Anda di halaman 1dari 1

Vijay a/l Ravichandran

6 PISMP BNK-1
MODALITI SENI DALAM MENEROKA KEGIATAN BULI DI SEKOLAH: SATU KAJIAN KES

Kajian ini terjurus kepada kajian Kualitatif. Tujuannya adalah untuk mengkaji
penggunaan modality seni dalam meneroka kegiatan buli di sekolah yang berbentuk
kajian kes. Hasil dapatan kajian ini adalah merujuk kepada hasil karya seni murid atau
klien yang terlibat dalam tiga sesi terapi seni yang telah dirakam oleh pengkaji. Dalam
menjalankan sesi tersebut, pengkaji telah menyediakan segala keperluan seperti krayon,
kertas A4 dan juga perakam video. Maka, pada setiap sesi terapi seni, klien diminta agar
melukis apa yang bersarang dalam diri klien. Selepas mengutip segala lukisan responden,
pengkaji telah membuat analisis mengenai lukisan-lukisan tersebut secara deskriptif dan
tiada apa-apa data berbentuk numerical diselitkan semasa menganalisis dan mentafsir
data. Lantaran itu, saya dapat mempelajari bahawa kajian yang bersifat tidak sepatutnya
terdiri daripada data-data berbentuk numerikal kerana ia mengkaji sesuatu isu secara
mendalam secara deskriptif. Saya turut dapat memahami bahawa unsur kualitatif banyak
menyumbang kepada penulisan kajian kes ke arah menganalisis sesuatu isu secara lebih
terperinci kerana perkara-perkara tersebut adalah bersifat abstrak yang melibatkan
perasaan dan emosi responden dan tidak dapat dikaji daripada sudut kuantitatif kerana
motifnya adalah untuk menganalisis perubahan tingkah laku responden.

Anda mungkin juga menyukai