Anda di halaman 1dari 1

Tahukah anda Bangunan Berlian ini terletak di Putrajaya dan merupakan Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga

Malaysia. Bangunan ini di beri nama Bangunan Berlian kerana mempunyai bentuk seperti berlian. Pada
tahun 2012, bangunan ini telah menerima anugerah tertinggi ASEAN Energy Award dari ASEAN Centre
for Energy. Bangunan ini mempunyai struktur cekap tenaga dan di rekabentuk untuk menggunakan
cahaya semula jadi dan hanya menggunakan kira-kira satu pertiga tenaga berbanding bangunan
konvensional yang sama saiz dengannya.

Bangunan yang siap pada 2009 ini mendapat pengiktirafan tahap Platinum dari Index Bangunan Hijau
Malaysia (GBI) dan program Green Mark Singapura.

Bangunan Berlian ini menyerupai piramid terbalik dengan permukaan bumbung yang luas membolehkan
ruang bumbung diletakkan lebih banyak panel solar dan ruang tanah lebih tanaman hijau. Di tengah-
tengah bangunan itu terdapat pusat atrium besar direka untuk mengawal dan melaraskan cahaya
matahari menggunakan sistem bidai automatik yang responsif kepada intensiti serta sudut cahaya
matahari. Ini membolehkan cahaya matahari sampai ke hampir setiap ruang dalam bangunan.

Sistem pengumpulan air hujan yang ada di bangunan ini juga menjimatkan kira-kira 70 hingga 80 peratus
daripada penggunaan air.

Anda mungkin juga menyukai