Anda di halaman 1dari 11

PBKK3193 : TUGASAN 1

Pengenalan kepada teori-teori


pembelajaran dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling
OLEH: LUQKMAN HAKIM BIN ABDUL AZIZ
PENGENALAN

 Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta
pembentukan sikap dan kepercayaan.
 Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan .
 Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan
emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.
 Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.
 Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan
kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran
DEFINISI PEMBELAJARAN

 Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku
yang kekal (Anita Woolfolk, 2004)
 Pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh
pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan
membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan
tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran (Gagne, 1980)
PEMBELAJARAN DALAM PERKHIDMATAN B&K

 Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan
pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh
kesan sementara seperti dadah dan penyakit.
 Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran.
 Dengan itu guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan
perkhidmatannya supaya lebih berkesan untuk memberi impak pembelajaran yang baik kepada murid-murid
khususnya di sekolah.
KONSEP TEORI

 Berikut adalah sebahagian definisi teori yang dimajukan oleh ahli pendidik: Penjelasan tentang fenomena atau
peristiwa yang membantu kita memahami atau menangani dunia kita (Seels, 1997).
 Satu himpunan kenyataan tentang proposisi yang menjelaskan data berfakta (Wolman, 1973). Satu himpunan
proposisi berkait yang menerangkan mengapa peristiwa berlaku dalam cara yang tertentu (Hoover, 1992).
 Satu generalisasi tentang suatu fenomena yang menjelaskan bagaimana dan mengapa fenomena itu berlaku (Frey,
Botan, Friedman, & Kreps, 1991).
 Pemyataan-pemyataan yang menyusun, mentakrifkan, dan menjelaskan dunia sebenar (Lane, 1997).
 Satu himpunan pernyataan yang disusun sedemikian untuk membolehkan kita rnenjelaskan, meramalkan, atau
mengawal peristiwa (Smith & Ragan, 1999).
KONSEP TEORI DALAM B&K

 Pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yg dikemukakan untuk menerangkan
sesuatu perkara (Kamus Dewan)
 Prinsip-prinsip am atau asas-asas dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan
 Satu set konsep, definisi dan proposisi yang saling berkait secara sistematik yang diutarakan untuk menjelaskan
atau membuat telahan sesuatu fenomena (fakta)
 Merupakan ekspresi peribadi seorang teoris
 Tidak harus menolak atau menerima secara total; setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri
KEPERLUAN TEORI

 Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap dan berkemampuan menyesuaiakan diri dengan orang lain atau
situasi yang berubah-ubah.
 Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan keadaan yang kompleks.Membantu individu manusia untuk
menghadapi situasi kehidupan yang sukar secara proaktif
 Membolehkan individu mentafsir peristiwa secara lebih fleksibel dan seimbang.
 Membantu individu melihat atau mentafsir sesuatu perkara dengan perspektif baru.
 Membantu individu untuk meluaskan tanggapan dan bersedia untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah.
FAEDAH KAUNSELOR MEMAHAMI TEORI

 Menerangkan/ menghuraikan faktor penyebab kepada sesuatu tingkah laku


 Asas kepada membuat penilaian/ diagnosis
 Merancang intervensi dan pelan rawatan
 Menilai hasil daripada proses kaunseling
FAEDAH KLIEN MEMAHAMI TEORI

 Pemahaman yang lebih jelas tentang permasalahan dihadapi


 Pemahanan yang lebih jelas tentang nilai dan keperluan rawatan kaunseling
 Pemahaman yang lebih jelas tentang hasil keputusan penilaian/ diagnosis yang dikemukakan
 Menilai kejayaan dalam mengubah pemikiran/ tingkah laku
SUMBER YOUTUBE

 https://www.youtube.com/watch?v=WhLN_y1Lc2M
 Tayangan video Bahasa Inggeris yang menerangkan lengkap tentang teori pembelajaran, konsep dan keperluan
teori khususnya dalam pembelajaran.
 Konsep diterangkan oleh Prof A.K. Sharma, seorang ahli ilmuwan dalam bidang pendidikan
RUJUKAN

 Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. 4th Edition. New York : Holt,
Rinehart & Winston
 Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc

Anda mungkin juga menyukai