Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAB 1- BAB 7

1. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan di dalam Bahasa Arab untuk


memberi maksud “civilization” kecuali….

A Hadarah
B Harakah
C Maddana
D Umran

2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali:

A Hayat penghidupan stabil yang panjang.


B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya
penciptaan sains dan teknologi.
C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan anggota masyarakatnya.
D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang
dimaksudkan:.

I Tamadun Mistik.
II Tamadun Intelektual.
III Tamadun Materialistik.
IV Tamadun berasaskan wahyu.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D Semua di atas.

4. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu,


kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan
sebagai:

A Toleransi peradaban.
B Pertemuan peradaban.

1
C Interaksi antara peradaban.
D Pertembungan peradaban (the clash of civilization).

5. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada


kemunculan sesebuah tamadun?

I Kesengsaraan hidup.
II Kemenangan di dalam peperangan.
III Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D Semua di atas.

6. Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama


sesebuah tamadun.

A Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan


sistem tulisan yang tersendiri.
B Kewujudan sebuah sistem sosial meliputi politik, perekonomian dan
pendidikan yang tersusun.
C Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh
masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.
D Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota atau sistem (Madinah).

7. Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban


yang paling jelas berlaku dalam banyak Tamadun. Antara faktor-faktor
berikut, yang manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?

I Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.


II Faktor geografi; Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada
interaksi contohnya Tamadun Melaka.
III Faktor perdagangan; pengalaman berinteraksi melalui
perdagangan akan menyebabkan tamadun berkenaan lebih
terbuka.

2
IV Faktor kepimpinan; contohnya Maharaja Jepun; Maharaja Meiji
berpendapat untuk mengelak dari dijajah Jepun perlu berinteraksi
dengan Barat. Jepun hanya mahu ilmu barat sahaja.

A I, II dan III.
B II, III dan IV.
C I, II dan IV.
D Semua di atas.

8. Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek


dan Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan
dan berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh
kepincangan dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut manakah
BUKAN menunjukkan ciri-ciri kepincangan tersebut.

A Bencana alam dan penyakit yang teruk


B Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.
C Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.
D Pembinaan monumen-monumen besar yang menggambarkan
kemewahan.

9. Berikut menerangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh


kehidupan manusia dalam mewujudkan kehidupan yang bertamadun.

I Peperangan.
II Konflik antara agama dan kaum.
III Kemelesatan ekonomi dunia dan negara.
IV Kegawatan sosial.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D I, II, III dan IV.

10 Antara berikut yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam


bentuk yang negatif.

A Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsnunami.


B Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat membawa
kepada berlakunya Perang Salib (1096-1291).

3
C Perletakkan jawatan sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan
oleh golongan rakyat.
D Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang
gagal.

TOPIK 2 : TAMADUN ISLAM


BAB 1 : ISLAM DALAM TAMADUN MANUSIA

1. Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam mengenai konsep


kehidupan manusia sebagai asas perkembangannya. Pilih kenyataan yang
SALAH tentang konsep kehidupan manusia.

A Manusia adalah makhluk yang paling mulia dalam aspek rohani dan
jasmani.
B Manusia telah mengakui keesaan Allah swt ketika di alam Roh.
C Kehidupan di alam barzakh akan mempengaruhi alam dunia seperti
penjelmaan semula dan berkomunikasi.
D Setiap amalan manusia di dunia akan mendapat balasan di hari akhirat
kelak.

2. Berikut adalah kenyataan yang tidak benar mengenai hakikat alam


Barzakh.

I Bahagia atau derita bergantung amalan semasa di alam dunia.


II Roh akan mempengaruhi alam dunia seperti berinteraksi dan
sabagainya.
III Terpisah di antara Roh dan Jasad .
IV Ruh berkuasa terhadap kehidupan manusia yang masih hidup di
dunia.

A I, II dan III.

4
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D I, II, III dan IV.

3. Matlamat tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan mengikut


urutan keutamaan iaitu :

I Aqal Fikiran
II Nyawa (Hak Hidup).
III Kehormatan dan keturunan.
IV Hak dan kebebasan.
V Harta Benda .

A. I, II, III, IV,V


B. II, I, III, IV,V
C. I, II, III, V, IV
D. II, I, III,V, IV.

BAB 2 : KONSEP TAMADUN ISLAM

1. Tamadun Islam adalah tamadun yang berteraskan aqidah tauhid, Berikut


adalah penyataan yang benar tentang aqidah tauhid dalam tamadun Islam
KECUALI

A Mengesakan Allah SWT sebagai ILAH pada keyakinan, ucapan dan


pengamalan seharian.
B Garis pemisah membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain.
C Ikatan yang menghubungkan semua nabi dan rasul.
D Melahirkan sifat taqlid dan jumud kepada umat Islam.

2. Tamadun Islam menjadikan pandangan semester Islam sebagai asas


perkembangannya. Pilih kenyataan yang SALAH tentang pandangan
semester Islam

A Al-Quran sebagai satu-satunya sumber rujukan umat Islam.


B Islam adalah ajaran yang mengandungi aspek aqidah, syariah dan
akhlak.
C Setiap amalan manusia di dunia akan direkodkan dan akan mendapat
balasan di hari akhirat kelak.
D Tujuan manusia diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah swt.

5
3. Syariah adalah intipati asas dalam tamadun Islam. Berikut adalah
penyataan yang benar tentang Syariah dalam tamadun Islam KECUALI

A Panduan dalam kehidupan individu dengan tuhannya, berkeluarga,


bermasyarakat dan bernegara.
B Asas perkembangan sistem sosial, ekonomi dan politik Islam
C Terdapat unsur yang berbentuk fleksible berdasarkan kesuaian masa,
tempat, budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam.
D Berkuatkuasa sepenuhnya sebelum penghijrahan Rasulullah saw ke
Madinah.

4. Berikut adalah kenyataan yang terdapat dalam cirri-ciri khusus dalam


Tamadun Islam. Pilih kenyataan yang SALAH tentang cirri-ciri khusus
Tamadun Islam

A Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan


peraturan secara mutlak daripada Allah swt

B Alamiyyah bermaksud persamaan sesama manusia yang berbilang


bangsa, kaum dan darjat. Umat manusia di setiap tempat dan
zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa
ataupun sempadan geografi.

C Konsep toleransi Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan


sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak
bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain
dalam tamadun tersebut

D Konsep tabieyyah tamadun Islam memupuk sifat-sifat positif


dan sifat semula jadi yang ada pada manusia seperti
memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan
dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif,
bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan
negara

6
BAB 3 : PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

9. Pilih kenyataan yang tepat tentang Tamadun Jahiliyyah menurut pandangan


Said Hawa

A Kemajuan masyarakat berpegang teguh dengan perasaan asabiyyah


B Kemajuan metarial tanpa mengambil kira aspek moral
C Kemajuan fizikal yang menolak kefahaman agama
D Kemajuan masyarakat tanpa ada kekuatan jatidiri

10 Pada zaman Jahiliyah, struktur masyarakat arab Hadhari (tinggal dibandar)


dan Badwi (tinggal di padang pasir) tertakluk kepada sistem yang
berlandaskan semangat ’Asabiyah’ .Berikut adalah kenyataan yang benar
tentang asabiyah KECUALI

A Pertalian darah dan keturunan


B Semangat kejiranan
C Memandang hina khabilah lain
D Perasaan setiakawan

7
BAB 4 : PENDIDIKAN DALAM TAMADUN ISLAM
1. Beberapa istilah yang berkaitan dengan definisi pendidikan Islam selain dari
”tarbiah” ialah:

A ta’lim, ta’dib, irsyad dan tadris


B ta’lim, taqrib, irsyad dan tadris
C ta’lim, ta’dib, takhrij dan tadris
D ta’lim, ta’dib, tahdis dan tadris

2. Pelbagai istilah dalam pengertian pendidikan Islam yang perlu difahami,


dihayati dan diaplikasikan untuk membina generasi Islam yang sempurna.
Pilih kenyataan yang SALAH tentang istilah pendidikan Islam.

A. Tarbiyyah – ialah proses membentuk keperibadian manusia dari


satu tahap ke satu tahap sehingga mencapai matlamat terakhir
iaitu insan yang sempurna mengabdikan diri dengan tulus ikhlas
kepada Allah s.w.t.

B. Ta’lim – ialah proses pengajaran atau pemindahan ilmu kepada


manusia untuk merealisasikan fungsi , tugas dan statusnya sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini.

C. Ta’dib – ialah proses mendidik manusia agar mampu


memperkembangkan segala potensi ke arah pembentukan
tatasusila perlakuan atau adab sebagaimana yang dikehendaki
oleh Islam.

D. Irsyad – bermaksud pengajaran yang dilakukan oleh


seseorang kepada penuntut tentang sesuatu subjek

8
3. Menurut Imam al-Ghazali terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan
untuk mendidik akhlak. Pilih kenyataan yang SALAH tentang kaedah
pembentukan akhlak menurut al-Ghazali.

A Kaedah mujahadah (perjuangan) dan riyadah (latihan).


B Kaedah ideal dan realistik.
C Kaedah Observarsi dan Pergaulan.
D Kaedah memperbaiki kelemahan sendiri.

4. Al-Ghazali telah banyak memberikan sumbangannya dalam kajian


berkenaan dengan jiwa manusia. Pilih kenyataan yang SALAH tentang
kajian psikologi menurut al-Ghazali

A Kajian tentang kebiasaan dan pembentukannya.


B Kajian tentang kemahuan dan kepelbagaian.
C Kajian tentang pengamatan dan kepelbagaian.
D Kajian tentang ingatan dan cara mengekalkannya.

TOPIK 3 : ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANANNYA


DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

BAB 1 : PENGENALAN TAMADUN MELAYU

1. Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk dan dirujuk


kepada sekelompok manusia

I yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman di Alam Melayu.


II yang menggunakan bahasa dari keluarga bahasa Austronesia.
III yang berasal dari rumpun bangsa Kepulauan Melayu-
Indonesia.
IV yang mempunyai asas kehidupan sama tetapi berbeza dari
segi pengaruh alam persekitaran.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

9
2. Walaupun istilah Melayu dibezakan oleh ruang yang luas dan dipisahkan
oleh laut dan selat namun takrifan Melayu boleh dilihat dari sudut

I bangsa.
II bahasa.
III wilayah.
IV pekerjaaan.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

3. Berikut adalah BENAR tentang faktor-faktor penyatuan orang Melayu Islam.

I Migrasi.
II Agama Islam.
III Asas budaya yang tidak sama.
IV Ekonomi bersifat perdagangan.

A I dan II.
B I dan IV.
C II dan III.
D III dan IV.

4. Berikut adalah BENAR tentang pandangan semesta Melayu ketika pra-


agama Hindu dan Buddha.

I Berpegang kepada kepercayaan animisme dan dinamisme.


II Membesarkan dewa-dewa yang dikaitkan dengan status raja.
III Upacara penyembahan keagamaan mengalami proses
sinkristisme.
IV Percaya kepada roh nenek moyang yang dikenali sebagai
hyang, poyang atau moyang.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

10
5. Pada pandangan masyarakat Melayu tradisional, pandangan semesta
mereka dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya sifat fizikal alam
sekeliling yang menyatakan hutan itu

I penuh misteri.
II tidak mempunyai pemilik.
III dapat membekalkan makanan.
IV tidak boleh dimusnahkan kerana ada akan menganggu
makhluk halus yang tinggal di dalamnya

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

1. Penyebaran agama Islam di Nusantara menjadi mudah kerana

I Karisma raja yang menjadi ikutan rakyat.


II Ajaran Islam rasional dan mudah difahami.
III Kekuatan kuasa ketenteraan kerajaan Melayu Melaka.
IV Peranan golongan pedagang-pedagang Arab dan bangsawan.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

2. Berikut adalah BENAR tentang teori kedatangan Islam dari India.

I Batu nisan Sultan Malikul Salleh Pasai sebagai bukti.


II Dipercayai tersebar dahulu di Pantai Timur Tanah Melayu.
III Pendapat ini dikemukakan oleh S.Q Fatimi, R.A Kern dan
Snouck Hugronje.
IV Pelabuhan Gujerat memainkan peranan penting dalam
penyebaran Islam melalui perdagangan.

11
A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

3. Berikut adalah BUKAN pusat-pusat Tamadun Melayu-Islam.

A Perlak.
B Acheh.
C Majapahit.
D Samudera-Pasai.

4. Berikut adalah SALAH tentang kesan kedatangan Islam ke Alam Melayu.

A Islam mengubah ekonomi yang ada dan tidak mengubah sistem


pelaksanaan.
B Syeikh mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat kerana
berketurunan Arab.
C Penggunaan huruf kawi dan nagari dari Palavva (India) telah ditukar
kepada tulisan jawi.
D Islam memperkenalkan pengetahuan bercorak falsafah, pemikiran yang
bercorak rasional dan intelektual.

5. Walaupun orang-orang Melayu telah menganut agama Islam namun ciri-ciri


kepercayaan dan adat resam Hindu-Buddha masih kekal kerana

A orang-orang Melayu meminati budaya Hindustan.


B oerita mitos dan lagenda Hindu-Buddha masih mempengaruhi
pandangan semesta orang Melayu.
C penghinduan ke atas orang-orang Melayu memakan masa yang
panjang dan sukar untuk dikikis.
D nenek moyang orang Melayu telah menganut ajaran Hindu-Buddha dan
menjadi tradisi generasi berikutnya mengamalkan ajaran dan budaya
Hindu-Buddha.

12
BAB 3 : TAMADUN MELAYU-ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN
MALAYSIA
BAB 4 : PERANAN TAMADUN MELAYU-ISLAM DALAM PEMBINAAN
TAMADUN DI MALAYSIA

1. Tamadun Melayu mengalami perubahan yang pesat menjelang abad ke 20


akibat perubahan pandangan semesta Melayu yang dipengaruhi oleh
modenisme.
Pilih kenyataan yang sesuai dengan modenisme.

A Percaya dengan dakyah Barat bahawa nasib manusia bukan di tangan


Tuhan tetapi di tangan manusia sendiri.
B Tamadun Melayu sudah mulai dipengaruhi oleh idea Barat yang
lebih mementingkan materialisme dan kehidupan di dunia.
C Sistem pendidikan yang diperkenalkan semasa penjajahan Barat lebih
mementingkan sains dan teknologi bagi membolehkan manusia
menguasai sumber alam semula jadi.
D Semua di atas adalah benar.

2. Manakah kenyataan berikut yang mengambarkan reaksi ibu bapa


masyarakat Melayu terhadap pendidikan Barat pada awal abad ke-20.

A Masyarakat Melayu di bandar enggan menghantar anak ke sekolah.


B Anak lelaki lebih diutamakan manakala anak-anak perempuan
dipingit.
C Peluang untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan (penjajah) adalah
sangat luas.
D Masyarakat Melayu di luar bandar berebut-rebut menghantar anak-anak
mereka ke sekolah agama kerana bimbang anak mereka dikristiankan.

3. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat Melayu prabandar seperti yang


dikemukakan oleh Sjoberg (dalam Samri Sainuddin, 2003:83)

A Masyarakat prabandar adalah bersifat tradisional.


B Masyarakat jenis ini masih mengamalkan gotong- royong.
C Pengkhususan pekerjaan tidak wujud di kalangan masyarakat
prabandar.

13
D Tidak wujud perbezaan kelas kerana penempatan yang terpencil dan
penduduk yang tidak ramai.

4. Perkembangan tamadun di Malaysia dapat dilihat melalui kemajuan yang


dicapai oleh bandar-bandar besar.
Berikut adalah gambaran yang betul mengenai bandar di Malaysia.

I Bandar adalah pusat pentadbiran dan ekonomi.


II Bandar adalah lambang keruntuhan moral dan sosial.
III Bandar adalah pusat interaksi antara pelbagai tamadun.
IV Bandar adalah pusat kebudayaan dan penyebaran agama.

A I dan II.
B I dan IV.
C II dan III.
D III dan IV.

5. Hassan Ahmad (dalam Dewan Budaya, Oktober 2002) telah


menggambarkan ciri-ciri kemerosotan tamadun Melayu masa kini.
Pilih kenyataan yang betul tentang ciri-ciri tersebut.

I Perpecahan dari segi fahaman politik menguatkan kerajaan.


II Dasar liberalisasi kerajaan terhadap pendidikan tinggi adalah
mencelarukan.
III Penggunaan bahasa Inggeris menyulitkan golongan pendidik
dan pelajar.
IV Isu=isu dan persoalan yang berkaiatan dengan pembinaan
bangsa dan negara mengelirukan semua pihak.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

6. Antara penyataan berikut manakah yang BENAR mengenai bahasa


Melayu?

A Hanya bahasa Melayu digunakan dalam perbicaraan mahkamah.

14
B Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara.
C Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di semua sekolah di
Malaysia.
D Selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris turut merupakan bahasa
kebangsaan negara.

7. Berikut adalah faktor penting yang menyatukan orang Melayu dalam


pembinaan tamadun Melayu.

A Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu.


B Agama Islam menjadi agen utama dalam penyatuan orang Melayu
Islam.
C Kesetiaan terhadap raja dan pemimpin mengikut konsep daulat dan
derhaka.
D Laut yang memisahkan orang Melayu bukanlah penghalang kepada
penyatuan orang Melayu.

8. Berikut adalah seni lagu tanpa muzik yang dinyanyikan dalam masyarakat
Melayu tradisional.

A Dikir, hadrah dan beduan.


B Endoi, hadrah dan ghazal.
C Endoi, nazam dan marhaban.
D Dikir barat, ghazal dan kompang.

9. Masyarakat yang mengamalkan perhambaan tidak kreatif dan tidak


berusaha menghasilkan teknologi baru supaya pengeluaran dapat
dipertingkatkan. Berdasarkan pendapat tersebut, berikut adalah ciri-ciri
masyarakat Melayu yang mengamalkan perhambaan.

I masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri,


oleh kerana itu teknologi baru tidak diperlukan.
II masyarakat Melayu adalah masyarakat pengguna dan tidak
ada keperluan untuk menambah hasil pengeluaran kerana
tidak ada pembelinya.

15
III masyarakat Melayu tidak berusaha menghasilkan sebarang
teknologi baru bagi menambahbaikan hasil keluaran pertanian
kerana pertambahan hasil bukanlah menguntungkan pihak
hamba yang mencipta teknologi itu.
IV masyarakat Melayu tidak mengamalkan perhambaan kerana ketika
berkomunikasi mereka menyebut perkataan ”hamba”, ”hamba yang
hina”, ”tuan hamba” dan ”tuanku” (tuan aku) dan menjadi
tanggungjawab pemiliki hamba menyediakan teknologi yang
sesuai.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

10. Teori Ibn Khaldun yang berhubung dengan pembinaan tamadun iaitu
menyatakan faktor geografi atau persekitaran memainkan peranan penting
dalam pembinaan tamadun
.

A manusia dulu dan hari ini memilih tempat tinggal yang sesuai untuk
menetap.
B keadaan iklim (suhu dan hujan) yang baik, tanah yang subur, bahan
tenaga dan sumber jaya akan menarik ramai penduduk.
C faktor-faktor persekitaran yang sesuai seperti iklim, bentuk muka bumi,
tanah-tanih, lokasi air, dan sumber jaya akan menarik ramai penduduk.
D semua di atas adalah benar.

TOPIK 4 : ISU-ISU KONTEMPORARI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN


ASIA

BAB 1 : HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI


BAB 2 : KRISIS SAINS TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR
BAB 3 : ZIONISME
BAB 4 : SEKULARISME

16
1. Globalisasi Barat telah memberikan kesan yang mendalam terhadap umat
Islam. Mereka meletakkan tiga objektif utama di dalam globalisasi yang
berteraskan 3 G. Apakah yang dimaksudkan dengan 3G tersebut?

A Gain. Gold, God.


B God, Gold, Glory.
C Gold, God, Gambling.
D Glory, God, Gambling

2. Gerakan Emansipasi Wanita telah wujud seiring dengan pemodenan dunia


Barat dan telah menular ke Negara-negara Dunia Ketiga. Di dalam Islam
gerakan ini sebenarnya tidak perlu kerana

I Islam sendiri telah memuliakan wanita semenjak wahyu


pertama diturunkan.
II Islam tidak memastikan hak-hak yang sesuai untuk wanita dalam
kehidupan seharian.
III Islam tidak memberikan ruang kepada golongan lelaki mengambil
kesempatan ke atas wanita menerusi syariatnya.
IV Gerakan sedemikian disebabkan oleh Undang-undang Barat yang
digubal mengikut hawa nafsu manusia.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

3. Serangan ke atas negara umat Islam seperti Afghanistan dan Iraq


membuktikan bahawa negara-negara Barat masih berminat untuk menjajah.
Di samping itu ia juga merupakan sebagai salah satu daripada propaganda
mereka bertujuan

A sekadar menguji kekuatan persenjataan mereka.


B memulakan semula penjajahan barat sepertimana yang pernah berlaku
sebelum ini.

17
C membuktikan bahawa Tamadun Barat masih utuh dan tidak boleh
diganggu gugat.
D mempromosikan kekuatan persenjataan mereka dan menarik minat
negara-negara umat Islam memiliki sistem persenjataan yang sama.

4. Di Negara Barat,selogan perjuangan hak asasi manusia masih dilaung.


perjuangan ini semakin menular di Negara-negara umat Islam..
Punca utama ialah

A Di dalam Islam hak-hak asasi ini tidak dihighlightkan.


B Sudah menjadi sifat umat Islam yang suka meniru sikap bangsa lain.
C Pengaruh media yang kerap melaporkan isu-isu berkaitan hak asasi
manusia.
D Undang-undang yang diamalkan di Negara masing-masing banyak
dipengaruhi oleh Undang-undang Barat.

5. Zionisme adalah teras perjuangan bangsa Yahudi.


Apakah di antara doktrin-doktrin yang menjadi teras dalam gerakan ini?

I Melahirkan seberapa ramai keturunan Yahudi agar dapat


meneruskan perjuangan mereka.
II Bangsa lain tidak boleh menjadi Yahudi kerana ia hanya melalui
pertalian darah berketurunan Yahudi.
III Bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Yahweh (tuhan) dan bangsa
lain adalah dijadikan untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi.
IV Mereka yakin bahawa bumi Kana’an (Palestin) dan daerah-daerah
sekitarnya merupakan kurniaan Tuhan (Yahweh) kepada mereka
berdasarkan janji Tuhan dengan nenek moyang mereka iaitu Nabi
Ibrahim, Nabi Ishaq dan Nabi Ya’qub.

A I, II dan III.
B I, II dan IV.
C I, III dan IV.
D II, III dan IV.

18
BAB 5 : PEMAHAMAN JIHAD DAN PERSOALAN TERRRORISME

4. Di Negara Barat, mereka masih lagi melaungkan slogan perjuangan hak


asasi manusia. Malah perjuangan ini semakin menular di Negara-negara
umat Islam. Apakah di antara punca ia berkembang di Negara-negara umat
Islam?

A Di dalam Islam hak-hak asasi ini tidak dihighlightkan.


B Sudah menjadi sifat umat Islam yang suka meniru sikap bangsa lain.
C Pengaruh media yang kerap melaporkan isu-isu berkaitan hak asasi
manusia.
D Undang-undang yang diamalkan di Negara masing-masing banyak
dipengaruhi oleh Undang-undang Barat.

TOPIK 5 : ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA

1. “Islam Hadhari bukanlah agama, ajaran dan mazhab baru. Islam Hadhari
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental
yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam.” ( Pilih kenyataan yang SALAH tentang konsep
Islam Hadhari.

A Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru


kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam.
B Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk
mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam.
C Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek
pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan
semesta Islam (Islamic worldview).
D Pendekatan Islam Hadhari adalah mengamalkan prinsip (asobiyyah),
selaras dengan konteks masyarakat masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Islam memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap sesebuah negara yang


mampu melaksanakan sistem pemerintahan yang baik untuk rakyatnya. alui
Melalui Islam Hadhari penekanan diberi kepada perkara-perkara berikut
KECUALI

A Pembelaan hak kumpulan minorati dan wanita

19
B Pemeliharaan alam semulajadi
C Kekuatan pertahanan
D Pembangunan ekonomi yang saksama

20

Anda mungkin juga menyukai