Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS JASIN

SEMESTER :
SESI 1 2021/2022

CTU 552
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN :
PENULISAN KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA :


KEAMANAN GLOBAL

DISEDIAKAN OLEH :

1. ADAM IQMAL BIN NORHISHAM (2021462002)


2. MUHAMMAD MUZAMMIL AIMAN BIN SENAN (2021476948)
3. AIDIL FAIS BIN MAHRIZAL (2021839982)
4. ALYA FARHANA BINTI FAZREL (2021886438)
5. NORSHAHIRA ELLIYANA BINTI AHMAD FUAD (2021610142)
6. WAN AISYARIFATUL NOR BINTI WAN AZIZ (2021886462)
7. FATIN NUR AZREEN BINTI MAZLAN (2021467706)
8. NUR FARHANA BINTI MOHD YUSOF (2021898134)

KELAS :
M3CS2551A

KUMPULAN :
1

DISEMAK OLEH :
USTAZ MUHAMMAD FAIDZ BIN MOHD FADZIL
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 MEMPERKASAKAN PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM
MELALUI PROGRAM AKADEMIK YANG BERKUALITI
2.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan penyebaran ilmu
dan kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti
2.2 Media massa
2.2.1 Media Elektronik
2.2.2 Media Cetak
2.3 Pendidikan
2.3.1 Pendidikan Formal
2.3.2 Pendidikan Non-Formal

3.0 MEMBUKTIKAN BAHAWA AGAMA ISLAM BUKANLAH AGAMA


TERORIS SEPERTI DISANGKA OLEH ANTI MUSLIM
3.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris
3.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama
islam bukanlah agama teroris seperti disangka oleh anti muslim

4.0 MENCAPAI KATA SEPAKAT DALAM MEMBANTU MENDAPATKAN


KEAMANAN DI SETIAP NEGARA ISLAM YANG TERTINDAS
5.0 CADANGAN / KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Keamanan Global adalah sesuatu yang masih belum dapat dicapai oleh manusia pada
abad ke-21 ini. Perbalahan antara kuasa terhebat dunia sentiasa berlaku dan ianya kelihatan
seperti tiada hujungnya. Keamanan negatif dapat disimpulkan dengan kaitan unsur keganasan
seperti menamatkan peperangan, konflik dan kekerasan, manakala keamanan positif adalah
dengan mencegah sebarang keganasan yang berstruktur seperti contoh sebuah sistem yang
tidak adil akan mengundang kepada berlakunya konflik seperti kemiskinan, kebuluran, dan
juga penindasan. Antara topik yang hangat yang sentiasa disebut oleh mereka yang berkuasa
adalah cara menangani orang islam. Mereka melihat orang islam ini sebagai satu ancaman
sampai tahap mereka mengharamkan kemasukkan orang islam dalam negara mereka. Perkara
ini mula menjadi topik hangat sejak pasca peristiwa tragedi WTC 11 pada September 2001 di
New York dan seruan peperangan terhadap terorisme dilaungkan. Komuniti Islam dipandang
sebagai penyebab segala permasalahan dan secara stereotaip, mereka menjadi sasaran
tuduhan tersebut. Pandangan buruk ini menyebabkan pelbagai kesusahan untuk orang islam
dan negara islam yang ingin membangun. Pandangan buruk terhadap orang islam ini dikenali
orang seluruh dunia sebagai Islamophobia.

Islamofobia adalah salah satu ‘ketakutan’ manusia terhadap sesuatu perkara berkaitan
islam. Merujuk kepada kamus Merriam Webster dan Cambridge, islamophobia bermkasud
ketakutan yang tidak rational, kebencian atau diskriminasi terhadap orang islam atau mereka
yang mempraktikkan Islam (https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia) .Ia
juga dikategorikan sebagai rasi dalam definisi Meri dan Nayan(2018): “islamophobia dilihat
sebagai suatu bentuk rasis sama ada rasis islam mahupun rasis anti-Muslim yang bertujuan
untuk mewujudkan berperbezaan di antara kumpulan dalaman atau kumpulan luaran.

Terdapat banyak bukti bahawa semua keganasan yang berlaku tidak berasal dari
teroris islam tetapi semuanya dipandang sebelah mata sahaja. Sebagai contoh, Dato Biro
Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat menunjukkan bahwa majoriti serangan pengganas
iaitu 42 peratus didominasi oleh golongan ‘Latino’, diikuti ekstremis berhaluan kiri dengan
24 peratus dan ekstremis Yahudi dengan 7 peratus kemudian barulah ekstremis muslim
dengan 6 peratus. Ini membuktikan, per-sepsi mengatakan Islam mempromosi keganasan dan
sinonim dengan jenayah awam adalah tidak benar serta sangat berlawanan dengan fakta dan
juga realiti.
Islamofobia ini bukan sahaja berlaku dinegara luar malah negara kita sendiri yang
majoritinya ornag islam masih menghadapi masalah ini. Stesen-stesen televisyen FTA di
Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang kesucian Islam dan
Muslim dalam kalangan masyarakat Malaysia. Menurut informan, rancangan sebegitu boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rancangan yang diterbitkan khas dengan tujuan
mendidik nilai-nilai Islam dan keduanya, rancangan umum yang sebahagian besarnya
berteraskan hiburan tetapi menyelitkan unsur-unsur Islam. Contohnya rancangan terbitan
khas adalah Surah Pilihan, Ijazul Quran dan Forum Perdana Ehwal Islam. Kewujudan
islamophobia ini adalah satu dalam banyak sebab mengapa keamanan global masih tidak
dapat dicapai sekarang.

Dalam politik dunia dan hubungan antarabangsa, prinsip keamanan dan kedamaian
sejagat merupakan dasar yang penting yang melengkapi prinsip keadilan antarabangsa yang
perlu dipraktikkan. Warga kepada struktur politik antarabangsa perlu menghormati dan
memelihara prinsip kedamaian dan keamanan sejagat. Menurut Prof. Ismail Faruqi, tatadunia
baru yang dicanangkan oleh Islam ialah tatadunia baru yang berdasarkan kepada keamanan
sejagat. Keamanan yang dimaksudkan dalam sistem negara-bangsa masakini ialah
pengiktirafan kedaulatan sesebuah negara-bangsa tanpa mengira agama atau budaya. Dalam
struktur politik antarabangsa, tiada satu negara-bangsa berhak mencabul prinsip keamanan
sejagat. Peperangan atau konflik bersenjata lebih merupakan resolusi terakhir jika
penyelesaian melalui meja perundingan tidak dicapai atau pencabulan terhadap perjanjian
gencatan senjata semasa proses perundingan berlaku. Jika berlaku juga sengketa bersenjata
dan peperangan, pelaksanaan konflik, sengketa atau perang antara dua pihak perlu mematuhi
peraturan, nilai dan kehendak yang telah digariskan di dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.
Dalam struktur politik antarabangsa inilah juga nilai-nilai kebebasan perlulah diberikan
kepada sesebuah negara-bangsa untuk menentukan halacara pembangunan dan kemajuan
sendiri tanpa pengaruh dan penguasaan negara-bangsa yang lain. Dalam struktur politik
antarabangsa yang berdasarkan keamanan sejagat inilah segala bentuk peperangan yang
berdasarkan pembersihan etnik dan penindasan ras perlu dibenteras oleh negara-bangsa yang
mampu menyediakan tentera pendamai atau gabungan kuasa tentera beberapa buah negara-
bangsa yang mendokong dengan ikhlasnya aspirasi keamanan sejagat. Rasulullah s.a.w telah
bersabda bahawa “rosaknya keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah
perosak agama.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Tulisan ini adalah bertujuan untuk
menelitikan apakah yang harus dibuat untuk mencapai keamanan global antara orang islam
dan dunia luar.

2.0 MEMPERKASAKAN PENYEBARAN ILMU DAN KEFAHAMAN ISLAM


MELALUI PROGRAM AKADEMIK YANG BERKUALITI

2.1 Peranan Pendidikan Agama Islam dalam memperkasakan penyebaran


ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik yang berkualiti

Pendidikan Agama Islam di sekolah atau pusat pengajian merupakan salah


satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan ilmu pengetahuan agama Islam
kepada para pelajar dan masyarakat awam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat,
pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan
dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang
ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran (Dewan Bahasa & Pustaka, 2007).
Manakala menurut Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas, agama Islam membawa
maksud agama yang diredai Allah; agama yang mempunyai beberapa rukun dan
ajaran-ajaran tertentu yang secara khusus diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1994).

Pendidikan Agama Islam merangkumi usaha memberi pengetahuan tentang


agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia juga menekankan kepada
penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadah-
ibadah khusus dan umum serta memberikan panduan dalam membentuk sikap
tanggungjawab dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam (Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, 2006). Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan
itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu
yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat
terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam (Ghazali Darussalam,
2004).

Dalam konteks ini, guru atau pensyarah memainkan peranan yang signifikan
dalam memastikan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam dapat diperkasakan.
Suasana dan kesedaran beragama dapat diwujudkan melalui penganjuran program
dakwah seperti Israk Mikraj, Maulidur Rasul, Ihya’ Ramadan dan lain-lain. Poster dan
papan tanda doa, tazkirah, selawat dan adab Muslim mampu memberikan kesan
terhadap amalan hidup beragama di sekolah. Kempen kesedaran menutup aurat,
senyum dan salam bakal mewujudkan suasana harmoni dan Islami (Ruzain Syukur
Mansor, Disember 2015).

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa mata pelajaran Pendidikan


Agama Islam di sekolah atau pusat pengajian mempunyai fungsi yang vital dalam
memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik
yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, kita perlu menyokong usaha membina
suasana beragama di sekolah untuk menyemai benih kebaikan dalam hati pelajar
dalam usaha mengangkasakan Islam sebagai agama yang unggul. Usaha ini juga perlu
dibantu oleh masyarakat serta media untuk mewujudkan persekitaran dan gaya hidup
beragama dalam diri pelajar. Dengan ini hasrat pemimpin negara untuk melahirkan
generasi masa hadapan yang berfikiran rasional dan matang tercapai sekaligus mampu
menjamin keamanan global.

2.2 Media massa

Media massa merupakan perantara mekanikal yang mengandungi, menyimpan


dan menstransmisi mesej. Secara ringkasnya media massa terdiri daripada media
cetak dan media elektronik yang melibatkan organisasi media,individu dalam
organisasi media,polisi dan teknologi yang terlibat dalam distribusi komunikasi
massa. Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah dan buku-buku manakala
media elektronik meliputi radio, filem, rakaman, televisyen dan komputer. Dengan
adanya perantara media, mesej dapat disalurkan dengan meluas. Jarak antara
penyampai dan penerima maklumat tidak menjadi halangan kerana maklumat boleh
disalurkan dan disampaikan dalam jangkamasa tertentu.

i) Media elektronik

Di zaman moden ini, media elektronik dengan manusia sudah tidak


dapat dipisahkan lagi. Diibaratkan sebagai keperluan harian, gajet dan media
elektronik sukar hendak dipisahkan malah terdapat segelintir golongan yang
obses menggunakan media elektronik tanpa mengira waktu sehingga
memudaratkan diri sendiri. Selain itu, media elektronik juga merupakan
medium utama masyarakat di dunia dalam menerima dan menyebarkan
maklumat. Malah segala tingkah laku serta pemikiran kita banyak dipengaruhi
oleh media elektronik. Hal ini membuktikan bahawa media elektronik ini
memainkan peranan yang amat besar kepada diri manusia. Maka wajarlah
apabila media elektronik ini digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah
dalam penyebaran ilmu dan kehafaman agama islam.

Apabila disebut tentang media elektronik sudah semestinya tidak lari


daripada laman media sosial seperti Instagram,Facebook,Twitter dan lain-lain
lagi. Hampir kesemua golongan masyarakat di dunia ini mempunyai media
sosial mereka sendiri, maka strategi penyebaran ilmu dan kefahaman tentang
islam melalui media sosial adalah strategi yang bernas yang semestinya
mendapat sambutan dari segenap golongan. Melalui media sosial kita dapat
menyebarkan ilmu tentang islam supaya masyarakat akan lebih terdedah
kepada agama islam ini dan mengetahui amalan orang islam yang sebenarnya
tidak membawa sebarang ancaman kepada masyarakat bukan islam.
Contohnya, kita boleh mewujudkan satu laman Facebook ,Instagram ataupun
twitter dan memuat naik tentang ilmu dan kefahaman islam,maka orang-orang
yang sedang membuka media sosial dapat melihat perkara tersebut secara
tidak langsung. Selain itu, kita juga boleh menyebarkan ilmu melalui video-
video yang menarik dengan menggunakan animasi dan sebagainya. Oleh itu,
pengguna media sosial akan lebih tertarik untuk melihat intipati video
tersebut. Melalui media sosial ini kita dapat membantu masyarakat keluar
daripada lembah kejahilan kerana salah satu punca berlakunya salah faham
terhadap agama islam adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan.

Media elektronik bukan sahaja mempunyai media sosial semata-mata


tetapi radio, televisyen dan filem juga merupakan media elektronik. Melalui
radio dan televisyen juga kita boleh menyebarkan ilmu dan fahaman tentang
agama islam. Melalui iklan-iklan yang disiarkan di televisyen dan di saluran
radio penonton dan pendengar akan mendapat ilmu secara tidak langsung.
Selain itu, penyampaian ilmu melalui radio juga dapat dilakukan dengan
memanggil tetamu jemputan di radio untuk mengadakan forum ataupun
ceramah yang mendedahkan tentang islam secara santai. Hal ini akan lebih
menarik minat pendengar radio. Malah terdapat juga artis-artis tanah air dan
antarabangsa yang menulis lagu berunsurkan islam dan keamanan supaya
dapat menyebarkan ilmu serta mesej mereka kepada masyarakat di luar sana
terutamanya para peminat mereka agar bersama-sama mendalami ilmu dan
menyebarkan rasa kasih sayang sesama manusia tidak mengira agama
mahupun rupa. Disamping itu, pembikinan filem juga boleh menjadi medium
penyampaian ilmu kepada masyarakat terutamanya golongan muda yang suka
menonton filem di panggung wayang. Jalan cerita yang menarik dan kreatif
akan menarik minat masyarakat dengan lebih efektif lagi. Malah melalui
pembikinan filem juga kita boleh meluaskan lagi penyampaian ilmu kerana
hampir kesemua peringkat umur masyarakat gemar menonton filem lebih-
lebih lagi apabila bersama keluarga.

Maka terbuktilah bahawa media elektronik wajar dijadikan sebagai


medium utama untuk memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman islam
kepada masyarakat. Hal ini memperlihatkan kepada keberkesanannya dalam
mempengaruhi kehidupan manusia. Masyarakat akan lebih mudah menerima
sesuatu dengan pendekatan yang sebegini kerana media elektronik
sememangnya diperlukan oleh kita dalam menjalani kehidupan seharian dan
secara tidak langsung penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan tersebar
melalui aktiviti seharian. Penyebaran ilmu dan kefahaman islam ini amatlah
penting bagi kita umat islam kerana melalui perkara ini kita dapat
memperbaiki perspektif masyarakat bukan islam terhadap agama islam yang
selama ini dipandang serong akibat daripada fitnah yang dilemparkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab. Perbuatan pengganas yang telah mengancam
nyawa masyarakat dunia sering dikaitkan dengan agama islam lebih
mengeruhkan keadaan. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga semua umat
islam sering dituduh sebagai pengganas walaupun tidak melakukan sebarang
kesalahan. Malah terdapat umat islam yang diserang oleh anti-islam secara
tiba-tiba dan sering dipulaukan hanya kerana mereka merupakan orang islam.

Melalui penyebaran ilmu dan kefahaman islam inilah dapat membantu


membersihkan nama agama islam daripada tuduhan-tuduhan tersebut dan
mengembalikan keamanan kepada masyarakat islam terutamanya bagi yang
menetap di negara bukan islam. Sekiranya orang bukan islam telah
mengetahui tentang islam dan mempunyai ilmu sudah tentu mereka tidak akan
salah faham dan menuduh orang islam sebagai pengganas dan sebagainya
serta tidak menyerang orang islam yang tidak bersalah. Contohnya, amalan
wanita islam yang memakai tudung dan berpakaian yang menutup hampir
seluruh anggota badan itu sebenarnya bertujuan untuk menutup aurat dan
melindungi diri daripada jenayah seksual bukannya bertujuan menyorokkan
senjata ataupun bom seperti yang dibayangkan oleh orang bukan islam.
Berdasarkan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 22 November 2019 sorang
wanita hamil yang bertudung telah diserang oleh seorang lelaki dari
Sydney,Australia. Dikatakan lelaki itu telah mendekati sekumpulan wanita
bertudung di sebuah kafe lalu tanpa sebarang provokasi telah menyerang
seorang wanita berumur 31 tahun yang sedang hamil 38 minggu. Semasa
menyerang lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kebencian dan anti-
Islam terhadap mangsa dan rakan-rakanya.Kes ini telah membuktikan bahawa
dengan kurangnya ilmu dan kefahaman tentang islam orang islam di seluruh
dunia akan sentiasa rasa terancam dan tidak bebas menjalani kehidupan
mereka.

ii) Media Cetak

Walaupun dunia kita masa kini semakin canggih dengan pelbagai teknologi,
media cetak tetap memainkan peranan yang besar dalam menjadi medium penyampai
maklumat. Hal ini kerana media cetak lebih tertumpu kepada golongan yang lebih tua
kerana mereka lebih suka dan terbiasa menggunakan media cetak sebagai medium
perhubungan berbanding media elektronik malah terdapat juga golongan muda yang
lebih suka menggunakan media cetak berbanding media elektronik. Selain itu
golongan yang lebih tua juga tidak cekap menggunakan akses internet yang
menyebabkan mereka lebih senang menggunakan media cetak walaupun terdapat
teknologi yang canggih. Oleh itu penyebaran ilmu dan kefahaman islam akan lebih
berkesan untuk disampaikan kepada mereka menggunakan media cetak. Contohnya,
kita dapat menyebarkan ilmu dengan menyiarkannya di akhbar, majalah mahupun
risalah. Kesannya orang yang membeli akhbar akan mendapat ilmu dengan
membacanya di dalam akhbar. Selain itu risalah juga dapat diedarkan kepada orang
ramai tidak mengira tempat kerana risalah lebih senang untuk dibawa dan bahan
bacaan yang tidak terlalu berat dan mudah difahami. Disamping itu, papan iklan juga
merupakan salah satu media cetak yang dapat menjadi medium penyampai maklumat
yang berkesan terutamanya apabila papan-papan iklan tersebut diletakkan di tepi-tepi
jalan agar pengguna jalan raya dapat membacanya walaupun semasa berada di atas
jalan raya. Seterusnya, kelebihan menggunakan media cetak sebagai medium
penyampaian ilmu dan kefahaman islam juga ialah media cetak dapat disimpan dan
dibaca berulang kali walaupun sudah lama. Kesannya, segala jenis bahan media cetak
yang disimpan dapat dibaca oleh generasi akan datang dan secara tidak langsung ilmu
tersebut dapat disalurkan kepada generasi masa hadapan. Media cetak juga wajar
dijadikan sebagai medium penyampaian ilmu dan kefahaman islam juga kerana
melalui media cetak sesuatu yang sukar untuk difahami dapat diringkaskan di dalam
media cetak kerana terdapat akhbar,risalah mahupun majalah yang menerbitkan
cetakan bewarna dan di dalam pelbagai bentuk yang mudah difahami seperti gamba
rajah ataupun imej kreatif

Selain itu,media cetak juga berperanan untuk menyebarkan maklumat yang


tepat dan sahih kebenarannya.Seperti yang kita ketahui,setiap maklumat dah info
yang dipaparkan sudahpun dipastikan kesasihan maklumat tersebut.Tambahan
pula,hampir kesemua media cetak yang dihasilkan akan melalui beberapa fasa
sebelum ia diterbitkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku mahupun diletakkan di
perpustakaan.Sebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi penulis ataupun
pengarang bagi sesebuah buku hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas agar
penulisan yang dihasilkan berkualiti.Tambahan pula,media cetak sering dijadikan
rujukan tidak kira apa lapisan umur pembaca sekalipun.Contohnya,risalah dan apa jua
buku non-fiksyen sering digunakan oleh pelajar-pelajar bagi menyiapkan kerja kursus
adan tugasan harian mereka.Dengan adanya media cetak,kita tidak perlu risau lagi
akan kesasihan sesuatu maklumat.Pada zaman kini,media sosial sering digunakan
oleh semua lapisan masyarakat bagi mencari sesuatu maklumat bagi mengetahui
kebenarannya.Persoalannya,sejauh manakah kesasihan maklumat yang berada di
media sosial ini?Pada pendapat saya,media sosial sememangnya memudahkan kita
dalam mencari dan mengetahui sesuatu tetapi janganlah kita percaya secara bulat-
bulat akan maklumat yang disampaikan.Hal ini kerana,kita dapat lihat banyak
maklumat palsu yang disampaikan terutamanya di media sosial seperti
Facebook,WhatsApp dan sebagainya.Bagi mereka yang tidak mengkaji terlebih
dahulu,sudah pasti mereka akan dengan mudahnya terpedaya akan maklumat
tersebut.Tambahan pula,kita dapat lihat banyak siaran TV memaparkan bahayanya
maklumat palsu yang disebarkan di media sosial ini.Cuba bayangkan sekiranya ada
individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwah palsu ataupun hadis
palsu,dan ramai pula yang menyebarkan maklumat tersebut kerana menganggap ia
adalah betul tanpa menyelidik sebelum menyebarkannya,bukankah ia boleh
menyebabkan aqidah kita boleh terpesong?Senario ini kita dapat lihat pada hari ini
kerana terlalu banyak hadis palsu dan hukum-hakam dalam agama yang salah
disebarkan secara meluas.Kesan sekiranya kita percaya dengan mudah,ia boleh
menyebabkan akidah kita tersasar dan boleh mengakibatkan kita murtad ataupun
keluar daripada agama Islam.Oleh itu,media cetak memainkan peranan penting dalam
memastikan kesasihan sesuatu maklumat yang disampaikan di media sosial.

2.3 Pendidikan

Tanpa kita ketahui dan sedari,medium pendidikan antara medium yang turut
digunakan dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam.Tambahan
pula,medium ini digunakan secara meluas tidak kira tempat,agama dan bangsa kerana
pendidikan merupakan antara keperluan pada hari ini.Bukan sahaja keperluan,tetapi ia
merupakan pendidikan sepanjang hayat.Hal ini kerana,tanpa pendidikan,tidak akan
wujudnya ahli falsafah,ahli ilmuan dan pakar perubatan seperti yang kita dapat lihat
pada hari ini.Dengan pendidikan jugalah kita dapat membezakan baik dan buruk,mana
yang betul dan mana yang salah.Oleh itu,dapat dilihat bahawa pendidikan amat
penting.Sebelum kita memahami dengan lebih mendalam mengenai
pendidikan,seeloknya kita memahami definisi pendidikan secara umum terlebih
dahulu.Definisi pendidikan secara umum adalah ia merupakan sesuatu proses
pembelajaran pengetahuan,keterampilan dan kebiasaan sekumpulan manusia yang
diwariskan dari satu generasi ke generasi yang selanjutnya melalui pengajaran,latihan
dan penelitian.Ia juga turut boleh ditafsirkan sebagai suatu usaha sedar yang
dilakukan secara sistematik dalam mewujudkan suasana belajar dan mengajar agar
para peserta yang dididik dapat mengembangkan potensi dirinya.Sekiranya kita lihat
definisi daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau
perbuatan mendidik. Perkataan pendidikan itu sendiri berasal daripada bahasa
Inggeris iaitu Education dimana secara etimologis kata tersebut berasal dari bahasa
Latin, iaitu Eductum. Kata Eductum terdiri dari dua kata,iaitu E yang artinya
perkembangan dari dalam keluar, dan Duco yang artinya sedang berkembang.
Sehingga secara etimologis maksud pendidikan adalah proses mengembangkan
kemampuan diri sendiri dan kekuatan individu.
Pendidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pendidikan formal,non-formal dan
informal. Setiap pendidikan memainkan peranan yang berbeza dalam kehidupan
seseorang.Walau bagaimanapun,setiap pendidikan tersebut mempunyai tujuan yang
sama iaitu mendidik akhlak dan peribadi seseorang.Pendidikan formal adalah
merupakan pendidikan dalam bentuk kurikulum terancang atau program pengajian
dan mata pelajaran yang disusun dan diajar kepada pelajar di  institusi pendidikan
seperti sekolah, kolej, politeknik, dan universiti. Kebiasaanya pendidikan formal yang
dirancang ini mempunyai peperiksaan dan ujian bagi menilai keupayaan dan
kemahiran pelajar tersebut.Melalui ujian dan peperiksaan yang
dijalankan,penganugerahan sesuatu sijil, diploma, atau ijazah diberikan kepada pelajar
yang layak.Bagi pendidikan non-formal pula, ia merupakan suatu pendidikan
tambahan yang diajar di luar pendidikan formal seperti kegiatan kokurikulum di
sekolah.Salah satu kegiatan kokurikulum adalah seperti aktiviti sukan, persatuan dan
kegiatan beruniform.Selain kegiatan kokurikulum,kursus latihan di jabatan kerajaan
atau syarikat swasta dengan bertujuan bagi menambahkan kecekapan pekerja dan
kursus-kursus pendek pula bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu,
lawatan sambil belajar yang terancang dan sebagainya.Akhir sekali,pendidikan
informal ialah pendidikan dan pengalaman dimana kita dapat perolehi melalui
pelbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan persekitaran, orang lain
seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat lain dan dari pemerhatian kita tentang
apa yang berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV, filem atau mendengar
radio.Pada pendapat saya,keluarga ialah agensi pertama dan amat penting yang
memberi pendidikan awal dan pendidikan sokongan.Banyak sekali pengalaman kita
diperkayakan, persepsi dan pemikiran kita dibentuk,melalui pendidikan informal ini,
yang kita alami setiap masa. Persoalannya,bagaimanakah pendidikan-pendidikan ini
dapat memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman Islam dalam diri seseorang
individu itu?Dan sejauh manakah keberkesanannya?

i) Pendidikan Formal

Antara medium yang digunakan dalam aspek pendidikan ialah medium


pendidikan formal.Seperti yang diketahui sebelum ini,definisi pendidikan
formal secara ringkas ialah ia merupakan pendidikan yang terancang dan
disusun,dan diajar di sesebuah institusi.Dalam pendidikan formal,terdapat
pelbagai subjek yang didedahkan kepada para pelajar seperti subjek
Matematik,subjek Sains dan sebagainya.Dari pelbagai subjek yang diajar
itu,dua subjek yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah masyarkat iaitu
subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral memainkan peranan yang
amat besar dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman dalam
Islam itu sendiri.Persoalan yang pasti bermain dalam fikiran sesetengah
masyarakat adalah sudah semestinya,apakah peranannya dan apakah kaitannya
pula dengan tanggapan orang bukan Islam yang menganggap agama Islam
merupakan agama teroris?

Subjek pertama yang akan dihuraikan dan dibincangkan adalah subjek


Pendidikan Islam.Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu daripada
mata pelajaran yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah
menengah dengan bertujuan untuk melahirkan insan soleh yang beriman,
berilmu, beramal dan berakhlak.Subjek tersebut diajarkan kepada pelajar yang
beragama Islam.Tambahan pula,subjek ini merupakan subjek yang amat
penting kerana ia adalah salah satu wajib lulus SPM.Pendidikan Islam terdiri
daripada Tilawah al-Quran dan Hadis,Ulum Syariah dan Adab Berteraskan
Akhlak Islamiah.Setiap bahagian yang terdapat dalam subjek ini memainkan
peranan tersendiri.Sebagai contoh,bahagian Tilawah al-Quran dan Hadis diisi
dalam sukatan pelajaran bagi membolehkan para pelajar membaca al-Quran
dengan lancar malah mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan
tepat.Tambahan pula,pelajar turut diarahkan untuk menghafaz ayat-ayat al-
Quran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan setiap tahun.Dengan
membaca dan menghafaz ayat al-Quran,kita akan lebih mendalami isi
kandungan yang terdapat dalam al-Quran.Setiap surah dalam al-Quran
membawa makna dan kisahnya yang tersendiri yang boleh dijadikan tauladan
buat kita.Apabila seseorang mendalami al-Quran.mereka akan turut
mendalami agama Islam itu sendiri.Hal ini demikian kerana,al-Quran dan
Sunnah merupakan panduan bagi umat Islam.Tanpa dua perkara
tersebut,sudah pasti kita akan sesat dan hilang arah petunjuk.Kesannya,kita
akan terpesong dari ajaran yang diajarkan dalam agama Islam.Tambahan
pula,kita turut dapat mempraktikkan apa yang difahami dari al-Quran dalam
kehidupan seharian.Sebagai contoh,kita boleh membaca surah yang dihafal
ketika menunaikan waktu solat.Apabila kita menghafal dengan betul dan
memahami maksud setiap ayat-ayat yang dibaca,kita akan lebih khusyuk dan
seronok dalam melakukan ibadah seharian.Kita juga turut dapat
menyampaikan apa yang difahami kepada orang sekeliling kita,daripada situ
kita dapat berkongsikan ilmu yang ada.Kesannya,kita dapat menyebarkan
sedikit sebanyak ilmu kepada orang lain dan berkemungkinan ilmu yang
disampaikan dapat menarik orang bukan Islam untuk mendalami Islam itu
sendiri.Selain itu,adab berteraskan akhlak islmiah juga dapat memperkasakan
penyebaran ilmu dan kefahaman tentang Islam itu sendiri. Adab ini adalah
berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T, diri
sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.Sebagai contoh,kita
diajarkan untuk menghormati orang lain yang berada disekeliling kita tidak
kira umur,bangsa dan agama.Islam mengajar umatnya untuk menghormati
bukanlah untuk mengasari orang lain.Apa yang diajarkan dalam Islam tidak
sama langsung dengan apa yang diperkatakan oleh agama bukan Islam yang
menganggap Islam ini merupakan agama teroris.Tomahan tersebut boleh
memburukkan imej Islam itu sendiri.Hakikatnya,Islam merupakan agama
yang suci dan damai.Dengan mempratikkan adab yang diajarkan,kita boleh
berusaha mengubah pendapat mereka mengenai agama Islam yang dianggap
agama teroris adalah salah sama sekali.Kesimpulannya,Pendidikan Islam
memainkan peranan besar dalam memperkasakan penyebaran ilmu dan
kefahaman dalam Islam.

Subjek seterusnya yang akan dihuraikan adalah subjek Pendidikan


Moral. Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajarkan di sekolah
sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah kepada pelajar yang bukan
beragama Islam. Ia adalah satu subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-
nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Hal ini
demikian kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan
Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik
dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim
pula, mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses
penerapan nilai murni juga dapat disampaikan kepada mereka.Subjek ini juga
sama penting dengan subjek Pendidikan Islam kerana ia turut merupakan salah
satu subjek wajib lulus SPM.Sama seperti subjek Pendidikan Islam,Pendidikan
Moral juga mempunyai sukatan pelajaran dan diantanya ialah tajuk nilai
agama dan akhlak Islam.Dapat dilihat bahawa bukan sahaja pelajar Islam
mempelajari mengenai adab yang diajar dalam Islam,malah pelajar bukan
Islam turut mempelajari akhlak Islam.Dalam tajuk ini,mereka akan
mempelajari mengenai pengertian,kata kunci,dasar dan juga kepentingan
akhlak dalam Islam.Tidak anehlah jika ada sesetengah daripada mereka lebih
memahami tentang Islam berbanding dengan orang yang menganut agama
Islam itu sendiri.Ada juga daripada mereka sudahpun diperkenalkan dengan
adab dan akhlak Islam itu sendiri sebelum mulakan sesi persekolahan.Hal ini
demikian kerana,sesetengah daripada mereka mungkin diperkenalkan ketika
kecil lagi kerana persekitaran mereka yang berada di kawasan kejiranan yang
majoritinya orang Islam.Contoh dekat yang dapat dilihat adalah cerita kartun
Upin Ipin,iaitu watak Mei Mei dan Jarjit.Mereka berdua bukanlah orang yang
beragama Islam tetapi dek kerana berkawan dengan kanak-kanak lain yang
beragama Islam,mereka berdua mengetahui banyak tentang agama Islam
seperti berpuasa di bulan Ramdahan,tidak boleh mengambil hak orang lain
dan sebagainya lagi.Kita dapat lihat bahawa melalui Pendidikan Moral
juga,mereka dapat menmperkasakan kefahaman dalam Islam dan dalam masa
yang sama menyebarkannya dengan cara tanpa mereka sedari.

ii) Pendidikan Non-Formal

Seterusnya,pendidikan non-formal juga memainkan peranan dalam


memperkasakan penyebaran ilmu dan kefahaman dalam Islam.Seperti yang
kita ketahui,pendidikan ini adalah merupakan pendidikan di luar waktu
pendidikan formal(kelas).Sebagai contoh,aktiviti-aktiviti keagamaan seperti
ceramah mahupun tazkirah.Kebiasaanya ceramah atau tazkirah diadakan
ketika berlangsungnya hari-hari yang disambut oleh umat Islam seperti Hari
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.,Maulidur Rasul,Hari Khatam Al-Quran
dan lain-lain lagi.Pada hari-hari tersebut,akan dijemputnya ustaz atau ustazah
ataupun mana-mana penceramah luar bari memeriahkan suasana.Selain dapat
memeriahkan suasana,pelajar juga dapat menambahkan ilmu agama yang
sedia ada..Ketika itu juga,para pelajar dapat bertanya secara langsung kepada
penceramah mengenai persoalan ataupun kemusykilan yang ada.Kelebihan
yang ada pada tazkirah ataupun ceramah yang diadakan pada hari
tersebut,bukan sahaja orang Islam akan menghadiri majlis tersebut tetapi
orang bukan Islam turut akan menghadiri majlis tersebut.Kesannya,mereka
akan dapat memahami agama Islam dengan lebih mendalam dan
tepat,bukanlah memahami dan mengenali Islam melalui khabar angin yang
tidak betul sama sekali seperti tomahan yang mengatakan agama Islam adalah
agama pengganas.Kadang kala,mereka juga boleh mengajukan soalan kepada
ustaz dan penceramah tersebut.Pada pendapat saya,wajarlah mereka yang arif
menjawab persoalan mereka yang bukan Islam ini kerana jawapan yang akan
diberikan sudah pastilah tepat dan benar berlandaskan dengan al-Quran dan
Sunnah pula.Bagi pelajar yang tinggal di asrama,sudah pastilah akan ada
aktiviti tazkirah setiap hari diantara waktu Maghrib dan Isyak bagi mengisi
masa lapang pelajar sementara menunggu waktu Isyak.Kesannya,bukan sahaja
muslim mendapat manfaat dari aktiviti tazkirah dan ceramah itu malah yang
bukan beragama Islam turut mendapat manfaat.
3.0 MEMBUKTIKAN BAHAWA AGAMA ISLAM BUKANLAH AGAMA
TERORIS SEPERTI DISANGKA OLEH ANTI MUSLIM

3.1 Agama Islam dianggap sebagai agama teroris

Terrorisme telah wujud sejak abad ke-18 lagi. Terrorisme tidak mempunyai
maksud yang khusus tetapi dikaitkan dengan tindakan keganasan, kekerasan serta
intimidasi yang dilakukan bagi menimbulkan rasa takut bagi satu pihak tertentu.
(Yadim,2016). Pada zaman kini, terdapat umat Islam yang yang mengaku mereka
pejuang agama tetapi melakukan aktiviti-aktiviti keganasan seperti pengeboman dan
pembunuhan. Mereka menyatakan bahawa perbuatan mereka itu bukanlah suatu
bentuk keganasan malah sebagai jihad kepada agama Islam. Aktiviti mereka ini telah
mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah tidak mengira umur seperti kanak-
kanak, wanita dan warga tua. Mangsa mereka juga tidak menyasarkan hanya kepada
orang bukan Islam malah orang Islam sendiri juga menjadi mangsa keganasan
tersebut.

Selari dengan era teknologi ini segala perkhabaran atau berita yang terjadi di
seluruh dunia boleh tersebar sepantas kilat melalui media sosial. Teknologi pada masa
kini digunakan pada semua peringkat umur bahkan kanak-kanak kecil sudah mahir
untuk menggunakan gajet-gajet canggih seperti telefon pintar. Golongan yang lebih
muda seperti awal remaja lebih mudah terpengaruh untuk mempercayai setiap perkara
yang dilihat atau dibaca tanpa bimbingan dan pengawasan orang dewasa. Mereka
yang tidak dibimbing dengan baik akan dibesarkan dengan membenci Islam
setetrusnya menjadi anti-muslim. Tambahan pula, terdapat golongan bukan Islam
yang jahil berkaitan agama Islam. Bilangan islamophobia dilihat banyak di negara
Barat kerana kurangnya populasi umat Islam di negara mereka. Jadi, mereka kurang
pendedahan tentang Islam. Oleh itu, mempercayai apa yang dilihat dan didengari
dalam media tanpa membuat sebarang selidikan terlebih dahulu.

Pada tanggal 15 Mac 2019, terjadinya dua serangan tembakan Masjid Al Noor
dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand. Seorang pemuda kelihatan
lengkap bersenjata dan menyerang masjid tersebut sambil membuat penyiaran secara
langsung di akaun media sosialnya (Facebook) ketika umat islam sedang menunaikan
solat Jumaat. (Astro Awani,2019). Seramai 51 orang Islam yang merupakan mangsa
tembakan yang terbunuh tidak mengira usia dari kanak-kanak sehingga warga tua
dalam insiden tersebut. Kenyataan mendapati bahawa tujuan serangan tersebut
berlaku berasal daripada pendapat suspek sendiri untuk menanamkan rasa takut
kepada penduduk Islam yang majoritinya imigran yang menetap di New Zealand yang
dianggapnya sabagai pengganas. (Berita Harian, 2020). Ini telah membuktikan
bahawa terdapat ideologi-ideologi yang menyatakan bahawa agama Islam merupakan
agama pengganas dalam kalangan orang bukan Islam.

Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan dapat kita simpulkan bahawa


agama Islam masih lagi diapandang sebagai agama teroris. Kurangnya pendedahan
berkaitan agama Islam kepada seluruh dunia boleh menyebabkan mentaliti Islam
sebagai agama terroris akan terus dibiasakan dalam kalangan masyarakat.

3.2 Fungsi media massa dalam membuktikan bahawa agama islam bukanlah
agama teroris seperti disangka oleh anti muslim

Membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka


oleh anti muslim. Hal ini dapat dilaksanakan mengunakan media sosial. Media
menurut Kamus Dewan (2010) ialah alat atau perantara komunikasi (Kamus Dewan
2010, Dewan Bahasa Pustaka). Media juga merupakan sebuah badan yang sangat
penting dalam membantu penyebaran identity sebenar Islam. Ia mampu mendorong
masyarakat serta mempengaruhi dunia untuk menuju ke arah kebaikan, sebaliknya
juga ia mampu membawa manusia ke kancah kehancuran (Muhamad Zaki, Ainurliza,
Zainol & Noor Adzrah, 2011).
Bagi menikmati suatu kehidupan yang selamat dan maju, manusia sentiasa
memerlukan informasi dan maklumat. Oleh itu, manusia berhubung dengan sumber
ilmu sama ada secara langsung ataupun melalui media massa yang menyalurkan ilmu
dan maklumat dari paparan berita, hiburan dan lain-lain. Media sangat memainkan
peranan yang amat luas di dalam masyarakat. Islam melihat media sebagai medium
dakwah dalam menyampaikan kebenaran dan mengulas isu-isu berkaitan kepentingan
ummah. Media informasi Islam juga berperanan sebagai penangkis serangan media
dan propaganda asing dan melindungi pengaruh yang boleh menyesatkan umat Islam
serta mengukuh dan mempertahankan pendirian Islam dalam segala isu. Penggunaan
kaedah yang berhikmah dan bijaksana adalah penting dalam menjayakan proses
komunikasi berkesan (Marina Munira Mutalib, 2004)

Sebagai contoh, kita sering mendengar kabar-kabar di media, tentang Islam


sebagai agama yang ektrimis, radikalis, dan fundametalis, bahkan islam sebagai
agama teroris. Hal ini, dikuatkan dengan banyak pendapat-pendapat yang menyatakan
bahwasanya Islam identik dengan gerakan-gerakan terorisme, suka berperang dan
intoleren. Fakta tersebut, mungkin dikuatkan dengan banyaknya kes konflik saudara
yang berpanjangan di Timur Tengah dan juga teror bom yang dilakukan oleh “Islam”
di beberapa negara barat. Tindakan pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Islam
sebagai punca kepada keganasan yang dilakukan oleh individu dan kelompok
ekstremis dan teroris sedangkan penting untuk difahami bahawa kelompok seperti ini
sebenarnya wujud merentasi agama, budaya dan masyarakat.

Kita, sebagai generasi Islam, harus bisa menjadi tiang yang kukuh dalam
membela Islam dari fitnah-fitnah yang tidak mendasar tersebut. Islam berada di
tangan kita generasinya. Antara laman web yang juga boleh digunakan untuk
memudahkan soal jawab dan penjelasan agama ialah facebook, dimana terdapat
kemudahan bersoaljawab, video calling dan sebagainya yang memudahkan
komunikasi apatah lagi dengan kemudahan perkhidmatan percuma yang disediakan
tanpa menggunakan sesen pun. Inilah yang perlu dipergunakan dengan sebaiknya oleh
pendakwah era baru dengan memulakan kaedah pendakwahan dengan menarik lebih
ramai pengguna untuk menyukai (like) laman web facebook yang dianjurkan untuk
tujuan membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti disangka
oleh anti muslim. Dengan cara itu pengguna yang ingin mempelajari dan mendalami
ilmu agama akan lebih mudah tertarik dan sentiasa dihidangkan dengan pengetahuan
berunsur Islam dan secara tidak langsung akan terus mendokong dakwah Islamiyah.
Selain itu, penggunaan blog juga dapat membantu individu dengan menyebarkan
dakwahnya tanpa sebarang masalah. Blog-blog ini dapat diakses melalui telefon
pintar malahan dapat digunakan oleh pendakwah untuk menyebarkan ilmunya dengan
menggunakan telefon pintar.

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa media massa merupakan


medium terbaik untuk memantapkan dakwah ilmu Islamiah dan memacu gerak kerja
dakwah secara global. Peperangan maklumat dan propaganda media seharusnya dapat
ditangkis dengan strategi pengaplikasian dakwah yang dirangka secara sistematik oleh
umat Islam demi membuktikan bahawa agama islam bukanlah agama teroris seperti
disangka oleh anti muslim.

4.0 MENCAPAI KATA SEPAKAT DALAM MEMBANTU MENDAPATKAN


KEAMANAN DI SETIAP NEGARA ISLAM YANG TERTINDAS

Di China terdapat hampir 200 juta pemeluk agama islam dan lebih 20 juta
daripadanya adalah Muslim. Di China juga terdapat dua kaum utama dikalangan muslim
China iaitu kaum Hui dan Kaum Uighur. Etnik kaum Uighur menetap di Xinjiang, manakala
etnik kaum Hui pula menetap di Hainan, China. Masyarakat islam etnik Uighur merupakan
umat islam yang berbahasa Turki dari rantau Asia Tengah. Etnik ini juga merupakan salah
satu etnik minoriti islam yang dianaiya oleh China termasuklah Kazakhs,Uzbek dan lain-lain.
Kaum etnik Uighur bukan sahaja mentap di Xinjiang malah, terdapat kaum etnik Uighur yang
menetap di negara-negara jiran seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan dan juga Australia.

Pada tahun 1949, Republik China telah menjadikan Xinjiang sebahagian daripada
negara mereka dan kaum etnik Uighur dianggarkan sekitar 76% daripada seluruh penduduk
rantau tersebut. Di Xinjiang bukan sahaja hanya mengandungi etnik Uighur malah, terdapat
etnik lain juga seperti etnik Han iaitu merupakan kumpulan etnik majoriti di China. Akan
tetapi etnik Han tidaklah sebanyak jumlah etnik Uighur yang mentap di Xinjiang, ianya
hanya sebahagian kecil iaitu 6.2% sahaja. Selepas Republik China menjadikan Xinjiang
sebahagian daripada mereka, orang-orang etnik Han mula berhijrah ke Xinjiang dan
penghijarahan itu telah mengubah nisbah bilangan penduduk etnik Han di Xinjiang sebanyak
40%. Akan tetapi, kerajaan China tidak mengisytiharkan Xinjiang sebagai tanah jajahan
mereka. Tindakan Republik China yang memasukkan Xinjiang sebagai sebahagian daripada
negaranya itu ditentang oleh sebahagian daripada penduduk asal Xinjiang, iaitu penduduk
minoriti islam di Xinjiang. Mereka mula menentang pemerintahan pemerintah Beijing dan
enggan berkomunikasi dalam bahasa mandarin.

Kaum Uighur kebiasaannya menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pertuturan


harian mereka oleh kerana kaum Uighur ini tinggal di Xinjiang yang terletak di barat China
dan Timur Turkistan. Mereka juga bertindak untuk membuat kempen untuk memerdekakan
mereka daripada taklukkan oleh Republik China. Pada ketika itu, China menganggap
sebarang tindakan rasa tidak berpuas hati atau kritikan itu adalah sebagai satu ancaman, dan
perbezaan pendapat itu juga dianggap sebagai satu perkara yang bahaya dalam mewujudkan
keamanan sesebuah negara. Bagi kerajaan China, suara-suara yang menentang sebarang
keputusan atau arahan pemerintah yang dikeluarkan merupakan satu ancaman kepada
negara dan ianya sangat bahaya bagi mereka walaupun ianya hanya disuarakan oleh
sebahagian kecil daripada rakyat mereka. Bagi negara China tindakan keras seperti
melakukan penahanan itu perlu dilakukan untuk mencegah keganasan serta bertujuan untuk
menghapuskan ekstremisme islam.

5.0 CADANGAN/KESIMPULAN

Usaha PBB dalam mencapai kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di
setiap negara islam yang tertindas

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berperanan penting dalam usaha mencapai


kata sepakat dalam membantu mendapatkan keamanan di setiap negara Islam yang tertindas.
PBB telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 sejurus selepas perang dunia tamat (Zulhilmi
Baharudin, 2006). Peranan PBB dijalankan oleh enam badan utama iaitu Perhimpunan
Agung, Majlis Keselamatan, Sekretariat, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa dan Majlis Peramanahan. Perhimpunan Agung merupakan badan utama yang
mempunyai wakil dari semua negara anggota bagi membincangkan sebarang persoalan atau
mengesyorkan tindakan yang perlu diambil oleh negara anggota atau badan-badan PBB yang
lain. Majlis Keselamatan pula bertanggungjawab bagi menjaga keamanan dan kedaulatan
negara anggota manakala Sekretariat bertindak sebagai satu badan eksekutif bagi
melaksanakan dan menyelaraskan ketetapan yang telah dibuat serta memastikan badan-badan
lain di bawah PBB melaksanakan tugasan dengan secekap mungkin. Bagi memastikan taraf
hidup bangsa-bangsa negara anggota ditingkatkan dengan lebih baik serta memajukan hak
asasi manusia, Piagam PBB menetapkan agar tanggungjawab itu dilaksanakan oleh Majlis
Ekonomi dan Sosial. Mahkamah Keadilan Antarabangsa pula mengendalikan perselisihan
undang-undang manakala Majlis Peramanahan untuk mengawasi wilayah yang tidak ada
pemerintahan sendiri pada waktu PBB diasaskan.

Sejak tamatnya era Perang Dingin, wujud satu budaya politik baru di kalangan negara-
negara Islam iaitu keinginan untuk menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Hal ini
dibuktikan menerusi penglibatan aktif mereka dalam pelbagai aktiviti anjuran PBB, sebagai
contoh, misi pengaman antarabangsa(peacekeeping). Secara umumnya, konsep ‘misi
pengaman antarabangsa’ merujuk kepada satu bentuk misi atau operasi antarabangsa yang
membabitkan penugasan satu pasukan pengaman dari pelbagai negara oleh sebuah
pertubuhan antarabangsa ke negara atau kawasan yang berkonflik bertujuan untuk
menamatkan konflik dan seterusnya memulihkan keamanan di negara atau kawasan tersebut
(O’Neill & Rees, 2005). Konsep misi pengaman PBB terbahagi kepada empat peranan
penting yang turut dimainkan oleh badan dunia tersebut untuk menepati statusnya sebagai
sebuah badan pengaman dunia. Pertama, diplomasi cegah rintang (preventive diplomacy),
iaitu usaha untuk menghalang konflik daripada merebak samada dalam keadaan ganas
(violent) ataupun bukan ganas (non-violent). Kedua, proses keamanan (peacemaking), iaitu
usaha untuk membawa pihak yang berkonflik untuk berdamai menerusi cara aman (peaceful
means) berdasarkan kepada Artikel VI dalam Piagam PBB. Ketiga, misi pengaman
(peacekeeping mission), iaitu penugasan satu pasukan pengaman PBB di negara yang sedang
berkonflik, dengan kebenaran pihak yang berkonflik, bertujuan untuk menghentikan konflik
dan mengekalkan keamanan di negara tersebut. Keempat, proses pembinaan keamanan
(peacebuilding), iaitu usaha untuk membina keamanan pasca konflik bertujuan untuk
memastikan bahawa konflik tersebut tidak wujud kembali dan mengenalpasti serta
menyokong sebarang bentuk usaha yang boleh mengukuhkan keamanan yang telah dicapai
tersebut (O’Neill & Rees, 2005).

Penglibatan Negara-negara Islam juga menjadi titik tolak dalam menjaga keamanan
dan kesejahteraan global. Istilah ‘negara-negara Islam’ ini merujuk kepada negara yang
menjadi anggota dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Pertubuhan ini
telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Pertubuhan ini terdiri
daripada 57 buah negara anggota PBB (OIC, 2021). Walaupun dunia Islam seringkali berbeza
pendapat dengan dunia Barat mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa, ia bukanlah
sesuatu yang bersifat mutlak. Hal ini boleh dilihat dari segi kesediaan mereka untuk
menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat menerusi penglibatan dalam misi pengaman
PBB.

Secara konklusinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah satu mekanisma


penting dalam konteks pengurusan konflik antarabangsa. Walaupun negara-negara Islam
seringkali berbeza pendapat dengan negara-negara Barat, ia bukanlah satu penghalang
baginya untuk turut sama menyumbang terhadap keamanan dunia sejagat. Penglibatan aktif
negara-negara Islam dalam aktiviti PBB termasuk misi pengaman ini bukanlah bermakna ia
sudah melupakan aspirasi utamanya iaitu penyatuan ummah dan dunia Islam. Kedudukan
politiknya di PBB menyebabkan banyak negara-negara Islam terpaksa menggabungkan
aspirasi ini dengan matlamat kepentingan nasional negara masing-masing dalam usaha untuk
memastikan aspirasi tersebut tercapai. Apa yang pasti ialah penglibatan aktif negara-negara
Islam dalam misi pengaman PBB ini telah menjadi bukti komitmen tingginya terhadap usaha
dan peranan badan dunia tersebut dalam memelihara keamanan dan keselamatan dunia
sejagat. Ia secara tidak langsung boleh menghakis imej buruk yang seringkali dipaparkan
oleh media Barat terhadap dunia Islam.

Kita boleh simpulkan bahawa pembetulan pandangan dunia terhadap islam akan
menjadi satu langkah yang besar dalam mencapai keamanan global. Ianya sudah jelas bahawa
banyak perkara yang boleh dilakukan bagi membaiki persepsi mata dunia terhadap islam.,
tetapi beberapa perkara perlu disusuli supaya sikap prejudis antara orang bukan islam tidak
semakin meruncing dan tidak menimbulkan konflik sosial yang berpanjangan. Pemahaman
yang betul, positif dan terbuka dalam menerima kewujudan sekumpulan lain yang juga
mempunyai kepercayaan lain dapat membantu semua orang dalam sebuah masyarakat di
dunia ini. Ianya juga membolehkan manusia di dunia ini bersaing secara sihat dan
menunjukkan kecemerlangan lebih bermakna kepada mayarakat luas.
6.0 RUJUKAN

Berita Harian, (2020, Ogos, 24). Tembakan dua masjid: Serangan ngeri, kejam. Berita
Harian.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/08/724125/tembakan-dua-masjid-serangan-
ngeri-kejam

Editor Yadim, (2016, January, 19). Terrorisme. Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

https://www.yadim.com.my/v2/terrorisme/

Astro Awani, ( 2019, Mac, 19). Tembakan rambang Christchurch: Dia masuk masjid,
tembak Jemaah, Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/tembakan-rambang-christchurch-dia-masuk-
masjid-tembak-jemaah-201201

Zul’azmi Yaakob, Ahmad Sunawari Long. (2015). Terorisme sebagai Cabaran Ideologi
Muslim Masa Kini: Satu Analisis dari Perspektif Falsafah. International Journal of Islamic
Thought,6.

https://www.ukm.my/ijit/wp-content/uploads/2016/01/IJIT-Vol-7-June-2015_6_58-63.pdf
kay suhaimi ( 2019, Disember,19). Siapa sebenarnya etnik Uihur dan mangapa kerajaan
china menindas mereka?.

https://iluminasi.com/bm/siapa-sebenarnya-etnik-uighur-dan-mengapa-kerajaan-china-
menindas-mereka.html

Berita Harian, (2020, Disember, 9). Umat Islam Xinjiang ditindas guna teknologi elektronik.

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/12/763367/umat-islam-xinjiang-ditindas-
guna-teknologi-elektronik

Utusan Malaysia, Hasnan Hakim (1994, Mei 27). Keamanan sejagat, tuntutan Islam

https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/1994/05/27/keamanan-sejagat-tuntutan-islam/

Datuk Dr Ismail Ibrahim. (2016, Ogos) Dasar keamanan dan peperangan dalam Islam

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/180680/dasar-keamanan-dan-
peperangan-dalam-islam

Merriam-Webster.com. “Islamophobia.”

https://www.merriam-webster.com/dictionary/Islamophobia

Shahrul Yusof, (2018, Jun 29). Deklarasi Keamanan (Anti-Ekstremisme) Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/tashih-al-mafahim/2495-deklarasi-keamanan-anti-
ekstremisme-pejabat-mufti-wilayah-persekutuan

Faezy Adenan, Asmak Ab Rahman, (2021, Mac 10). Keamanan Menurut Al-Quran dan
Hubungannya dengan Filantropi Islam.

Rasyidah Mat Zin & Zul’azmi Yaakob, Pusat Akidah dan Keamanan Global At-Tahkim, Vol.
9, No. 02.08. 2019, ISSN No. 2541-3856,

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Kamus Pelajar Cetakan Kesebelas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor, R. S. (2015). Pendidik Mesti Hidupkan Budaya Islam Di Sekolah. Berita Harian.

Muhamad Zaki, Ainurliza, Zainol & Noor Adzrah. (2011). Representasi Islam Dalam Media.

Muhammad Afifi Abdul Razak. (2021). Penglibatan Negara-Negara Islam Dalam Misi
Pengaman Antarabangsa. Online Journal of Research in Islamic Studies.

Nor, M. R. (2011). Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia. Jurnal At-
Ta'dib.

Zulhilmi Baharudin. (2006). Kenali Orgnisasi Dan Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu. Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai