Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

NAMA KURSUS: PENGAJIAN ISLAM


KOD KURSUS: MPU2312
TAJUK: DIALOG PERADAN DALAM PENYATUAN UMMAH
NAMA PENSYARAH: AZALINA BINTI TATAR

NO NAMA ID NUMBER SEKSYEN


1. NUR AIN FARIESHA FARHANA BINTI BGJ220211011 AB2.31
MAT NAZRI
2. NURUL ‘ALEEYAH BINTI AMRAN BGJ220211014 AB2.31

3. AISYA ADRIANA BINTI NASRUL HIZAM BGJ220211009 AB2.31


AHLI KUMPULAN:

1
ISI KANDUNGAN
MUKA
BIL. PERKARA
SURAT
1.0 Pengenalan 3

2.0 Konsep Ummah Menurut Islam 4


2.1 Tokoh Penyatuan Ummah

3.0 Isu-isu semasa dialog peradaban 5


3.1 Persepsi Salah
3.2 Interaksi Terhad
3.3 Politik dan Ekonomi

4.0 Cabaran Peradaban 6-7


4.1 Cabaran Globalisasi
4.2 Cabaran Sosial
4.3 Cabaran Media

5.0 Langkah-langkah Menghadapi Cabaran 8

6.0 Kesimpulan 9

7.0 Rujukan 9

2
1.0 PENGENALAN

Frasa dialog peradaban in boleh dianggap baru dalam kamus ilmu politik dan seiarah
manusia. Namun ia telah menarik minat di kalangan banyak pihak untuk meneroka dan
membincangkannya, setidak-tidaknya untuk menjangkakan kesan baik buruk
penganjurannya dalam konteks iklim politik dunia hari ini. Hal in dapat difahami kerana
suasana sejagat hari ini benar-benar berhajat kepada satu penyelesaian jangka panjang ke
atas konflik atau perseteruan antara bangsa, negara atau agama. Sebagai suatu tragedy
Kemanusiaan, jika ia tidak dapat dibendung, pastinya konflik ini akan mengundang
kemusnahan global.

Secara ringkasnya, dialog peradaban boleh definisikan sebagai satu bentuk interaksi
yang wujud di kalangan masyarakat pelbagai latar budaya, agama, bangsa, warna kulit dan
seumpamanya, untuk memenuhi objektif kehidupan mereka sama ada dalam aspek politik,
ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Interaksi ini dicapai melalui semua aktiviti
rasmi dan tidak rasmi yang menggunakan pendekatan berbincang dalam hal-hal yang
disebutkan tadi. Melaluinya umat manusia berpeluang mengenali antara satu sama lain.

Dialog peradaban menggariskan beberapa objektif iaitu saling menghormati dalam


perspektif Islam yang merupakan wadah asas dalam dialog sebagaimana penyataan al-
Quran yang bermaksud "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah
yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
dengan ketiadaan pengetahuan." (al-An'am: 108). Selain itu, persamaan dan keadilan
menurut perspektif Islam adalah tapak asas memungkinkan berlakunya perbincangan antara
dua atau lebih pihak demi mencapai persetujuan bersama. Tiada pihak yang direndahkan
atau diremehkan dan mendapat perhatian secara saksama dan adil di semua tahap dan
peringkat. Akhir sekali, menolak sikap fanatik dan perkauman. Minda yang terbuka luas dan
mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara dapat menjamin penolakan terhadap
sikap fanatik dan perkauman.

3
2.0 KONSEP UMMAH MENURUT ISLAM

Pengertian ummah merujuk kepada masyarakat atau manusia manakala dalam konteks
Islam pula, ummah merupakan suatu kepimpinan Nabi Muhammad SAW di kota Madinah
pada zaman beliau menjadi rasul. Konsep ummah pula adalah masyarakat yamg mematuhi
undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam Madinah. Begitu juga di
Malaysia yang menggunakan konsep ummah kerana hidup dalam masyarakat majmuk.

Konsep ummah adalah mempersaudarakan dan menyatukan muhajirin dan ansar. Mereka
berpindah dari Makkah ke Madinah dan Nabi Muhammad SAW telah menanamkan
semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya
perbezaan diantara golongan muhajirin dan ansar. Konsep ummah ini juga termasuklah
pengenalan kepada piagam Madinah yang disebabkan penduduk di Madinah pada Ketika
itu berbilang bangsa , maka termaktub sebuah peraturan iaitu piagam madiah yang
meupakan peraturan di negara itu supaya menjaga kestabilan masyarakat dalam
keamanan negara.

2.1 TOKOH PENYATUAN UMMAH

Presiden parti PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang ulama tersohor yang
aktif dan berpengaruh, bukan sahaja di dalam arena politik nasional bahkan antarabangsa.
Masyarakat menggelarkan beliau sebagai pemimpin ummah sedunia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang diberikan penghormatan untuk menyampaikan
ucaptama dalam Persidangan Kesatuan Islam Sedunia Kali Ke-33 yang berlangsung selama
tiga hari bermula 14 hingga 16 November 2019 di Tehran, Iran.

Disamping menyampaikan ucaptama yang bertemakan ‘Kesatuan Ummah Bagi


Mempertahankan Al-Aqsa’, Tuan Guru turut berpeluang memberikan pandangan dalam
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Majma’ Taqrib Mazahib.

4
3.0 ISU-ISU SEMASA DIALOG PERADABAN

3.1 PERSEPSI SALAH


i. Pihak lain akan mempengaruhi dan meleburkan jati diri serta budaya.
ii. Islam tidak pernah memperakui Tindakan ganas individu Muslim ke atas mana-
mana masyarakat awam bukan islam, membalas dendam terhadap kekejaman yang
dideritai umat Islam.

3.2 INTERAKSI TERHAD


i. Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah faham dan
salah tanggapan.
ii. Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara
dua pihak yang berlainan budaya dan peradaban-pemahaman terhadap budaya
orang lain mampu menghalang seseorang terjebak dalam kancah salah faham.

3.3 POLITIK DAN EKONOMI


i. Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara
dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.

5
4.0 CABARAN PERADABAN
4.1 CABARAN GLOBALISASI
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui
proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan
menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan
teknologi siber.

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan


negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang
singkat.

Kamus Dewan: Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Globalisasi menyeluruh adalah fenomena terbaru dihadapi masyarakat dunia kini.


Sebahagian besar permasalahan masyarakat dunia hari ini berpunca daripada globalisasi.
Ianya merubah geo-politik, sosio-budaya dan ekonomi masyarakat dunia dan juga dapat
menghakis nilai-nilai sosiobudaya dan tradisi masyarakat Timur.

4.2 CABARAN SOSIAL


Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas lepas daripada pegangan agama seperti
hedonistik, ponografi dan kebebasan tanpa batas. Budaya hidup Barat ditonjolkan melalui
budaya pengguna dijelmakan melalui 3F (Food, Fashion, Fun)

Barat menggalakkan pemisahan antara agama dan sains, dan punca kelahiran sekularisme,
modenisme, rasionalisme dan individualisme.

• Pengaruh paling berkesan – melalui:

o Filem
o Muzik
o Nyanyian
o Kartun
o Komik

6
o Makanan dari barat meluas ke serata dunia hingga pengaruhi kehidupan dan
gaya hidup remaja.

• Pengaruh budaya:

o Budaya punk/skin head


o Kehidupan gay/lesbian
o Hubungan sebelum perkahwinan

4.3 CABARAN MEDIA


 Media yang digunakan adalah bagi tujuan menyebarkan hegemoni mereka terhadap
dunia keseluruhannya. Semua berita yang disebarkan kepada masyarakat dunia
adalah berdasarkan persepsi Barat yang menganggap orang lain yang tidak
sehaluan dengan mereka sebagai tidak bertamadun dan perlu diperangi.
 Antara media cetak dan elektronik yang digunakan mereka untuk menyebarkan
hegemoni Barat ialah Cable News Network (CNN), Associated Press (AP), UPI,
Reuters dan lain-lain.
 Dengan penguasan media ini mereka berjaya gambaran buruk golongan umat Islam
yang tidak mahu tunduk kepada perencanaan Barat. Sistem Islam dianggap
ketinggalan zaman dan kejam dan umat Islam berjuang untuk menegakkan sistem
Islam dilabel fundamentalis, ektremis dan lebih dahsyat lagi sebagai teroris yang
wajib diperangai oleh seluruh masyarakat dunia.
 Mereka juga merekacipta gajet komunikasi elektronik yang canggih seperti iphone
dan sebagainya dan juga persiannya bukan sahaja dengan tujuan untuk mengaut
keuntungan tetapi juga untuk tujuan pengintipan.
 Melalui aplikasi facebook, twitter, instagram serta pelbagai bentuk permainan
elektronik secara atas talian, mereka berhasil mengumpulkan maklumat peribadi
pengguna yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Hal inilah yang dinamakan
penjajahan elektronik.

7
5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI CABARAN
 Menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.

 Berusaha keras membangunkan teknologi strategik negara melalui kegiatan R&D.

 Memahami realiti amalan dan penghayatan Islam.

 Membina kekuatan dan mempertingkatkan perpaduan ummah.

 Memperteguhkan jati diri.

 Memperkukuhkan institusi keluarga.

 Memperkukuhkan perpaduan nasional di semua peringkat masyarakat.

 Menyokong dan berbangga dengan budaya.

 Memperkasa ekonomi negara, termasuk ekonomi bumiputera.

 Membina kekuatan politik dan ketenteraan.

 Memperkukuhkan pertahanan negara dengan teknologi canggih yang dibangunkan


sendiri.

8
6.0 KESIMPULAN

Dengan dialog peradaban, konflik dan pertembungan antara peradaban akan dapat di
selesaikan. Oleh kerana itu, langkah-langkah yang sistematik perlu dijalankan pada
peringkat global dan lokal bagi untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi dialog antara
peradaban. Sesungguhnya perbezaan antara peradaban-peradaban bukanlah satu masalah
tetapi satu peluang untuk kita mendekati, mengenal, berinteraksi, bersefahaman dan
bekerjasama serta bertoleran membina sebuah masyarakat yang harmonis. Dialog
peradaban boleh menghasilkan keuntungan kepada semua pihak dan mampu mengekalkan
keamanan dunia.

7.0 RUJUKAN
1. https://fliphtml5.com/qhtyx/sgcy/basic
2. https://slideplayer.info/amp/12926672/
3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ummah
4. https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/17/penyatuan-ummah-platform-melayu-
islam-bersatu/
5. http://ocw.utm.my/mod/resource/view.php?id=1869

Anda mungkin juga menyukai