Anda di halaman 1dari 9

Aktiviti PBS

a)Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.


b. Huraikan cara-cara bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh
murid secara berkesan.

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh para guru,
malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan peranan. Saya
menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman
selama seminggu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat menjalankan pemerhatian
terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas. Guru tersebut menggunakan
pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menarik di bilik darjah.

Antara kelas yang telah saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran
adalah kelas prasekolah Bestari. Di sekolah ini terdapat dua kelas prasekolah yang
mempunyai guru masing-masing. Dalam kelas ini terdapat pelbagai sudut yang menarik
perhatian kami. Kesemua sudut-sudut ini membantu dalam perkembangan murid prasekolah.
Selain sudut-sudut ini terdapat juga bahan-bahan pengajaran yang di pamerkan di sekeliling
bilik darjah yang sering digunakan oleh guru prasekolah untuk pengajaran.

Di dalam bilik darjah prasekolah ini juga terdapat huruf-huruf yang ditampal pada
dinding kelas. Di setiap sudut ditampal dengan pelbagai perkataan yang meliputi tajuk bagi
setiap subjek yang dipelajari. Dengan adanya bahan sebegini, murid prasekolah dapat
menghafal huruf yang diajar oleh gurunya dengan cepat. Cara ini juga memudahkan murid
menyebut dan mengenal huruf-huruf tersebut dan juga memudahkan guru prasekolah untuk
mengajar dengan hanya menunjuk pada huruf-huruf tersebut bila-bila masa.Terdapat juga
penggunaan kad-kad imbasan (flash card) yang mengandungi nombor. Kesemua bahan ini
sering digunakan oleh guru prasekolah. Kad-kad yang mengandungi suku kata dan
perenggan pendek juga dipamerkan dalam kelas tersebut.

Bukan itu sahaja, malahan di suatu sudut dalam kelas juga tersedia objek-objek
konkrit. Objek-objek yang dimaksudkan adalah blok bentuk-bentuk seperti segi empat,bulat,
segi tiga dan sebagainya. Apabila bahan seperti ini dipamerkan, ianya dapat memudahkan
pelajar lebih mengenali bagaimana bentuk sebenar sesuatu objek tersebut. Di belakang kelas
pula terdapat satu sudut bacaan yang mempunyai rak bukucerita. Sudut ini dilengkapi sofa
dan meja kecil bagi memudahkan murid untuk membaca buku cerita. Buku-buku cerita yang
dipamerkan mempunyai tajuk-tajuk yang menarik dan gambar-gambar berwarna yang dapat
menarik minat murid prasekolah untuk membacanya.
Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah murid-
murid juga turut dipamerkan di suatu sudut kelas. Kebanyakan kelas yang saya perhatikan
mempunyai bahan pengajaran yang sebegini. Sebagai contohnya, terdapat himpunan doa-
doa harian. Apabila setiap hari murid datang ke sekolah membaca doa-doa tersebut, lama-
kelamaan mereka akan fasih. Adab-adab yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian mereka
contohnya adab dengan guru,adab makan dan banyak lagit urut dipamerkan.

Bukan itu sahaja, dalam bilik darjah prasekolah tersebut turut dipamerkan bahan
multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi ini sering digunakan oleh
guruprasekolah untuk mengajar pelajaran yang berkaitan. Contohnya, radio digunakanuntuk
memperdengarkan lagu semasa muzik diajarkan kepada murid-murid. Televisyen pula
digunakan untuk aktiviti menyanyi atau menonton cerita-cerita kanak-kanak

Tambahan lagi penggunaan projector atau LCD dan overhead turut digunakan dalam
bilik darjah. Powerpoint juga digunakan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Slaid-slaid powerpoint yang dibuat oleh guru perlu kreatif untuk mengelakkan murid-murid
berasa bosan. Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti ini dapat membantu para guru
menjelaskan lagi tentang teori yang diajar kepada murid-murid. Papan kenyataan yang
disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahan-bahan pembelajaran yang berguna
kepada pelajar. Pada setiap papan kenyataan tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi
dengan maklumat mengikut setiap matapelajaran yang dipelajari contohnya Bahasa Melayu,
Matematik, Pendidikan Islam,Bahasa Inggeris dan Sains.

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang dipamerkan di bilik


darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bahan
dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat memudahkan murid untuk
belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar.Bahan-bahan seperti ini wajar
dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia dapat meningkatkan perkembangan murid dari
pelbagai aspek
c.Catatkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakanoleh
murid

Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran pembelajaran atau boleh juga dipanggil bahan
bantu mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan bantu mengajar tersebut
perlulah mudah digunakan dan dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan sesi
pembelajaran.

Antara bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh
murid ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan yang kekal dan tidak akan
berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.Melalui penggunaan papan
kenyataaan, murid-murid dapat belajar dengan lebih cepat tanpa perlu mebuang masa
bergerak ke tempat lain. Papan kenyataan yang dilengkap idengan pelbagai info dan nota
berkaitan memudahkan pelajar membuat rujukan.Contohnya, pada ruangan Bahasa Melayu
dilengkapi dengan peribahasa, simpulan bahasa, perkataan-perkataan tunggal dan
sebagainya. Begitu juga dengan ruanganBahasa Inggeris yang dilengkapi dengan kad
bergambar seperti Parts of Body,sebutan nombor dalam bahasa Inggeris dan sebagainya.
Pada ruangan PendidikanIslam pula dipamerkan huruf-huruf jawi, doa harian dan sebagainya.
Dengan adany apapan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara
kendiri.

Selain itu, penggunaan kad-kad imbasan atau dikenali juga dengan flashcardyang
mengandungi pelbagai gambar-gambar menarik dan perkataan-perkataan yang jelas dan
terang. Gambar-gambar pada kad imbasan ini juga menggunakan kombinasi warna-warna
yang terang dan menarik sekaligus dapat menarik minat murid dan merangsang
perkembangan kognitif mereka. Jika gambar-gambar yang digunakan tidak menarik ini akan
membuatkan murid cepat bosan dan tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran.

Tambahan lagi, penggunaan bahan audio visual juga dapat memudahkan


murid.Contohnya penggunaan radio dalam Pendidikan Muzik. Dengan penggunaan
radio,murid dapat mendengar lagu dan bunyi-bunyian. Begitu juga dengan penggunaan
televisyen pada masa pengajaran atau pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yangbiasanya
dilakukan ialah bercerita dalam bahasa Melayu.
d.adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran berasaskan TMK?

Murid diberi peluang menggunkan sumber pelajaran berasaskan TMK, dimana saya telah
pergi ke makmal computer dan murid dibenarkan untuk mencari maklumat disana. Selain
murid juga telah didedahkan dengan pembelajaran alam maya iaitu FROG-VLE. Murid dan
guru diberikan kursus untuk mempelajari kaedah pembelajaran berasaskan TMK ini.
e.Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata
pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap murid mendapat
input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan pencapaian yang
seimbang antara murid. .Melalui pemerhatian saya semasa PBS,para guru banyak
menggunakan teknik perbualan. Guru tersebut bertanyakan tentang sesuatu topik yang ingin
diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada murid-murid. Teknik ini digunakan
supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Melalui
teknik ini juga, guru-guru berpeluang untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam.
Murid-murid akan merasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan.

Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak difahami
tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani meluahkan
pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat membelengu diri
sesetengah mereka.
f.Bagaimanakah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu?

Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian murid-murid sebelum pembahagian kumpulan


dibuat. Selepas tahap pencapaian murid-murid diperolehi,barulah pembahagian kumpulan
dijalankan. Guru-guru mempunyai strategi sendiri dalam membuat pembahagian kumpulan.
Antara startegi yang dilakukan ialah pembahagian murid mengikut pencapaian dan
pembahagian murid dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah.

Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan


mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kepintaran
mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang pandai
dan kumpulan yang lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan supaya guru dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan kepintaran.
Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang sedikit sahaja manakala
kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang lebih daripada guru tersebut.

Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat
memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah. Apabila tumpuan yang
diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi pelajar lemah akan mula
meningkat. Kesan lain yang diperoleh dari pembahagian cara ini ialah murid yang lemah akan
berasa malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang lain. Murid yang pandai pula akan
berasa bangga dan cuba merendah-rendahkan kumpulan murid yang lemah itu.

Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan


mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu kumpulan tertentu.
Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang kepada semu amurid-muridnya
untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih. Tindakan ini
sangat bagus kerana ianya memberi peluang kepada semua murid-muridnya untuk terlibat
sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa meras atersisih dan murid yang bijak dapat
membantu murid-murid yang lemah.

Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk bergaul antarasatu
sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga. Murid-murid yang bijak ini juga dapat
membantu guru dengan menjadi guru kecil kepada rakan-rakan merekayang lemah. Sudah
menjadi kelaziman kepada para pelajar, mereka takut untuk bertanya kepada guru kerana
takut dimarahi. Oleh itu, murid yang bijak dapat menjadi guru kecil kepada murid yang lemah.
Pembahagian ini dapat membantu guru dalam meningkat prestasi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai