Anda di halaman 1dari 35

TOPIK 5

CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA

5.1 MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA:


5.1.1 IDEOLOGI SONGSANG
5.1.2 PENGARUH BUDAYA LUAR
5.1.3 PENDIDIKAN
5.1.4 SAINS DAN TEKNOLOGI
5.1.5 GEJALA SOSIAL
5.1.6 JENAYAH SIBER
5.1.7 HEDONISME
5.1.8 MATERIALISME

KESIMPULAN
PENILAIAN KENDIRI
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
CLO3: MENGHUBUNGKAIT MINDA INGIN TAHU DENGAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA

DIAKHIR TOPIK INI PELAJAR DAPAT:


1. MENGHURAIKAN CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA.

1. CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA


 Ideologi Songsang
 Pengaruh Budaya Luar
 Pendidikan
 Sains dan Teknologi
 Gejala Sosial
 Jenayah Siber
 Hedonisme
 Materialisme
PENGENALAN

• Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Kepelbagaian
kaum dan agama telah mewujudkan pula kepelbagaian budaya, Bahasa, agama dan adat resam. Furnivall
(1967) merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya
di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum
yang mempunyai kebudayaan, agama, Bahasa dan adat resam yang tersendiri.
• Walaupun pelbagai kaum ini berganding bahu di bawah satu system politik yang sama akan tetapi kehidupan
mereka adalah berasingan dan kurang berlaku interaksi social dalam kalangan mereka amat berkurangan
kerana hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan
dilakukan atas garis-garis ras. Dengan sudah tentu terdapat cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum ini.
• Di antara cabaran-cabaran dalam membentuk masyrakat Malaysia yang berbilang kaum ini iaitu Ideologi
Songsang, pengaruh budaya luar, Pendidikan, sains dan teknologi, gejala social, jenayah siber, hedonism dan
materialism.
Ideologi Songsang
Tidak mengikuti ajaran dan prinsip-prinsip agama
Gagal menerapkan amalan sewajarnya dalam kehidupan seharian
Mengambil mudah akan ajaran dan larangan agama

Pengaruh budaya luar


Budaya asing merebak dalam institusi masyarakat kita dengan meluas
Menjadi trend dan ikutan semasa
 Bercanggah dengan cara hidup sebenar kita

Pendidikan
 Memandang ringan akan kewajipan menimba ilmu
 Ketinggalan dalam ilmu pengetahuan
 Masalah keciciran semakin tinggi

Gejala sosial
 Golongan muda yang mudah terjebak dan terpengaruh
 Menimbulkan pelbagai masalah dan konflik
 Pengaruh rakan sebaya
Sains dan teknologi
 Sains adalah salah satu proses pengumpulan ilmu atau maklumat.
 Teknologi adalah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian dan lain-lain.

Jenayah Siber
 Suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik
 Jenayah fizikal yang lain seperti membunuh, merompak dan mencuri
 Jenayah siber seperti hacking (penggodaman) dan penipuan siber

Hedonisme
 Pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup
 Keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup
 Contohnya, pergaulan bebas yang melampaui batas

Materialisme
 Berkaitan dengan kebendaan, mengutamakan kebendaan
 Perkaitan dengan Budaya Kiasu ialah kegilaan atau kerakusan dalam mengajar kemewahan tanpa menghiraukan orang lain
 Contohnya, walaupun tahu berzina itu perbuatan terkutuk, namun ia masih dilakukan demi untuk mengejar kemewahan
1. IDEOLOGI SONGSANG
 Istilah ideologi merujuk kepada fahaman seseorang tentang sesuatu perkara.
 Manakala songsang merujuk kepada perkara-perkara yang bertentangan dan berlawanan dengan kehendak agama serta fitrah manusia.
 Dalam cabaran ini, media memainkan peranan penting bagi menyebarkan maklumat sama ada berunsurkan negatif atau positif.
 Kemajuan teknologi telekomunikasi menjadikan manusia merasai bahawa dunia ini adalah kecil dan tanpa sempadan.
 Pada zaman dahulu manusia sukar untuk mendapat maklumat dan menghubungi antara satu sama lain terutama apabila berada dalam
sempadan yang berbeza.
 Pada zaman dahulu manusia sukar untuk mendapat maklumat dan menghubungi antara satu sama lain terutama apabila berada dalam
sempadan yang berbeza.
 Maklumat dan bahan-bahan bacaan hanyalah bergantung kepada media seperti akhbar, majalah dan buku-buku.
 Oleh itu, pengaruh ideologi dan budaya asing sukar untuk menyerap dalam pemikiran dan jiwa.
 Sekiranya seseorang itu kurang penghayatan maka akan terjebak dengan perlakuan dan perbuatan di luar batas agama. Orang yang kuat
beragama akan berpegang kepada nilai-nilai yang diajarkan oleh agama seperti menghormati orang lain, saling membantu dan membuat
kebaikan.
 Nilai intrinsik yang ada dalam agama dapat menahan seseorang daripada bertindak zalim kepada orang lain.
 Pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi pemangkin kepada mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat
majmuk.
FAKTOR PENYEBARAN IDEOLOGI SONGSANG
MEDIA MASSA
 Dalam era globalisasi, media merupakan ejen yang paling berpengaruh untuk menyebarkan ideologi,
ilmu pengetahuan, perniagaan dan budaya.
 Maklumat yang didapati melalui media elektronik adalah terlalu pantas dan aktif di mana ia
memudahkan setiap individu yang memilikinya mendapat maklumat dan sebagainya.
 Masyarakat akan mendapat faedah dan kebaikan jika mereka menggunakan media elektronik sebagai
cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, perniagaan dan lain-lain.
 Masyarakat seharusnya cerdik dalam menggunakan telekomunikasi dan mengambil maklumat yang
bermanfaat sahaja dalam bahan media yang sering dibaca.
 Manusia yang tinggal dalam negara yang maju dan membangun mudah terdedah dengan pelbagai
maklumat melalui media elektronik. Mereka merasai bahawa masyarakat dunia berada dalam satu
negara yang terlalu hampir di antara satu sama lain.
 Ini menunjukkan bahawa peranan media amat mempengaruhi pemikiran dan jiwa masyarakat.
PERKEMBANGAN FESYEN
 Perkembangan fesyen di Barat amat pantas meresap masuk ke dalam dunia Islam
walaupun negara tersebut mengamalkan system yang paling konservatif.
Arab Saudi contohnya, merupakan negara yang paling konservatif tetapi elemen-elemen
Barat sudah meresapi negara tersebut di mana pelbagai filem Barat yang diterjemahkan
ke dalam Bahasa Arab sudah menjadi bahan tontonan umum masyarakatnya di rumah.
 Gaya hias wajah dan fesyen pakaian Barat menjadi ikutan remaja kerana pada pemikiran
mereka setiap perkembangan gaya hias wajah dan fesyen daripada Barat adalah yang
terbaik atau “high class” walaupun realitinya adalah janggal dan menjolok mata.
CONTOH-CONTOH IDEOLOGI SONGSANG
Sekularisme
 Sekularisme merujuk kepada fahaman dalam memisahkan di antara urusan dunia dan
akhirat.
 Mereka yang berfahaman seperti ini tidak mempercayai adanya hari akhirat dan hari
pembalasan.
 Ini kerana mereka melakukan sesuatu perkara tanpa merasakan adanya dosa dan pahala serta
syurga dan mereka.
 Sekiranya mereka melakukan kesalahan dan melanggar hukum Tuhan, mereka tidak merasa
bersalah dengan perbuatan tersebut.
Liberalisme
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberalism bermaksud fahaman yang liberal, iaitu fahaman atau pendirian yang
inginkan demokrasi serta kebebasan dalam bidang ekonomi.
 Maksud yang diberikan dalam Kamus Dewan tersebut bersifat atau berpandangan bebas, terbuka kepada semua aspek
termasuk politik dan ekonomi, social dan aspek-aspek kehidupan yang lain.
 Menurut Azalina dan Latifah (2012) fahaman Islam liberal ini adalah satu bentuk pemikiran yang sentiasa menganjurkan
prinsip kebebasan dan keterbukaan dalam segenap aspek kehidupan sehingga melanggar batas agama.
 Edward Gibbon dan tokoh liberal yang lain mendefinisikan liberal sebagai bebas dari prejudis dan toleransi.
 Liberalisme pada masa kini dilihat sebagai satu ketaksuban kepada kebebasan yang melampau dalam agama.
 Contohnya seperti isu yang dibawa oleh pejuang kebebasan hak asasi manusia iaitu “undang-undang yang menghalang
tingkah laku seksual songsang, berpakaian menyalahi fitrah dan menolak penukaran jantina wajib dihapuskan” (Amnesty
International, 2018)
 Pernyataan ini sangat bertentangan dengan fitrah manusia dan agama.
 Gerakan songsang lesbian, gay, bisekual, transgender (LGBT) adalah wabak yang menular di dalam masyarakat. Ia perlu
dihalang, bukan diberi ruang.
 Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas mengikut kuat kuasa undang-undang bagi menghalang ia terus menular dan
merosakkan identity serta budaya masyarakat.
2. PENGARUH BUDAYA LUAR
 Pengaruh budaya luar biasanya dikaitkan dengan budaya barat. Terdapat banyak budaya luar yang semakin
menular terhadap golongan remaja hari ini.
 Hal ini mengakibatkan remaja sekarang semakin terpesong daripada jalan yang benar.
 Perkara ini semestinya adalah perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan minda dan tamadun generasi
kita.
 Jika perkara ini tidak dibendung tidak mustahil generasi yang lahir pada masa akan datang boleh merosakkan
negara kita ‘Malaysia’ dengan budaya yang tidak bermoral ini.
 Barat mengeksport cara hidup sosial yang bebas seperti hedonism, pornografi dan kebebasan tanpa batas serta
bertentangan dengan hokum dan ajaran agama.
 Contohnya, mula terjebak dengan budaya punk, black metal, gangsterisme, seks sebelum kahwin dan budaya
gay/lesbian.
 Budaya 3F (Food, Fashion dan Fun) juga membawa pengaruh mendalam kepada golongan muda yang mudah
terikut-ikut.
 Barat menggalakkan pemisahan agama dan sains lalu membawa kepada kelahiran sekularisme,
individualistic, rasionalisme dan modenisasi.
FAKTOR-FAKTOR BUDAYA LUAR BERLAKU
I. Media massa yang memaparkan gejala negatif seperti keganasan, pornografi dan
budaya hidup yang tidak sihat.
II. Diri sendiri yang mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal
sehingga tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.
III. Rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari segi perasaan yang selalu mengajak
dan rakannya terus menerima pelawaan tanpa berfikir Panjang untuk melakukan
sesuatu hal yang bebas serta tanpa Batasan.
IV. Keluarga yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga tidak mengetahui
aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak-anak.
KESAN-KESAN TERHADAP BUDAYA LUAR

1. Merosakkan akhlak remaja yang mana diketahui negara Barat


telah menguasai pelbagai aspek kehidupan masyarakat dunia
kini seperti dari segi ekonomi, politik, social, budaya, media
serta pemikiran.
3. PENDIDIKAN
 Pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan.
 Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada Pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
 Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran.
 Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga factor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.
 Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang Pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran, di antaranya dalam aspek:
I. Integrasi Nasional
II. Pendemokrasian Pendidikan
III. Kepelbagaian budaya
IV. Pengaruh Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)
V. Gejala sosial
 Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.
 Golongan remaja yang tidak menyedari akan peri pentingnya mengikuti sesi pembelajaran formal menyebabkan ramai golongan ini tercicir dalam pelajaran.
 Keciciran menimbulkan permasalahan kepada usaha penyampaian ilmu pengetahuan yang secara tidak langsung berkait rapat dengan usaha menyalurkan idea
penyatuan dan pembentukan masyarakat.
 Pendidikan formal di institusi Pendidikan sewajarnya dititikberatkan agar golongan muda dapat memajukan diri dan seterusnya nmengubah cara hidup
mereka.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SEPERTI:
I. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang
berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini.
II. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan
dalam bentuk bertulis dengan menggunakan Bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya
mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.
III. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar
menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan
mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi.
IV. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta
menyedari kesan negatif penggunaan TMK dalam zaman globalisasi ini.
4. SAINS DAN TEKNOLOGI

 Sains adalah salah satu proses pengumpulan ilmu atau


maklumat dan penyusunannya.
 Manakala teknologi pula adalah aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam
industri, pertanian dan lain-lain.
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA KATEGORI SEPERTI DI BAWAH:

Perubatan
 Membantu tingkatkan taraf kesihatan manusia melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan
canggih: untuk mengesan dan sembuhkan pelbagai penyakit bahaya
Contohnya seperti stetoskop, thermometer dan mesin pengukur tekanan darah (tensimeter) adalah
antara alatan asas yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum.
 Mesin CT Scan boleh melihat struktur badan, organ dalaman dan juga system peredaran darah.
 Penciptaan dan penemuan ubat-ubatan, antibiotic, vitamin dan mineral untuk membantu
menyembuhkan penyakit atau pun mengurangkan rasa sakit.

Rajah 5.2 Kepentingan sains dan teknologi dalam perubatan


Pertanian
 Membantu mengangkat dan memindahkan barang-barang berat, menjimatkan masa para petani dan juga
meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.
 Biji benih yang bermutu tinggi
 Racun serangga mengelakkan serangan serangga perosak
 Penggunaan baja kimia dan baja organic untuk menambahkan kesuburan tanah
 Penanaman tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan
yang berisi air. Mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan untuk menjimat ruang.

Rajah 5.3 Kepentingan sains dan teknologi dalam pertanian


Komunikasi
 Membantu manusia berkomunikasi dua hala secara cepat dan pantas.
 Secara global dengan menggunakan satelit, email dan internet. Maklumat akan diperolehi
dengan cepat dan pantas.
 Terdapat juga alat komunikasi yang mana maklumat disampaikan secara sehala seperti radio
dan TV.

Rajah 5.4 : Kepentingan sains dan teknologi dalam komunikasi


Domestik
• Membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih mudah dan cepat
• Banyak masa dapat dijimatkan
• Memberi tumpuan kepada keluarga dan menjadikan kehidupan lebih selesa
• Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan

Rajah 5.5 : Kepentingan sains dan teknologi dalam bidang domestik


Pengangkutan
o Pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa
o Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat
mengelakkan keletihan
o Kereta yang boleh bergerak dengan laju dan licin untuk keselesaan pemandu dan penumpang
o Komuter dan monorail merupakan pengangkutan awam yang dapat membantu manusia
mengurangkan kesesakan jalan raya
o Mengelak bentuk jalanraya dan lebuhraya yang lebih baik dan selesa untuk mengelakkan kemalangan

Rajah 5.6 : Kepentingan sains dan teknologi dalam bidang pengangkutan


KESAN SAINS DAN TEKNOLOGI PADA BUDAYA DAN CARA HIDUP MANUSIA

Kesan positif dari aspek


I. Sosial
 Memudahkan hubungan dari jarak jauh
 Merapatkan hubungan antara keluarga, saudara dan rakan

II. Pembelajaran
 Belajar secara maya (atas talian)
 Maklumat untuk menyiapkan tugasan
 Belajar menggunakan alat-alat telekomunikasi

III. Kesihatan
 Merawat pelbagai penyakit kronik
Kesan negatif dari aspek:
I. Jenayah
II. Hubungan sosial
III. Kesihatan
GEJALA SOSIAL
 Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 gejala bermaksud tanda-tanda, alamat atau petanda akan
terjadinya sesuatu.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU
GEJALA SOSIAL
1) Media Massa
2) Sikap Ibu Bapa
3) Globalisasi dan Modenisasi
4) Keruntuhan Institusi Keluarga
KESAN-KESAN GEJALA SOSIAL
1) Kesan ke atas individu
2) Kesan ke atas keluarga
3) Kesan ke atas negara
CARA MENGATASI GEJALA SOSIAL
1) Peranan Ibu Bapa
2) Penguatkuasaan undang-undang
JENAYAH SIBER
 Menurut Muhamad Asyraf et al (2013), jenayah siber merupakan suatu bentuk perlakuan
jenayah yang menggunakan sebarang jenis peranti elektronik melalui sambungan
perkhidmatan internet yang membolehkan sesebuah perlakuan jenayah dilakukan.
 Jenayah siber menyebabkan berlakunya kepada kehilangan atau kerosakan kepada
peralatan, data dan maklumat yang melibatkan sesebuah perisian mahupun pemprosesan
computer sama ada serangan virus, pencerobohan (unauthorized access and use) serta
kecurian maklumat.
BENTUK-BENTUK JENAYAH SIBER DI
MALAYSIA
• HACKING ATAU PENGGODAMAN
• PENIPUAN SIBER (INTERNET FRAUD)
HEDONISME
• Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup.
• Hedonisme adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam
hidup.
• Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan
tujuan hidup dan tindakan manusia.
• Oleh itu, golongan hedonism memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan.
Mereka juga berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri.
• Contohnya, pergaulan bebas yang melampaui batas, berhibur dengan cara berlebihan dan perlu ke
tempat yang eksklusif, begitu juga dengan pakaian perlu dari jenis yang berjenama dan bergaya
untuk memperlihatkan kehebatan dan kepuasan kepada pemiliknya.
MATERIALISME
• Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, materialistik adalah berkaitan dengan
kebendaan, mengutamakan kebendaan.
• Budaya ini mempunyai banyak perkaitan dengan Budaya Kiasu ialah kegilaan atau
kerakusan dalam mengajar kemewahan tanpa menghiraukan orang lain. Perlakuan ini adalah
fitrah semulajadi manusia, namun ia akan berubah menjadi berbahaya jika tidak dikawal dan
dibendung.
• Walaupun hati mengaku perbuatan itu salah namun akal tidak mampu untuk mengalahkan
keinginan nafsu yang telah menguasai pemikiran individu tersebut.
• Contohnya, walaupun tahu berzina itu perbuatan terkutuk, namun ia masih dilakukan demi
untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup tanpa menghiraukan pertimbangan
agama, moral dan masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKU MATERIALISME
• Ingin menikmati kemewahan yang lebih
• Dorongan nafsu yang kuat mendorong seseorang menindas dan menganiaya orang lain demi
untuk mengejar kemewahan duniawi.
• Kurang pegangan agama dan nilai-nilai moral.
KESAN-KESAN MATERIALISME
• Berlaku penindasan ke atas hak orang lain.
• Membawa kepada hubungan yang tidak sihat dikalangan ahli sesebuah organisasi.
• Melalaikan seseorang daripada melakukan tugasan yang utama kerana terlalu asyik untuk
mengejar kemewahan.
KESIMPULA
N
• Kepelbagaian suku kaum dan etnik yang mendiami negara kita ini merupakan keistimewaan
bagi Malaysia walaupun mungkin sedikit sebanyak turut timbul permasalahan dan konflik
disebabkan perbezaan ideologi serta pendirian.
• Cabaran-cabaran yang wujud dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia ini akan dapat
diatasi sekiranya kerjasama erat dalam kalangan ahli masyarakat terjalin utuh.
• Di samping itu, perhatian harus diberikan juga kepada setiap perubahan yang berlaku
disebabkan anjakan modenisasi dan globalisasi kerana ia boleh menjadi ancaman dalam
masyarakat kita.
• Budaya-budaya yang dibawa oleh kedua-duanya ini tidak wajar dipandang enteng kerana
ada di antaranya yang mampu merobohkan perpaduan yang telah terjalin sekian lama.
PENILAIAN KENDIRI
• Bincangkan 3 bentuk cabaran yang wujud dalam usaha membangunkan masyarakat
Malaysia.
• Pada pendapat anda, di samping menerima baik perubahan yang dibawa oleh arus
globalisasi, apakah yang perlu dilakukan demi terus menjaga tatasusila dan perilaku
masyarakat Malaysia agar tidak terjebak dengan anasir-anasir (budaya) negatif. Huraikan.
• Jelaskan kepentingan didikan agama dalam membangunkan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai