Anda di halaman 1dari 4

MINGGU 2

1) Huraikan perbezaan adab dan etika antara peradaban Melayu dengan


peradaban Barat (Portugis, Belanda dan British). Contohnya perbezaan
panggilan hormat atau pengaruh agama dan sebagainya.

 PANGGILAN HORMAT
 Peradaban Melayu mempunyai panggilan hormat berdasarkan kedudukan
mengikut keturunan, jawatan, Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima
dan keagamaan. Panggilan hormat bagi orang Melayu boleh dikategorikan
seperti Panggilan Hormat Diraja, Panggilan Hormat untuk yang
berjawatan, Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran
Persekutuan, Panggilan Hormat mengikut keturunan, Panggilan Hormat
untuk ahli agama dan Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia
(ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan
Pasukan/Badan-badan Beruniform. Sebagai contoh, panggilan hormat
untuk yang berjawatan seperti Perdana Menteri akan dipanggil sebagai
Yang Amat Berhormat, manakala isteri kepada perdana Menteri akan
dipanggil Yang Amat Berbahagia.
 Panggilan hormat bagi orang Barat boleh dikategorikan seperti Panggilan
Hormat Kerabat diraja dan sekufu dengannya, Panggilan hormat bagi
pegawai kerajaan, Panggilan hormat bagi Kor diplomatik dan
consular,panggilan hormat bagi pemimpin agama dan panggilan hormat
bagi anggota bersenjata. Sebagai contoh, panggilan hormat bagi pemimpin
agama seperti Uskup Agung ialah The Most Reverend the Archbishop of
Melbourne.

 PENGARUH AGAMA
 Peradaban masyarakat melayu sangat menghormati dengan pegangan
agama orang lain. Secara amnya, masyarakat Melayu terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama. Contohnya, agama Islam, Kristian, Hindu dan
sebagainya. Walaupun masyarakat Melayu majoritinya orang Islam,
namun tetap saling menghormati dengan masyarakat yang bukan islam.
Terbukti hubungan antara kumpulan agama yang berbeza sangan toleran
apabila Krismas, Tahun Baru Cina, dan Deepavali telah diisytiharkan cuti
kebangsaan bersama cuti-cuti Islam seperti hari keputeraan Muhammad
dan lain-lain.
 Di British, lebih daripada 1000 tahun berbagai bentuk agama Kristian yang
menguasai negara tersebut. Agama Kristian adalah agama majoriti diikuti
dengan agama islam, hindu, Sikhisme, yahudi dan buddha dari segi jumlah
penganutnya. Pendidikan agama dan Ibadah Kolektif adalah wajib di
banyak sekolah negeri tersebut.
2. Bincangkan pengaruh etika dan peradaban di luar Alam Melayu ke atas peradaban
Alam Melayu.
I. Pengaruh peradaban Cina ke atas kebudayaan masyarakat Melayu
a) Serapan perkataan Cina ke dalam Bahasa Melayu.
 Perkataan Cina ini telah diserap dalam masyarakat Melayu sejak abad
ke-16 dan ke-17 dimana kedatangan orang Cina ke Melaka. Kata
pinjaman daripada Cina telah diintegrasikan dalam Bahasa Melayu dan
secara tidak langsung menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu. Di
Malaysia, penutur bahasa tempatan seperti penutur asli Bahasa Melayu
dan penutur dialek-dialek Cina telah banyak meminjam antara satu
sarna lain sejak orang Cina datang ke Malaysia. Contoh perkataan
yang dipinjam ialah tapao yang membawa erti bungkus.

II. Pengaruh peradaban India ke atas kebudayaan masyarakat Melayu


a) Adat istiadat
 Adat Berinai
 Majlis berinai merupakan adat tamadun India dimana ada tiga
peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
Seringkali masyarakat Melayu akan menggunakan peringkat
ketiga iaitu berinai besar di mana ianya akan dijalankan malam
sebelum majlis pernikahan. Corak lukisan inai adalah pengaruh
Tamadun India.
 Adat Membelah Mulut Bayi
 Adat ini merupakan upacara mencecah garam ke mulut bayi
yang baru lahir supaya bayi Panjang umur. Upacara ini diikuti
daripada adat Hindu dimana Brahmin mencecah madu dan
minyak sapi ke bibir bayi. Namun dalam islam, adat ini diganti
dengan mencecapkan air zamzam dan buah kurma ke dalam
mulut bayi.

III. Pengaruh peradaban Timur Tengah ke atas peradaban Melayu


a) Cara hidup
b) Agama
c) Kepercayaan
d) Kesenian
e) Adab
f) Kebudayaan
g) Perundangan
h) Sistem pemerintahan
i) Sistem ekonomi
j) Pendidikan

IV. Pengaruh Peradaban Barat (Portugis) ke atas peradaban Melayu


a) Perkahwinan campur
b) Tulisan rumi
c) Perkataan pinjaman
d) Keruntuhan Melayu Melaka
e) Kemunculan Kerajaan Melayu-Riau

V. Pengaruh Peradaban Barat (Belanda) ke atas peradaban Melayu


a) Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602
untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu
b) Belanda cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di Negeri-
Negeri Melayu
c) Pusat utama ialah di Betawi (Jakarta) - Indonesia
d) 1641 – Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan Kerajaan
Melayu Johor
e) Penjajahan Belanda tertumpu di Melaka selama 183 tahun dari 1641 hingga
1824
f) Belanda meyekat kapal dagang supaya berdagang di Betawi
g) Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian
London) pada tahun 1824
h) Penjajahan Belanda tidak banyak meninggalkan kesan terhadap peradaban
Melayu

VI. Pengaruh Peradaban Barat (Inggeris) ke atas peradaban Melayu


a) 1786 – Francis Light menduduki Pulau Pinang
b) 1819 – Stamford Raffles menduduki Singapura
c) 1824 - Perjanjian Inggeris-Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di
Tanah Melayu
d) 1825 – Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat
pengaruh Siam di Perak dan Selangor
e) 1826 – Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam
f) 1826 – Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah Negeri-
Negeri Selat (NNS)
g) 1841 – James Brooke mengambil Sarawak
h) 1874 – Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak
i) 1874 – Campur tangan Inggeris di Selangor
j) 1874 – Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong
k) 1875 – Brunei menyerahkan Sabah kepada British
l) 1888 – Campur tangan Inggeris di Pahang
m) 1896 – Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
n) 1909 – Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada Inggeris dan membentuk Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
o) 1914 – Johor menerima Penasihat British yang pertama
3. Jelaskan pertikaian antara dua negara iaitu Mesir dan Ethiopia dalam isu pembinaan
empangan di Ethiopia. Apakah cadangan-cadangan anda bagi penyelesaian pertikaian ini
dalam pertembungan dua peradaban.
Pembinaan empangan Grand Ethiopian Renaissance Dam (GERD) telah membangkitkan
ketegangan antara Ethiopia dengan Mesir berkaitan pengisian air di empangan tersebut. Mesir
meminta untuk melambatkan pengisian air di empangan tersebut kerana jumlah pelepasan air ke
Sungai Nil akan berkurangan secara drastik hingga mampu menjejaskan sektor pertanian dan
keperluan sumber air bersih kepada kepada negara - negara lain di sepanjang sungai tersebut seperti
Mesir. Ethiopia bertegas untuk mengisi air ke empangan tersebut secepat mungkin mengikut jadual
asas yang disediakan oleh mereka.
Cadangan yang boleh diketengahkan untuk menyelesaikan pertikaian ini ialah membuat
sebuah perjanjian yang menguntungkan kedua-dua pihak. Perjanjian itu haruslah ditandatangani oleh
kedua-dua buah negara dan perlu ditepati agar tidak mendatangkan sebarang masalah. Perjanjian yang
boleh dibuat ialah berkaitan Sungai Nil dan jadual yang tepat untuk mengisi air didalam empangan
yang dibina.
Oleh itu, kedua-dua negara perlulah saling bertolak ansur agar keselamatan negara tidak
terjejas.

Anda mungkin juga menyukai