Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS SEREMBAN

CTU 552
PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

TAJUK KERTAS KERJA:

SEKULARISME: ANCAMAN PEMIKIRAN BARAT TERHADAP UMAT ISLAM

KUMPULAN
N4CS2483B2

DISEDIAKAN UNTUK
USTAZAH NORMAISARAH OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NOMBOR MATRIKS


NURUL AINA AFIQAH BINTI AZHAR 2020971259
SITI SYAFIQA BINTI SAFIE’E 2020958061
NURULHUSNA NAJIHAH BINTI 2020964681
HAIRULANUAR
WAN ANNISA SOFEA BINTI WAN NAWI 2020966345

NUR FATIHAH BINTI SUKOR 2020985099


NURUL AINA AFIQAH BINTI AZHAR
2020971259
20/5/2020

SITI SYAFIQA BINTI SAFIE’E


2020958061
20/5/2020
NURULHUSNA NAJIHAH
BINTI HAIRULANUAR
2020964681
20/5/2020

WAN ANNISA SOFEA BINTI


WAN NAWI
2020966345
20/5/2020

NUR FATIHAH BINTI SUKOR


2020985099
20/5/2020
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1

3.0 KAJIAN LITERATUR 2

4.0 SEKULARISME DAN ISLAM

4.1 LATAR BELAKANG PEMIKIRAN SEKULARISME 4-5

4.2 KESAN PEMIKIRAN TERHADAP 6-9


a)Politik
b) Negara
c) Ekonomi
d) Masyarakat Islam
e) Pendidikan Islam
f) Iman

4.3 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SEKULARISME 10-11

5.0 KESIMPULAN 12

6.0 RUJUKAN 13

7.0 LAMPIRAN 14
1.0 PENGENALAN

Peradaban Islam sememangnya berbeza daripada sekular yang memisahkan


agama dari kehidupan dan bukannya bergerak seiring antara agama dan duniawi.
Sejak berabad yang lalu umat Islam mencapai kemuncak kegemilangan peradaban
Islam yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peradaban barat dan dunia
sekalipun. Namun akibat kelalaian mereka menyebabkan barat berjaya
mendominasikan pengaruh dan idea-idea falsafah kehidupannya.

Dalam pemikiran sekularisme barat, agama dianggap sebagai satu budaya yang
dicipta oleh manusia purba di zaman dahulu. Tuhan dikatakan tidak wujud dan
manusia sebagai penggerak utama di dalam memakmurkan alam. Pemikiran sekular
telah menjadi masalah global kerana kebanyakan negara di seluruh dunia kini telah
melaksanakan fahaman ini ke dalam kehidupan. Malah sekularisme juga menghalang
manusia sejagat untuk menuju keadilan dan kesempurnaan hidup menurut
hukum-hakam Allah s.w.t .Masalah sekularisme sebenarnya masalah peradaban
barat yang menukar dalam pemikiran umat Islam untuk digunapakai.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti latar belakang ideologi sekularisme.


2. Mengenal pasti kesan ideologi sekularisme terhadap sosial, politik, perundangan
dan pendidikan.
3. Mengenal pasti kelemahan ideologi sekularisme.
4. Menganalisis perbezaan ideologi sekularisme dengan islam.

1
3.0 KAJIAN LITERATUR:
TAHUN PENULIS TAJUK METODOLOGI PERBINCANGAN

Pada awalnya, Mustafa Kamal Ataturk pernah dianggap sebagai Salahuddin


Al-Ayubi kedua. Umat Islam menaruh harapan tinggi kepada Ataturk bagi
Mustafa Kamal memimpin negara-negara Islam. Namun, kepercayaan kepadanya semakin hari
Ataturk semakin pudar dan kian luntur, seterusnya beransur-ansur hilang secara
Penegak Kajian perlahan-lahan. Umat Islam mula berkata “Dia yang bertanggungjawab
Abdul Latip
1 2014 Agenda Yahudi Perpustakaan mengakhiri empayar Uthmaniyah, dia juga yang menjadikan Turki sebuah negara
Talib
sekular, dan menjadikan Islam sebagai musuh. Pada 1 Disember 1923,
pengisytiharan Turki menjadi sebuah republik . Dengan itu, sistem khalifah
dihapuskan.Tidak berapa lama kemudian, keluar arahan al-Quran diterjemahkan
ke dalam bahasa Turki dengan tulisan jawi. Para pelajar diarahkan berpindah ke
sekolah moden dan sekolah agama ditutup. Serban yang menjadi kebiasaan
penduduk mula diharamkan .

Dari kesedaran Menganalisis tentang perbezaan antara ideologi sekularisme dan ideologi islam.

menuju Kajian Islam menghadapi sekularisme dengan kesyumulannya bagi setiap sudut
Majmaa kebangkitan : Perpustakaan kehidupan manusia manakala sekularisme pula mahu islam menjadi pengikutnya,
2 1978
Abu Nour Islam vs berkomplot Bersama arahannya dan tamat dengan larangannya, tidak

Sekularisme membenarkan islam mengambil kedudukannya yang semula jadi, secara logik
dan bersejarah

2
Kertas kerja ini merungkai satu persatu kefahaman Al-Attas dan Al-Qaradawi
tentang kefaham mereka terhadap islam dan sekularisme. Kedua-dua ilmuwan
Islam ini telah menegaskan bahawa sekularisme adalah bertentangan dengan
Islam.Hal ini kerana, mereka beranggapan sekularisme ini akan merosakkan
Al-Attas dan
Kajian Kertas agama Islam sepertimana sekularisme telah merosakkan agama yang lain dalam
Al-Qaradawi
sejarahnya. Difahamkan, Al-Attas menyifatkan sekularisme sebagai ‘almaniyyah’
Dr. Urgi Mengenai Islam Kerja
3 2002 iaitu bermaksud alam manakala Al-Qadarawi menyifatkan sebagai ‘ilmaniyyah’
Suharto dan
iaitu ilmu. Walaubagaimanapun, Al-Qadarawi menyimpulkan apabila ‘ilmaniyyah’
Sekularisme
dikaitkan dengan fahaman Islam, menurut beliau ia adalah salah satu penipuan
yang patut didedahkan. Begitu juga dengan Al-Attas beliau menyimpulkan
‘alamniyyah’ adalah satu usaha untuk menyebarkan faham pemisahan dalam
pemikiran umat Islam.

3
4.0 SEKULARISME DAN ISLAM

4.1 LATAR BELAKANG PEMIKIRAN SEKULARISME

‘Ilmaniyah’ merupakan terjemahan yang kurang teliti, malah tidak tepat bagi
perkataan “Secularism” dalam bahasa Inggeris, atau “Secularite” atau “Laique”
dengan bahasa Perancis, dan ia adalah satu perkataan yang tiada hubungan dengan
kata “ilmu” serta kata terbitannya, secara umum. Perkataan itu mempunyai hubungan
dengan ilmu tetapi pada hakikatnya, fahaman itu tidak benar sama sekali.
Sekularisme hanyalah pemahaman orang Barat daripada sebuah kisah sejarah yang
panjang tentang konflik antara filsafat dan metafizik antara pandangan hidup dunia
Barat yang beragama dan rasional.

Sekularis adalah sesuatu yang tidak berunsur agama, dan lawannya adalah
berunsur agama, atau kependetaan. Seakan-akan petunjuk kata “Sekularisme” yang
disepakati adalah bermakna memisahkan agama daripada negara serta kehidupan
masyarakat, mengekalkannya terpelihara di dalam hati individu, tidak melebihi
hubungan khusus antara dirinya dengan tuhannya, sekiranya ia diizinkan
menonjolkan diri, maka ia hanya di dalam simbol-simbol penyembahan dan
upacara-upacara berkaitan perkahwinan, kematian dan seumpamanya.

Menurut Syed Naqiub al-Attas, sekularisme mempunyai 4 prinsip utama iaitu


aliran ini hendak membaiki hidup insan dengan cara material sahaja, menyatakan
kebenaran sekularisme adalah bebas dari ajaran wahyu dan kenabian, ilmu sekular
bebas daripada prinsip-prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri (Ia boleh diuji melalui
pemikiran dan pengalaman seperti ilmu matematik, fizik, kimia dan lain-lain) dan
terakhir iaitu kesejahteraan hidup di dunia tidak merujuk kepada dasar-dasar agama
dan wahyu dalam pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman. Sumber utama
adalah akal.Ideologi sekularisme sedikit sebanyak membawa masuk dan
menerapkan kepercayaan-kepercayaan karut .Contohnya takhayul, bid’ah dan
khurafat dalam kalangan umat Islam. Kemunculan kelompok-kelompok pemikiran
yang hanya berfikir tanpa berusaha memahami dan mendalami ilmu al-Quran.

4
Antara pelopor sekularisme dalam Islam ialah Mustafa Kamal Attarturk yakni
presiden pertama Republik Turki . Untuk menjadi moden, Ataturk percaya, Turki perlu
mengikut Barat sama ada dalam politik mahupun budaya. Apa yang Ataturk percaya
itulah yang perlu dijadikan panduan bagi negara Turki dan rakyatnya. Pembaharuan
yang diinginkan berdasarkan Westernisasi, Sekularisasi dan Nasionalisme. Beliau
menggunakan pemisahan agama dari sudut politik, sosial, sistem pendidikan
mahupun ekonomi. Seperti menukarkan Al-Quran dan azan ke dalam bahasa Turki,
serban ditukarkan kepada topi koboi dan menghapuskan undang-undang waris dan
faraid dalam Islam.

Habib Burquibah iaitu Presiden Tunisia (1957-87) yang beranggapan


Al-Qur'an mengandungi banyak kekeliruan yang tidak dapat diterima akal rasional.
Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang sering mengembara dan
mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan. Salah satu tujuan
pengkhianatan Habib Bourguiba ialah membaratkan Tunisia, sehingga bahasa Arab
diwakili bahasa Perancis sebagai bahasa pergaulan masyarakat mahupun
bangsawan. Mahkamah Syari’at diwakili dengan Mahkamah Sivil yang peraturan
Undang-Undangnya untuk menerima pakai sepenuhnya Undang-Undang Barat.

5
KESAN PEMIKIRAN TERHADAP

a) Politik
Kuasa politik semakin tidak demokratik. Kekuasaan yang dipegang oleh tampuk
kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekayaan untuk
kroni mereka, menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan
amanah Allah, enggan mengamalkan danmelaksanakan pemerintahan mengikut
ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah Negara
kucar-kacir. Institusi Negara, daripada kehakiman, kepolisian, penerangan,
perbendaharaan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. Akhirnya
amalan politik akan hanya untukkepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut
corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan materialis. Kemelut ini sudah tentu
melahirkan iklim politik dan budaya social yangmenyimpang jauh daripada
keluhuran,ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan
akta pilihan raya lebih bertujuan untuk menghimpitt rakyat dan parti lawan.

b) Negara
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang perihatin. Manakala
ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir daripada Tuhan yang Maha Adil. Dalam
hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah
undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan
sejagat.Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan
negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan
amalan politik mafia.Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan
palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan
parapemerintah lemah dan diktator. Selagi amalan-amalan buruk dan zalim
ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilebelkan sebagai
negara Islam.Pada masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan
dan pelaksanaannya semakin berleluasa.

6
c) Ekonomi
Kesan ekonomi melalui sekularisme antaranya ialah melahirkan satu ekonomi
yang bercabang. Ekonomi bercabang yang dimaksudkan ialah ekonomi kaptitalis,
sosialis dan komunis.Tiga ekonomi yang disebutkan sudah terbukti bahawa
pandangan ekonomis yang menggunakan kefahaman sekularisme boleh memberi
impak yang berbeza terhadap ekonomi kerana pebezaan pendapat.
Seterusnya, sekularisme mewujudkan sistem kesamarataan dalam pencarian
harta. Sekularisme menafikan hak mencari harta tanpa berusaha tetapi dengan
hanya menerima harta. Hal ini boleh menimbukan kemarahan pelbagai pihak kerana
sebilangan harta itu akan menjadi tidak adil apabila pencari harta dan penerima harta
secara buta-buta itu berbeza.
Selain itu, dengan kefahaman sekularisme ini mereka telah mewujudkan
tempat-tempat khas untuk zina. Kewujudan tempat-tempat maksiat seperti ini boleh
menimbulkan pelbagai fitnah kepada sesiapa pun. Tambahan lagi, sebab mengapa
mereka mewujudkan tempat-tempat begini adalah kerana keuntungan yang mereka
terima daripada membuka pusat hiburan seperti ini adalah besar dan akan
menjadikan mereka kaya-raya.Oleh itu, mereka percaya bawa kefahaman
sekularisme mampu membawa kekayaan dan kebahagiaan kepada mereka.
Akhir sekali, sekularisme mendorong dan menggalakan riba. Hal ini kerana
budaya sekularisme yang seakan-akan budaya buruk barat menjadikan riba itu
perkara biasa kepada mereka. Melalui riba mereka akan depan kepulangan yang
besar tetapi ia adalah haram dah tidak patut sesorang itu melakukan riba.

d) Masyarakat Islam
Akibat daripada berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi moden
maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham
keagamaan dalam masyarakat. Mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka
mahu lakukan. Budaya asing yang menginginkan keseronokkan dunia semata-mata
kini semakin mendapat tempat di hati umat Islam.Sebab itu juga gejala black metal
menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan
muda-mudi yang bukan mahram kembali menjengah oleh golongan politikus
yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Masyarakat Islam menjadi lalai dalam
menjalankan tanggungjawab dan juga terpesong dari ajaran yang sepatutnya. Akidah
masyarakat islam juga akan terpesong. Selain itu, ia juga akan mangakibatkan
ketidakadilan dalam sesebuah masyarakat.

7
e) Pendidikan Islam
Pendidikan Islam merupakan antara perkara penting bagi seseorang itu mempunyai
akhlak yang baik dan iman yang teguh .Semua itu tidak akan dapat dicapai jika
pendidikan di Negara telah tercemar dengan kefahaman sekularisme. Hal ini amatlah
penting agar mereka tidak akan lali dengan melakukan perkara yang tudak diingini.
Kesan sekularisme terhadap pendidikan Islam antaranya ialah sekularisme gagal
melahirkan individu yang mempunyai keperibadian yang utuh. Impak sekularisme
yang buruk boleh memberi kesan yang bahaya kepada sesorang. Jika tidak ditangani,
lebih banyak perkara buruk yang boleh berlaku. Pendidikan Islam menjadi salah satu
cari bgai seseorang mengubah keperibadiaan diri dengan melakukan segalah yang
disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Selain itu, sekularisme menjadi penghalang matlamat dan falsafah pendidikan
Islam. Pendidikan Islam menganjurkan konsep pembelajaran melalui teori dan amali
bagi melahirkan seorang manusia yangberjaya dunia dan akhirat. Bidang ilmu yang
dipelajari dalam Islam merangkumi segala aspek yang boleh dipelajari bagi
kepentingan masa kini dan masa depan.Dengan falsafah pendidikan Islam mereka
bukan sahaja hanya mempelajari ilmu pengetahuan tetapi belajar untuk menjadi
seorang Muslim yang bertanggungjawab akan agama Islam.
Seterusnya, kesan sekularisme terhadap pendidikan Islam ialah penghalang
kepada keberkesanan dan pembelajaran pendidikan Islam. Umat Islam telah hilang
personaliti dan kedinamikan serta menjadi pelajar yang sentiasa patuh kepada
pengaruh sekularisme dan barat (Mohd Kamil 2002). Ini adalah benar kerana jika
dilihat dengan sistem pendidikan Negara kita, pendidikan cara sekularisme adalah
anatar cara pendidikan yang terbesar di dalam Negara kita. Walaupun keberkesanan
cara barat dalam pembelajaran menjadi factor penting dalam Negara kita hal ini lebih
menyebabkan pelajar-pelajar akan lebih selesa dengan acra barat dan bukan dengan
cara pembelajaran dalma Islam.
Akhir sekali, pemikiran yang menyatakan Pendidikan Islam adalah ajaran yang
kembali ke zaman silam, dan pemikiran yang tidak lengkap menjadi antara kesan
sekularisme terhadap pendidikan Islam. Jika benar pendidikan cara Islam kuno dan
tidak lengkap, bagaimana agama Islam dapat melahirkan ilmuan atau cendekiawan
yang hebat-hebat pada zaman dahulu.Malah teori ataupun ajaran yang diberikan oleh
ilmuan dan cendekiawan Islam pada zaman dahulu masih lagi diguna pakai unutk
rujukan pada zaman kini. Daripada kesan tersebut kita dapat lihat betapa
sombongnya perilaku seseorang yang menganjung tinggi cara sekularisme dengan
merendah-rendahkan cara pembelajaran yang amat diiktiraf di seluruh dunia.

8
f) Iman
Kesan-kesan sekularisme terhadap iman antaranya ialah rosaknya akhlak seseorang.
Hal ini kerana, sekularisme sentiasa mengkaitkan satu kejadian dengan duniawi.
Mereka beranggapan jika sekularisme mampu memberikan kesenangan hidup maka
itulah kefaham yang mereka akan patuhi dan ikuti. Dari situ tercetuslah kerosakan
akhlak seorang individu, jika ia berlarutan ia makan membawa padah kepada diri
sendiri, orang sekeliling mahupun masyarakat.
Selain itu, keimanan sesorang apabila mengikuti kefaham sekularisme ialah
mereka tidak mempunyai kesedaran dalam memperbaiki diri. Seperti yang telah
idterangkan di perenggan atas, melalui sekularisme seseorang itu akan selesa
dengan kehidupan yang memberi manfaat kepada mereka, jadi mereka tiada
keinginan untuk memperbaiki diri. Hal ini jelas menunjukkan kefaham sekularisme ini
adalah besar dan keburukannya boleh membawa padah kepada seseorang.
Akhir sekali, bagi kesan terhadap iman ialah sesorang itu akan sentiasa melihat
kepada keburukan dan kejahatan. Hal ini kerana, mereka merasakan semua kefaham
yang berasa dalam sekularisme itu benar dan tiada kelemahannya. Oleh itu, mereka
tidak akan terima ajaran lain dan terus mempratikkan ajaran sekularisme agar
mereka akan senang dalam melakukan tugas harian.

9
4.3 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SEKULARISME

KELEBIHAN SEKULARISME

Sistem Perundangan
Etika yang diilhamkan oleh fahaman sekularisme juga telah digunapakai untuk
membentuk sistem perundangan, terutama sekali perundangan antarabangsa.
Perundangan ini telah membawa kepada kerukunan kehidupan duniawi. Di Malaysia,
sistem perundangan Islam tidak digunakan sepenuhnya.Sistem Islam atau hukuman
hudud tidak dilaksanakan kerana sebab tertentu .Kes-kes yang berkaitan dengan
Islam hanya dibicarakan di mahkamah syariah dan tidak akan dibawa ke peringkat
yang lebih tinggi. Ini telah menyumbang kepada keharmonian sosial yang dinikmati
oleh umat Islam khususnya yang hidup dalam masyarakat majmuk. Negara sekular
juga telah menjamin bahawa kehidupan keIslaman dapat dilestarikan.

Kesamaan semua rakyat


Hal ini disebabkan kebebasan beragama diamalkan secara meluas dan penerimaan
mereka terhadap konsep sekular itu sendiri iaitu agama tidak seharusnya
menentukan keputusan politik atau pemerintahan sesebuah negara. Mereka ada hak
sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang sama untuk mencari rezeki
dan kekayaan di bumi Allah, hak sama untuk mendapatkan pendidikan, ada
kedudukan sama di sisi undang-undang dan peluang sama untuk melakukan ibadat
kepada Allah. Kebebasan untuk hidup dan meneruskan kehidupan yang diberikan
kepada mereka berasaskan kepada kenyataan bahawa mereka juga adalah manusia
dan sebagai manusia, kehormatan mereka adalah terpelihara.

Kehormatan mendalam untuk kumpulan kecil


Kumpulan minoriti masih menjadi mangsa penindasan, kezaliman, diskriminasi,
ketidakadilan dan penipuan.Mereka juga berhak untuk dihormati tidak kira dari
kumpulan besar ataupun kecil. Semua agama mewajibkan golongan minoriti
dilindungi dan berikan hak. Setiap orang juga harus dibantu bagi menyedari
kecemerlangan khusus mereka. Memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan
orang bawahan dan nasib buruh.

10
KELEMAHAN SEKULARISME

Ekonomi
Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang
bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram,
keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.Di Malaysia, perbankan
yang berunsur riba tetap dijalankan.Kesannya sedikit sebanyak memberi penindasan
kepada si pengguna.

Sistem Pendidikan
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil
kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral.
Sistem pendidikan dualisme telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk
negara-negara Islam. Seperti Pendidikan Islam yang kurang mendapat perhatian
berbanding subjek seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
yang menjadi subjek wajib kredit bagi kelayakan pelajar yang ingin menyambung
pelajaran.Sistem pendidikan sekular yang lebih mementingkan kemajuan dan
kemodenan telah menunjukkan kesan buruk sekularisme yang mempengaruhi sistem
pendidikan di negara Islam.

Politik
Kuasa politik semakin tidak demokratik. Dimana kekuasaan yang dipegang oleh
tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot
kekayaan untuk kroni mereka, menggenggam kekuasaan sebagai hak mutlak
peribadi dan bukan amanah Allah,mereka juga enggan mengamalkan dan
melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan
matlamat dan hala tuju sesebuah Negara kucar-kacir. Institusi Negara,
daripada kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendaharaan akan disalahgunakan
untuk kepentingan parti. Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan
kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman
kapitalis dan materialis.Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya
social yangmenyimpang jauh daripada keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun
yang tinggi.Persempadan baru dan akta pilihan raya lebih bertujuan untuk
menghimpit rakyat dan parti lawan

11
5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kami dapat kenal pasti bahawa sekularisme
adalah sangat bertentangan dengan agama Islam. Hal ini kerana, Islam menekankan
kesatuan semua umatnya tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama. Melalui
sekularisme, satu masalah pasti akan muncul jika kita mebincangkan sesuatu perkara
dan amatlah susah untuk mencapai sebulat suara.

Tambahan lagi, sekularisme sudah terbukti banyak memberi kesan buruk


kepada politik, masyarakat, ilmu pendidikan mahupun agama. Secara dasarnya, kita
tahu Islam amatlah menitikberatkan semua perkara dalam kehidupan manakala
sekularisme pula sudah terang lagi amat berbeza dengan peradaban Islam.
Sekularisme menjadi kekacauan dalam pemikiran umat Islam apabila pada zaman
dahulu sesetengah pemimpin menekankan lagi soal sekularisme ini dengan
menjadikan sekularisme sebagai cara bagi mereka untuk memerintah sesebuah
negara. Hal ini menyebabkan umat Islam pada zaman itu menjadi keliru dan
mempunyai pemikiran yang lemah apabila mereka terpaksa mempraktikkan cara
sekularisme dengan mengikut cara pemimpin mereka.

Berdasarkan kisah Mustafa Kamal Ataturk yang mejadi rujukan kami, sudah jelas
menunjukkan sekularisme memberi impak buruk yang sangat besar terhadap negara,
agama dan juga masyarakat. Oleh itu, cara sekularisme sepatutnya ditentang oleh
umat Islam dan tidak perlu dipaktikkan lagi pada zaman kini.Walaubagaimanapun, di
Malaysia budaya sekularisme terbukti masih lagi ada di negara kita. Budaya
sekularisme ini sepatutnya ditentang perlahan secara perlahan agar kesan
sekularisme ini tidak mempunyai impak yang besar dan buruk kepada generasi yang
akan datang.

12
6.0 RUJUKAN

1 Kesuma Wahida. (2014). Sekularisme Aliran Pemikiran Barat. Retrieved 7 January


2014, from
https://www.slideshare.net/KesumaWahida/sekularisme-aliran-pemikiran-barat

2 Suhaimi. (2010). Perkembangan Sekularisme Dan Kesannya. Retrieved 21 August


2010, from
http://suhaimisautar.blogspot.com/2010/08/perkembangan-sekularisme-dan-kesanny
a.html

3 Amirul Fitri. (2014). Sekularisme-Teori dan Isu Semasa. Retrieved 21 July 2014,
from
https://www.slideshare.net/velocesperanza/sekularisme-teori-dan-isu-semasa

4 Siti Nur Ain. (2014). Sekularisme dan Kesannya Terhadap Masyarakat dan Negara.
Retrieved 27
January 2014, from
https://www.slideshare.net/sitinurain102/sekularisme-dan-kesannya-terhadap-masyar
akat-dan
negara

5 Nizamuddin Isemaail As-Sudani dan Majmaa Abu Nour, 1978, Dari kesedaran
menuju kebangkitan :
Islam vs Sekularisme, Maktabah Nizam

6 Dr Urgi Suharto. (2002). Al-Attas dan Al-Qaradawi Mengenai Islam dan


Sekularisme: Jawaban
Tegas Dua llmuwan Islam Semasa. Retrieved 12-13 January 2002, from
file:///C:/Users/MC/Downloads/6022-109-13228-1-10-20170905.pdf

7 https://www.slideshare.net/profmadyadrhjsuaidi/sekularism-2010-3557129
8 http://pusatsumberislam.blogspot.com/2011/04/kesan-pengaruh-sekularisme-terhadap.html
9
http://piswi.islam.gov.my/index.php/isu-semasa/87-sekularisme-kian-meresapi-pemikiran-um
mah
10 http://studentsrepo.um.edu.my/488/2/BAB1.pdf

13
7.0 LAMPIRAN

14

Anda mungkin juga menyukai