Anda di halaman 1dari 16

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN…………………………………………………… 1

PENDAHULUAN…………………………………………………… 2

ANALISIS…………………………………………………………… 4

ELEMEN NEGARA BANGSA……………………………………. 6

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN NEGARA…………………… 8

CADANGAN……………………………………………………….. 12

KESIMPULAN…………………………………………………….. 14

RUJUKAN…………………………………………………………… 15

1
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DALAM PEMBINAAN NEGARA

PENDAHULUAN

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi

berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dan Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara terkenal di mata dunia sebagai sebuah

negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Walaupun dalam negara kita terdapat

pelbagai bangsa, etnik dan agama, kita masih lagi dapat mengekalkan kehamonian yang

selama ini kita kecapi kerana kehamonian dan kemakmuran yang kita kecapi untuk

pembinaan negara selama ini bukan melalui satu proses yang mudah. Dengan

kepelbagaian kaum di perlihat sebagai satu keistimewaan dan merupakan sesuatu

kekuatan untuk membentuk identiti budaya dalam negara kita. Penghayatan etika dan

peradaban dalam pembinaan negara perlulah dijiwai oleh setiap lapisan

masyarakat supaya dapatlah bersama-sama membina negara ini yang tercinta.

Keunikan negara kita berlandaskan semangat intergrasi antara kaum kerana

peranan pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan sentiasa memainkan

peranan demi memastikan kesejahteraan terpelihara. Kehidupan rakyat negara

kita ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui

banyak pihak. Negara kita pernah dijajah semenjak dari zaman penjajahan Portugis lagi

dan sejak dari itu, segala hasil bumi tanah melayu ini ditarah dengan rakusnya oleh

bangsa penjajah. Justeru, rakyat Malaysia kini, golongan muda khususnya perlulah

2
sentiasa ingat dan sentiasa menghargai serta menjaga keamanan yang dilalui oleh kita

selama ini.

Pembangunan dalam negara kita perlulah seiring dengan pembangunan sahsiah

dan moral rakyatnya, justeru itu, penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan

negara seharusnya menjadi satu tunjang yang kukuh dalam generasi kita pada masa kini.

Etika merupakan satu elemen yang sangat penting dan utama yang menjadi suatu

indentiti kepada masyarakat berperadaban dunia termasuklah Malaysia. Namun, dewasa

ini dalam atmosfera dalam negara kita ketika ini, adakah masyarakat kita secara

keseluruhannya boleh dikategorikan sebagai masyarakat yang beretika dan beradab?.

Secara umumnya, sekarang ini kita disajikan dengan masalah salah laku intergriti yang

sering dilaporkan dalam media massa cetak mahupun media elektronik. Perkara ini

sewajar tidak seharusnya berlaku dalam kita mengecapi tranformasi pembangunan

dalam negara kita. Dalam menangani masalah tingkah laku yang tidak beretika,

pendedahan mengenai konsep etika dan peradaban merupakan suatu jalan

penyelesaian atau strategi yang terbaik yang perlu diisi dan dipupuk dalam jiwa setiap

lapisan masyarakat khususnya, supaya negara kita yang sedang pesat membangun ini

dapat melahirkan individu yang berkualiti.

3
ANALISIS

DEFINISI

Apakah itu ‘etika’?. Istilah etika merupakan satu perkataan yang berasal dari perkataaan

Yunani kuno iaitu ethos yang memberi erti kebiasaan, akhlak, keperibadian serta watak.

Ethos juga membawa pengertian adat serta kebiasaandan perkataan ini juga membawa

maksud karakter atau tingkah laku. Perkataan ethos ada terdapat dalam kamus bahasa

inggeris yang bermaksud sifat dan moral dalam sesuatu bangsa. Dalam kamus bahasa

Inggeris, ethic juga bererti akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala pula ethics

adalah bermaksud satu prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Dalam erti kata lain

ethic bermaksud sistem prinsip akhlak, peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics

pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

Menurut Dr Hamzah Yaakub dalam buku Etika Islam Pembinaan Akhlaqulkarimah

suatu pengantar, Etika juga boleh dikatakan satu sifat yang merupakan salah satu

cabang khusus yang paling utama dalam falsafah yang merangkumi kelakuan,

perbuatan, tindakan dan pemikiran yang betul dalam kehidupan yang baik dan sempurna.

Etika juga merupakann suatu perkara yang menyeluruh dan luas dalam menganalisis

perkara yang betul dan salah terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan. Ia juga boleh

dikaitkan dengan suatu kepercayaan, rasional moral dan akhlak dalam kehidupan. Dalam

kata lain etika ini adalah yang berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan

dan kejahatan, betul atau salah, tanggungjawab, keadilam dan suatu perkara untuk

dipertimbangkan dan difikirkan secara rasional.

4
Etika dalam Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya

daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di

dalam etika mengikut falsafah dunia barat. Antara ciri-cirinya khasnya adalah seperti

indeks untuk menentukan etika dalam konteks islam ini diukur berdasarkan Al-Qur’an dan

As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata. Etika dalam Islam bersifat universal dan

komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat

termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum

halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada

konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari perkataan maddana

yang membawa maksud peradaban atau perbaiakn dalam budaya sosial. Peradaban

juga merujuk kepada kahalusan tatasusila serta keluhuran kebudayaan suatu

masyarakat. Perkataan peradaban menurut Ibnu Manzur (1988) membawa erti adab,

kesopanan, kesusilaan, kesantunan dan kebaikan sesuatu perkara. Perkataan

peradaban juga membawa maksud keadaan serta tingkatan kemajuan pada suatu

kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masayarakat mengikut kategori

perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik, ekonomi dan lain-lain. Pada peringkat

awal istilah peradaban atau civilization dikaitkan dengan permulaan kemunculan

pembuatan suatu proses undang-undang, kehakiman, ketenteraan, institusi polis atau

peradaban yang menjadi kearah masyarakat yang beradab. Menurut Taylor (1958),

civilization merupakan suatu kajian etnografi kearah suatu penerangan yang meluas

mengenai suatu budaya mengenai adat, kepercayaan, pengetahuan, dan tingkah laku,

yang kebiasaanya terdapat dalam anggota masyarakat. Melco (1969) juga menyatakan

5
bahawa peradaban adalah satu budaya yang tinggi dan kompleks yang sangat berbeza

dangan budaya yang sederhana.

Syed Muhammad Naquib (1978) menyatakan bahawa peradaban ialah keadaan

kehidupan manusia bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan

kebudayaan yang luhur dan telus bagi suatu masyarakat. Justeru, peradaban adalah

suatu gambaran bentuk kemajuan dari segala aspek. Boleh dirumuskan bahawa

peradaban ialah pencapaian sebuah masyarakat yang merangkumi atau meliputi aspek

kerohanian dan jasmani dalam masyarakat itu.

ELEMEN NEGARA BANGSA

Pembinaan suatu negara pada asasnya terdiri daripada eleman-eleman dengan

adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-

undang. Kesemua eleman ini perlu ada dan saling melengkapi antara satu sama lain

serta mengesahkan tentang suatu kuasa dan authority. Kesemua eleman ini boleh

ditakrifkan sebagai satu konsep asas dalam pembinaan suatu negara bangsa. Abdul

Rahman Embong (2001) menyatakan bahawa, konsep negara bangsa sebagai contoh di

Eropah, pembinaan negara bangsa di sana bermula apabila lahirnya kelompok bangsa

yang sentiasa menentang kuasa Feudal dan penentangan kuasa ini telah melahirkan

satu proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis. Kejayaan system kapitalis

ini membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang

mempunyai sempadan atau wilayah sert terdiri dari bangsa yang tertentu.

Keseinambungan negara bangsa dengan peradaban adalah dimana adanya budaya

6
majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan, mempunyai indentiti nasional,

perkongsian budaya serta perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan politik

wilayah asalnya. Negara bangsa merupakan sebuah intitusi politik yang merujuk kepada

sebuah negara yang didiami oleh sekumpulan atau sekelompok manusia yang

memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa yang berlandaskan perkongsian

budaya, sejarah, bahasa, serta faktor-faktor yang lain yang difikirkan logik.

Di Malaysia, apabila kita telah diistiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957,

kemerdekaan yang terhasil melahirkan sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa.

Dalam sebuah negara pula terdiri daripada pelbagai bangsa yang sentiasa akan

memelihara kemerdekaan yang dikecapi. Menurut Abdul Rahaman Embong (2001)

apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, yang terlahir selepas pembentukan

Malaysia ialah negara Malaysia bukannya bangsa Malaysia. Setiap negara bangsa yang

ada dalam dunia ini termasuk Malaysia memiliki kumpulan etnik asal yang membina

destinasi, empayar dan negara bangsa yang tersendiri. Walaubagaimanapun, dengan

masyarakat yang yang melakukan penghijrahan, system kapitalisme berkembang,

penjajahan juga berlaku dan struktur geo-politik negara juga mengalami perubahan

melalui pelbagai perjanjian, piagam dan penaklukan. Konsep negara pula merujuk

kepada sebuah masyarakat yang menduduki sebuah lokasi Kawasan tertentu dengan

adanya sebuah kerajaan yang memerintah. Konsep negara ini merupakan sebuah

kerajaan yang terbina yang merdeka serta berdaulat, mentadbir urus negara tersebut di

setiap wilayah negara itu yang diperakui oleh negara-negara lain. Ozkrimili (2017).

Rakyat dalam setiap negara telah terikat dengan perlembagaan dan kerakyatan

sesebuah negara serta meraka perlulah taat setia kepada tanah air.

7
FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN NEGARA

Terdapat lima faktor atau elemen utama yang mendorong pembinaan negara.

Faktor pertama ialah nasionalisma. Nasionalisma bermaksud satu ideologi atau

kefahaman (Kamus dewan,2010) yang meletakkan negara dan bangsa pada satu aras

yang tertinggi. Ia merupakan suatu perasaan jiwa mempertahankan kedaulatan negara

dengan mewujudkan satu eleman indentiti Bersama dengan sekumpulan masyarakat

dalam negara itu. Pada asasnya, semangat ini muncul di eropah dan mula berkembang

keserata dunia. Di negara kita Malaysia, semangat nasionalisme ini menjadi satu unsur

yang penting dalam jiwa untuk menentang sang penjajah. Setelah kita merdeka,

nasionalisme ini tetap berfungsi dalam masyarakat dan menjadi sebuah identiti bagi

masyarakat di Malaysia. Beberapa nama tokoh nasionalisme di Malaysia telah

memainkan peranan penting dalam kewujudan semangat nasionalisme. Antara

nama tokoh-tokoh yang terkenal dalam sejarah negara kita terbukti dalam sejarah

nasionalisme di Malaysia adalah seperti Haji Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin Al-Helmy,

Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Jaa’far dan Tunku Abdul Rahman Putra. (Mohd Faiz

Mohd Zain, 2011). Nasionalisme ini boleh dirumuskan sebagai satu gerakan kesedaran

dalam diri yang menumpukan sepenuh perhatian bagi penentuan nasib diri sendiri,

bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan dalam identiti

keperibadian yang sejati. Tokoh-tokoh diatas terlahir apabila dalam sejarah kemerdekaan

Malaysia, orang melayu khususnya, dibelengu oleh penjajahan Ingeris. Tokot-tokoh

diataslah yang meniupkan semangat nasionalisme untuk memberi kesedaran kepada

orang Melayu mengenai kepentingan hak mereka dan menuntut bela keatas semua hak

8
mereka yang telah dirampas serta menebus Kembali maruah dan negara yang telah

sekian lama tergadai. (Ku Hasnan, 2013).

Faktor seterusnya ialah patriotisma. Patriotisme berasal daripada perkataan

Greek iaitu patriotes (fellow countrymen) (Billig, 1995; Griffin, 2005) atau individu ataupun

sekumpulan masyarakat yang berada di hadapan dalam usaha untuk membela tanah air.

Patriot boleh dikatakan sebagai seorang yang cintakan negara dan akan membuat apa

sahaja untuk mempertahankan tanah air mereka. Menurut Gomberg (2002) dan

MacIntyre (1995), patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan)

kebebasan, hak tanah air atau pembela negara. Seseorang itu dianggap patriot apabila

tindakannya berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi, 2003).

Konsep patriotism ini menurut Archard (1999) mengelaskan bahawa patriotism ini

merupakan cinta terhadap negara atau bangsa dengan bertindak secara tertentu dengan

cara mengorbankan diri atas dasar demi mempertahankan negara atau bangsa.

Semangat patriotism ini semangat patriotisme dalam diri masyarakat muda pada masa

kini semakin membimbangkan dan semakin kurang dipupuk dalam diri dan jiwa mereka.

Perkara ini perlulah dipandang serius dan penelitian serta kajian yang meneyluruh perlu

diambil tindakan yang segera mengikut konteks keilmuan. Dalam situasi penyusutan

ideologi patritisme dalam negara kita ini, setiap golongan bukan sahaja kerajaan, malah

pertubuhan bukan kerajaan juga seharusnya memainkan peranan dalam memupuk

semangat patritisme ini demi jaminan menjaga kedaulatan negara dan bangsa ini

sepanjang zaman.

Intergarasi merupakan faktor yang ketiga dalam pembentukan sebuah negara.

Shamsul Amri (2007) mendifinasikan bahawa intergrasi merupakan satu proses yang

9
penting untuk mewujudkan suatu indentiti nasional dalam kalagan kumpulan masyarakat

yang terpisah dari segi budaya , sosial dan lokasi dalam sesebuah masyarakat. Berlainan

pula dengan perpaduan, perpaduan pula merupakan satu proses untuk menyatukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap lapisan masyarakat dapat memastikan

terbentuknya satu indentitidan nilai moral yang murni bersama serta melahirkan dan

menanamkan semangat perasaan cintakan negara serta banggakan tanah air kita.

Intergrasi ini terdiri daripada beberapa elemen iaitu intergrasi wilayah, intergrasi ekonomi,

kebudayaan, sosial Pendidikan dan politik. Perkara ini merupakan perkara asas bagi

sesebuah masyarakat dalam pembinaan atau pembentukan negara untuk proses

pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat supaya mereka dapat bersatu atau

bepadu dalam pembinaan sesebuah negara. Disini amat jelas bahawa intergrasi ini

bermatlamat untuk menghilangkan perasaan perkauman, kenergerian, kekitaan atau apa

sahaja fahaman sempit. Proses untuk mencapai sesebuah masyarakat yang intergrasi

bukan lah satu proses yang mudah, dan proses ini merupakan suatu proses yang

kompleks dalam perlaksaannya. Sebagai contoh, dalam negara kita segelintir untuk

setiap kaum membawa fahaman masing-masing dari pelbagai sudut seperti sejarah dan

sosial mereka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berakar umbi bagi menjamin intergrasi

dalam negara kita. Ting Chew Peh (1987).

Faktor atau elemen seterusnya ialah nasionaliti. Secara umumnya boleh diertikan

sebagai kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin

kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan suatu

pembentukan identiti kepada semua orang di dalam negara tersebut iaitu sebagai

penduduk atau warganegara tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan suatu pengenalan

10
identiti seperti kad pengenalan yang sama kepada semua warganegara dan ‘pasport’

sebagai pengenalan yang sama bagi keperluan antarabangsa bagi penduduk negara

tersebut. Konsep asas di sini ialah pemilikan nilai-nilai bersama akan mengikat seorang

warganegara yang baik menjadi suatu bangsa yang mempunyai kesetiaan, sayang dan

sanggup berkorban untuk negara. Faktor kebersamaan dan perasaan untuk berkongsi

hak milik dalam setiap perkara atau hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan

bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat yang diktiraf sebagai suatu benuk

nasionaliti kebangsaan yang mewakili semua orang menjadi asas kepada penyatuan.

Elemen terakhir ialah demokrasi. Demokrasi boleh ditakrifkan sebagai ‘ daripada

rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Ayat ini jelas menunjukkan peranan demokrasi itu

sendiri sebagai satu alat utnuk mewujudkan keutuhan system pentadbiran yang direstui

oleh rakyat atau masyarakat secara keseluruhannya. Perkara ini wujud kerana

terdapatnya rakyat yang tercipta untuk kesejahteraan rakyat dan pembinaan negara itu

sendiri. Sesebuah negara itu wujud apabila terdapatnya atau kewujudannya

kesefahaman yang tinggi berkenaan eleman demokrasi itu sendiri yang memberikan

ruang kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam system pentadbiran sesebuah

kerajaan. Konkrit demokrasi itu sendiri dalam pembentukan sesebuah negara bangsa

ialah dari sudut pemberian hak kepada semua warganegara untuk berkingsi ideologi

yang memilih dalam pemerintahan negara. Keadaan ini semestinya akan memberi

jaminan keamanan dengan adanya sistem politik yang positif dalam sesebuah

pemerintahan negara yang berdemokrasi. Sudah pasti rakyat akan bersatu hati dalam

penerimaan sistem pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dilaksanakan

secara adil dan saksama.

11
CADANGAN

Hasil kajian dan analisis mengenai kursus penghayatan dan peradaban dalam

pembinaan negara ini dapatlah disimpulkan bahawa, dalam pembinaan sesebuah negara

berkait rapat dengan pembangunan sahsiah masyarakat itu sendiri. Dalam konteks

negara kita sendiri Malaysia yang tercinta ini banyak lagi perkara yang perlu kita hayati

dan fahami dengan lebih dekat kerana sejarah pembinaan negara bangsa dalam negara

kita juga mumpunyai banyak unsur-unsur atau pendekatan dalam pembinaan negara.

Seharusnya penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara kita ini dalam

konteks pembinaan negara bangsa bukan lah satu perjalanan yang mudah untuk

membinanya. Penghayatan ini seharusnya diterapkan dalam diri jiwa masyarakat dalam

Malaysia itu sendiri agar kita sama-sama dapat membangunkan sebuah negara yang

harmoni dan berdaya saing seiring dengan pembangunan sahsiah, moral dan rohaniah

serta sama-sama dapat menjiwai hasil pengorbanan titik peluh, keringat air mata dan

darah ang pejuang tanah air yang dahulunya berkeringat utnuk kemakmuran kita pada

masa kini.

Faktor-faktor pembinaan sesebuah negara adalah antara faktor yang merupakan

hasil penyelidikan yang akan sentiasa menjadi sumber-sumbar kajian untuk kita pada

kini. Eleman tersebut perlulah menjadi tunjang utama hasil kajian dalam mendalami isu

penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara. Faktor nasionalisma,

patriotisma, intergrasi, nasionaliti dan demokrasi adalah faktor atau elemen-elemen

dalam pembentukan dan pembinaan sesebuah negara. Faktor nasionalisma ini

merupaka satu ideologi yang perlu diterapkan dan difahami dalam diri seseorang anggota

masyarakat sesebuah negara. Sekiranya ideologi ini tidak dipupuk dalam diri mereka

12
impaknya pasti akan negatif kerana dalam diri mereka kurangya kefahaman dan sudah

pasti identiti mereka sebagai seorang anggota masyarakat sesebuah negara yang

dahulunya para peniup ideologi nasionalisma menentang penjajah terkubur begitu

sahaja. Begitu juga dengan patriotisma, semangat patriotisma ini merupakan semangat

yang penting dalam memperjuangkan pembinaan negara. Tanpa semangat ini pastinya

golongan muda sekrang tidak akan dapat merasai kenikmatan sebuah negara yang

merdeka. Malaysia sudah pastinya tidak ketinggalan dalam bersama-sama melahirkan

generasi yang berpatriotisma ini bagi menjamin kelestarian generasi muda pada masa

akan datang. Intergrasi antara sesebuah kelompok masyarakat sesebuah negara

seharusnya menjadi jitu dengan kesefahaman dalam pembinaan negara itu dapat

direalisasikan. Dalam konteks ini, pembinaan negara bangsa yang berdaya saing

menjadi isu nasional dalam masyarakat yang majmuk seperti negara kita. Matlamat

penghayatan dan etika dalam pembinaan negara untuk generasi akan datang perlulah

faham tentang isu intergrasi ini dan intergrasi dalam sesebuah negara perlulah menjadi

satu isu nasional supaya sebarang pertelingkahan antara masyarakat yang bebilang

kaum ini berada dalam keadaan suasana hidup yang positif.

Nasionaliti dalam pembinaan negara perlulah menjadi isu pokok yang menjadi

keutamaan dan tidak boleh diambil mudah. Sebagai analogi, dalam proses negara kita

menuju kemerdekaan, kesefahaman orang melayu berjuang menentang Kesatuan

Tanah Melayu atau Malayan Union (MU) pada tahun 1945 sengga 1946 terserlah dan

dizahirkan. Pada masa itu kebanyakan orang melayu cuba mempertahankan hak

ketuanan sebagai pribumi Tanah Melayu. Kerajaan British pada masa itu cuba

menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mencabuli hak Bumiputera Melayu.

13
Suasana pada masa itu British cuba memberikan kerakyatan menerusi prinsip Jus Soli

kepada penduduk bukan melayu. Zainal Abidin (1978). Sekiranya tiada penentangan

darapada pejuang kebangsaan pada masa itu sudah pastinya ia menjadi suatu isu pokok

mengenai nasionaliti pada negara kita kerana dengan sewenang-wenangnya Kerajaan

British menentukan hak kerakyatan negara kita.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan hasil pembelajaran isu penghayatan etika dan peradaban

dalam pembinaan negara dapatlah dirumuskan bahawa nilai etika dan peradaban saling

berkait rapat dengan pembinaan negara atau negara bangsa itu sendiri yang menjadi

pemangkin tunjang utama setiap insan yang beridentiti serta bermaruah. Masyarakat

yang bertamadun bermula dari tahap penghayatan dan pengamalan individu atau

masyarakat mengamalkan etika dan akhlak yang terpuji dan pekerti dalam kehidupan

mereka merangkumi setiap perkara yang berkaitan dengan sosial, Pendidikan, politik,

ekonomi secara keseluruhannya. Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban ini

merupakan satu bidang prasyarat untuk menamatkan pengajian selaras dengan hala tuju

pendidkan peringkat universiti. Bidang ini bukan sahaja perlu dipelajari dan dididik dalam

jiwa mahasiswa malah ia perlu menjadi satu haluan dan panduan yang jelas dalam

kehidupan. Penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara memerlukan

penyertaan dari setiap lapisan anggota masyarakat kerana setiap perkara pastinya

terdapat halangan yang akan terjadi kerana dalam proses pembinaan negara ini sudah

pastinya melalui proses yang panjang demi memastikan identiti nasional ini dapat dijiwai

oleh segenap masyarakat.

14
RUJUKAN

Abdullah, M. R. (2010). CABARAN INTERGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF


SEJARAH , KELUARGA DAN PENDIDIKAN. Jurnal Hadhari Bil. 3 , 61-84.

Ahmad Zamil Abd. Khalid, M. A. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban. Kedah: UUM PRESS.

Daud, M. H. (1996). Etika Pengurusan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Dzuhailmi Dahlan, Haslinda Abdullah, Sulaiman Md. Yasin. (2015). Keadilan Polisi ke Arah
Intergrasi Nasional di Malaysia: Persepsi generasi Baharu. Malaysia Journal of Society
and space, 78-86.

Hafizuddin Sham Shul Bahri & Razali Musa. (2021). SOROTAN PENJUANGAN NASIONALISME
MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM. Internasional Journal of Contemporary
Education, Religous Studio and Humanities (JCERAH) Volume 1, 17-21.

Jazimin Zakaria, Sity Daud. (2018, May 20). Menelusuri Pendemokrasian di Malaysia : Impak
Terhadap Pencapaian Intergrasi Nasional. e-Academia Journal, 1-14.

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizad Jamaludin. (2011). URUF MAJMUK : kONSEP DAN
AMALANNYA DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA. Journal of Fiqh No. 8.

Nawi, N. H. (1985). Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia. Jurnal Perspektif Jil.2 Bil.1,
108-125.

Noor, P. D. (2018, Disember 18). Perlembagaan Persekutuan Satukan Bangsa. Retrieved from
Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/510462/perlembagaan-
persekutuan-satukan-bangsa

15
Rashid, A. R. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

Thye, T. S. (2018, September 04). Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme. Retrieved
from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/amp/renc%20ana/surat-
pembaca/2018-09/469640/memupuk-semangatperpaduan-%20dan-
patriosme%201.%202.%203.%204.%205.%206.%20Downloaded%20by

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nasarah, Zaheruddin Othman. (2016).
Pembinaan Bangsa Malaysia (1): Kajian Empirikal Tahap Patriotisme Belia. Malaysian
Journal of Society and Space, 159-170.

WAHID, Z. A. (1978). SEMANGAT PERJUANGAN MELAYU. SEJARAH INTELEKTUAL DAN


PERJUANGAN KEBANGSAAN MELAYU (pp. 1-9). Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan
Sejarah Universiti Malaya.

Yaakub, D. H. (1983). Etika Islam : Pembinaan Akhlaqulkarimah ( Suatu Pengantar). Indonesia:


Bandung : Diponegoro.

Zakaria, P. M. (2008, November 02). Liberalisme dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di
Malaysia. Retrieved from AIDC : http://aidc-editor.blogspot.com/2008/11/liberalisma-
dan-pluralisma-agama.html

Zarkasyi, H. F. (2015). Tamadun Sebagai Konsep Peradaban Islam. TSAQAFAH JURNAL


PERADABAN ISLAM, 3-5.

16

Anda mungkin juga menyukai