Anda di halaman 1dari 2

Video Gigitan Anjing :

https://www.youtube.com/watch?v=9K4-KtGdHfg

Ulasan Video

Kecederaan akibat gigitan anjing boleh mengundang bahaya yang mengancam nyawa
apatah lagi ia melibatkan anjing liar yang status kesihatannya tidak diketahui. Kes anjing
belaan yang bertindak agresif menyerang orang awam ini bukan perkara baharu. Saban
hari, pasti ada kes yang terjadi, biasanya melibatkan kawasan taman perumahan jenis teres.
Mungkin ada tragedi serangan oleh anjing jalanan yang liar, namun tidak dinafikan, anjing
yang dibela dalam kawasan rumah juga berpotensi untuk menyerang manusia. Sering kali
yang menjadi mangsa adalah individu pejalan kaki, posmen, penghantar barang dan
sebagainya. Berdasarkan video tersebut, seorang wanita mengalami kecederaan yang teruk
selepas diserang oleh seekor anjing. Wanita berkenaan ketika itu sedang berjalan kaki di
sebuah taman perumahan yang terletak di Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka
sebelum seekor anjing tiba-tiba keluar dari pagar yang terbuka dan terus menyerangnya.
Terdapat sebuah kereta yang melalui lorong tersebut namun pemandu kereta itu tidak
memberikan bantuan dengan pergi begitu sahaja. Insiden serangan itu telah berhenti
selepas seorang jiran mengeluarkan keretanya untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Rawatan Awal

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling.
Sebarang risiko dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan
segera, seperti :

● Mangsa disuruh bertenang;


● Cuci luka dengan air yang bersih, seperti air paip yang mengalir jika ada;
● Memberi tekanan dengan menggunakan kain bersih pada kawasan luka gigitan bagi
menghentikan perdarahan;
● Jika perdarahan masih berterusan, lakukan tekanan yang berterusan pada bahagian
nadi (jika luka berlaku di kawasan tangan atau kaki) bagi mengelakkan darah
daripada keluar dengan banyak.
● Jika perdarahan masih berterusan, langkah seterusnya adalah dengan meninggikan
anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar;
● Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital
berdekatan atau hubungi talian 999.
● Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
○ Luka akan dibersihkan dan dicuci bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman;
○ Suntikan anti-tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi
jika perlu;
○ Antibiotik dan anti-rabies jika perlu;
○ Ubat penahan sakit jika perlu;
○ Luka akan dijahit selepas beberapa hari jika perlu;

Anda mungkin juga menyukai