Anda di halaman 1dari 19

PROSES PEMBINAAN

BANGUNAN DI MALAYSIA
PENGENALAN
• Proses pembinaan bangunan meliputi segala aktiviti yang dilakukan di tapak
binaan untuk memenuhi segala kehendak lukisan dan penentuan yang
terkandung dalam sesuatu dokumen kontrak binaan.
• Sebelum memulakan kerja-kerja binaan di tapak, kontraktor perlu menyediakan
perancangan kerja yang lengkap. Proses pembinaan bangunan melibatkan
banyak jenis kerja yang memerlukan kemahiran yang berlainan. Oleh itu
perancangan kerja perlu dibuat untuk mengawasi kemajuan kerja dan
membandingkan kemajuan kerja di tapak dengan kemajuan yang sepatutnya
dicapai.
PROSES PEMBINAAN BANGUNAN
SECARA KONVESIONAL
• Proses pembinaan secara konvensional merupakan satu sistem yang
biasanya digunakan oleh pihak pemilik, arkitek, kontraktor, pemaju dan
perunding dalam pembinaan rumah-rumah teres, banglo, rumah agam,
segelintir bangunan dan lain-lain disebabkan kos yang rendah dan
realistik.
• Konsep kaedah konvensional ini biasanya menggunakan acuan papan dan
tupang untuk menahan tiang dan rasuk serta konkrit daripada tumbang.
• Kaedah konvensional ini biasanya menggunakan kerahan tenaga kerja
berkebolehan berserta jentera-jentera berat seperti kren dan penumbuk
kerangka tiang dan ianya biasanya dilakukan sebelum kerja-kerja
memasang batu-bata, kayu atau konkrit disusuli. Kerja-kerja pemasangan
wayar elektrik kemudian menyusuli kerja-kerja pemasangan bahan-bahan
asas secara konvensional.
• Kaedah ini adalah kaedah tradisional yang paling mendapat populariti di
seluruh dunia dan tujuan pembinaan bangunan mengunakan kaedah ini
adalah untuk memastikan bangunan yang disiapkan dapat diubahsuai dan
dipulihara dengan lebih mudah dan efektif.
• Kaedah Pembinaan Bangunan Konvensional dibahagikan kepada:
• 1. Pembinaan Konkrit Secara Konvensional
• 2. Pembinaan Dinding Secara Konvensional
• Terdiri daripada ikatan bata, pemasangan papan kayu, ikatan bata konkrit, dan
sebagainya.
• 3. Pembinaan dan Pemasangan Bumbung Secara Konvensional, dan
• 4. Pemasangan Kemasan Secara Konvensional dan Tradisional
• Terdiri daripada pemasangan tingkap, pintu, sambungan elektrik, perpaipan, sambungan
sanitari, dan hiasan dalam secara manual iaitu sejurus selepas pembinaan dinding dan
bumbung secara konvensional selesai.
Proses Pembinaan Secara
Konvensional
Gambar menunjukkan proses
pembinaan bangunan secara
konvensional oleh gabungan
para tenaga kerja manusia
dan para jentera di
Campinas, Brazil.
Foto ehsan Wikimedia Commons
Proses Pembinaan Secara
Konvensional
Gambar menunjukkan tapak
pembinaan di negara Iran
yang telah 40% siap
menggunakan kaedah
konvensional iaitu dengan
pemasangan batu-bata
secara manual oleh kerahan
tenaga manusia seperti yang
tertera di dalam gambar ini.
Foto ehsan Wikimedia Commons
PROSES PEMBINAAN BANGUNAN
SECARA SISTEM PEMBINAAN INDUSTRI
• Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen –
komponen prasiap yang disediakan di kilang berdasarkan pesanan oleh pihak kontraktor. Tujuan utama
penggunaan sistem ini bagi penggunaan proses kerja optimum dan meminimumkan penggunaan kos
buruh terutama bangunan yang memerlukan masa yang singkat seiring dengan kemajuan industri
pembinaan negara yang mementingkan produktiviti, berkualiti dan keselamatan di tapak projek

• Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat
mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat.
Tempoh pembinaan juga lebih singkat.
DEFINISI SISTEM PEMBINAAN
INDUSTRI (IBS)
• IBS juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap atau pre-fabricated
construction, di mana komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di luar
tapak, diangkut dan kemudian di pasang menjadi sebuah struktur dengan
kerja yang minimum.
• Ianya juga merupakan proses menggunakan teknik, produk, komponen,
atau sistem pembinaan yang melibatkan pasang siap dan pemasangan
komponen-komponen binaan di tapak pembinaan.
• IBS juga boleh didefinisikan sebagai sistem bangunan di mana IBS
melibatkan pengeluaran elemen-elemen atau komponen-komponen
bangunan secara berindustri dan juga pembinaan dan perhimpunan
elemen-elemen supaya membentuk struktur bangunan yang diingini.
Proses tersebut dijalankan dengan cara mekanikal di mana pembinaan di
tapak adalah minimum.
• Lima jenis IBS yang biasa digunakan ialah:
• Sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang
• Sistem kerangka keluli
• Sistem kerangka kayu pra-siap
• Sistem acuan keluli, dan;
• Sistem blok pratuang
Proses Pembinaan Secara
Sistem Pembinaan
Berindustri
Gambar menunjukkan
kerangka dan dinding
konkrit yang telah siap
dipasang penuh untuk dibina
secara sistem IBS
Foto ehsan daripada internet yang tidak
diketahui
Proses Pembinaan Secara
Sistem Pembinaan
Berindustri
Begitulah rupanya apabila
dinding siap dipasang di
tapak pembinaan sebuah
kompleks perumahan,
dimana dinding konkrit yang
dikilangkan secara pratuang
diangkut untuk dipasang
bagi mempercepatkan lagi
proses penyiapan sesuatu
projek pembinaan.
Foto ehsan daripada internet yang tidak
diketahui
Proses Pembinaan Secara
Sistem Pembinaan
Berindustri
Berikut ialah pemasangan
dinding yang telah siap
dibina daripada kilang
seperti yang tertera di
Eropah
Foto ehsan Istockphoto.com
PROSES PEMBINAAN BANGUNAN
SECARA INDEKS BANGUNAN HIJAU
• “Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau
merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam
semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga
peringkat pengubahsuaian. Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap
kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat
dan mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar ianya dapat
meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut.
• Konsep bangunan hijau atau green building mungkin janggal bagi
sebahagian warga di Malaysia walaupun ciri-ciri bangunan ini telah sedia
ada semenjak pertengahan dekad 2000 lagi. Sebenarnya, bangunan hijau
adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi.
Tujuan utama teknologi ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan
terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan
pembangunan.
• Suatu bangunan dianggap telah menerapkan konsep bangunan hijau
apabila berhasil melalui suatu proses evaluasi untuk mendapatkan
pensijilan bangunan hijau (PBH) atau Green Building Certification
(GBC). Di dalam evaluasi tersebut tolak ukur penilaian yang dipakai
adalah Sistem Rating PBH.
• Sistem rating adalah suatu alat yang berisi butir-butir dari aspek yang
dinilai yang disebut rating dan setiap butir rating mempunyai nilai atau
point.
• Apabila suatu bangunan berhasil melaksanakan butir rating tersebut, maka
mendapatkan nilai dari butir tersebut. Jika jumlah semua nilai yang
berhasil dikumpulkan bangunan tersebut dalam melaksanakan Sistem
Rating tersebut maka bangunan tersebut dapat disijilkan pada tingkat
pensijilan tertentu.
• Sistem rating bagi evaluasi dan pentaksiran bangunan hijau ini telah
dipersiapkan dan disusun oleh autoriti atau pihak berkuasa yang berkaitan
dengan pembangunan dan infrastruktur hijau yang terdapat di negara-
negara tertentu yang telah mengadaptasi gerakan bangunan hijau. Setiap
negara tersebut mempunyai sistem rating masing-masing.
• Contoh sistem rating yang digunapakai di negara-negara tertentu seperti:-
• LEED (Leadership Efficiency Environment Design) Rating, AS (Amerika Syarikat)
• Green Mark, Singapura
• Green Star, Australia
• Green Building Index, Malaysia
• Dan sistem-sistem rating bangunan hijau negara-negara yang lain di dunia yang
setaraf dengannya.
Proses Pembinaan Secara
Indeks Bangunan Hijau
Gambar menunjukkan
sebuah bangunan apartmen
dengan senibina dedaun
hijau yang melambangan
betapa utuhnya pembinaan
dan penyiapan projek yang
mesra-alam sekitar dan
mesra habitat.
Foto ehsan Istockphoto.com

Anda mungkin juga menyukai