhluk yang paling mulia dalam aspek rohani dan
jasmani.
B Manusia telah mengakui keesaan Allah swt ketika di alam Roh.
C Kehidupan di alam barzakh akan mempengaruhi alam dunia seperti
penjelmaan semula dan berkomunikasi.
D Setiap amalan manusia di dunia akan mendapat balasan di hari akhirat
kelak.

2. Berikut adalah kenyataan yang tidak benar mengenai hakikat alam


Barzakh.

I Bahagia atau derita bergantung amalan semasa di alam dunia.


II Roh akan mempengaruhi alam dunia seperti berinteraksi dan
sabagainya.
III Terpisah di antara Roh dan Jasad .
IV Ruh berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di
dunia.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D I, II, III dan IV.

Matlamat tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan mengikut


3.
urutan keutamaan iaitu :

I Aqal Fikiran
II Nyawa (Hak Hidup).
III Kehormatan dan keturunan.
IV Hak dan kebebasan.
V Harta Benda .

A. I, II, III, IV,V


B. II, I, III, IV,V
C. I, II, III, V, IV
D. II, I, III,V, IV.

BAB 2 : KONSEP TAMADUN ISLAM

1. Tamadun Islam adalah tamadun yang berteraskan aqidah tauhid, Berikut


adalah penyataan yang benar tentang aqidah tauhid dalam
tamadun Islam KECUALI

A Mengesakan Allah SWT sebagai ILAH pada keyakinan, ucapan dan


pengamalan seharian.
B Garis pemisah membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain.
C Ikatan yang menghubungkan semua nabi dan rasul.
D Melahirkan sifat taqlid dan jumud kepada umat Islam.

2. Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam sebagai asas


perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang pandangan
semester Islam

A Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan umat Islam.


B Islam adalah ajaran yang mengandungi aspek aqidah, syariah dan
akhlak.
C Setiap amalan manusia di dunia akan direkodkan dan akan mendapat
balasan di hari akhirat kelak.
D Tujuan manusia diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah swt.

3. Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah


penyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun Islam KECUALI

A Panduan dalam kehidupan individu dengan tuhannya, berkeluarga,


bermasyarakat dan bernegara.
B Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik Islam
C Terdapat unsur yang berbentuk fleksible berdasarkan kesuaian masa,
tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam.
D Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah saw ke
Madinah.

4. Berikut adalah kenyataan yang terdapat dalam cirri-ciri khusus dalam


Tamadun Islam. Pilih kenyataan yang SALAH tentang cirri-ciri
khusus Tamadun Islam

A Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan


peraturan secara mutlak daripada Allah swt

B Alamiyyah bermaksud persamaan sesama manusia yang berbilang


bangsa, kaum dan darjat. Umat manusia di setiap tempat dan zaman,
tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan
geografi.

C Konsep toleransi Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan


sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain
dalam tamadun tersebut

D Konsep tabieyyah tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif dan sifat


semula jadi yang ada pada manusia seperti memerlukan panduan
kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan
dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga,
masyarakat dan negara

BAB 3 : PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

9. Pilih kenyataan yang tepat tentang Tamadun Jahiliyyah menurut pandangan


Said Hawa

A Kemajuan masyarakat berpegang teguh dengan perasaan asabiyyah


B Kemajuan metarial tanpa mengambil kira aspek moral
C Kemajuan fizikal yang menolak kefahaman agama
D Kemajuan masyarakat tanpa ada kekuatan jatidiri

10 Pada zaman Jahiliyah, struktur masyarakat arab Hadhari (tinggal dibandar)


dan Badwi (tinggal di padang pasir) tertakluk kepada sistem yang
berlandaskan semangat Asabiyah .Berikut adalah kenyataan yang benar
tentang asabiyah KECUALI

A Pertalian darah dan keturunan


B Semangat kejiranan
C Memandang hina khabilah lain
D Perasaan setiakawan

BAB 4 : PENDIDIKAN DALAM TAMADUN ISLAM


1. Beberapa istilah yang berkaitan dengan definisi pendidikan Islam selain dari
tarbiah ialah:

A talim, tadib, irsyad dan tadris


B talim, taqrib, irsyad dan tadris
C talim, tadib, takhrij dan tadris
D talim, tadib, tahdis dan tadris

2. Pelbagai istilah dalam pengertian pendidikan Islam yang perlu difahami,


dihayati dan diaplikasikan untuk membina generasi Islam yang sempurna.
Pilih kenyataan yang SALAH tentang istilah pendidikan Islam.

A. Tarbiyyah ialah proses membentuk keperibadian manusia dari


satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir
iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas
kepada Allah s.w.t.

B. Talim ialah proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada


manusia untuk merealisasikan fungsi , tugas dan statusnya sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini.

C. Tadib ialah proses mendidik manusia agar mampu


memperkembangkan segala potensi ke arah pembentukan
tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki
oleh Islam.

D. Irsyad bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh


seseorang kepada penuntut tentang sesuatu subjek

Anda mungkin juga menyukai