Anda di halaman 1dari 8

Isu Dalam Pengurusan Projek Pembinaan

Dan Cadangan Penambahbaikan


ISU ATAU KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
Pengurusan projek ditakrifkan sebagai perancangan keseluruhan, pengawalan dan koordinasi
sesuatu projek daripada peringkat permulaan hingga peringkat penyiapan bagi memenuhi
keperluan pelanggan dan memastikan projek tersebut disiapkan pada masa yang ditetapkan,
dalam lingkungan kos dan juga kualiti kerja seperti yang diharapkan oleh pelanggan. Isu atau
kelemahan dalam pengurusan projek pembangunan telah dikenalpasti di setiap peringkat
pengurusan projek. Isu atau kelemahan tersebut adalah seperti berikut:
a) Peringkat Perancangan

Pemilihan tapak yang kurang sesuai

Pengambilan balik tanah belum selesai

Keperluan pelanggan tidak jelas/tidak lengkap

Peruntukan terhad

b) Peringkat Reka Bentuk

Reka bentuk yang tidak sesuai/tidak praktikal/tidak memenuhi keperluan


pengguna/tidak lengkap

Kurang maklumat/maklumat tidak jelas

Masalah koordinasi

Kesilapan perekabentuk/terlepas pandang

Kelewatan penyediaan rekabentuk

c) Peringkat Perolehan

Kelewatan melantik perunding/kontraktor

Kontraktor tidak berkeupayaan

Kontraktor tiada pengalaman melaksanakan projek yang kompleks

d) Peringkat Pembinaan

Masalah tapak

Lambat mendapat kelulusan daripada PBT

Masalah koordinasi

Kontraktor lewat menerima lukisan

Pelanggan lambat memberi pengesahan

Banyak kerja tambahan

Lanjutan masa (EOT) terlalu lama

Pertindihan skop kerja kontraktor

Penyelia tapak tidak kompeten

Penyeliaan tapak tidak rapi

Kerja pembinaan tidak ikut spesifikasi/lukisan

Tiada rekod kawalan kualiti

Kurang pemantauan terhadap perunding/kontraktor

Kenaikan harga barang binaan (seperti besi dan keluli) di luar kawalan

Kontraktor bermasalah

Projek dimansuhkan

e) Peringkat Penyiapan dan Penyerahan

Kerja-kerja pembinaan tidak sempurna/banyak kecacatan dan kerosakan

Pembinaan diperakukan siap walaupun ada kerja yang belum siap

Ujian dan pentauliahan belum selesai

Kemudahan/peralatan tidak dapat digunakan

Bangunan/kemudahan tidak dapat beroperasi dengan berkesan

Pelanggan enggan berpindah

Bangunan telah diserahkan tetapi tidak boleh diduduki

Tiada kawalan keselamatan

Bangunan diduduki walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) belum diperolehi

f) Peringkat Pembaikan Kecacatan/Kerosakan dan Penyenggaraan

Kurang pemantauan/penyeliaan

Tiada penyenggaraan

Kecacatan/kerosakan:
o Lambat dibaiki
o Dibiarkan tanpa apa-apa tindakan
o Tidak dibaiki walaupun Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat
o Yang sama berulang
o Tidak dilaporkan
o Serius selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan

g) Peringkat Pentadbiran Kontrak

Kontrak lewat ditandatangani

Bon Pelaksanaan dan insurans lewat dikemukakan/tidak dilanjutkan selaras


dengan lanjutan masa

Perubahan kerja dilaksanakan sebelum kelulusan diberi

Lanjutan masa lewat dikeluarkan/sebab-sebab tidak mengikut syarat kontrak

Sijil Siap Kerja lewat dikeluarkan/tarikh di backdate

Bayaran kemajuan tidak ikut jadual

Denda lewat tidak dikenakan

Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan setelah kerja diperakukan siap

Perakuan Muktamad lewat dikeluarkan

Isu atau masalah ini telah menyebabkan pembinaan lewat disiapkan, pembinaan
tidak berkualiti dan kos pembinaan bertambah. Ini memberi kesan kepada
pengguna, menjejaskan imej negara dan juga mendatangkan kerugian kepada
Kerajaan.

CARA MENGATASI MASALAH HONEYCOMB PADA STRUKTUR


KONKRIT
| 1 comments

SUMBER wikipedia mengatakan Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering
digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu
baur halus dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar pencampuran tertentu seperti
yang telah ditetapkan.
Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting untuk dan paling banyak
digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan bagi
menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti

konkrit yang dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti
simen, batu baur dan air, kadar pencampurannya, cara pembancuhannya,cara
pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak
berkualiti, maka konkrit yang dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan
mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Oleh itu, teknologi konkrit telah menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan
perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat kelulusan piawaian yang telah ditetapkan
sebelum ia dapat digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

KERJA PEMBINAAN

Masalah Honeycomb atau konkrit yang berongga atau tidak padat merupakan masalah yang
sering berlaku pada stuktur bangunan di tapak binaan. Gambar seperti dibawah :

masalah ini jika tidak diatasi dengan segera, ianya boleh melemahkan struktur binaan sebuah
bangunan kerana tetulang besi yang terdapat didalam struktur konkrit column atau beam akan
terdedah dengan cahaya dan air yang akan mengakibatkan karat pada besi tersebut.

Apa yang hendak dibincangkan disini ialah bagaimana hendak menagani masalah honeycomb
pada struktur konkrit sebelum konkrit trsebut menjadi keras:

Diakui memang banyak produk pembinaan yang dapat membaikpulih Honeycomb seperti
melakukan kerja menampal dengan cement apoxy cement grout, Sika dan sebagainya tetapi
adakah kita senang melihat pemandangan tiang-tiang konkrit bertampal tampal seperti panau
yang melekat pada badan kita.....

huh!!!!! sebernarnya terlampau Kompleks untuk membicarakan soal ini..cuma berdasarkan


pengalaman yang saya ada dapatlah kita berkongsi sedikit tip tip bagi mengurangkan masalah
ini dari terus berlaku..

Tak kira penyelia tapak, pengurus tapak projek, atau sesiapa sahaja yang mengawal selia kerja
konkrit memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini,

Antara langkah pencegahan yang dicadangkan disini ialah:

Apabila Acuan telah sedia untuk di konkrit,besi telah dipasang, dan semua acuan telah
diperiksa oleh pihak berwajib maka kerja-kerja konkrit pun bermula :::::::::

1. Pastikan jadual penghantaran konkrit disusun dengan rapi oleh penyelia tapak atau sesiapa
sahaja yang mengawal selia kerja konkrit tersebut. Ini kerana konkrit yang telah dibancuh di
pusat pembancuhan konkrit atau lebih senang dipanggil concrete plant mempunyai masa yang
tertentu untuk dituang didalam acuan di tapak. Sekiranya terlalu lama konkrit tersebut berada
didalam lori,ianya akan mengeras dan menyukarkan kerja penuangan kedalam acuan
ditapak.dengan zaman teknologi yang serba canggih ini yang mengunakan talipon mudah alih
sepatutnya aliran penghantaran tidak menjadi masalah kerana penyelia tapak dapat
menghubungi Batcher atau pemandu lori untuk memastikan penghantaran dapat sampai pada
masa yang betul.

2. Apabila lori sampai ditapak pastikan lori dihadapan telah habis menuang isi dalam buyung
lori tersebut dan terus digantikan dengan lori yang baru sampai ditapak.. ini bagi memastikan
sama seperti perkara diatas.

3. Semasa kerja menuang konkrit kedalam acuan dilakukan mesin Poker atau vibvator
digunakan bagi menyeragamkan isian konkrit kedalam acuan tersebut.. Haaa!! di sinilah
selalunya kita terlepas pandang.. Pekerja- pekerja binaan bahagian ini kebanyakanya tidak
mempunyai sijil atau kelayakan atau tidak pernah belajar secara betul bagaimana cara
menjalankan kerja dengan hendak mengawal masalah haneycomb. Apa yang mereka tahu
adalah tuang konkrit dan vibrate tetapi teknik yang betul tidak diamalkan.

4. Vibrator perlulah dilakukan dengan betul, sekurangkurangya tukang konkrit mempunyai 3


mesin yang mana 2 digunakan dan 1 bagi tujuan stanby sekiranya berlaku kerosakan pada
salah satu mesin tersebut.

5. Kerja vibrate ini perlulah melalui beberapa peringkat yang mana didalam acuan dan pada
bahagian luar acuan sepatutnya dilakukan juga, ini bagi isian konkrit tersebut dapat sama rata
antara bahagian tengah dan tepi struktur column atau beam tersebut.

6. Selain daripada itu, papan acuan atau formwork perlulah bersih atau masih dalam keadaan
baik, Kayu penyokokng formwork juga perlu yang baru,bukan yang telah reput..sesetengah kes
yang kita jumpa, kayu penyokong yang digunakan terlalu uzur yang menyebabkan tukang
vibrator takut untuk vabrate dengan berulangkali...vibrate sekadar lakonan sahaja.

Sekiranya setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan kerja Konkrit ini mengamalkan
petua ini....insyaallah benda seperti honeycomd sersebut dapat dikurangkan......
bukanlah susah sanga untuk menjalankan kerja dengan betul cuma 6 langkah yang saya bagi
ini je sara rasa masalah ini akan selesai.
Sepanjang kerja saya ditapak binaan walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam
mengawal selia kerja konkrit ini tetapi kajian atau ujian yang saya pernah lakukan di sebuah
tapak binaan benar-benar berkesan..
saya bukanlah pakar sangat dalam Kerja konkrit ini, cuma ingin berkongsi dengan
pembaca,mungkin sedare ada idea lain untuk mengurangkan masalah Honeycomb ini yang
dapat kita kongsikan bersama. Sebarang coment bolehlah terus tulis dibawah ini untuk
mengembangkan lagi ilmu pembinaan kita.

SELAMAT MENCUBA.....................

Anda mungkin juga menyukai