Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR,

42100 KLANG SELANGOR.

KERTAS KERJA PROGRAM


GAYA HIDUP SIHAT SKKP
2017

TARIKH
6 FEBRUARI 2017

MASA
7.30 PAGI - 8.00 PAGI

TEMPAT
DEWAN TERBUKA SKKP

ANJURAN
UNIT KESIHATAN DAN KESELAMATAN SKKP
1.0 NAMA PROGRAM/AKTIVITI :

Program Gaya Hidup Sihat

2.0 TARIKH DAN TEMPOH :

Sepanjang tahun 2017

3.0 TEMPAT :

Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar

4.0 PENYERTAAN :

Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar

5.0 PENGANJUR :

Unit Kesihatan Dan Keselamatan SKKP

6.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi


terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah
bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan
iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan
oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi


inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada
masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah
amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

6.1 KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT


Gaya Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup
lebih sejahtera. Amalan Gaya Hidup Sihat menjurus kepada
kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang
konsisten ,mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.

6.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat


Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi
melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui
amalan Gaya Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan
memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek
kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah
wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini
memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia
di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat
penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat
dimanfaatkan bermula dari rumah.

6.3 RASIONAL PROGRAM

Program Gaya Hidup Sihat ini merupakan satu program


kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan
dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, guru dan
seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah, kempen
menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan
dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

6.4 MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan


yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan
jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.
Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas.
7.0 OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat


bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah
terhadap kesihatan.

Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan


dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti
setempat.

Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam


kalangan pelajar walau di mana mereka berada.

Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan


ceria ketika di sekolah.

Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas


dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan
tabiat merokok.

8.0 Cadangan Carta Organisasi

8.1 AJK INDUK PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

PENASIHAT

EN. MOHD HAMDAN BIN RAHIM

GURU BESAR SK KG. PENDAMAR

PENGERUSI

PN. ROHANA BT. OTHMAN


GURU PENOLONG KANAN HEM

NAIB PENGERUSI

PN. ZARINA BT. MOHD SHAH


GURU PENOLONG KANAN 1

SETIAUSAHA

EN. AZMIRUDDIN BIN MOHD YUNUS


GURU PENOLONG KANAN PETANG

DINA AMIRA BINTI HASHIM

GURU KESIHATAN

BENDAHARI
EN.ABDULLAH MOKHTI BIN SAIMI
GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

8.2 AJK PELAKSANA PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

AHLI JAWATANKUASA

PELANCARAN/BANNER SENAMROBIK
PN. SRI DEVI A/P SUBRAMANIAM PN. ROSLIN BT TASRIF
PN. ASMANIZZAWATI BT MOHD ZAINON EN.MOHD HISYAM BIN RIDZWAN
PN. NURIN FARHANA BT TOMIRAN PN. SITI NOOR HAJAR BT MOHD IDRIS
HADIAH PN. SITI NAJWA BT HADI
PN. SITI RAUHAH BT MOHD SABRIY PERSEMBAHAN
PN. RABITAH BT IBRAHIM EN. HASHAN BIN JENAN
PN. ROHAYA BT HALIMI PN. MAJIDAH BT. MAHASAN
SIARAYA PN. IRNADAWATI BT ESMAON
EN. MOHD ISA BIN SALLEH JURUACARA
EN. MOHD ZAINI BIN CHIK PN. RAFIZA BT RAHMAD
EN. ABDUL RAZAK BIN MOHD RAHIMI EN. HASBULLAH BIN YAHYA
JAMUAN PN.WAN MURNI BT WAN YAAKOB
PN. HJH. ZAITON BT YUSOFF
PN. AZHANI BT SOLAHUDDIN
PERTANDINGAN MEWARNA
PN.SHANTA A/P MUNUSAMY DOKUMENTASI
PN.NOR SALINIZA BT MOHD GHAZALI CIK NURNADIRA FATIN BT ABDUL AZIZ
PN. RAZIAH BT MOHAMED ANUAR PN. NOOR AMAH HASHIMAH BT
PN. ABDU AINI BT MD JIDON ABDULLAH
PN.SHANTA A/P MUNUSAMY PN. ROZITA BT MUSTAFA KHALID
EN. DEFIEK MAHES PAMERAN/CERAMAH KESIHATAN
KAWALAN MURID PN. NURANIZA BT HASSAN
EN. MOHD ISA BIN SALLEH PN. KAVITHA A/P NATARAJAN
EN. MOHD FAZLIE BIN MOHD FAUZI PN. FAUZIAH BT MOHD DAUD
PN. NORAZLINA BT. NORDIN PN. FAUZIAH BT AHMAD
PERSIAPAN TEMPAT SEBELUM DAN BUKU PROGRAM
SELEPAS PN. NOOR HASLINDA BT ISMAIL
PN. SITI NORSALMIMI BT MOHAMAD PN. NORAISHAH BT SHAHABUDDIN
PN. AISAH BINTI KARIM TUGAS-TUGAS KHAS
EN. NASRUDDIN BIN MOHBIN EN.PURAVIN A/L MONOGARAN
KUIZ KESIHATAN PN. MEENAMBIHAI A/P SINNIAH
EN. JAMALUDDIN BIN BADRON PN. ROGAYAH BINTI MAHMUD
EN.MOHD SAZELY BIN BOHARI EN. SUTHAGAR A/L SUBRAMONIE
PN. SITI NORASIKIN BT MOHD NAWAWI
9.0 Cadangan Program

Program ini akan dijalankan sepanjang tahun 2017. Upacara perasmian


akan dijalankan pada 6 Februari 2017 oleh Guru Besar Sk Kg. Pendamar.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan sepanjang program


Gaya Hidup Sihat:

Bil Aktiviti yang Dirancang Agensi /JK Pelaksana


1 Pameran kesihatan dan Anti Rokok Unit promosi Pejabat
Kesihatan Klang
Ceramah dan Sidang Video Anti Rokok

2 Kuiz Kesihatan Panitia PJK dan Unit


Kesihatan

3 Pertandingan Melukis dan Mewarna Unit Kesihatan dan


Panitia PSV

4 Senamrobik Unit Kesihatan dan


Kelab Doktor Muda

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Percetakan

- Kertas Lukisan RM 20.0


0

- Cetakan Bahan Pertandingan RM 20.0


( Lukisan ) 0

- Banner Program Gaya Hidup RM 150.0


Sihat 0

JUMLAH RM 190.0
0
10.2 Hadiah

- Pertandingan Melukis dan (RM 5.00 x R 100.0


Mewarna 20) M 0

- Pertandingan Kuiz Kesihatan (RM 4.00 x R 40.00


10) M

JUMLAH R 140.0
M 0

10.3 Jamuan

- Jamuan untuk tetamu RM 100.0


0

JUMLAH RM 100.0
0

10.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil PERBELANJAAN JUMLAH

190.0
1. Percetakan RM
0

140.0
2. Hadiah RM
0

200.0
3. Jamuan RM
0

530.0
JUMLAH BESAR RM
0

11.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. SUMBER KEWANGAN JUMLAH

Panitia Pendidikan Jasmani &


1. RM 690.00
Kesihatan
JUMLAH RM 690.00

12.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Program Gaya Hidup Sihat ini dapat dilaksanakan


dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah
diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan mengelakan penyakit. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
murid-murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh: 31 Januari 2017

..........

(CIK DINA AMIRA BINTI HASHIM)

GURU KESIHATAN,

SK KG. PENDAMAR

Disemak oleh, Tarikh:

........

(PN. ROHANA BINTI OTHMAN)

GURU PENOLONG KANAN HEM

Disahkan oleh, Tarikh:


...

(EN. MOHD HAMDAN BIN RAHIM)

GURU BESAR

SK KG. PENDAMAR