Anda di halaman 1dari 4

PERBINCANGAN

Projek Teknologi Pembinaan Bangunan kami ialah memasang dan membaiki


sistem perpaipan di rumah. Sistem perpaipan projek kami juga mempunyai banyak
cabaran dan memerlukan teknik-teknik pemasangan yang baik untuk melakukan
projek kami kerana sistem perpaipan disambungkan dengan berapa jenis paip seperti
paip tembaga, paip besi bergalvani dan paip pvc. Kami telah mengalami banyak
masalah semasa menjalankan kerja perpaipan.
Antara masalah yang kami hadapi ialah paip tidak dapat disambung dengan
kukuh dan sempurna dan menyebabkan kebocoran air berlaku pada projek saya.
Kebocoran air pada paip akan menyebabkan kebaziran air dan peningkatan kos bill
air. Oleh itu, kami hendak melakukan kerja-kerja pemasangan paip dengan teliti dan
kemas supaya tidak kebocoran air berlaku setelah siap dipasang. Kami juga
menggunakan pita PTFE pada setiap paip yang berulir dililit mengikut pusingan jam
untuk mengukuhkan sambungan paip dan mengelakkan berlakunya kebocoran pada
sambungan paip.
Selain itu, kami juga mengalami masalah semasa menyambung paip-paip lain.
Paip tidak dapat menyambung ke paip lain dengan tepat. Hal ini demikian disebabkan
oleh kerja-kerja pemotongan paip yang tidak tepat. Justera itu, kami hendak
menrancang dulu dan mengukur paip dengan teliti ukuran yang dikehendaki sebelum
mula membuat kerja pemotongan. Pada masa yang sama, kami juga harus berhait-hati
membuat bebenang paip G.I supaya tidak berlaku kemalangan dan menyebabkan
projek kami nampk tiada kekemasan.
Manakala, projek kami juga sangat bercabaran kerana paip tembaga dan paip
PVC yang kami guna sangat lemah dan mudah dipatahkan berbandingkan dengan
paip G.I. Oleh itu, kami hendak berhati-hati semasa menyambung paip terutama
menyambung paip tembaga dan paip PVC. Kami juga harus berhati-hati semasa
menggunakan alat pemotong yang tajam seperti pemotong paip dan gunting plastik
tiub. Hal ini kerana alat-alat tesebut sangat tajam, bahaya dan mudah menyebabkan
kemalangan berlaku kalau melekukan kelalaian.
17

Di samping itu, kami juga harus mengetahui dan mematuhi berapa asas-asas
keselamatan semasa menjalankan kerja perpaipan. Antara asas-asas keselamatan ialah
memakai kaca mata keselamatan dan sarung tangan untuk melindung mata daripda
bahan kecil terbang tepat ke dalam mata dan mengelakkan kecederaan. Kami juga
sentiasa membaca panduan di dalam label semasa menjalankan kerja-kerja perpaipan.
Selain itu kami juga jangan bekerja apabila keadaan kami tak sihat, terlalu letih dan
tidak dapat menumpu perhatian semasa bekerja. Alat-alat dan mesin haruslah sentiasa
membaiki dan membuat penyelenggaran supaya semua alat dan mesin dapat
digunakan dengan selamat dan keadaan yang berfungsi baik.
Langkah terakhir yang perlu dilakukan ialah mengemaskan hasil projek yang
selesai disambung sebelum melakukan pengujian tekanan air 100 psi untuk
memeriksa hasil projek sama ada berlaku kebocoran atau tidak. Kami harus membaiki
dengan segara apabila berlakunya kebocoran hasil air. Dalam kerja perpaipan, kami
harus bekerjasama menyelesaikan kerja kami kerana beberapa pemasangan paip
sangat susah dan memerlukan bantuan. Hal ini juga dapat mengurangkan risiko
kemalangan berlaku semasa bekerja.

18

KESIMPULAN

Kesimpulan ini, kami haruslah melakukan kerja-kerja pengukuran dengan


teliti dan betul mengikut lakaran kami yang ditetapkan sebelum memotong paip.
Kami juga harus berhati-hati melakukan kerja pemotongan paip dengan kemas supaya
kemalangan dapat dielakkan selain kebaziran paip tidak berlaku disebabkan oleh
kelalaian kami. Manakala, cara pemasangan paip perlu dilakukan dengan
menggunakan kaedah yang betul. Kami juga harus melilitkan pita PTFE pada uliran
paip supaya mengukuhkan sambungan paip dan tidak berlaku kebocoran air. Selain
itu, kami harus mengetahui dan mematuhi asas-asas keselamatan dan panduan yang
betul semasa melakukan kerja-kerja perpaipan supaya rikiso kemalangan dapat
dikurangkan. Kami juga bersyukur dapat menyiapkan projek paip dengan berjaya.
Dan kami telah memperolehi pengetahuan dan pengalaman dengan mempelajari
kaedah pemasangan dan penyambungan paip. Walaupun kerja projek paip amat sukar,
namun ahli kumpulan dapat bekerjasama untuk menyiapkan projek dan menyelesai
masalah yang ditimbul dalam kerja pemasangan bersama-sama dengan bantuan dan
panduan pensyarah kami. Akhirnya, kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah kami, Encik As'shar Bin Kasalan dan rakan-rakan kumpulan kami.

19

RUJUKAN

1. https://www.amazon.com/General-Tools-1399-ExtractorWrench/dp/B000I1VBGI
2. http://nota-sekolah.blogspot.my/2013/07/kemahiran-hidup-bersepadutingkatan-1_4.html
3. http://www.plumbinghelp.ca/toolbox/
4. http://plumbing.about.com/od/basics/a/Plumbing-Safety-Basics.htm

20

Anda mungkin juga menyukai