Anda di halaman 1dari 30

FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING, AND SURVEYING

UITM SHAH ALAM, SELANGOR

PROGRAMME:

AP225 - BACHELOR OF ESTATE MANAGEMENT (HONS)

AP230 - BACHELOR OF PARKS & AMENITY MANAGEMENT (HONS)

AP229 - BACHELOR OF BUILDING SURVEYING (HONS)

COURSE:

VALUES AND CIVILIZATION II

(CTU554)

KUMPULAN: 7

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL

DI MALAYSIA

PREPARED FOR:

DR HAJI SHADILI BIN SABARUDIN


PREPARED BY:

NAME MATRIC NO

1. NUR AZMALIA HANIZA BINTI ROSLI 2022910123

2. SITI NORSYAFIKAH BINTI NORDIN 2021653122

3.WILDA BINTI MUHD ZAKI


2021847704

4.NURUL AMALIA BINTI ASRI


2021653234

SUBMISSION DATE:

17 JANUARI 2023
PENGHARGAAN

‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ حِيم‬

Terlebih dahulu, Alhamdulillah kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan izin-Nya kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan kumpulan kami iaitu
Values and Civilization (CTU554).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami Dr Haji Shadili Bin


Sabarudin yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, dorongan, cadangan, masa, dan
kesabaran untuk kami sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan.

Terima kasih juga buat saya dan ahli kumpulan kami dari kelas CTU 554S-01A yang
sentiasa komited untuk menyiapkan tugasan ini, sentiasa membantu apabila diperlukan
dan menyokong antara satu sama lain. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ibu bapa kami yang tersayang atas sumbangan mereka dalam
berkongsi sokongan moral dan kewangan serta segala doa sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, kumpulan kami ingin sekali lagi memberikan penghargaan kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya
Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

ISI KANDUNGAN:

CONTENTS PAGE
Penghargaan i

Isi Kandungan ii

Pengenalan 1

7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penggerak


Kesepaduan Nasional di Malaysia:

7.1 Evolusi dan Pengglobalan Teknologi


7.2 Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi
7.3 Etika dan Peradaban Dalam Penggunaan ICT
7.4 ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional
7.5 Isu Semasa ICT

Penutup

Rujukan

PENGENALAN

Istilah teknologi berasal daripada perkataan “teche” dalam bahasa Yunani yang
bermaksud kemahiran.Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan
teknik moden seiring dengan peradaban manusia. Seterusnya, maklumat merujuk
kepada data yang memberi maksud yang difahami kepada seseorang individu yang
kemudian akan ditafsir dan membuat kesimpulan mengenai sesuatu isu atau
permasalahan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai.Maklumat dapat
disebarkan melalui empat saluran elektronik iaitu radio,televisyen, panggilan telefon dan
internet. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
(Information and Communication Technology) amat penting kepada individu,
masyarakat dan negara. Teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat dirujuk
sebagai sebuah sistem atau teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga boleh memberi kesan positif
dan negetif terhadap kualiti hidup dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang baik dapat membantu golongan nasional
untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan kemahiran yang
pelbagai. Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan golongan
nasional ini menjadi ketagihan dengan penggunaan internet, keseronokkan yang
melampau, menyebabkan gangguan pada psikologi manusia dan menyebarkan
maklumat yang salah. Dalam konteks kehidupan manusia, teknologi maklumat dan
komunikasi tidak dapat dipisahkan lagi. Penggunaan ICT ini telah menjadi satu
perantaraan bagi umat manusia untuk menjalankan aktiviti harian mereka. ICT menjadi
satu platform untuk manusia berinteraksi, berhubung dan merapatkan silaturahim.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini telah dimanfaatkan dalam pelbagai bidang
terutamanya bidang pendidikan.Hal ini dikatakan kerana, ICT adalah bersifat fleksibel
dan merangkumi pelbagai maklumat. Selain itu, ICT juga bertindak sebagai
penghubung antara dua pihak sama ada pada jarak dekat mahupun jauh. Secara
amnya, ICT merupakan platform yang penting kepada perhubungan manusia pada
abad kini.

7.1 Evolusi dan Pengglobalan Teknologi

DEFINISI KONSEP

Evolusi
Evolusi menurut ilmu sejarah adalah perkembangan ekonomi, sosial dan politik tanpa
adanya paksaan dari waktu ke waktu secara sedikit demi sedikit dan dalam jangka waktu
yang lama. Evolusi berdasarkan ilmu pengetahuan alam adalah perkembangan makhluk
hidup dari bentuk yang sederhana ke bentuk yang lebih kompleks menuju kesempurnaan
secara bertahap dan memakan waktu yang sangat lama. Menurut biologi moden, evolusi
adalah perubahan frekuensi gen dalam suatu populasi, yang menyebabkan terjadinya
perubahan pada makhluk hidup.

Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat dan berkembang dari satu
semasa ke satu masa yang lain. Selain itu, manusia pada masa kini perlu bersikap terbuka
dan mengikut arus kemajuan teknologi supaya tidak ketinggalan oleh arus kemodenan
teknologi masa kini. Oleh itu, ilmu yang berkaitan teknologi ini perlu dititik beratkan dan
dikuasai terutamanya anak muda masa kini yang membesar dengan teknologi yang begitu
canggih bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran arus pengglobalan teknologi.

Globalisasi

Globalisasi secara amnya merupakan satu proses yang menstrukturkan dunia di bawah
satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh faktor persempadanan dan geografi sesebuah
negara. Daripada aspek definisi, globalisasi boleh ditafsirkan daripada pelbagai perspektif
seperti ekonomi, sosial, budaya mahupun politik. Namun, definisi globalisasi daripada
perspektif sosiologi, globalisasi merupakan satu proses peningkatan jaringan dan saling
bergantungan antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain (Andersen &
Taylor 2013). Macionis dan Plummer (2008) pula menyatakan bahawa globalisasi dapat
didefinisikan dalam pelbagai bentuk yang mana inti pati kepada istilah ini adalah
peningkatan perhubungan dan jaringan masyarakat. Masyarakat dalam konteks globalisasi
boleh dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas termasuk negara dan bangsa. Menerusi
globalisasi, negara-negara ini saling berhubungan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
seperti kegiatan ekonomi yang mana lama-kelamaan negara-negara tersebut saling
bergantung antara satu sama lain.

Menurut Abdul Rahman Embong (2000), globalisasi terdapat dilihat daripada beberapa
aspek iaitu, pertama, globalisasi sebagai proses, kedua globalisasi sebagai keadaan
ekonomi politik dan budaya yang lahir daripada proses itu dan yang ketiga, globalisasi
sebagai ideologi. Daripada aspek globalisasi sebagai proses, ia merupakan transisi
daripada pelbagai proses yang membolehkan sesebuah negara melangkaui sempadan
negara lain. Proses ini melibatkan proses transnasional dan struktur domestic yang kukuh
yang mendorong ekonomi dan politik menjadi jentera utama kepada proses globalisasi.
Faktor ekonomi dilihat sebagai peneraju utama di dalam proses ini. Pengaturan
pengeluaran, pertukaran, agihan dan kepenggunaan yang bergantungan kepada sistem
pasaran merupakan aspek ekonomi dalam proses globalisasi. Daripada aspek politik,
demokrasi dan hak asasi manusia menjadi tunjang kepada proses globalisasi yang mana ia
merupakan prinsip yang bersifat sejagat yang perlu diterima oleh semua pihak manakala
daripada aspek budaya berlakunya evolusi kepenggunaan Amerika Syarikat ke seluruh
pelosok dunia yang dikenali sebagai McDonaldization of society yang membawa arus
perubahan ke dalam kehidupan dan pemikiran agar budaya ini menjadi nilai dan norma
dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Aspek ideologi pula dilihat sebagai satu set
kepercayaan atau pegangan yang dianggap benar oleh seseorang atau kumpulan dan
dipertahankan dan seterusnya dipropagandakan ke seluruh pelosok dunia dan harus
diterima oleh orang lain. Ia berfungsi untuk meyakini manusia bahawa mereka akan
berhadapan dengan ‘keadaan tanpa alternatif’ di mana mereka perlu bergantung pada
kuasa pasaran di samping liberalisasi, penswastaan mahupun individualisme.

Pada zaman yang penuh dengan cabaran arus pemodenan ini perlu berhati-hati kerana
semua maklumat diperolehi dengan cepat dan tanpa ada sekatan geografi. Oleh itu,
pengglobalan teknologi memberi manfaat kepada manusia bagi memudahkan sesuatu
urusan dan pekerjaan yang melibatkan penggunaan teknologi. Contohnya, dalam bidang
pertanian dan makanan, pembinaan, pengangkutan, teknologi maklumat, kewangan,
perindustrian, perhotelan, komunikasi dan sebagainya.
7.1.1 IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI

7.1.1.1 Impak pengglobalan teknologi dalam bidang pertanian

Menurut pendapat Fatimah Mohamed Arshad (2007,p.1), pada tahap awal


pembangunan sektor pertanian telah menjadi penjana utama pertumbuhan ekonomi di
Malaysia. Dalam tahun 1960 an, sektor pertanian berperanan sebagai sektor yang
membekalkan makanan untuk penduduk yang kian bertambah, menyediakan peluang
pekerjaan, memberi pendapatan eksport negara, mengumpul simpanan untuk pelaburan
industri dan menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan industri asas-asas tani. Dalam
bidang pertanian ini penggunaan teknologi sangat penting pada zaman yang canggih ini.
Penggunaan teknologi dalam pertanian akan memberikan keuntungan yang maksimum dan
pengeluaran pertanian yang produktif serta mampan. Apabila pertanian berskala besar akan
menggalakan operasi dalam bentuk sistem perladangan atau asset. Kos operasi atau
tenaga buruh berkurang disebabkan oleh penggunaan teknologi pada masa kini sekaligus
memperoleh keuntungan yang optimum iaitu penjimatan khidmat tenaga manusia.
Pendapatan petani juga meningkat disebabkan pertanian yang berskala besar. Hal ini juga
akan memberi peningkatan kepada penyelidikan untuk menghasilkan ciptaan teknologi
pertanian yang baharu.

7.1.1.2 Impak pengglobalan dalam bidang pertanian

Pembinaan merupakan binaan atau penyambungan infrastruktur dalam bidang seni bina
dan kejuruteraan awam. Pembinaan skala besar memerlukan kepakaran teknologi. Sesuatu
pembinaan biasanya diketuai oleh ketua projek yang akan dibantu oleh pengurus
pembinaan untuk memastikan pembinaan berjalan dengan lancar. Penggunaan teknologi
dalam bidang pertanian amatlah diperlukan untuk menyiapkan sesebuah bangunan atau
apa-apa pembinaan dalam tempoh yang singkat dan dapat melengkapkan projek dengan
cepat dengan bantuan teknologi. Contoh penggunaan teknologi untuk pembinaan adalah
seperti jentera, peralatan dan bahan bagi memudahkan tenaga buruh melakukan kerja-kerja
pembinaan. Hal ini akan menjimatkan masa pembinaan serta dapat menjimatkan kos
dengan mengurangkan tenaga buruh.
7.1.1.3 Impak pengglobalan teknologi dalam bidang makanan

Teknologi dalam bidang makanan merupakan salah satu cabang ilmu yang
menggunakan sains dan kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan,
pengagihan, penyediaan dan pengguna makanan. Salah satu teknologi makanan yang
dapat kita lihat pada kehidupan kini adalah pengawetan makanan dan minuman.
Penggunaan teknologi dalam bidang makanan akan menghasilkan makanan dalam kuantiti
yang banyak pada masa yang singkat. Hal ini dapat meningkatkan prestasi ekonomi serta
bertindak sebagai negara pengeluar makanan secara besar-besaran. Teknologi yang baik
mampu membekalkan sumber makanan yang mencukupi kepada negara.

7.1.1.4 Impak pengglobalan teknologi dalam bidang ekonomi

Ekonomi adalah satu bidang sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau tingkah
laku manusia (individu dan masyarakat) dalam mengurus sumber ekonomi yang terhad
seperti tanah, buruh, modal dan usahawan bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Perkara ini akan menambah bilangan pekerja yang berkemahiran dalam sektor pembuatan
khususnya dalam bidang teknologi. Penglibatan teknologi dalam bidang ekonomi juga boleh
meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara. Selain itu, dapat
menambahkan bilangan pekerja yang berkemahiran dalam sektor pembuatan khususnya
dalam bidang teknologi.

7.1.1.5 Impak positif & negatif pengglobalan teknologi dalam bidang komunikasi dan
hubungan

Komunikasi merupakan satu proses di mana manusia menghantar dan menerima


mesej. Ini juga bermakna, komunikasi boleh juga didefinisikan sebagai satu proses di mana
manusia berkongsi pendapat, informasi mahupun perasaan. Terdapat beberapa definisi
komunikasi yang diberi oleh terdahulu, di antaranya Byrnes (1975) dipetik dalam Abdul
Mua’ti(2001) menyatakan bahawa komunikasi adalah satu proses interaksi antara manusia
yang melibatkan pertuturan dan pertukaran pendapat, gerak isyarat atau simbol. Antara
impak positifnya adalah dapat mengenali antara satu sama lain melalui pelbagai platform
seperti whatsapp, facebook, Instagram dan sebagainya. Selain itu, boleh menjimatkan masa
dan tenaga untuk berhubung dengan orang lain. Hal ini mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim diantara individu atau kumpulan .Seterusnya, memperoleh maklumat dengan
cepat dan mudah walaupun dengan jarak yang jauh. Manakala impak negatif adalah banyak
berita-berita palsu yang tersebar luas di media sosial sehinggakan boleh menimbulkan
fitnah kepada orang lain. Teknologi di hujung jari memberi kesan kurang aktiviti bersemuka
kerana lebihkan media sosial.

7.1.2 KESAN POSITIF EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN TEKNOLOGI

Proses menyebarkan dan mendapatkan maklumat berlaku dengan mudah dan pantas
disebabkan adanya teknologi yang canggih. Selain itu, dapat meningkatkan taraf ekonomi
masyarakat dan negara. Seterusnya, dapat menghasilkan kerja yang lebih produktif dan
bersistematik. Hal ini juga akan memudahkan perhubungan dan komunikasi yang
melibatkan jarak yang di antara satu sama lain.

7.1.3 KESAN NEGATIF EVOLUSI DAN PENGGLOBALAN TEKNOLOGI

Seperti yang kita tahu penipuan secara atas talian akan berlaku melalui teknologi yang
canggih pada masa kini. Dengan adanya pelbagai teknologi canggih seperti telefon bimbit,
komputer riba dan lain-lain akan berlaku pembaziran waktu sebagai contoh pelajar bermain
game, melayari media sosial sehingga larut malam. Kemunculan teknologi yang canggih ini
akan memberi kesan negative iaitu akan berlakunya jenayah cyber seperti kecurian data-
data peribadi milik orang lain. Penggunaan teknologi yang canggih ini akan memakan kos
yang tinggi kerana sistem yang dilaksanakan sentiasa dinaik taraf dari semasa ke semasa.
7.2 Konsep Hubungan Manusia dan Teknologi

Teknologi merupakan suatu sistem yang membantu manusia untuk memenuhi


keperluan dan kehendak dari suatu masa ke semasa. Tambahan lagi, maklumat
bermaksud data yang tersusun dan komunikasi ialah suatu proses, pengantar,
pengantaran, dan juga menerima maklumat dari satu pihak kepihak yang lain. Oleh itu,
teknologi maklumat menjadi suatu alat yang berguna kepada manusia terutamanya
pada zaman yang canggih sebegini. Ia mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan,
ekonomi, politik dan sosial negara. Penggunaan peralatan canggih ini melangkaui batas
umur, etnik, keturunan, gender sama ada lelaki atau perempuan tanpa ada sempadan
masa.

Manusia dan teknologi adalah dua kata yang tidak boleh dipisahkan pada saat
ini. Tambahan lagi, perkembangan teknologi yang sangat pesat saat ini, seakan-akan
memudahkan dan memanjakan manusia dalam menjalankan aktiviti kehidupannya.
Hubungan manusia dan teknologi ini boleh temui di setiap aktiviti yang harian manusia
yang menggunakannya. Bahkan, manusia tidak akan pernah lepas dari sebuah
teknologi sehinggakan teknologi pada saat ini merupakan sebahagian dari keperluan
yang wajib di perlu dirasakan dan dinikmati manfaatnya.

Teknologi pada definisinya adalah alat-alat ciptaan manusia yang ditemukan


untuk memudahkan bagi manusia untuk menjalankan aktiviti kehidupan dengan lebih
mudah dan efisien. Tetapi pada kenyataannya saat ini, teknologi tidak hanya memiliki
fungsi seperti demikian. Bahkan, teknologi sekarang telah menjelma menjadi
sebahagian hidup dan gaya hidup dari setiap manusia itu sendiri telah memberikan
banyak fungsi teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Misalnya, ia pada saat
ini boleh memudahkan manusia dalam berkomunikasi seolah-olah jarak antara manusia
yang satu dengan manusia yang berada di belahan dunia lain itu sangat dekat. Dimana
pada zaman dahulu, hal ini tidak mungkin boleh dirasakan manusia, atau bahkan
berkomunikasi dengan manusia di belahan dunia lain merupakan hal yang tidak masuk
akal saat belum ditemukan teknologi seperti yang boleh kita rasakan saat ini.

Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun teknologi sejak zaman


purbakala lagi. Dunia masa kini menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber
teknologi modern. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan berteknologi tinggi dihasilkan
sehingga memberi impak Kepada kepesatan pembangunan teknologi canggih yang
membawa dunia ke alaf baru. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah
memberi kesan yang amat besar dan mengubah landskap kehidupan manusia sejagat
tanpa mengira peringkat usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh dipisahkan kerana
banyak manfaat yang diperoleh melalui teknologi termasuk dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (TM).

Dengan kehadiran teknologi modern sekarang manusia dapat menjalankan


tugas dengan lebih cepat, mudah dan murah. Sehubungan itu, manusia perlu bijak
menggunakan teknologi yang ada untuk tujuan kebaikan dan kemaslahatan serta
kesejahteraan manusia. Teknologi adalah sebagai alat untuk mencapai kemodenan dan
kemajuan sesebuah tamadun. Manusia adalah sebagai pengawal atau pengguna
kepada teknologi. Oleh itu, jika teknologi dapat digunakan dan diuruskan dengan baik
dan betul maka hasilnya matlamat yang ditetapkan akan berjaya dicapai.

Namun begitu, kegagalan manusia menguruskan dan menggunakan teknologi


akan menurunkan nilai hubungan mesra sesama anggota dalam masyarakat,
mengurang rasa akrab dalam keluarga. menyebabkan rasa sunyi dan keseorangan
serta bermacam nilai negatif lain. Aktiviti-aktiviti sosial dalam masyarakat turut berubah
dengan hadirnya teknologi maklumat.

Menurut perspektif Islam, teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah


satu cabang ilmu dalam agama Islam. Sebagai agama ‘Tauhid’, Islam tidak mengizinkan
untuk memisahkan kehidupan manusia termasuk ilmu sains dan teknologi dari dasar-
dasar dan prinsip-prinsipnya. Kemajuan teknologi maklumat merupakan perkara yang
mengagumkan pernah tercapai oleh pikiran akal manusia. Kehebatan penciptaan alat ini
malah mendekatkan diri manusia kepada pencipta kerana ia memberi manfaat dari
sudut pendidikan, perbankan, keusahawaan, ekonomi, politik dan sosial. Menurut Al-
Farabi, beliau mengkelaskan bahawa ilmu teknologi sebagai ‘ulum a-ta’lim’ dan Imam
Ghazali menyebut alat teknologi ini sebagai al-ulum al-’aqliyyah.

Pada umumnya, manusia purbakala telah lama diperkenalkan dengan


kecanggihan teknologi dan menjadikan ia sebagai salah satu alat yang digunakan pakai
ketika dahulu. Namun begitu, perkembangan teknologi ini tidak kesudahan malah di
inovasikan dengan idea-idea pembaharuan dalam pelbagai bentuk ciptaan yang
berteknologi. Kecanggihan alat ini juga memberi impak kepada kepesatan
pembangunan teknologi canggih yang membawa kepada dunia alaf baru. Tambahan
lagi , kemajuan alat teknologi ini juga telah mengubah landskap kehidupan manusia
kerana manusia dan teknologi pada masa ini tidak dapat dipisahkan kerana ia
memberikan pelbagai manfaat.

Islam telah menegaskan kepada manusia supaya mengintegrasikan


perkembangan ilmu teknologi dengan ilmu-ilmu lain dengan tujuan 'ubudiyyah
(mendekatkan diri kepada Allah SWT). Hal ini bagi mengseimbangkan kemahuan
manusia kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Sumbangan Islam terhadap
teknologi maklumat bukan sahaja menjadikan orang Islam menjadi pakar atau
pembangun teknologi, tetapi untuk meletakkan dasar atau konsep teknologi untuk
manusia dengan hala tuju yang betul. Sebagai contoh membuat laman sesawang yang
boleh memberi manfaat kepada manusia, serta terhindar daripada unsur-unsur fitnah.
palsu, penyelewengan dan sebagainya. Pembangun teknologi maklumat. bermatlamat
bagaimana menghubungi kaitkan kemajuan teknologi dengan kemajuan kerohanian.

Tambahan lagi, islam juga telah menegaskan kepada manusia supaya


mengintegrasikan perkembangan ilmu teknologi dengan ilmu-ilmu lain dengan tujuan
'ubudiyyah (mendekatkan diri kepada Allah SWT). Hal ini bagi mengseimbangkan
kemahuan manusia kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Sumbangan Islam
terhadap teknologi maklumat bukan sahaja menjadikan orang Islam menjadi pakar atau
pembangun teknologi, tetapi untuk meletakkan dasar atau konsep teknologi untuk
manusia dengan hala tuju yang betul. Sebagai contoh membuat laman sesawang yang
boleh memberi manfaat kepada manusia, serta terhindar daripada unsur-unsur fitnah,
palsu, penyelewengan dan sebagainya.

Pembangunan teknologi maklumat bermatlamat bagaimana menghubungkaitkan


kemajuan teknologi dengan kemajuan kerohanian. Ia sepatutnya dibangunkan bagi
memelihara dan meningkatkan kehidupan manusia disamping tidak mengenepikan soal
akidah, akhlak, dan syariat. Bahkan, sejarah telah mencatatkan bahawa kelalalan
manusia yang hanya mementingkan teknologi tetapi mengenepikan soal akidah, akhlak
dan syariat telah membawa kehancuran masyarakat.

7.3 Etika dan Peradaban Dalam Penggunaan ICT

Etika dan peradaban manusia terhadap penggunaan ICT pada masa kini
semakin berkurangan. Etika dan peradaban adalah amat penting apabila menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi, kerana ia boleh membantu kita mengikut garis
panduan yang betul dan mengekalkan tingkah laku sivil. Ini kerana terdapat hubungan
yang kukuh antara manusia dan teknologi hari ini, dan ICT juga memainkan peranan
penting dalam membantu menyatukan bangsa. Terdapat beberapa etika dan peradaban
manusia yang boleh digunakan dalam penggunaan ICT, khususnya berkaitan dengan
tamadun manusia.

KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjanjikan masyarakat negara ini


sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan
untuk mengikuti perkembangan di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat
pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan
perkhidmatan Internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka
hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang.
Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui
skrin komputer mereka. Dengan ini, masyarakat Malaysia tidak akan keciciran maklumat dalam
menelusuri arus perdana yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini. Gelaran katak di
bawah tempurung tidak akan dilabel pada setiap rakyat Malaysia. Oleh itu penguasaan
teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

7.3.1 Peraturan 1

Semasa berkomunikasi kita perlu menjaga tutur kata dengan baik. Contohnya
ialah sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun agar tidak menyakiti
atau melukakan hati perasaan sesama manusia.

7.3.2 Peraturan 2

Kita perlu mengikuti piawaian kelakuan sewaktu online seperti sewaktu kita
dalam kehidupan sebenar. Contohnya, menjaga batas pergaulan serta adab walaupun
di dalam media sosial tidak bersemuka dan berdepan dengan manusia.

7.3.3 Peraturan 3

Mengetahui dimana kita berada di media sosial. Contohnya, sentiasa berhati-hati


apabila melayari laman web yang mencurigakan dan tidak semudahnya menekan
sesuatu yang mencurigakan serta elakkan dari menyebarkan maklumat palsu dan
maklumat diri yang penting.

7.3.4 Peraturan 4

Sentiasa menghormati masa dan waktu bersama orang lain. Contohnya, apabila
semasa bersama keluarga dan rakan-rakan, elakkan daripada melayari media sosial
dan cuba bergaul dan berinteraksi sesama mereka, hadkan waktu penggunaan media
sosial.

ISU ETIKA DALAM PENGGUNAAN ICT

Pada masa dulu, etika Cuma dibahaskan pada peringkat teori, tetapi pada zaman yang serba
moden dan canggih ini harus diaplikasikan dalam bentuk amalan atau tindakan. Isu etika
semakin banyak diperkatakan dalam era teknologi maklumat kerana teknologi telah mengubah
sifat dan tabi'i etika.

a) Cracker

Merupakan golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem
yang ada dengan tujuan untuk membuat keuntungan. Mereka tidak mencipta software atau
perisian, tetapi mereka menggunakan perisian orang lain untuk tujuan kemusnahan. Tindakan
mereka adalah sama sekali tidak beretika dan merupakan kerja yang tidak baik.

b) Penyebaran virus
Penyebaran virus merupakan satu tindakan yang keji iaitu dengan cara merosakkan sistem,
data, software, melumpuhkan rangkaian komputer dan lain-lain lagi.

c) Hak cipta

Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran. Perkara ini telah menjadi
perkara lumrah bagi masyarakat kerana hal seperti memuat turun muzik, lagu(MP3) dan movie
tidak lagi asing bagi mereka. Sebenarnya keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

7.4 ICT Tapak Pengukuhan Kesepaduan Nasional

ICT adalah penting kerana ia boleh membantu kita kekal berhubung dan teratur dalam
dunia yang sentiasa berubah hari ini. Ia perlu dipelajari dan digunakan dengan berhati-hati,
supaya ia dapat membantu kita membina hubungan dan kerjasama dengan berkesan.
Menggunakan ICT dengan selamat dan bijak adalah penting. Kita perlu belajar tentang cara
menggunakan ICT untuk membantu kita kekal berhubung dan berkongsi idea serta maklumat
antara satu sama lain. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan ICT secara baik dan
berhemah antaranya ialah :

Cara Bertutur

Mengucapkan pertuturan atau percakapan yang baik dan berfaedah supaya dapat
mengelakkan atau timbulnya perkara yang sensitif sehingga membuat seseorang itu
terasa.

Cara Berkongsi

Pengetahuan yang dikongsi tidak bercanggah dengan kepercayaan agama orang lain.
Pastikan kita hanya berkongsi maklumat yang benar dan sahih.

Cara Menasihati

Sebelum memberi nasihat, sentiasa pastikan niat kita betul. Nasihat dengan cara yang
baik. Menggunakan nada dan bahasa yang lembut agar tidak menyakiti hati atau
perasaan sesiapa.

Cara Berdebat

Gunakan fakta dan butiran yang tepat. Bukan mengejar kemenangan, tetapi
memperbetulkan kesilapan. Pertengkaran adalah tidak produktif dan hanya akan
membawa kepada konflik selanjutnya

Cara Menghormati Orang Tua

Meringankan beban orang tua tanpa disuruh oleh mereka. Kita hendaklah sering
meminta nasihat dan pendapat daripadanya. Sentiasa bersikap lemah lembut dan
memahami terhadap mereka.

Cara Mengurus Privasi Diri

Hadkan jumlah maklumat tentang diri anda yang diketahui secara meluas. Elakkan
berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain untuk keselamatan diri sendiri.

Cara Berbudi

Sentiasa ikhlas dalam melakukan kebaikan. Jangan meletakkan harapan untuk


mendapat pujian daripada orang lain.
Cara Menyantuni Etnik Berbeza

Kita harus menghormati adat atau kepercayaan agama orang lain. Kita boleh meraikan
perayaan keagamaan dengan rakan atau jiran kita bersama-sama.

Cara Menyayangi Orang Muda

Elakkan dari memarahi atau memaki hamun jika mereka melakukan kesilapan. Cuba
hargai setiap perkara yang pernah mereka lakukan dan bimbing mereka dengan cara
yang baik agar mereka merasa disayangi.

Cara Hidup Normal Sebagai Manusia

Mempunyai matlamat diri dan hidup yang kukuh dan kuat. Sentiasa ikuti dan mengambil
tahu tentang isu semasa yang terkini.

7.5 Isu Semasa ICT

Dalam situasi masa kini, peranan ICT dilihat amat penting dalam meningkatkan
kualiti hidup masyarakat.Dunia tanpa sempadan yang wujud masa kini merupakan
impak daripada perkembangan media baharu dalam perhubungan di alam maya yang
tidak dapat dielak kerana kebebasan persaingan teknologi komunikasi. Ledakan
teknologi komunikasi yang pesat membangun telah memberi peluang yang luas dalam
meningkatkan kualiti hidup. Namun, perkembangan ICT ini juga menimbulkan beberapa
isu semasa yang sedang merebak pantas di Malaysia sama ada kepada
individu,masyarakat dan negara.

7.5.1 Penipuan secara di atas talian


Secara amnya, semua pihak mengetahui bahawa pembelian secara dalam talian
mempunyai beberapa kelebihan seperti penjimatan masa dan tenaga serta
kepelbagaian dalam membuat pilihan. Namun begitu, aktiviti pembelian dalam talian ini
juga terdedah kepada beberapa kelemahan, terutamanya seperti keterdedahan
pengguna terhadap penipuan oleh peniaga dalam talian.

Penipuan secara di atas talian biasanya terjadi dalam pembelian yang melibatkan
secara atas talian antara penjual dan pembeli. Kerjaan telah menubuhkan sebuah
platform E-Dagang bagi memudahkan masyarakat dalam urusan jual beli. Meskipun,
kewujudan E-Dagang dapat membantu masyarakat dalam mengubah corak gaya hidup
peniaga-peniaga di Malaysia, namun pengguna juga mudah terdedah kepada risiko.
Antara risiko yang sering dihadapi ialah penipuan yang dilakukan oleh peniaga semasa
membeli-belah secara dalam talian. Kebiasaan aduan atau laporan yang sering diterima
dari pembeli adalah , barang yang dipesan tidak diperoleh setelah pembayaran .
Perkara ini berlaku kerana pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab dan hanya ingin
mengaut keuntungan berlebihan.

Pada tahun 2019, terdapat 30,000 aduan yang diterima oleh pihak Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Statistik ini menunjukkan
peningkatan aduan penipuan dalam kalangan pembeli dalam talian semakin
membimbangkan.Angka kerugian yang dialami oleh pengguna akibat penipuan
dianggarkan turut mencecah ribuan hingga jutaan ringgit. Menurut undang-undang
penipuan ditakrifkan sebagai satu percubaan secara sengaja, sama ada berjaya atau
tidak, untuk menutup, mereka-reka sesuatu atau memanipulasi maklumat secara faktual
atau emosi, melalui medium bertulis atau sebaliknya, yang bertujuan untuk membina
atau mengekalkan satu kepercayaan kepada pihak yang satu lagi.Oleh itu, bolehlah
disimpulkan di sini bahawa penipuan terhadap pembelian dalam talian ini bermaksud
apa-apa tingkah laku atau dan penyataan niat tidak jujur pihak peniaga terhadap
pengguna melalui medium Internet apabila pengguna membuat suatu pembelian bagi
mendapatkan sesuatu barangan yang telah dijanjikan dan disempurnakan melalui
pembayaran.
Penipuan terhadap pembelian dalam talian sukar dikenalpasti pada awalnya
kerana pengguna hanya mampu mendapatkan maklumat mengenai barang jualan
melalui sumber yang terhad tanpa berkemampuan untuk melihat sendiri dengan mata
kasar dan memastikan barang tersebut dikirim kepadanya dengan selamat dalam
tempoh yang dijanjikan.

7.5.2 Jenayah siber

Jenayah siber ialah satu tingkah laku jenayah yang menggunakan sebarang jenis
peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan tingkah
laku jenayah dilakukan sama ada melibatkan individu atau kumpulan rakyat serta dapat
merentasi sempadan dari satu negara ke negara lain dalam tempoh yang singkat dan
tiada had.Jenayah siber menyebabkan berlakunya kehilangan atau kerosakan kepada
peralatan, data dan maklumat yang melibatkan sesebuah perisian mahupun
pemprosesan komputer sama ada serangan virus, pencerobohan (unauthorized access
and use) serta kecurian maklumat terhadap sesebuah komputer atau peranti elektronik.
Tambahan lagi, jenayah siber merupakan suatu bentuk jenayah moden yang wujud
pada zaman ini . Hal ini dikatakan kerana, jenayah ini tidak lagi seperti jenayah pada
zaman dahulu yang hanya terhad kepada persekitaran fizikal sahaja, namun kini ia telah
menjangkau kepada perlakuan jenayah melalui alam siber dengan menggunakan
teknologi komputer.

Jenayah siber yang wujud pada hari ini tidak lagi terbatas dengan menggunakan
komputer sebagai alat bagi melakukan jenayah, sebaliknya jenayah siber pada hari ini
juga boleh ditakrifkan dengan jenayah yang berlaku di internet mahupun alam siber
yang melibatkan penipuan dan helah tipu daya yang semakin membimbangkan. Tahap
kebimbangan berkenaan ancaman siber ini dapat dilihat apabila wujudnya pelbagai
akta serta undang-undang yang melibatkan siber dan komputer yang digubal dan
dibahaskan bagi menyesuaikan dengan peredaran kemajuan teknologi dan komunikasi
yang kian membangun dengan pesat . Jenayah siber merupakan antara jenayah-
jenayah yang berlaku di Malaysia. Terdapat berberapa bentuk jenayah siber dalam
skop kehartaan berdasarkan realiti jenayah siber di Malaysia iaitu penggodaman,
pemindahan wang secara haram, phishing dan penipuan siber.

7.5.2.1 Penggodaman

Penggodaman atau hacking merupakan suatu tindakan mengakses sesebuah


peranti tanpa mendapat sebarang kebenaran atau izin dari pihak
bertanggungjawab yang ditugaskan mahupun kebenaran daripada pemilik
tersebut. Penggodaman ini biasanya dilakukan oleh individu atau kumpulan-
kumpulan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
pengaturcaraan komputer . Apabila seseorang penggodam (hackers) berjaya
menceroboh sesebuah sistem komputer, kebiasaannya mereka akan menyalin
maklumat- maklumat sulit dan penting, memadam atau mengubahsuai mana-
mana kandungan maklumat atau sistem program yang tersimpan di dalam
sesebuah komputer mahupun mencuri wang atau membuat pesanan barang
melalui sistem komputer yang dicerobohi dan barang tersebut dihantar kepada
mereka sendiri. Kesan yang buruk jelas kelihatan daripada penggodaman ini
apabila ia menyebabkan kerugian besar dari segi kewangan dan kehilangan
harta benda yang besar yang terpaksa ditanggung oleh mangsa yang digodam.

7.5.2.2 Pemindahan wang secara haram

Pemindahan wang secara haram adalah pengalihan wang daripada sesebuah


akaun simpanan individu atau sesebuah organisasi ke dalam akaun bank pihak
lain.Jenayah ini biasanya berlaku dalam kes jenayah seperti pecah amanah dan
penyalahgunaan kuasa yang diberikan kepada seseorang individu yang telah
diamanahkan untuk menjaga harta atau maklumat penting. Pemindahan wang
secara haram ini sering berlaku kepada pengguna-pengguna sistem perbankan
elektronik. Perkara ini berlaku sama ada berlakunya pencerobohan ke atas
akaun mereka atau berlakunya pecah amanah atau khianat yang dilakukan oleh
pihak yang bertanggungjawab.

7.5.2.3 Phishing
Phishing merupakan suatu cubaan bersifat jenayah yang melibatkan penipuan
bagi mendapatkan maklumat-maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata
laluan dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang
boleh dipercayai bagi tujuan aktiviti jenayah.Phishing kebiasaannya dilakukan
melalui aplikasi seperti email, dengan menghantar email palsu yang hampir
menyerupai daripada organisasi -organisasi perbankan elektronik yang sah
kepada mangsa dengan menyamar sebagai wakil sah daripada pihak perbankan
elektronik. Mereka akan meminta mangsa untuk mengisi butiran diri yang bersifat
sensitif dan sulit seperti nombor akaun pemilik, nama pengguna mahupun kata
laluan di bagi tujuan pengemaskinian akaun mahupun penyelenggaraan laman
web pihak bank institusi kewangan terbabit.

7.5.2.4 Penipuan Siber (Internet Fraud)

Penipuan siber merujuk kepada penipuan yang berlaku dengan menggunakan


instrumen komputer mahupun menjadikan lama siber dalam menjalankan aktiviti
jenayah. Seiring dengan kemajuan internet, pelbagai urusan perniagaan dan
perdagangan mula beroperasi dengan kemunculan pelbagai laman-laman jualan
atas talian serta pasar elektronik sama ada di laman web mahupun laman media
sosial . Pelbagai barangan diperdagangkan , termasuklah barangan dagangan
yang bernilai rendah mahupun tinggi . Urusan perdagangan ini juga dijalankan
sama ada pembeli melakukan pembayaran penuh mahupun membayar deposit
kepada penjual dan setelah itu pesanan mereka akan diproses dan dihantar .
Namun begitu tidak semua urus niaga secara dalam talian dilakukan dengan
jujur kerana terdapat banyak kes berkenaan penipuan dalam perdagangan
dalam talian yang dilaporkan yang melibatkan kerugian yang amat besar.

Oleh itu, berdasarkan kepada ancaman yang dibawa hasil daripada kemajuan teknologi dan
maklumat , Malaysia telah menggubal akta-akta serta undang-undang siber dalam memastikan
wujudnya kawalan dan perlindungan bagi pengguna-pengguna daripada menjadi mangsa
penjenayah siber yang sentiasa memberi ancaman keselamatan menerusi medium-medium
siber serta memastikan kedaulatan undang-undang dan keharmonian di kalangan masyarakat
khususnya dalam menangani jenayah siber .

7.5.3 Keruntuhan Akhlak

Definisi akhlak menurut bahasa ialah yang berasal daripada perkataan ‘khuluq’
yang bermaksud perilaku, perangai atau tabiat. Manakala dari segi istilah menurut Imam
al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang semula jadi dalam jiwa daripadanya timbul
perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu. Ini menjelaskan
bahawa maksud akhlak adalah sesuatu tindakan secara spontan yang datang dari jiwa
manusia yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu
tindakan.Namun, isu akhlak sentiasa dikaitkan dalam penggunaan ICT pada zaman kini.
Hal ini dikatakan kerana, penyalahgunaan media sosial merupakan punca keruntuhan
akhlak di kalangan masyarakat hari ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT pada zaman kini banyak
mendatangkan manfaat kepada manusia namun, perkara ini bergantung kepada cara
seseorang memanfaatkan kemudahan tersebut .Menurut Sohana Abdul Hamid (2016),
wujudnya media massa pada masa kini adalah untuk menyediakan informasi ke arah
memacu perubahan serta banyak membawa pengaruh pada pola kehidupan
masyarakat kini. Tambahan lagi, media sosial ini juga digunakan sebagai satu platform
untuk menyebarkan berita dan mendapatkan info-info dari seluruh pelusuk dunia. .
Media sosial di zaman era globalisasi ini seperti televisyen, radio, telefon bimbit yang
canggih (smart phone) mengakibatkan berita yang tersebar semakin tidak berkualiti
bahkan kadang- kadang berita tersebut belum dikenal pasti atau merupakan satu fitnah.
Manakala, dalam kalangan kalangan remaja, kebanyakan mereka cenderung kepada
pornografi dan perkara-perkara tidak bermoral. Hal ini dikatakan kerana, lambakan
filem-filem tidak bermoral ini telah merosakkan akhlak para remaja pada zaman kini.
Selain itu, budaya hedonisme ini menyebabkan para pelajar banyak membuang masa
dengan permainan atas talian seperti PUBG, Dota dan sebagainya. Malah pelajar juga
mudah terikut dengan trend budaya barat seperti budaya yang dibawa dalam industri
perfileman dan muzik.
Tidak ketinggalan juga ,fesyen yang kian menonjol dan terpengaruh dengan
budaya barat semakin berkembang di Malaysia. Remaja juga mudah terikut dengan
gaya fesyen pemakaian selebriti kegemaran mereka yang menular di media sosial lebih-
lebih lagi trend terkini seperti KPOP kerana ingin kelihatan sama seperti idola mereka
(Bahammam, 2015). Maka, impak dari segi fesyen berpakaian adalah berlakunya
perubahan pada cara berpakaian mengikut fesyen baru yang menjadikan trend terkini
sebagai ikutan utama. Pakaian yang terdedah dianggap dapat memukau pandangan
para masyarakat , namun hal ini adalah titik tolak kepada keruntuhan akhlak dalam
masyarakat .

Kesimpulannya, media sosial amat berpengaruh dalam dunia hari ini untuk
melestarikan kehidupan masyarakat. Media sosial mempunyai potensi yang
menyalurkan nilai-nilai positif kepada semua golongan masyarakat. Namun, terdapat
juga kesan negatif media sosial . Oleh itu, masyarakat perlulah memanfaatkan
kemudahan ICT dengan betul serta menjadikan masyarakat yang lebih baik kepada
negara dan masyarakat yang lain.
\

7.5.4 Lambakan berita palsu

Fenomena berita palsu yang semakin meningkat di negara Malaysia sudah menjadi
kebiasaan kepada masyarakat .Penularan berita palsu ini berlaku secara berterusan
dikalangan masyarakat Malaysia mengenai isu-isu yang melibatkan individu, politik dan
sebagainya.Peningkatan berita palsu ini banyak berlaku dalam media sosial. Media
sosial yang digunakan oleh masyarakat Malaysia untuk berhubung dengan orang lain.
Media sosial juga seperti laman jaringan sosial membolehkan orang ramai untuk
berkumpul dan berinteraksi tanpa mengira status atau kedudukan (Siti Ezaleila &
Mustafa,2016).Kemudahan media sosial ini yang membuatkan lebih banyak penularan
berita palsu di media sosial. Hal ini dikatakan kerana, kebanyakkan berita palsu ini
disebarkan daripada aplikasi Whatsapp, Twitter,Telegram dan lain-lain. Kewujudan
aplikasi ini adalah sewajarnya menjadi platform untuk masyarakat saling berhubungan,
namun disalahgunakan oleh sesetengah masyarakat dengan menyebarkan berita-berita
palsu dan akhirnya menjadi fitnah kepada individu atau organisasi berkenaan .

Berita palsu dapat ditafsirkan sebagai berita yang tidak sahih yang telah ditularkan
kepada orang ramai.Banyak berita palsu yang telah berlaku sebelum ini melibatkan
pelbagai golongan masyarakat.Penularan berita palsu ini juga menjadi titik tolak
kepada seseorang itu menjadi salah seorang jenayah siber kerana mereka telah
menyebarkan maklumat yang tidak benar ke dalam media sosial.Motif sebenar
penyebaran berita palsu ini sukar untuk dikenal pasti, namun hal ini dapat disimpulkan
kerana adanya hasad dengki dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita-berita
palsu ini kepada individu tersebut .

Menurut Chairuni Nasution,S.H.M.Hum (2019),penggunaan internet juga membawa


kepada sikap yang ingin mencipta dan menyebarkan berita palsu (penipuan) melalui
media sosialnya dengan bantuan rangkaian internet. Oleh itu, penyebaran berita palsu
ini perlu dipandang serius oleh setiap masyarakat dan pihak berkuasa.Menurut Naib
Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Thye (2020) berkata selain itu, tindakan menyebarkan berita palsu juga boleh
menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat
keamanan negara. Perkara ini sangat membimbangkan masyarakat apabila menerima
berita palsu yang tidak diketahui asal usulnya itu. Masyarakat dinasihatkan untuk
menyemak kesahihan berita tersebut sebelum berkongsi kepada orang lain.
Selain itu, penyebaran dan penularan berita palsu ini sekaligus dapat menyumbang
kepada gejalah sosial dan keruntuhan akhlak dan seterusnya mendorong kepada
kegiatan jenayah. Mereka akan lebih menggunakan internet ataupun media sosial untuk
terus menyebarkan maklumat yang tidak betul. Walhal, internet yang dijadikan sebagai
medium mencari ilmu telah disalahgunakan untuk dijadikan sebagai medium
penyebaran berita palsu.

Tuntasnya,media sosial yang telah digunakan oleh pelbagai golongan masyarakat


ini membahayakan juga kerana mereka mudah terpedaya dalam menggunakan media
sosial dan merumuskan segala maklumat yang dilihat dalam media sosial tersebut
adalah tepat tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Media sosial ini digunakan oleh
pelbagai masyarakat di luar negara dan pelbagai agama. Antara isu yang sering
disebarkan adalah berkait dengan hal-hal keagamaan, politik, ancaman jenayah, fitnah
antara kaum yang sangat memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat nasional di
Malaysia. Perkara yang tidak sahih dan dilihat oleh masyarakat tersebut membolehkan
berlakunya perpecahan kaum di dalam Malaysia.Oleh itu, diharapkan agar pengguna
media sosial menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita yang sahih sahaja
supaya tiada lagi berita palsu yang tersebar di media sosial.
PENUTUP

Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu komponen yang amat penting
dalam mewujudkan nilai - nilai murni dalam membangunkan seseorang individu, masyarakat
dan negara yang maju dalam bidang teknologi dunia. Hal ini demikian kerana ia mampu
mengeratkan hubungan sesama manusia melampaui batasan dan mempunyai waktu serta
jarak jauh kita. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadi salah satu
medium untuk kita semua terus berkarya dan mempelajari sesuatu pelajar.

Namun begitu, kita sebagai manusia yang sihat akal fikirannya , kita hendaklah
mengetahui tentang baik dan buruknya penyampaian dan kemajuan teknologi di dalam
kehidupan kita. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini haruslah berpada-pada
dengan waktunya bagi mengelakkan ketagihan dalam penggunaan tersebut dan memberi
kesan yang amat buruk terutamanya untuk kanak-kanak dan remaja. Hal ini disebabkan oleh
kecelaruan minda mereka pada usia muda yang mudah terpengaruh sejak kecil lagi.

Secara kasarnya, kita juga dapat melihat beberapa kesan teknologi terhadap manusia
dan apa yang menyebabkan manusia mencipta teknologi sedemikian rupa walaupun penulisan
ini tidaklah mendalam. Terdapat juga beberapa kajian lain dalam hubungan manusia teknologi
khususnya terhadap teknologi kecerdasan buatan dan bagaimana teknologi memberi impak
terhadap moral dan etika manusia . Selain daripada melihat impak teknologi terhadap manusia ,
terdapat juga data maklumat terhadap penggunaan teknologi untuk membina nilai moral
manusia .

Kesimpulannya, setiap golongan mestilah bertanggungjawab dalam penggunaan


teknologi maklumat ini secara lebih berhemat. Sekiranya kita semua menggunakan kemudahan
tersebut dengan sebaiknya dengan izin-Nya, kita mampu melahirkan generasi yang bijak untuk
individu, masyarakat dan negara Serta beretika dalam aspek fizikal dan mentalnya.

RUJUKAN

1.DEFINISI ‘PENIPUAN’ DALAM PEMBELIAN DALAM TALIAN: ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN UNDANG-
UNDANG DI MALAYSIA,Amirah Madihah Adnan , Norhoneydayatie Abdul Manap , Zamzuri Zakaria , Mohd Al Adib
Samuri, Mat Noor Mat Zain, Azlin Alisa Ahmad, Ong Tze Chin, Farhah Abdullah, retrieved on 5/11/2022:
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2020-21-12-26.pdf

2. IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR: SATU TINJAUAN
AWAL, Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman, Mohd Khairul Anuar Ismail, Nor Asmira Mat Jusoh, Zanirah Mustafa @
Busu, Zurkarnain Yusoff, retrieved on 13/11/2022:
.https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf

3.https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf

https://www.researchgate.net/publication/
355201121_FENOMENA_BERITA_PALSU_DALAM_MEDIA_SOSIAL_SEPANJANG_MUSIM_PERINTAH_KAWALA
N_PERGERAKAN_DI_MALAYSIA_The_Phenomenon_of_False_News_in_Social_Media_During_The_Season_of_M
ovement_Control_In_Malaysia

4. Zamil, A., Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd Hamid, Mohd., Ishak,
I., Adon, I., Ahmad, M., & Mohamed, Z. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban (UUM Press). UUM Press.

5. Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Abdullah, S., & Murad, A. (2021). Falsafah dan Isu Semasa (UUM
Press). UUM Press.

6. Hanafi Atan. (2016). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Penerbit
USM). Penerbit USM.

‌7. Abdul Rahman Embong. 2000. Wacana Globalisasi. Dlm. Norani Othman & Sumit K.

Mandal (pnyt). Malaysia Menangani Globalisasi Peserta Atau Mangsa, hlm. 46-70.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

8. Munirah Mustafa, Mohamad Bazli Md Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd Tarzmizi

Wan Othman, Mohamad Faizal Ahmad & Mohammad Tarmizi Balya, (2020).

Penghayatan Etika Dan Peradapan, Kucing Sarawak: Perpustakaan Negara Malaysia.

9.https://www.researchgate.net/publication/315457295 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT MALAYSIA


Anda mungkin juga menyukai