Anda di halaman 1dari 8

a)

Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran/ bidang yang dipohon. Sebagai guru mata pelajaran Sejarah, saya berusaha sebaik mungkin bagi

meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan membina keyakinan pelajar terhadap diri saya sebagai seorang guru. Keyakinan yang dimaksudkan di sini bukan hanya dalam penguasaan ilmu yang saya miliki, kesungguhan serta komitmen terhadap tugas dan para pelajar, bahkan juga kepada perwatakan diri saya sama ada di dalam mahu pun di luar kelas. Perkara ini amat penting kerana keyakinan pelajar terhadap seorang guru memainkan peranan yang amat besar dalam proses perolehan ilmu ini. Sebagai seorang guru juga, saya cuba untuk membantu pelajar menguasai mata pelajaran dengan menyediakan modul Guide Learning Approach( GLA). Untuk itu saya telah menyediakan sebuah modul lengkap mata pelajaran Sejarah dengan memasukkan semua tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Modul ini dihasilkan berdasarkan

pengalaman saya mengajar mata pelajaran ini selama 10 tahun. Modul ini ditulis mengikut bab. Kandungannya merangkumi keseluruhan topik yang perlu dipelajari dengan tujuan untuk memudahkan pelajar mengikutinya dan mengingati semua isi kandungannya yang ringkas. Modul ini dilengkapi dengan soalan struktur dan amat sesuai digunakan sama ada di dalam kelas ketika berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika ketiadaan guru. Modul ini juga boleh digunakan untuk mengulang kaji. Setiap pelajar diberikan modul ini secara percuma di bawah Panitia Sejarah, khusus untuk semua pelajar PMR. Ternyata penggunaan modul ini telah dapat menarik minat pelajar untuk lebih meminati mata pelajaran Sejarah. Saya juga telah memperkenalkan program Guru Muda dalam kalangan pelajar bagi membantu mereka agar lebih memahami dan mendalami sesuatu topik dalam mata pelajaran Sejarah. Hal ini dilaksanakan dengan cara menjadikan pelajar yang lebih menonjol dan mendapat markah yang tertinggi dalam kalangan mereka untuk menjadi guru muda sebagai satu langkah membimbing. Setiap kumpulan akan disediakan seorang guru muda yang akan menerima soalan daripada guru dan dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Program ini biasanya dijalankan di luar waktu persekolahan bagi mengelakkan gangguan dalam pengajaran dan pembelajaran biasa di dalam kelas. Hal ini akan memberikan ruang yang lebih selesa kepada para pelajar untuk sama-sama menyumbang pendapat dan idea sesama

mereka tanpa segan atau malu kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh guru muda tersebut atau pun di dalam kumpulan mereka, maka guru muda akan berjumpa dengan guru subjek pada keesokan harinya bagi mendapatkan penyelesaian. Guru muda akan menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada ahli dalam kumpulan mereka Mata Pelajaran Sejarah membosankan ? Persoalan ini sering kita dengar. Sebagai guru Sejarah, saya sentiasa cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Saya cuba mencipta pelbagai suasana belajar mengikut tahap penguasaan pelajar. Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan ini, saya mestilah bersedia sepenuhnya sebelum melangkah masuk ke bilik darjah. Persediaan yang saya maksudkan ialah penulisan buku rekod mengajar, kesesuaian bahan bantu mengajar ( BBM) dan

penguasaan topik yang hendak diajar. Pelbagai inovasi boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah yang biasa saya gunakan ialah kaedah lakonan, nyanyian, kuiz spontan, bercerita serta pelbagai kaedah lain mengikut kesesuaian topik yang diajar. Saya akan merasa puas hati apabila melihat para pelajar dapat menguasai dan menghayati mata pelajaran. Saya turut mengajar dengan menggunakan power point khusunya bagi pelajar tingkatan tiga semasa mengulang kaji topik-topik tingkatan satu dan tingkatan dua. Power point ini merangkumi semua sukatan pelajaran dan dilengkapi dengan pelbagai gambar dan video. Hal ini akan memudahkan mereka menguasai semua topik yang telah dipelajari. Penggunaan power point akan menarik minat mereka kerana kaedah ini lebih ringkas dan berkesan. Saya turut memuatkan gambar-gambar yang berkaitan topik yang diajar berdasarkan buku teks dan sumber rujukan yang lain. Pada akhir pengajaran, saya akan menayangkan soalan-soalan yang berkaitan topik yang dipelajari untuk menguji penguasaan para pelajar. Kaedah yang digunakan ini memudahkan saya melaksanakan proses penilaian pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar dan menjimatkan masa saya kerana saya tidak perlu mengarahkan pelajar membuka buku teks atau merujuk mana-mana sumber lain pada waktu itu. Selain itu, untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran sejarah ini, saya berusaha membawa pelajar melihat sendiri bahan-bahan bersejarah yang terdapat di negara kita khususnya. Sebagai contoh, amnya dan negeri Terengganu

saya telah membawa rombongan pelajar melawat Muzium

Negeri di Losong, Makam Tun Indera di Hulu Terengganu, Tempat batu bersurat dijumpai dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Melalui kaedah lawatan ini, para pelajar dapat memerhati dan membuat analisis tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Pada zaman ICT ini, saya telah menggunakan facebook sebagai salah satu medium untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Melalui laman facebook, saya menggalakkan pelajar saya memberikan respon kepada setiap soalan

perbincangan yang dikemukakan. Hal ini disebabkan majoriti pelajar saya mempunyai akaun facebook dan ini merupakan salah satu peluang dan ruang yang ada untuk memudahkan saya menyampaikan apa-apa sahaja perkara penting mengenai mata pelajaran Sejarah kepada pelajar saya. Melalui laman facebook ini pelajar boleh memberikan jawapan dalam bentuk huraian dan memudahkan saya mengenal pasti kelemahan mereka. Kelemahan ini akan dibetulkan sama ada melalui facebook tersebut atau pun di sekolah pada keesokan harinya. Saya juga telah menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Bijak Sejarah untuk diaplikasikan dalam kalangan pelajar sederhana dan lemah. Penyediaan modul ini merupakan satu langkah yang diambil bertujuan menarik minat pelajar-pelajar dari kelas tersebut agar meminati mata pelajaran ini dan berusaha bersungguhsungguh untuk mendapat keputusan terbaik sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran ini. Modul ini juga bolah diaplikasikan oleh pelajar elit kerana saya telah membinanya mengikut aras pencapaian pelajar. Kaedah pelaksanaannya berbeza antara kelas elit, sederhana dan lemah walaupun menggunakan modul yang sama. Modul ini dibentuk merangkumi keseluruhan isi kandungan buku teks. Hal ini bertujuan memastikan pelajar membaca isi kandungan buku teks sepenuhnya. Sebagai intihanya , bolehlah disimpulkan bahawa sebagai guru, kita perlulah

berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pelajar dan sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan tahap profesionalisme kita dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar mata pelajaran ini terus diminati dan dihayati semua sebagai warganegara yang berjati diri.

b)

Harapan dan wawasan anda sebagai Guru Cemerlang Sebagai Guru Cemerlang, saya amat berharap agar pada suatu hari nanti saya

terpilih menjadi salah seorang panel guru buku teks bagi mata pelajaran Sejarah . Hal ini kerana saya amat berminat untuk menyebarkan ilmu Sejarah yang ada pada saya. Saya juga bersyukur kerana mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Lebih daripada itu, saya akan cuba memasukkan elemen-elemen penting yang perlu diketahui oleh semua pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan ringkas agar dapat difahami, dihayati dan diamalkan oleh semua pelajar khasnya serta masyarakat

amnya. Saya tidak mahu pelajar keliru dengan fakta Sejarah sehingga timbul pelbagai masalah atau salah faham yang akhirnya akan merugikan bangsa dan negara kita. Sehubungan dengan itu, saya akan menyediakan ringkasan buku teks bagi semua tahap bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Selain itu, saya akan berusaha untuk menjadi fasilitator mata pelajaran ini di peringkat negeri dan juga menjadi pakar rujuk kepada semua guru Sejarah di Negeri Terengganu. Dengan cara ini, saya akan dapat mengenali guru-guru Sejarah dan dapat berinteraksi serta dapat bertukar-tukar pandangan dengan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam mata pelajaran ini. Saya akan menganjurkan seminar untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru Sejarah bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas memandangkan mata pelajaran ini ialah mata pelajaran teras dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM khususnya. Oleh itu, setiap guru perlulah mahir menggunakan pendekatan yang sesuai bagi menarik minat pelajar untuk terus mempelajari mata pelajaran dalam suasana yang kondusif. Sebagai Guru Cemerlang juga, saya akan menyediakan modul khas yang boleh dijadikan bahan rujukan oleh guru-guru Sejarah selain buku teks yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan cara ini, saya akan dapat memanfaatkan guru dan murid agar boleh mempelajari mata pelajaran ini dengan kaedah yang lebih mudah. Saya akan memuatkan isi kandungan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah dan mengikut silibus yang sepatutnya. Modul yang dihasilkan ini diharapkan akan dapat membantu pelajar di seluruh Negeri Terengganu dan negara serta dijadikan bahan rujukan oleh mereka khususnya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya akan membuat rujukan yang terperinci bagi memastikan modul yang dihasilkan ini adalah tepat dan padat serta menpunyai fakta yang tidak bercanggah dengan fakta sebenar.

Sebagai Guru Cemerlang mata pelajaran Sejarah, saya berhasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sifat patriotik , sayang akan negara,bangsa dan tanah air. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cinta akan keamanan dan keharmonian. Oleh itu, sudah pasti mereka akan bersama-sama berganding bahu mempertahankan negara daripada ancaman pelbagai pihak yang cuba mengganggu-gugat suasana politik negara yang aman ini. Kesan daripada itu diharapkan tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang cuba menjejaskan kestabilan negara. Diharapkan agar generasi yang mempelajari mata pelajaran Sejarah ini akan sentiasa menjaga keamanan negara agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali dan kita dapat belajar daripada kesilapan masa lalu. Sudah tentulah mereka akan bersatu-padu dan berusaha sedaya mungkin bagi mengelakkan negara kembali dijajah atau ditadbir oleh kuasa asing. Sebagai Guru Cemerlang mata pelajaran Sejarah juga, saya amat berharap agar saya mampu melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berpandangan jauh untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani pada suatu hari nanti. Amatlah diharapkan agar mereka ini akan berusaha menjadi yang terbaik berdasarkan contoh-contoh tokoh negara yang telah dipelajari sebelum ini seperti Allahyarham Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, Tun Abd. Razak bin Husein, Tun H.S Lee dan pemimpin-pemimpin yang telah berjaya menjadi pemimpin yang berjasa kepada negara. Contoh-contoh sebeginilah yang boleh kita tonjolkan agar dapat menjadi role model atau suri teladan kepada anak-anak muda kita untuk terus berjuang bagi meletakkan negara sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Saya juga berharap agar pada suatu hari nanti generasi yang mempelajari mata pelajaran Sejarah ini akan dapat melahirkan Dr. Mahathir Junior, iaitu seorang pemimpin yang bijak dan berkaliber dengan buah fikiran yang mantap dan berpendirian teguh serta disegani oleh semua pemimpin lain di dunia. Kebijaksaan beliau telah meletakkan negara kita kepada satu tahap yang amat dibanggakan. Justeru, saya amat berharap agar cita-cita saya untuk menjadi Guru Cemerlang yang berwibawa tercapai dan semua hasrat yang dicitakan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga berharap agar mata pelajaran Sejarah ini diperkenalkan juga di peringkat tadika lagi bagi menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya hasrat saya tercapai, dapatlah saya berganding bahu dengan guru-guru yang berkaliber, berkongsi ilmu dan membina modul pengajaran terbaik serta menjadi sumber rujukan semua guru Sejarah dan pelajar di Negeri Terengganu khususnya dan Negara Malaysia amnya. Pada saya tiada yang mustahil di dunia

ini, jadi ruyung perlu dipecahkan untuk mendapat sagunya. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Yang penting, usaha besungguh-sungguh harus dilakukan secara istiqamah.

27.

Inovasi berkaitan mata pelajaran / bidang kepakaran yang telah dihasilkan bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 ( huraikan) Bil Tahun 1 2009 Inovasi Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Memperkenalkan kaedah Lakonan. Tujuan Memperlihatkan suasana sebenar kepada pelajar Huraian: Sebagai contoh, dalam Bab dua, Tingkatan Tiga. Saya cuba mewujudkan suasana penentangan rakyat terhadap Malayan Union dengan meminta pelajar menbawa kain putih, kertas majong, batang penyapu,songkok semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menyiapkan dialog dan meminta pelajar melakonkan suasana tentangan rakyat terhadap Malayan Union 1946. Pelajar lelaki melilitkan kain putih pada songkok mereka tanda berkabung. Sebahagian pelajar menyiapkan sepanduk mengecam Sir Harold Mac Micheal dan berarak di dalam kelas. Inovasi Modul Pengajaran Tujuan : Pelajar menguasai keseluruhan buku teks Huraian : Kebanyakan buku kerja/ bahan pengajaran yang terdapat di pasaran tidak memasukkan keseluruhan kandungan buku teks. Buku teks sejarah dilengkapi dengan Isi, huraian dan rentetan cerita. Disamping itu terdapat juga tambahan lain seperti info arkib,takrif kata,pustaka ilmu dan amanat pemimpin. Soalan peperiksaan juga merangkumi isi-isi tambahan ini. Saya melakukan inovasi dengan menghasilkan modul yang merangkumi semua isi buku teks dan semua tambahan-tambahan maklumat. Modul-modul ini saya namakan Bijak Sejarah. Modul ini merangkumi Modul Pengajaran Tingkatan Tiga, Modul Pengajaran Tingkatan Dua dan Modul Pengajaran Satu. Inovasi bahan : Sudut Sejarah di dalam Kelas Tujuan: Memudahkan pelajar mendapat maklumat Huraian: Mewujudkan satu Sudut Sejarah di dalam kelas. Sudut Sejarah ini dilengkapi dengan pelbagai maklumat dan bahan pengajaran Sejarah. Sebuah meja diletakkan di sudut kelas. Bahan-bahan sejarah diletakkan di atas meja dan juga ditampal pada ruang yang telah disediakan. Tiga orang pelajar dilantik untuk menyelia sudut ini dengan menambah, menyusun dan menghias bahan yang diberikan oleh guru atau pun rakan mereka. Ini memudahkan pelajar membuat rujukan dan mencari fakta-fakta sejarah Catatan Pelajar dapat menghayati perjuagan rakyat mmenentang Malayan Union

2010

Pelajar dapat menjawab soalan PMR dengan tepat dan mendapat keputusan terbaik.

2011

Murid merasa seronok kerana dapat memberi sumbangan kepada rakan mereka di samping dapat maklumat maklumat tambahan.

26.

Anugerah/Penghargaan/ Sijil Kepujian yang telah diterima bagi tahun 2009,2010 dan 2011 Bil. 1 2 Nama Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anugerah Guru Cemerlang Akademik Daerah Marang ( Kategori Sekolah Menengah) Penghargaan Sebagai Penceramah Kursus Perkahwinan Penghargaan sebagai Penceramah LADAP di SMK Belara Penghargaan Sebagai penceramah Kem Menjawab Sejarah SMK Wakaf Tapai Penghargaan sebagai urusetia kem tutorial PMR Daerah Marang Penghargaan sebagai Penceramah Teknik Menjawab Sejarah PMR SMK Seri Payong Penghargaan Sebagai Penceramah T Menjawab Sejarah SMKA dirian Guling Penghargaan sebagai Penceramah Kursus Pengimarahan Masjid Penghargaan Sebagai Panel Pembinaan Modul Contoh Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Tingkatan 2 Penghargaan Perkhidmatan Akademik Penghargaan Cemerlang Akademik Penghargaan Sebagai Penceramah Motivasi di S.K Pasir Tinggi dan SM Imtiaz K.Berang Peringkat KPM Daerah Tahun 2011 2011

3 4 5 6 7 8 9 10

Negeri Daerah Daerah Daerah Daerah Daerah Negeri Kebangsaan

2009-2011 2011 2011 2011 2011 2010 2010 2011

11 12 13

Sekolah sekolah Daerah

2010 2010 2009

Anda mungkin juga menyukai