Anda di halaman 1dari 5

Tugasan 1: 60%

“Cabaran globalisasi memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya saing dan
berupaya menempuh cabaran hidup. Di antara cabaran yang perlu dihadapi ialah isu-isu
kontemporari yang melanda masyarakat setempat.” (Abdullah Zhidi, 2013)

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

a. Bincangkan interaksi antara pelbagai tamadun berkaitan dengan konsep, pandangan


semesta dan pencapaian.
b. Cadangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh generasi muda dalam
menghadapi fenomena universal.
c. Membuat refleksi yang kritikal dalam pernyataan perasaan berkaitan dengan isu-isu
globalisasi.

Penulisan anda perlulah berdasarkan pemikiran kritis dan pernyataan perasaan dan harapan
terhadap isu yang dipilih.

1000 pp

1. Pengenalan

Tamadun merupakan sebuah budaya kompleks yang terdiri dalam sebuah komunititi
yang mengamalkan pelbagai bentuk budaya dalam suatu kawasan tertentu. (Duiker &
Spielvogel, 2016). Tamadun boleh dedifinisikan dalam pelbagai bentuk dari aspek
bahasa, istilah dan pandangan tokoh. Secara amnya, sesuatu tamadun dapat diiktiraf
jika mempunyai enam ciri utama merangkumi; 1) Penempatan Kekal; 2) kehidupan
berorganisasi; 3) sistem pemerintahan; 4) pengkhususan kerja; 5) agama dan
kepercayaan; dan 6) bahasa dan tulisan (Mashitah, Adibah, 2011). Setiap tamadun
mempunyai ciri-ciri ini dengan gaya mereka tersendiri. Menurut Collins (2005) perkara ini
adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor merangkumi kemajuan dan pencapaian
manusia, berlaku proses urbanisasi, dan wujud kemajuan aspek sains dan teknologi.
Justeru kemajuan daripada aspek fizikal, teknologi dan ekonomi adalah komponen
penting dalam pembinaan sesuatu tamadun.

1.1. Konsep Tamadun

Konsep tamadun bagi setiap tamadun adalah berbeza. Bagi tamadun Islam,
kemajuan sesebuah tamadun dapat diukur melalui kecemerlangan sahsiah,
ibadah, rohani, dan ekonomi (Tijani, 2016). Justeru pencapaian bagi tamadun
Islam adalah lebih menyeluruh daripada semua aspek. Islam amat
mementingkan kejayaan di dunia dan akhirat yang akhirnya melahirkan
masyarakat yang sentiasa berdaya saing dan hidup berlandaskan al-Quran dan
as-Sunnah. Pada pandangan barat, sesuatu komuniti dikira bertamadun adalah
apabila mereka mempunyai kemajuan dari aspek lahiriah semata-mata.
Pencapaian dari segi ekonomi, fashion dan hiburan, serta sains dan teknologi
menunjukkan ketamadunan sesuatu masyarakat (Jackson, 2019). Kebiasaanya,
setiap tamadun mempunyai fokus utama dan perkara ini menyebabkan setiap
tamadun mempunyai pemafahaman dan definisi yang berbeza terhadap
tamadun. Walau bagaimanapun, terdapat ciri-ciri khas yang sama wujud pada
setiap tamadun yang ada di dunia.

1.2. Pandangan Semesta

Setiap tamadun mempunyai agama dan kepercayaan tersendiri yang diamalkan.


Tamadun melayu mengamalkan agama Islam yang menyembah Allah dan
percaya bahawa Rasulullah sebagai hamba utusan-Nya (Zakaria, Noranizah,
Shaharudin, 2012). Menurut Ismail (2010), isu agama Islam adalah sangat
sensitif bagi tamadun Melayu khususnya berkaitan makanan dan budaya. Walau
pun begitu, masih berlaku asimilasi agama luar seperti Buddha semasa
majlis-majlis besar khususnya semasa majlis perkahwinan berlangsung. Menurut
Perlembagaan Malaysia, agama rasmi bagi orang melayu adalah agama Islam
manakala tamadun-tamadun lain diberikan hak kebebasan untuk beragama. Bagi
tamadun India, mereka lebih sinonim dengan agama Buddha yang bermaksud
bebas daripada kejahilan. Agama ini menekan empat aspek merangkumi 1)
empat kebenaran mulia mengenai alam; 2) penderitaan, penyebab kepada
penderitaan; 3) penamatan nafsu dan; 4) jalan menuju kebenaran iaitu jalan
lapan lapis (Azuki,2015). Interaksi pelbagai tamadun kurang memberi impak
yang signifikan terhadap pandangan semesta kerana agama membentuk dan
mempengaruhi jati diri dan budaya komuniti (Siddiq, 2010). Perkara ini adalah
kerana, agama membentuk jati diri seseorang.

1.3. Pencapaian

Setiap tamadun mempunyai pencapaian mereka yang tersendiri. Seperti


tamadun Cina, sumbangan penulisan ​The Art of War yang telah ditulis oleh Sun
Tzu berupaya menjadi rujukan semua tamadun. Pada asalnya, penulisan buku
tersebut adalah bagi mengatur strategi peperangan, namun kian hari konsep
peperangan tersebut telah diolah dalam bidang perniagaan. Impaknya semua
tamadun berupaya mengamalkan konsep tersebut dalam meningkat kualiti
ekonomi masing-masing. Interaksi antara satu sama lain ini menyebabkan
berlakunya pertukaran kepakaran dan membolehkan semua tamadun bersaing
secara sihat. Keupayaan India dalam menghasilkan pelbagai rempah ratus dan
herba menyebabkan wujud pelbagai jenis masakan, sekali gus menjadikan
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Interaksi pelbagai tamadun ini
menyebabkan berlakunya kemajuan kepada kedua-dua pihak. Justeru,
hubungan baik antara pelbagai tamadun sewajarnya diteruskan bagi
mengelakkan tercetusnya konflik.

2. Fenomena Universal: Islam Liberal

Kedudukan Islam pada era ini kian tercabar rentetan wujudnya golongan Islam Liberal
(Aizat, 2019). Sikap ketidaktamadunan ini dapat dilihat melalui kewujudan persatuan
yang menyokong aktiviti yang melanggar syariah Islamiah namun mengaku sebagai
umat Islam. Pelbagai perkara telah dituntut seperti hak kebebasan seks bebas, hak
kebebasan untuk mengamalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual, transgender
(LGBT), dan hak untuk meminum arak. Golongan seperti ini bukan sahaja mengamalkan
gaya hidup yang bertentangan dengan syariah Islamiah namun mereka
memperjuangkannya secara besar-besaran dan menghasut serta mendorong orang lain
untuk menyertai mereka.

2.1. Faktor Yang Menyumbang

Menurut Burhanuddin (2020), faktor utama yang menyumbang kepada fenomena


ini adalah kerana individu berkaitan menjadikan akal dan nafsu lebih utama
berbanding al-Quran dan as-Sunnah. Mereka akan berusaha untuk
memesongkan akidah umat Islam agar semua pemikiran umat islam menjadi
lebih sekunder dan hidup tak tumpah budaya barat. Apabila akal mengatasi
hukum dalam al-Quran, manusia akan menjadi luar kawal dan wujudnya
perlakuan sumbang dan tidak bermoral yang akhirnya akan mengakibatkan
pelbagai kerosakkan di atas muka bumi ini.

2.2. Cara generasi menghadapi isu ini

Remaja merupakan insan yang mudah terpengaruh rentetan mereka sedang


berada dalam proses pembelajaran. Menurut Othman Mustapha (2020), dalam
mengatasi perkara ini, remaja harus bersiapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan khususnya melibatkan hal-hal agama Islam. Ilmu merupakan salah
satu senjata yang berupaya memisahkan perkara yang hak dan batil (Fauzi,
Ishak, Faisal, 2011). Justeru para remaja disarankan untuk menimba ilmu dan
meningkatkan kefahaman berkaitan agama Islam agar Islam liberal dapat
dibasmi hingga ke akar umbi.

3. Refleksi isu-isu globalisasi


Isu pertama ialah kita sewajarnya memberikan perhatian terhadap dimensi globalisasi
kontemporari sebagai salah satu elemen yang relevan dan penting kepada masyarakat
dan negara kita merangkumi 1) dimensi ekonomi; (2) dimensi politik; (3) dimensi
kebudayaan dan keagamaan dan (4) dimensi keilmuan (Osman Bakar, 2017). Kelalaian
kita dalam menghadapi isu-isu global menjadikan kita terkebelakang dan akhirnya kita
akan terjerumus dalam kancah yang sama.

Isu kedua daripada aspek sifat hubungan antara globalisasi dan peradaban.
Hubungan diplomatik antara negara-negara jiran dan universal berupaya memastikan
kita dalam keadaan yang lebih selamat dan seimbang. Kerjasama antara negara-negara
ASEAN akan lebih menjamin nagara dalam mengawal isu-isu globilasasi. Persatuan
OIC berupaya membincangkan kemaslahatan umat Islam dan menjaga hak-hak rakyat
khususnya bagi yang beragama Islam. Islam merupakan sebuah agama yang kukuh
dan mengukuhkan, namun tanpa ikatan ukhwah yang utuh antara negara-negara islam
akan mengakibatkan kita saling bercanggah dan akhirnya wujudnya masalah antara
umat islam sebagaimana yang telah berlaku di serata dunia pada hari ini.

4. Penutup
Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat sedang melanda
dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang
peradaban dan menjejaskan hidup ketamadunan kita. Demi menjamin proses
pembinaan peradaban di negara ini sebagaimana yang dituntut oleh Islam dan
agama-agama lain, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini
dengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat
negara ini dan keburukannya harus dihindari dan dibasmi hingga ke akar umbi. Saya
berharap manusia lebih banyak berfikir sebelum bertindak dan mengenapikan kehendak
nafsu yang beraja sehingga wujud golongan yang ditindas dan teraniaya akibat
perbuatan manusia.

Rujukan

Aizat Shamsuddin. (2019, Januari 4). 2019 bakal saksikan cabaran LGBT, liberalisme
lebih kuat. ​Berita harian.​ Diakses pada Mac 2, 2020 dari
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/01/515970/2019-bakal-saksik
an-cabaran-lgbt-liberalisme-lebih-kuat

Azuki Yusuff. (2015). Isu Dan Permasalahan Hubungan Antara Agama Di Malaysia Kini
Dan Jalan Penyelesaiannya. Kelantan: Universiti Malaysia Kelantan.

Burhanuddin Jalal. (2020, Mac 10). Menyanggah fahaman liberalisme. Berita


Harian.Diakses pada Mac 2, 2020 dari
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/08/308958/menyanggah-fah
aman-liberalisme

Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia Sejarah Singkat. Jakarta: Yayasan
Obor Indonesia.


Duiker, W. J., Spielvogel, J. J. (2016). ​World History 8​th Edition. ​Massachusetts:
Cengage Learning.
Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Faisal Ahmad Shah. (2011). Sunnah Nabi: Realiti dan
Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Fauzi Mohd Esa, Muhammad Syukri Abdul Samad, Siti Suhaila Ihwani. (2018).
Tamadun China: Penerimaan dan Sumbangan Kepada Sains Islam.​ Johor:
Universiti Teknologi Malaysia

Ismail Ibrahim. (2010). 1 Malaysia: Pembentukan jati diri kebangsaan. Selangor: Institut
Islam Hadhari, UKM

Jackson. J. S. (2019). Western Civilazation: Ninth Edition. Massachusetts: Cengage


Learning

Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman. (2011). ​Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Osman Bakar. (2017). Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban.​ Jurnal Peradaban​. 1,


75-97.

Othman Mustapha. (2020, Mac10) Tangani salah faham jihad elak generasi muda
tersesat. ​Berita Harian​. Diakses pada Mac 10, 2020 dari
https://www.bharian.com.my/node/41483

Siddiq Fadzil. (2010). ​Melayu: Jati diri keagamaan dan kebudayaannya.​ Selangor: Kolej
Dar al-Hikmah.

Tijani Ahmad Ashimi. (2016). Islamic Civilization: Factors Behind Its Glory And Decline.
International Journal of Business, Economics and Law​. 9(5). 180-184.

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf, Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam Asas
Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu-muslim.​ Jurnal Hadhari Special Edition.
129-141.

Anda mungkin juga menyukai