Anda di halaman 1dari 13

CTU 152

VALUES AND CIVILIZATION


SESI 2 2020/2021

TAJUK:
PEMBUDAYAAN AMALAN HEDONISME DI MALAYSIA:
PUNCA DAN PENYELESAIAN

GROUP: D1BA1182A

NAMA AHLI KUMPULAN: NO. MATRIK:


NUR AINA ATIQAH BINTI MOHD ZULKIFLI 2021107317
NURIN SYAWALINA BINTI HUSNI 2021110097
NOR AIRIN NAJWA BINTI AZMAN 2021111319

NAMA PENSYARAH: ROGAYAH BINTI MOHD ZAIN

TARIKH HANTAR: 9 NOVEMBER 2021


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 PENDAHULUAN 1
2 OBJEKTIF KAJIAN 2
3 PENGERTIAN HEDONISME 3
4 PUNCA BERLAKUNYA HEDONISME 5
5 KESAN HEDONISME 7
6 CARA MENGATASI AMALAN HEDONISME 9
7 KESIMPULAN 10
8 RUJUKAN 12
PENDAHULUAN

Assalamualaikum, disini kami Nor Airin Najwa Binti Azman, Nur Aina Atiqah Binti
Mohd Zulkifli serta Nurin Syawalina Binti Husni telah diberikan tugasan berkumpulan
mengenai Pembudayaan Amalan Hedonisme Di Malaysia: Punca Dan Penyelesaian.
Tugasan ini perlu kami siapkan sebelum 10 November 2021 dan bersyukur kepada Allah
dengan kerjasama kami bertiga berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Sejak kebelakangan ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin meningkat


dan semakin menjadi-jadi. Jika setiap kali masalah sosial ini berlaku pada zaman dahulu,
masyarakat akan terus menertawakannya dan mengaitkannya dengan budaya hidup Barat.
Istilah "budaya kuning" suatu ketika dahulu cukup popular untuk menggambarkan kehidupan
bebas di Barat. Ini adalah peningkatan dalam kalangan anak muda Malaysia. Ia juga
dianggap sebagai budaya. Terdapat faktor buruk atau negatif di Barat. Ketika itu masyarakat
masih memandang rendah budaya asing sebegini yang memudaratkan akhlak khususnya
golongan muda. Tahun demi tahun istilah budaya kuning semakin terhakis dan semakin
dilupakan. Dengan kata lain, "budaya kuning" telah kehilangan warna kuning dan kini telah
menjadi "budaya kita". Inilah sebabnya gejala sosial yang berlaku sekarang bukan lagi
perkara pelik dalam masyarakat.

Di sini kami akan menjelaskan pembudayaan amalan hedonisme di Malaysia: punca


dan penyelesaian. Dalam tahun-tahun mendatang, generasi muda tidak akan mementingkan
masa depan disebabkan oleh budaya hedonisme. Masalah hedonisme semakin menjadi-jadi
dalam kalangan anak muda. Ia hanya mahu berseronok tanpa matlamat hidup yang tinggi.
Baginya, hidup hanyalah untuk berseronok dan berfoya-foya, tanpa merancang untuk masa
depan yang lebih baik.

Antara sebab yang menunjukkan remaja kini hidup dalam keadaan bebas dan
bermasyarakat, mereka lebih menumpukan kepada tingkah laku yang mereka lakukan untuk
kegembiraan dan kepuasan hidup. Kebahagiaan yang dimaksudkan hanya ditentukan oleh
kecerdasan nafsu mereka sendiri, tanpa ada faktor agama, sehingga hilang nilai murni
dalam kehidupan bermasyarakat. Cara hidup ini dipanggil budaya hedonistik.

1
Kami berharap apa yang disampaikan ini dapat menyedarkan diri semua orang
tentang pembudayaan amalan hedonisme di Malaysia. Budaya hedonisme merupakan
wabak yang mudah berlaku pada masyarakat khususnya dikalangan remaja. Gejala ini perlu
dipandang serius kerana ia boleh merosakkan generasi pemuda yang lalai semata-mata
untuk keseronokan.

OBJEKTIF KAJIAN

Kami menjalankan kerja kursus ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam
berkaitan Pembudayaan Amalan Hedonisme di Malaysia: Punca dan Penyelesaian. Melalui
kerja kursus ini kami dapat memenuhi objektif.

A) Kerja kursus ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti perbezaan dari
pelbagai aspek yang menyebabkan berlakunya budaya hedonisme tanpa kita sedari ianya
berlaku dari hari ke hari. Ini akan dapat membantu kami mengenal pasti perbezaan dari
pelbagai aspek.

B) Kerja kursus ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami untuk mengenal pasti
punca berlakunya amalan hedonisme di Malaysia. Kini kami mengetahui sedikit sebanyak
tentang punca berlakunya amalan hedonisme yang dapat merosakkan kehidupan anak-anak
muda sekarang.

C) Dengan kerja kursus ini juga kita dapat menjelaskan kesan terhadap seseorang yang
telah mengamalkan amalan hedonisme. Ini akan mengajar kami tentang bahayanya
mengamalkan amalan hedonisme dalam kehidupan.

D) Kerja kursus ini juga dapat memberi cara untuk kita mengatasi amalan hedonisme
berlaku di Malaysia. Dengan adanya cara untuk mengatasi ini semua pihak perlu mengambil
tindakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam kalangan masyarakat
kita.

2
PENGERTIAN

MAKSUD BUDAYA:

Menurut kamus Dewan Rakyat, budaya ditakrifkan sebagai tamadun, kemajuan


ideologi, kecerdasan, atau cara. Pemikiran, tingkah laku dan sebagainya. Menurut "Prinsip
Umum", ia bermaksud tamadun, pemikiran, dan kecerdasan. Pada masa yang sama,
menurut Kamus Malaysia "Malaysia", ia bermaksud kemajuan rohani, jasmani, kecerdasan,
dan budaya. Budaya kamus bahasa Melayu yang disebut seterusnya ialah pemikiran
manusia melalui latihan dan pengalaman, manakala kamus Malaysia pula mendefinisikan
budaya sebagai cara tingkah laku, seperti berfikir, akal budi, dan perkembangan budaya.

MAKSUD HEDONISME:

Hedonisme adalah cara berfikir yang menunjukkan bahawa memaksimumkan


kebahagiaan adalah perkara yang terbaik dan paling diingini dalam kehidupan manusia di
dunia ini. Perkataan hedonisme adalah gabungan dua perkataan "hedone" dan "ism".
Perkataan pertama ialah hedone. Ia adalah istilah Yunani (Greek) yang bermaksud
keseronokan atau keseronokan. Maksud perkataan kedua isme ditafsirkan dalam Kamus
Dewan sebagai imbuhan asing bagi kepercayaan, gerakan politik atau agama, sikap dan
tingkah laku. Istilah hedonisme ditakrifkan sebagai memegang atau pandangan hidup yang
menekankan keseronokan atau keseronokan dalam hidup. Kamus Inggeris Oxford
mentakrifkan hedonisme sebagai doktrin atau teori etika, yang menunjukkan kebahagiaan
adalah matlamat utama dari tahap tertinggi kebaikan atau tindakan

Hedonisme juga ditakrifkan sebagai kepuasan terhadap rasa dan keseronokan, yang
merupakan ukuran tingkah laku satu perkara yang baik. Hedonisme hanya menilai kebaikan
berdasarkan kebahagiaan Mudah sahaja. Nilai moral dianggap sama dengan nilai kebaikan
yang diperolehi Dalam budaya hedonistik ini. Pengikut fahaman ini dipanggil hedonis dan
sifat golongan ini mencari kebahagiaan dipanggil hedonisme

Hedonisme Yunani membahagikan definisi hedonisme kepada dua makna. Pertama


sekali, hedonisme adalah tindakan untuk mendapatkan kebahagiaan dan kebahagiaan.
Kedua, Hedonisme adalah falsafah hedonisme, iaitu doktrin falsafah, yang menerangkan

3
sumber nilai akhlak ialah kebahagiaan, iaitu tahap kebaikan yang paling tinggi. Takrifan
yang terakhir ini konsisten dengan pandangan John David Garcia, yang menunjukkan
bahawa dalam budaya Hedonisme, kegembiraan dan kegembiraan menerima
penghormatan tertinggi. Beliau menjelaskan hedonisme ialah:

“A sense of values which gives the highest value to pleasure and happiness. Hedonism
represents the pursuit of happiness to the exclusion of awareness. A hedonist seeks to
maximize the happiness above all else.”

Hedonis sentiasa berusaha untuk memperbaiki gaya hidup mereka untuk


memaksimumkan kebahagiaan dan prinsip keseronokan dalam hidup. Prinsip-prinsip ini
berdasarkan teori falsafah dan psikologi, yang menjelaskan bahawa semua tingkah laku
atau tingkah laku manusia adalah berdasarkan mengejar kebahagiaan.

Hedonisme adalah sebahagian daripada sekularisme. Kata dasar sekularisme ialah


sekular, yang bermaksud dunia. Ia merupakan ideologi yang memisahkan hubungan antara
agama dan dunia, dan ideologi yang menolak nilai-nilai agama dalam kehidupan sosial
manusia dalam bentuk doktrin dan kedudukan. Menurut Seyyed Hossein Nasr, sekularisme
adalah berperikemanusiaan, iaitu sesuatu yang berasal dari manusia. Persaingan antara
Allah manusia adalah asas utama ta'rif diperkukuhkan oleh al-Attas, yang memisahkan
manusia daripada agama bentuk terbebas dari pergi ke sekolah.

Sekularisme bertujuan untuk memisahkan agama sepenuhnya daripada masyarakat


dan membukanya. Terdapat peluang untuk mengembangkan pendidikan tanpa ciri agama,
sistem politik yang bercanggah dengan syariat Islam, dan sistem ekonomi berasaskan riba.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjaga kerohanian, makrifat, perkara-perkara ghaib dan
perkara-perkara berkaitan agama seperti akhlak, akidah, akidah dan unsur-unsur lain dalam
pemikiran manusia dalam kehidupan bermasyarakat yang tidak didominasi oleh lambang-
lambang agama dan institusi. Ini bermakna kuasa dan pengaruh agama dalam kehidupan
masyarakat semakin pudar.

Sekularisasi melibatkan banyak aspek, termasuk kecenderungan untuk mengejar


kebahagiaan dan kebahagiaan meningkatkan kebebasan dalam sains, pengetahuan, dan
nilai. Menekankan langkah dan langkah empirikal yang berkaitan dengan kebolehan secular,
kesedaran tentang keupayaan dan kuasa manusia ke atas alam dan masyarakat. Institusi
keagamaan melemahnya kuasa dan pengaruh ke atas kehidupan manusia, dan pemisahan
agama daripada sistem politik dan kerajaan. Hedonisme mengutamakan kebahagiaan

4
berdasarkan keazaman mental. Fenomena ini selaras dengan hasrat dan matlamat
sekularisme dan bertujuan untuk membebaskan manusia daripada unsur ketuhanan dan
agama. Melalui budaya seperti ini, matlamat sekularis pihak tertentu dapat dicapai.

PUNCA BERLAKU BUDAYA HEDONISME

Pada hari ini, semakin menular budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat kita.
Budaya ini telah pun menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita.
Oleh itu, kita seharusnya tidak memandang remeh dan mengambil mudah terhadap perkara
ini terutamanya golongan remaja.

Pengaruh Media Massa

Begitu mudah melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonism ini
dapat menular ke negara.Pihak barat iaitu hedonismeyang dianggap neokolonialisme telah
mengkhususkan serangannya kepada generasi muda. Cara hidup minum arak, melepek,
mengunjungi pesta hiburan, seks bebas, parti liar dan sebagainya yang merupakan pelbagai
konsep dan cara hidup. Tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu
terutamanya dalam ajaran agama. Secara jelasnya, oleh itu konsep yang dikemukakan itu
hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata. Dapat disimpulkan dengan melihat
kepada situasi masyarakat pada hari ini, bahawa budaya ini telah berjaya mempengaruhi
kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja.

Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian

Terutama remaja di bandar besar yang mudah terpengaruh dengan budaya


hedonisme ini begitu cepat menular kerana penuh dengan keseronokan dan aktiviti yang
dianggap dapat menghilangkan rasa bosan.Tanpa disedari budaya hedonisme ini merebak
dengan pantas apabila mula kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di
pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dalam membanteras gejala ini
telah pun memainkan peranan yang penting oleh pihak berkuasa tetapi tidak dinafikan
bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Sekarang penyalahgunaan
dadah semakin begitu berleluasa dan menyebabkan keadaan bertambah buruk. keruntuhan
Institusi Kekeluargaan tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Ini adalah

5
berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya, ini akan menyebabkan keruntuhan
institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga. Menghabiskan masa bergaul dengan
rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka sebagai cara untuk
menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah. Para remaja
berpendapat bahawa dengan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa
bersama dengan ibubapa mereka kerana sudah tidak dipedulikan lagi oleh ibu bapa mereka.
Lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan dengan cara itu, mereka dapat melupakan
masalah yang mereka hadapi seterusnya.

Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Akhlak para remaja akan rosak apabila ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan
kepada anak-anak, dengan itu anak-anak akan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat
dan
mengambil peluang untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang. Kebajikan
anak-anak akan diabaikan apabila kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar
duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata. Anak-anak pastinya terbiar apabila
ekoran daripada sikap ibu bapa mereka, anak-anak akan merasa tidak mendapat perhatian
dan kasih sayang yang sepenuhnya. Malah, anak-anak merasakan bahwa diri mereka tidak
diperlukan lagi. Ini merupakan perkara yang lebih teruk lagi. Sehubungan dengan itu, lebih
banyak bercampur dengan rakan-rakan yang memahami nasib yang sama dan mencari
ketenangan serta keseronokan di luar.

Kurang Pegangan Agama

Mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Ini kerana pegangan
agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh. Oleh itu, mereka tidak akan
mendapat ketenangan jiwa. Sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat kerana ini
adalah kesan globalissasi dunia tanpa sempadan yang menjadi punca kepada budaya
keterlaluan hedonisme sekaligus bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam usaha
mengelakkan diri daripada budaya hedonisme para remaja haruslah memupuk nilai-nilai
murni agar mendapat ketenangan hidup.

6
KESAN BUDAYA HEDONISME

Kesan Negatif Budaya Hedonisme

Jika mahu nyatakan kesan-kesan dan hurai tentang kesan budaya hedonisme ini
memang tidak akan habis kerana kesan budaya hedonisme ini terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu kesan negatif dan kesan positif. Tidak lupa juga kesan terhadap negara dan
masyarakat. terlalu banyak yang perlu diuraikan dan tidak akan habis. Generasi muda pada
masa kini akan mudah lupa dengan matlamat hidup yang sebenar. Oleh itu, hal ini akan
dapat menjejaskan usaha remaja untuk menjadi seorang yang sempurna dari segi
rohani,jasmani dan emosi.

Kesan negatif hedonisme yang pertama ialah dapat meningkatkan gejala jenayah
sosial dalam kalangan belia dan remaja. Tambahan pula, kadar jenayah sekarang semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Jika golongan para remaja terlibat dalam budaya ini,
maka kemungkinan besar negara akan menjadi huru-hara dan tiada keamanan untuk
ketentraman masyarakat Malaysia.

Selain itu, usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan
berilmu pengetahuan akan gagal secara automatik kerana golongan yang terlibat dengan
budaya ini akan menjejaskan perilaku akhlak seseorang. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
menguatkan iman agar kita tidak akan kalah dengan nafsu dan pengaruh yang lebih kearah
keseronokkan sehingga lalai dengan perintah Allah.

Seterusnya, budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan


dalam diri golongan remaja dan belia. Nilai keagamaan sangat penting dalam diri kita untuk
membezakan kepada kita yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita menjalani liku-
liku kehidupan yang semakin mencabar. Kesan negatif hedonisme yang terakhir pula ialah,
dengan adanya gejala hedonism ini, kerajaan juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang
yang besar untuk membanteras masalah yang timbul. Dalam pada masa yang sama,
hedonisme ini akan membantutkan lagi usaha dalam mencapai wawasan 2021.

7
Kesan Positif Budaya Hedonisme

Untuk mencapai kesenangan, golongan hedonisme ini memilih kebahagian kerana


mereka berpendapat bahawa perkara ini merupakan tindakan yang terbaik untuk mendapat
kenikmatan dan kepuasan diri. Perkara ini merupakan perkara yang teramatlah salah disisi
agama kerana banyak perkara yang bercanggah dengan syarak.

Selain itu, untuk memaksimumkan prinsip kesenangan dan keseronokkan, golongan


hedonisme akan berusaha sedaya upaya mereka agar mereka menjadi seorang yang
berjaya.

Seterusnya, tugas mereka yang penting ialah meningkatkan kadar pengalaman yang
menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan
dan
kekecewaan. Hal ini kerana, golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya
boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada
pada masa kini atau akan datang.

8
CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME

Budaya hedonism ini dapat diatasi masalah dengan pelbagai cara dalam kalangan
masyarakat. Mengelakkan diri daripada terlibat daripada budaya ini. Niat dan matlamat
haruslah dipasang oleh kita sendiri.

Mempunyai Nilai-Nilai Murni

Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai islam amatlah penting di dalam diri umat
islam.
hal ini adalah kerana pada masa ini masyarakat islam menjalani arus globalisasi,jati diri dan
pegangan umat islam terhadap syariat islam perlulah kuat dan mantap tatkala anak-anak
masih lagi kecil. Perkara ini perlulah dilaksanakan. Semenjak mereka masih lagi kecil
mereka perlu memahami dan mencintai islam. Pewaris agama yang suci ini adalah
disebabkan oleh mereka. Menjadi pewaris agama yang berjaya haruslah dicorak titik-titik
yang baik kepada anak-anak oleh ibu bapa.

Gerakan Dakwah Agama

Dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja. Gerakan dakwah


perlulah
dipertingkatkan lagi. Ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan sekiranya para
pendakwah meluaskan skop pendakwah mereka. Cara penyampaian dakwah juga perlu
diubah. Perkara yang tidak baik menjeruskan kepada pegangan agama seseorang yang
mudah luntur.Bagi memantapkan iman para remaja para pendakwah haruslah bijak dalam
mengatur strategi dengan menerangkan bahawa agama islam adalah satu-satunya agama
yang suci malahan bukan membebankan dan menyusahkan. Mereka lebih gemar meniru
budaya luar apabila mereka tiada pegangan agama terutama budaya barat yang mereka
anggap moden dan terkini.

Ibu bapa Harus Memjadi Contoh

9
Ramai ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak
mempedulikan anak-anak mereka. Merasakan diri mereka disayangi apabila ibu bapa
menjadi
contoh yang terbaik untuk ank-anak. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan
berlakunya perkara yang tidak baik. mengeratkan lagi hubungan dalam institusi
kekeluargaan.Meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak perlu dilakukan oleh ibu
bapa.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa menguatkan iman dan memperbanyakkan


amal kita agar kita tidak mudah terpengaruh dengan godaan dunia sehingga tidak
memikirkan tentang keadaan kita di akhirat kelak. Hal ini kerana, hedonisme merujuk
kepada budaya yang hanya mementingkan kegembiraan dan keseronakkan sendiri sahaja
tanpa mengira akibat atau balasan di alam lain iaitu akhirat. Seperti yang kita lihat sekarang,
budaya hedonisme telah mempengaruhi ketamadunan di Malaysia melalui teknologi seperti
telefon, internet, televisyen dan sebagainya. Masyarakat Malaysia yang terpengaruh dengan
budaya ini tidak akan memajukan negara, malah ia akan menyebabkan kemerosotan
tamadun Malaysia pada masa hadapan. Tidak lupa juga keimanan dalam diri akan hilang
secara perlahan-lahan kerana terlalu lalai dengan keseronokan dan akan menerima balasan
yang setimpal di akhirat kelak. Dengan ini, budaya hedonisme perlu ditangani dengan
secepat mungkin oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membendung perkembangan
teknologi di Malaysia kini yang masih belum matang sepenuhnya. Oleh itu, tindakan
pembetulan ini perlu diambil untuk menghalang penyebaran budaya hedonisme yang
semakin luas.

Hedonisme menekankan bahawa kebahagiaan adalah asas utama kehidupan.


Konsep kebaikan dan kebahagiaan yang dibawa oleh hedonisme hanya berdasarkan
keseronokan sekular, dan hanya fokus kepada materialisme. Yang pertama tahu mengikut
falsafah sekular Barat, ini seterusnya berkembang ke Eropah dan akhirnya merebak ke
seluruh dunia. Pemahaman ini telah menjadi gaya hidup budaya dan sosial era ini.
Pencapaian ideologi golongan hedonisme telah dilaksanakan sepenuhnya dalam
masyarakat masa kini khususnya dalam kalangan anak muda. Kehidupan mereka bersifat
individualistik dan materialistik iaitu penuh dengan karnival, menghabiskan masa di tempat

10
hiburan, minum arak, berzina, dan sebagainya adalah untuk mencapai matlamat, iaitu
mengecap keseronokkan, kebahagiaan, dan kenikmatan akan duniawi.

Akhir sekali, kebiasaan yang dilarang dalam islam adalah Hedonisme.Perilaku


Hedonism hendaklah kita jauhi dan tinggalkan hal-hal tersebut. Hedonisme terdapat banyak
kesan negatif. Oleh sebab itu sesuatu yang dilarang oleh Allah itu sudah pasti mengandung
banyak kemudaratan.Hedonisme memberi kepuasan dan kebahagiaan . Segeralah
berpusing balik bagi yang belum terlanjur menjadi pengikut hedonism, hati yang bersih
merupakan salah satu kebahagiaan hidup. Akar-akar rohani kembali ke jalan ilahi saat
menyuburkan.

RUJUKAN

1) http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/kesan-negatif-budaya-hedonisme.html

2) https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/fundamentals-of-
islam/kesan-budaya-hedonisme/13858923

3) http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/cara-mengatasi-budaya-hedonisme.html

4) http://commonrepo.um.edu.my/12613/4/Page%2049-58.pdf

5) http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlaku-budaya-hedonisme.html

6) Nornajmah Najmudin (2007), Teks dan Rujukan Lengkap Bahasa Melayu, Selangor:
Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai