Anda di halaman 1dari 1

Dalam keluaran ini kita siarkan sebuah rencana yang ditulis oleh 'Anak Melayu'.

Rencana itu pada mulanya disiarkan oleh majalah 'Hang Tuah', suara rasmi badan
siasah Kesatuan Melayu United Kingdom. (baca sebelah).

Kita siarkan rencana itu bukanlah beerti kita bersetuju keseluruhan rencana itu.
Sungguhpun begitu ada di antara persoalan-persoalan yang dibicarakan oleh penulis
itu perlu kita bicarakan di sini. Sekurang-kurangnya untuk menarik perhatian pihak-
pihak yang bertanggungjawab terhadap perkembangan agama Islam di tanah air kita
ini, juga pihak yang bertanggungjawab dengan soal pendidikan rakyat terutam umat
Islam dalam negara muda yang baru merdeka ini.

Antara persoalan-persoalan yang dibicarakan oleh penulis itu dan perlu dibicarakan
di sini ialah soal 'kepercayaan' termasukjuga 'jalan fikiran' umat Islam dalam
tanah air kita ini.

'Anak Melayu' membahagikan golongan-golongan kepercayaan manusia Islam dalam tanah


air kita ini kepada dua golongan: Angkatan Lama' dan 'Angkatan Baru'.

Menurut beliau sungguhpun "pembahagian ini tidaklah begitu tepat, kerana ada banyak
. PEngecualiannya, tetapi _oleh kerana hendak memudahkan saja maka itulah saya
gunakan _ pembahagian itu", kata beliau.

Kepercayaan orang-orang Islam dari kalangan 'angkatan lama itu' bercampur aduk
dengan kepercayaan zaman purba, zaman prasejarah: iaitu mempercayaai hantu-hantu,
penunggu

penunggu, puaka-puaka danmasihlah tebainya kepercayaan dan adat menjamu hantu-hantu


dan membuang ancak, dan lain-lain lagi di Samping kepercayaan Hindu dan kepercayaan
karut marut seperti mempercayaai orang mati berhantu.

Sementara 'Angkatan Baru' pula menurut beliau ialah: "Orang yang mendapat fikiran-
fikiran barat secara langsung atau dengan tidak secara langsung," golongan ini
biasanya mendakwa yang mereka tidak lagi percaya kepada yang karut marut. Tetapi
belenggu kepercayaan ini belum cukup hilang dan masih tertanam di dalam akal batin
setengah-setengahnya (sebab conscious minded) dengan tidak disedari". ' ' ' '

Lahirnya golongan-golongan atau angkatan-angkatan dalam kalangan umat Islam di


tanah air kita ini umpamanya golongan Angkatan _Lama' dan 'Angkatan Baru' adalah
berpunca dari beberapa sebab. Antara sebab-sebab itu yang penting-penting ialah
kerana kurangnya pengetahuan umat Islam terhadap agama Islam yang dian'utnya sejak
berzaman-zaman. Pengetahuan agama Islam yang kebanyakannya diketahui oleh
umat'lslam dalam negeri ini boleh dikatakan kebanyakannya hanya sekadar lepas fardu
saja, tegasnya agama Islam dipelajari oleh umat Islam dalam negeri ini hanya
sekadar kulit-kulit saja belum sampai ketisi-isinya. Disebabkan oleh kurang
mendalamnya ilmu pengetahuannya itu mengakibatkan kepercayaan zaman purba, zaman
prasejarah, dan anasir-anasir kepercayaan Hindu dan yang karut marut bercampur aduk
antara ajaran agama Islam dan adat. Ada

di antara umat Islam dalam negeri ini tidak-dapat membedakan lagi antara agama
Islam dan adat kebiasaannya.

Anda mungkin juga menyukai