Anda di halaman 1dari 5

KECEDERAAN KERANA SERANGGA DAN BINATANG BERBISA

Prinsip keselamtan Diri

Pastikan keselamatan diri sebelum membantu mangsa. Rawat luka yang kelihatan atau gejala kesakitan.
Kurangkan risiko jangkitan. Mendapatkan rawatan perubatan jika perlu. Catat jenis haiwan yang
menyerang dan bentuk kecederaan.Kuman terdapat dalam semua mulut haiwan. Gigitan gigi yang
runcing dan tajam boleh menyebabkan luka berlubang dalam dan ini memudahkan kuman masuk ke
dalam tisu-tisu. Luka yang serius memerlukan rawatan perubatan.

Patukan ular berbisa


Patukan ular jarang mengakibatkan kematian dan mendatangkan kecederaan yang
serius tetapi boleh mencemaskan. Kecederaan atau kemudaratan akibat patukan ular
bergantung kepada jenis ular, saiz ular, jumlah racun ,bilangan patukan, tempat
patukan dan saiz mangsa. Oleh itu catatkan rupa, bentuk dan jenis ular jika tahu yang
menyerang supaya ubat anti bisa yang betul dapat diberikan. Laporkan kepada polis
atau perkhidmatan penyelamat jika ular yang berkenaan masih bebas di persekitaran
supaya dapat diambil tindakan seterusnya.
Contoh-contoh ular berbisa:Ular katam,ular tedung ,ular kapak dan ular laut.

Contoh kesan patukan ular contoh kesan patukan ular berbisa


Spesies ular berbisa dan tidak berbisa boleh dilihat daripada corak dan bentuk gigitan
ULAR TAK BERBISA :mempunyai 4 barisan gigi yang hampir sama besar di bahagian
atas,2 barisan gigi disebelah bawah
ULAR BERBISA:mempunyai 2 barisan gigi kecil pada mulut sebelah atas bersama
taringnya 2 barisan barisan gigi besar di sebelah bawah

Matlamat rawatan:
1.Mencegah pendarahan Mengurangkan risiko jangkitan terhadap mangsa dan diri
sendiri
2.Mendapat rawatan perubatan

Tanda-tanda pada mangsa


 Pendarahan pada luka gigitan
 Ada bekas tanda taring
 Pembengkatan daerah gigitan

Gejala pada mangsa


 Sakit kepala
 Haus
 Pengsan
 Muntah
 Lemah
 Sukar bernafas
 Kejutan (shock)
 Denyutan nadi pantas
Langkah –langkah rawatan
a)Pulihkan rasa terkejut dan baringkan mangsa.
b)Tenangkan mangsa dan jangan benarkan mangsa berjalan atau menggunakan
tenaga.
c)Letakkan kedudukan gigitan di bawah paras jantung.
d)Cuci sekeliling tempat yang tekena gigitan ular .
e)Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk,ketam,dan ular laut tetapi
tidak bagi ular kapak kerana akan menambahkan kelemayuh.
f)Alat penahan darah boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung kepada
kedudukan gigitan.
g)Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60saat setiap 30minit dan jangan
gunakan lebih dari 8jam.
h)Bawa pesakit terus ke hospital.
i)Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital untuk mengenali jenis ular tersebut.

SENGATAN SERANGGA
Serangga boleh menyebabkan tindak balas keracunan mendadak serta alahan.Semasa
menyengat,ia meninggalkan kantung racunnya di tempat sengatan dan kemudian
bahan racun tersebut mengalir ke seluruh tubuh mangsa.Jika seseorang itu sensitif
pada sengat maka ia akan membengkak dengan cepat.
Contoh serangga:Tebuan,lebah,kala jengking dan lipan

Kesan sengatan serangga


Antara tanda dan gejala pada mangsa ialah
 Bernanah
 Lebam di sekeliling tempat sengatan
 Rasa gatal di sekeliling tempat sengatan
Langkah-langkah rawatan
a)Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.
b)Jika masih ada serangga ,keluarkan dengan menggunakan penyepit.Penyepit
mestilah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya dapat membasmi kuman.
c)Sapukan krim anthistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonat pada
tempat sengatan.
d)Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan
bengkak.Sekiranya disengat di dalam mulut,beri mangsa seketul ais untuk dihisap.
e) Letakkan mangsa dalam kedudukan menyandar sekiranya mangsa mengalami
kesukaran bernafas.
f)Letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring sekiranya mangsa tidak sedarkan diri.
g)Hantar segera mangsa ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

SENGATAN HIDUPAN LAUT


Contoh hidupan laut yang mempunyai sengatan:Obor-obor dan ampai-ampai.

Obor obor Kesan sengatan


Cara rawatan
a)Tenteramkan mangsa dengan mengawasi pernafasannya.
b)Curahkan alkohol atau minuman beralkohol atau cuka makanan untuk melemahkan sel-
sel menyengat .
c)Sapukan krim anthistamin atau sodium bikarbonat pada luka.
d) Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas tempat sengatan untuk mamatikan bisa.
d)Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai