Anda di halaman 1dari 10

1.0 PERTOLONGAN CEMAS 1.

1 Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Bantu mula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahanbahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Rajah 1: Rawatan Kecemasan diberikan kepada mangsa


1

1.2 Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1. Menyelamatakan nyawa 2. Mengurangkan kesakitan 3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital 1.3 Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar iaitu menjaganya, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa walaupun hanya sekadar ingin melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. 1.4 Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. .

2.0 PRINSIP 2.1 Prinsip Totaps Talk (Bercakap) Pertama sekali, pembantu perlu bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan. Bolehkah mangsa itu bercakap? Bergantung kepada keadaan mangsa. Kalau dia boleh memahami dan bercakap, dia akan memberi respons. Tujuannya adalah untuk mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti:

Apakah yang telah berlaku? Adakah anda berasa sakit? Di bahagian manakah anda berasa sakit?

Observe (Melihat keadaan) Melihat, memerhati dan memeriksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan), perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan tahap kecederaan mangsa.

Touch (Sentuh) Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dahulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera. Hal ini bagi mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

Active Movement (Pergerakan Aktif) Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang tercedera seperti tangan, kaki dan kepala. Hai ini bertujuan mengesan tahap kecederaan. Mangsa

akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

Passive Movement (Pergerakan Pasif) Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan supaya dapat memeriksa, menentukan tahap kecederaan dan kesakitan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius.

Skill (Kemahiran) Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Jika mangsa berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang serius, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

Rajah 2: Contoh situasi rawatan TOTAPS

2.2 PRINSIP R.I.C.E. 2.2.1 Prinsip Asas R.I.C.E. R Untuk Rest bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

I Untuk Ice bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.

C Untuk Compression bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

Rajah 3: Bahagian yang tercedera dibalut

E Untuk Elevation bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak atau oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

2.2.2 Penggunaan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersenam

1. Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendisendi.Ini dipanggil Cold Compression. 2. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. 3. Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air. 4. Pada 3 jam pertama: Compression selama 10 hingga 15 minit setiap setengah jam. 48 jam yang berikutnya, lakukan Cold Compression sebanyak 4 hingga 5 kali sehari selama 15 hingga 20minit. Selepas 48 jam, kompresi panas mungkin boleh digunakan.

Rajah 4: Rawatan dengan menggunakan ais


6

2.2.3 Rawatan Kejang Otot

1. Jika betis yang terlibat-luruskan lutut dan tolak hujung kakinya perlahan-lahan ke belakang menghala ke tulang kering. Urut otot betis perlahan-lahan. 2. Jika berlaku di paha-luruskan lutut dan angkat kaki tersebut ke atas. Jika berlaku di bahagian depan paha, bengkokkan lutut dan urut tempat yang terlibat perlahan-lahan dengan jejari. 3. Tuamkan atau demah dengan ais atau bahang panas pada kawasan yang terlibat. Ais dapat membantu melegakan otot dan memperlahankan sebarang keradangan. Bahang panas merupakan pilihan yang terbaik jika kekejangan berlaku dalam persekitaran yang sejuk

2.2.4 Rawatan Sakit Kaki

1. Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan. 2. Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan. 3. Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah. 4. Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat. 5. Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk. 6. Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain.

Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk anda.

2.2.5 Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat:

1. Tandatanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam. 2. Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh. 3. Kecacatan struktur yang jelas. 4. Sakit semasa tidur. 5. Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa. 6. Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital.

3.0 BALUTAN 3.1 Cara Merawat Patah dan Terkehel Jika patah terbuka, 1. Rawat lukanya dahulu. 2. Berhati-hati. Jangan gerakkan tulang yang patah 3. Dapatkan bantuan bagi menolong anda menyokong tempat yang patah. 4. Letakkan kain kasa atau kain bersih di atas luka dan tulang 5. Pastikan jari-jari tangan dan kaki mangsa tidak menjadi sejuk

Jika patah tertutup, iaitu tidak terdapat luka: 1. Jangan gerakkan bahagian anggota yang patah 2. Cuba kesan jika terdapat bahagian-bahagian lain yang patah dan kesakitan yang amat sangat di bahagian punggung, rusuk atau dada. 3. Jika tulang belakang patah, seseorang itu tidak dapat bergerak langsung. Tunggu bantuan dari pakar. 4. Jika berlaku pendarahan di hidung, telinga dan mangsa tidak sedarkan diri, besar kemungkinan berlaku keretakan pada otak. 5. Pastikan tulang yang patah tidak bergerak dengan bantuan anduh atau kayu belat (splint). Ini akan mengurangkan renjatan dan mengelakkan kecederaan menjadi semakin parah sementara mangsa diberikan bantuan selanjutnya.

10

Anda mungkin juga menyukai