Anda di halaman 1dari 4

Apa itu hemah tinggi?

Hemah tinggi adalah tingkah laku mulia, lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh
semua individu apabila berhubung dengan masyarakat yang lain.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab untuk mendidik anak supaya mereka membesar menjadi orang
yang berhemah.

Adalah menjadi harapan setiap ibu bapa, satu hari nanti anak mereka jadi orang dewasa yang baik, jujur,
bersimpati, dan berani.

Walaubagaimanapun, sikap hemah tinggi tidak wujud secara semulajadi dalam diri setiap orang.

Didikan dari kecil, oleh ibu bapa tentang kepentingan nilai-nilai ini adalah kunci kejayaan.

Antara benda yang wajib anda ajar anak-anak agar mereka membesar dengan hemah tinggi adalah:

#1 Hormati semua orang tanpa mengira jantina

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Sikap hemah tinggi tidak mengenal bangsa dan jantina. Illustrasi oleh Astkhik Rakimova

Menghormati orang lain adalah ciri-ciri penting yang anak harus ada, termasuk menghormati rakan
sebaya tanpa mengira jantina.

#2 Jangan takut buat kesalahan

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Ibu bapa juga boleh menunjuk sikap hemah tinggi dengan tidak cepat marah apabila anak membuat
kesalahan. Illustrasi oleh Astkhik Rakimova

Belajar dari kesilapan adalah ciri yang jarang diajar hari ini. Adalah penting untuk belajar dari kegagalan
sendiri supaya ia tidak akan diulangi lagi.
#3 Pengetahuan lebih penting dari markah yang tinggi

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Kadang-kadang ibu bapa jadi marah apabila anak balik dengan markah peperiksaan yang tidak
memenuhi harapan mereka.

Walaubagaimanapun, markah yang baik tidak selalu menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang
baik.

#4 Ibu bapa bukan musuh, anak boleh minta bantuan pada bila-bila masa

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Menjadi kawan kepada anak bukan perkara yang mudah, apabila ibu bapa juga perlu tegakkan disiplin
pada anak-anak.

Mereka juga mempunyai rakan sendiri, jadi jangan paksa mereka jadi kawan anda jika mereka tidak
mahu.

Sebaliknya tunjukkan yang anda boleh dipercayai, dan anda bersedia menolong mereka jika mereka
memerlukannya.

#5 Bersedia untuk mempertahankan harga diri

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Sesetengah ibu bapa lebih menghormati pendapat guru atau orang lain dari anak sendiri.

Ini menyebabkan anak-anak rasa tidak puas hati dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri sendiri.

Jelaskan kepada anak yang tak salah untuk mempertahankan pandangan seseorang dengan cara yang
baik dan sopan jika perlu.
#6 Jangan lakukan sesuatu yang anda tidak suka sebab disuruh rakan

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Kanak-kanak selalu ingin jadi popular dan akan melakukan apa sahaja untuk rasa diterima di kalangan
rakan sebaya.

Berikan contoh peribadi anda untuk menunjukkan anak orang yang jujur dan ikhlas lebih berharga
daripada kawan-kawan yang memaksa mereka untuk menentang pendirian sendiri.

#7 Jika tak faham, jangan takut untuk bertanya

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Adalah perkara biasa untuk bertanya soalan apabila anda tidak faham.

Dan lebih baik bertanya daripada berpura-pura memahami segala-galanya. Masa kanak-kanak adalah
masa terbaik untuk menimba ilmu.

#8 Jangan takut beritahu cikgu kalau anda tidak rasa sihat

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Kanak-kanak tidak perlu takut untuk memberitahu cikgunya mengenai isu kesihatan.

Kesihatan adalah lebih penting daripada pencapaian yang bagus atau memikirkan adakah cikgu akan
marah.

#9 Hormati alam sekitar

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Kita seringkali mengadu jalan kotor dan taman bunga yang dirosakkan.
Sikap hormat pada alam sekitar perlu bermula di rumah. Ia perlu bermula dengan ibu bapa supaya anak-
anak akan belajar ciri yang baik ini.

#10 Belajar untuk katakan TIDAK

10 Tip Dan Cara Mengajar Anak Tentang Hemah Tinggi Dari Kecil

Anda mungkin juga menyukai