Anda di halaman 1dari 2

stilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur

tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk
kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A
1. Pre Baby Boom

Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski
menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan
keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana
telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)

Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby
boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia
Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan
semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak
lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby
boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan
mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – GEN X

Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma
“the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas
Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka
mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet.
Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist
media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – GEN Y

Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada
ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau
40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z

Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan
Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%

* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%

* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%

* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%

* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan
“Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan
dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan
hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).

Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini
mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah
golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala
Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada
di bangku sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai