Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Mengetahui kaedah serta cara yang dipraktik dalam memberikan

pertolongan cemas adalah perkara penting sebelum mengendalikan keadaan

yang mencemaskan. Kemalangan dapat berlaku di mana-mana sahaja dan

mungkin berlaku dihadapan mata kita sama ada luka berdarah yang teruk,

pitam, pengsan dan banyak lagi.

Salah seorang daripada anggota keluarga kita perlu mempelajari cara

mengendali kes-kes kemalangan di rumah sama ada kemalangan yang kecil

ataupun besar. Dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya dapat

mengelakkan kecederaan atau kemalangan itu menjadi bertambah teruk dan

menghindarkan keadaan panik .Maka pengetahuan dan langkah-langkah

awal berkenaan pertolongan cemas perlu diketahui bagi melakukan rawatan.

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan awal yang diberi kepada penderita atau

pesakit sebagai usaha rawatan pertama (firs aid) dalam keadaan kecemasan.

Biasanya ia dikendalikan di tempat berlakunya kejadian tersebut.Usaha

rawatan pertama bermakna ada susulan usaha yang kedua dan

berikutnya.Usaha- usaha kemudian adalah di luar kemampuan pembantu

kecemasan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia sebaliknya ia adalah

tanggungjawab para profesional seperti doktor dan jururawat .

2
MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

1. Menyelamatkan nyawa

a. Berikan bantuan pernafasan sekiranya pengsan.

b. Hentikan pendarahan.

c. Pulihkan renjatan.

2. Mengelakkan keadaan daripada menjadi lebih teruk

a. Mengurangkan pergerakan.

b. Melindungi pesakit daripada ala semula jadi.

c. Jangan memberi sebarang makanan atau minuman melalui mulut.

3. Memberi kelegaan dan keselesaan

a. Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih segar

b. Jangan tinggalkan pesakit keseorangan.

c. Pastikan keadaan pesakit dengan memeriksa nadi dan pernafasan.

SIFAT-SIFAT AHLI PERTOLONGAN CEMAS

1. Saksama

Tidak membezakan antara kaum, bangsa ataupun pangkat serta darjat

semasa memberi bantuan kepada pesakit.

2. Berkecuali

Tidak menyebelahi mana-mana pihak daripada segi fahaman politik dan

ideologi semasa memberi bantuan dan rawatan.

3
3. Sukarela

Bantuan yang dihulurkan haruslah dilakukan secara sukarela.

4. Tajam perlihatan

Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.

5. Berkeyakinan

Perlu setiasa berada dalam keadaan yang tenang dan yakin melakukan

rawatan atau bantuan.

6. Pantas berikhtiar

Perlu manggunakan segala yang sesuai di sekeliling kita.

7. Tidak kasar

Jangan menyakiti orang yang cedera.

8. Berakal dan berbudi

Berbudi tinggi dan tidak berkelakuan kasar.

9. Jujur

Tidak mengambil kesempatan pada pesakit dan melakukan bantuan

dengan tulus ikhlas.

10. Bertimbang rasa

Perlu simpati denga orang yang cedera.

4
11. Sentiasa senyum

Muka yang senyum memberikan keyakinan pada pesakit.

12. Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja

Lakukan setakat kemampuan sahaja.

TINDAKAN SEMASA KECEMASAN

Setiap tindakan memberi bantuan rawatan perlu berpandukan pada situasi

kemalangan yang berlaku dan jenis kemlangan yang dialami. Keadaan yang

kelam-kabut tidak dapat membantu dalam memberikan rawatan kecemasan.

Sebaliknya ketenangan dan mengamalkan sifat-sifat yang dinyatakan di atas

adalah sangat perlu.

1. Sekiranya tempat berlaku kemalangan itu adalah di kawasan sibuk dan

merbahaya seperti di jalan raya, dalam sungai atau laut,kawasan

orang ramai berasak-asak seperti di kawasan yang sedang melakukan

demonstrasi,di dalam stadium atau sebagainya, pesakit perlu dialihkan

ke tempat yang lebih selamat dan selesa bagi menyelamatkan diri

perawat dan pesakit yang memerlukan bantuan.

2. Sekiranya menyelamat pesakit di kawasan terdedah dengan bahaya

seperti di dalam bilik yang dipenuhi dengan gas beracun, rumah atau

pun bangunan yang terdedah dengan runtuhan, terperangkap dengan

kebakaran yang dipenuhi dengan asap serta pendawaian elektrik yang

masih hidup, keselamatan diri yang memberi bantuan perlu

diutamakan.

5
3. Apabila keadaan tidak merbahaya, mulakan dengan memeriksa dan

seterusnya merawat pesakit di tempat kejadian. Alihkan pesakit dan

pastikan pengalihannya tidak mengganggu keselamatan mahu pun

sakit yang dialaminya.

Tindakan yang perlu diambil mengikut keadaan pesakit adalah :

Merawat Luka dan Berdarah

Rawatan luka kecil

- Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.

- Bersihkan kelilingan luka dengan kapas atau kain bersih yang

dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.

- Balut dengan kain bersih atau pembalut.

Mengawal pendarahan

- Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan

tekan dengan jari atau tangan (Tekanan Tepat).

- Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.

- Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan

pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan

rawatan lanjut.

- Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras

jantung untuk mengurangkan tekanan.

- Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan

lanjut.

Rawatan hidung berdarah.

- Nasihatkan mangsa supaya duduk dan tundukkan kepala supaya

darah dapat mengalir dari hidung.

6
- Minta mangsa supaya bernafas menerusi mulutnya dan picit

bahagian yang lembut pada hidung.

- Beritahu mangsa supaya memicit hidungnya berterusan. Nasihatkan

mangsa supaya jangan bercakap, menelan, batuk, meludah atau

menghidu kerana boleh menganggu darah beku yang telah terbentuk

dalam hidung.

- Berikan mangsa sehelai tuala bersih untuk mengesat lelehan.

- Beritahu mangsa supaya melepaskan tekanan selepas 10 minit. Jika

perdarahan tidak berhenti, beritahu mangsa untuk menggunakan

semula tekanan bagi dua jangka waktu iaitu 10 minit setiap waktu.

- Apabila perdarahan berhenti dan mangsa masih menunduk,

bersihkan hidungnya dengan air suam.

- Nasihatkan mangsa untuk berehat.

* Jangan biarkan kepala mangsa terkulai ke belakang. darah mungkin

mengalir ke dalam tekak dan mengakibatkan muntah. Jika

perdarahan menjadi teruk atau berterusan selama 30 minit, hantar

mangsa ke hospital dalam kedudukan rawatan.

Luka dalam perut.

- Gunakan sarung tangan pakai buang kalau ada.

- Baringkan mangsa di atas sehelai gebar. Angkat lutut mangsa dan

lapik dibawahnya bagi mengurangkan ketegangan pada kecederaan.

- Longgarkan sebarang pakaian yang ketat, contohnya tali pinggang.

- Letakkan pembebat ke atas luka dan letakkan pembebat pada

tempatnya dengan pembalut atau pita berpelekat. Jika darah

menembusi pembebat, tambahkan selapis lagi.

- Telefon 999 atau 991 untuk ambulans.

7
Kepatahan

- Berikan rawatan kepada pendarahan dan kesesakan terlebih dahulu.

- Berikan rawatan di tempat kejadian.

- Elakkan pergerakan yang tidak perlu. Jangan gerakan bahagian yang

patah.

- Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.

- Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.

- Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan

sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.

- Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak

cedera.

- Dapatkan rawatan lanjut.

Mangsa Pengsan

- Baringkan mangsa.

- Longgarkan pakaian yang ketat.

- Tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.

- Pastikan udara bersih mencukupi.

- Periksa lain-lain kecederaan jika ada.

- Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih

Mangsa Tercekik

- Berdiri di belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda,

beritahunya yang anda cuba membantu.

- Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.

8
- Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan

bahagian bawah tengah tulang rangka(ulu hati, tulang Sternum)

- Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga

objek yang tersekat itu terkeluar.

- Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh

menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa

saja yang boleh membantu.

- Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara

pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.

- Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut terkeluar.

Rawatan tercekik Mangsa pengsan.

- Baring dan terlentangkan mangsa.

- Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

- Buka mulut mangsa, periksa benda asing dan keluarkan dengan jari

anda.

- Buka saluran pernafasan (teknik angkat dagu dan dongak kepala)

dan periksa pernafasan.

- Jika tiada, lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus

ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.

- Jika dada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi

tangan sama seperti CPR).

- Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.

9
Mangsa Keracunan

- Kenal pasti jenis keracunan.

- Mengatur pengangkutan ke hospital dan bawa pesakit ke hospital

secepat mungkin.

- Apabila pesakit sedarkan diri, tanya dengan cepat apakah yang

terminum atau termakan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

- Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, letakkannya dalam kedudukan

pemulihan. Sekiranya pesakit tidak bernafas dan denyutan nadinya

terhenti, lakukan pemulihan kardiopulmonari.

- Siram air sekiranya terbakar atau lecur.

- Rawatan secara merawat renjatan.

- Cairkan racun dengan memberi pesakit minum air atau susu. Jangan

beri pesakit minuman atau makanan sekiranya pesakit itu tidak sedar.

- Muntahkan pesakit dengan menggeletek anak lidah tetapi jangan

muntahkan pesakit yang sedang pengsan.

Renjatan

- Perhatikan tanda-tanda renjatan.

- Telefon ambulans jika perlu.

- Baringkan pesakit jika ia muntah, pusingkan kepala ke sisi.

- Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran

bernafas, tinggikan kakinya antara 8-12.

- Longgarkan pakaian yang ketat.

- Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.

- Beri keyakinan.

- Jangan beri air atau alkohol.

10
Renjatan elektrik.

- Jika mangsa didapati terkena renjatan elektrik, berhati-hati. Pastikan

arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum

memberi sebarang bantuan kecemasan. Jika tidak, alihkan

wayarelektrik dengan kayu yang kering atau objek yang bukan

pengalir.

- Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.

- Periksa mangsa jika perlu lakukan CPR.

- Beri rawatan terbakar dan melecur.

- Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan rawatan untuk mangsa

pengsan.

- Temani mangsa sehingga bantuan tiba.

4. Cara yang paling baik memeriksa pesakit adalah :

1. Mula dari bahagian muka, perhatikan warna kulit dan air muka

pesakit. Beberapa tips yang berguna iaitu :

a. Bibir kebiruan menunjukkan masalah penafasan disebabkan

kekurangan oksigen.

b. Muka yang pucat dan berkeringat sejuk adalah tanda renjatan.

c. Air muka pesakit juga dapat membayangkan kesakitan yang

dialami. Sekiranya pesakit tidak sedar diri, tanda-tanda awal

pesakit adalah mengantuk.

2. Periksa badan, perhatikan penafasan pesakit. Ada luka atau

kemalangan yang dapat mengganggu penafasan seperti :

a. Sengatan binatang yang berbisa seperti lipan, ular, labah-labah

hutan dan sebagainya.

11
b. Sekiranya perut pesakit tegang, keras dan sakit apabila ditekan.

Keadaan ini menunjukkan tanda-tanda pesakit mungkin

mengalami kecederaan teruk pada organ dalam seperti hati,

limpa, dan buah pinggang.

5. Semasa rawatan kecemasan sedang dilakukan, sekiranya pesakit

dapat bercakap, tanya tentang kesakitan yang dialami. Ada

kemungkinan pesakit memberitahu kecederaan lain yang tidak

diketahui oleh perawat.

6. Jangan berbincang dengan orang lain berkenaan keadaan kecederaan

pesakit sehingga didengari oleh pesakit. Walaupun pesakit dalam

keadaan tidak sedar diri, dia mungkin masih tajam pendengarannya.

Hal ini kerana, pesakit bertambah bimbang dengan kecederaan yang

dialami.

7. Sekiranya terlalu ramai yang mendapat kecederaan, berikan

keutamaan kepada pesakit yang mendapat kecederaan yang teruk

dahulu. Dalam hal ini, perawat tidak perlu kelam kabut.

8. Sebelum pesakit diserahkan kepada doktor atau hospital, ada baiknya

sekiranya laporan pendek bantuan kecemasan dapat diberikan kepada

hospital atau doktor yang merawat berserta dengan sedikit sejarah

kemalangan dan jenis kecederaan sebagai panduan untuk diberi fokus

rawatan selanjutnya.

9. Jaga keselamatan harta benda pesakit serta serahkan barang-barang

terutama barang berharga kepada pihak polis ataupun pihak imbulans.

12
10. Sekiranya kemalangan berlaku menimbulkan implikasi undang-undang

pada kemudian hari, perawat perlu catat masa dan tempat semasa

kejadian berlaku, nama pesakit, jenis kenderaan dan rawatan yang

diberikan.

RUMUSAN

Dalam kehidupan seharian, kita mungkin selalu berhadapan dengan

gejala-gejala kemalangan. Kemalangan dapat berlaku di mana-mana sahaja

seperti di rumah, sekolah, padang permainan, di jalan raya, di hutan rimba

dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sikap berwaspada dan tidak cuai dalam

melakukan sesuatu tingkah laku perlu dijadikan amalan setiap masa. Namun

begitu, perlu juga diingat betapa pentingnya pengetahuan dan kemahiran

asas memberi pertolongan cemas apabila sesuatu kemalangan berlaku

terhadap seseorang. Tindakan kita ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa

keluarga kita yang terdekat ataupun nyawa orang lain. Jadi bertindaklah

sekarang dan berikanlah pertolongan kepada yang memerlukan seberapa

segera yang boleh.

13
BIBLIOGRAFI

1. Amzan Abd. Malik & Hazira Hamsah A, (2007), Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., Selangor.

2. Ab. Alim Abdul Rahim,(2005), Buku Panduan Pertolongan Cemas,


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Syah Alam.

3. Dr. Abdul Isa, Dr. Rusli Nordin & Dr. Abdul Manaf Hj. Hamid, (1991),
Pertolongan Cemas Prinsip dan Amalan, (1988), Crescent News (K.L)
Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur.

4. Mustafa Ali Mohd & Zurina Ismail, (1994), Panduan Pertolongan Cemas,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur.

14

Anda mungkin juga menyukai