Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Refleksi

Dengan kurniaan Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan ketiga PBKK 3073, saya
ditanggungjawabkan untuk melaksanakan terapi dalam intervensi kanak-kanak semasa PBS.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek, Puan
Ratanamla a/p Kalimuthu atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya dan rakan saya atas sokongan mereka
dalam menjayakan kerja kursus saya iaitu melaksanakan terapi dalam intervensi kanak.kanak
dan merakamnya sebagai bukti pelaksanaan. Saya memilih terapi seni untuk diaplikasikan
kepada murid setelah mendapat persetujuan daripadanya. Melalui pelaksanaan terapi seni
ini, saya memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang terapi seni.

Pada mulanya, saya mencari maklumat tambahan tentang terapi seni untuk
menambah ilmu pengetahuan sedia ada.1 Sewaktu pemilihan klien, dia datang sukarela untuk
menghadiri sesi dan saya dapati juga klien ini seorang pendiam serta akhirnya memilihnya.
Seterusnya, saya juga melaksanakan prasesi dengan mendapatkan maklumat am tentang
klien daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sekolah tersebut. GBK sekolah juga
turut membimbing saya dalam menjalankan intervensi ini dengan menyediakan tempat dan
bahan. Selepas mengumpul maklumat dan mendapat persetujuan daripada klien, saya telah
menyediakan segala bahan dan tempat untuk mengendalikan intervensi ini. Seterusnya, saya
mula melaksanakan sesi dengan mengikuti setiap proses terapi seni.2

Mulanya, saya telah membina hubungan dengan murid tersebut dengan menanyakan
soalan santai kepada klien. Seterusnya, saya membuat penstrukturan di mana saya
memberitahu klien tentang had-had limitasi terapi seni seperti masa dan etika kerahsiaan
serta saya memerhati bahawa klien lebih selesa berkongsi selepas penstrukturan.3 Selepas
penstrukturan, saya membawa klien ke tempat terapi dan melaksanakannya. Pada mulanya,
klien enggan melakukan dan memberitahu bahawa dia tidak mahu melukis. Pada waktu itu,
saya berasa sesi simulasi yang selalu dilaksanakan di kelas di bawah pemerhatian pensyarah
tidak sama dengan situasi sebenar di mana klien merupakan murid yang mempunyai isu

1
Siaw Teck Fung & Lau Siew Mee. (2009). Mengatasi masalah Insomnia dengan art theraphy. Kertas
Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL, 63-71.

2 2
Terapi seni pulihkan tekanan. (2014, Januari 16). Utusan Online. Diakses pada Ogos 19, 2017
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140116/ke_01/Terapi-senu-pulihkan-
tekanan
3
Jonathan Ukab. (2009). Dendam disebabkan peristiwa lalu : Kajian kes menggunakan modaliti seni.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL, 14-23.
sebenar dan tingkah laku berbeza. Tetapi saya tidak berputus asa dan membimbing klien
untuk melaksanakan sesi.

Sewaktu penerokaan masalah, saya menghadapi kesukaran kerana saya tidak dapat
menginterprestasi hasil klien dan klien juga enggan berkongsi. Selepas menggunakan
kemahiran kaunseling seperti meminta penjelasan saya dapat mengetahui bahawa klien
berminat angkasa serta dia mahu menjadi angkasawan.4 Saya memberi peluang kepadanya
untuk melukis dirinya kerana dia hendak mahu dirinya di angkasa suatu hari nanti. Selepas
mengenal pasti perkaranya, saya memberi bimbingan kepada klien untuk belajar bersungguh-
sungguh bagi mencapai cita-citanya. Klien turut mendapat celik akal bahawa dia harus
menguasai subjek sains dan matematik serta dia akan berusaha untuk mencapainya.
Akhirnya, saya menamatkan sesi tersebut dan memberi tahu klien bahawa untuk berjumpa
dengan kaunselor jika hendak berkongsi sesuatu dan klien turut bersetuju dengan saya.

Konklusinya, saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak perkara yang saya
harus diberi perhatian dalam melaksanakan sesebuah sesi serta mahir dalam menggunakan
kemahiran-kemahiran kaunseling seperti kemahiran mendengar, konfrontasi, refleksi dan
meminta penjelasan. Pada masa yang sama, saya mendapati bahawa saya harus memilih
terapi yang betul untuk klien supaya proses pengendalian menjadi lebih berkesan. Misalnya,
pemilihan terapi yang sesuai dengan kebolehan klien akan menarik minat klien dalam sesi di
samping memperkasakan bakatnya. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang GBK yang
kelak, saya harus bersedia untuk mendepani klien-klien yang mempunyai isu yang berbeza
dan saya harus mahir dalam pelaksanaan intervensi ini.

( 518 patah perkataan)

4
Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor, Rashidah Elias & Rosliza A Aziz. (2013).
Interprestasi Lukisan Kanak-Kanak : Panduan Kepada Pendidik Awal Kanak-Kanak. Kuala
Terengganu : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.
BIBLIOGRAFI

Jonathan Ukab. (2009). Dendam disebabkan peristiwa lalu : Kajian kes menggunakan modaliti seni.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL, 14-23.

Mohd Kamal Mohd Ali, Norasmah Mohd Noor, Rashidah Elias & Rosliza A Aziz. (2013). Interprestasi
Lukisan Kanak-Kanak : Panduan Kepada Pendidik Awal Kanak-Kanak. Kuala Terengganu : Pusat
Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Siaw Teck Fung & Lau Siew Mee. (2009). Mengatasi masalah Insomnia dengan art theraphy. Kertas
Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL, 63-71.

Terapi seni pulihkan tekanan. (2014, Januari 16). Utusan Online. Diakses pada Ogos 19, 2017 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140116/ke_01/Terapi-senu-pulihkan-tekanan

Anda mungkin juga menyukai