Anda di halaman 1dari 8

PEMADATAN

C 3008/8/1

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menerangkan dan membuat analisis kepada keputusan ujian pemadatan di makmal.

Di akhir unit ini, pelajar akan dapat : 1. 2. 3. menerangkan ujian pemadatan proctor piawai. menerangkan ujian pemadatan proctor ubahsuai. menerangkan ujian ketumpatan nisbi.
Untuk mempastikan bangunan tu tidak terbenam, asas tanahnya haruslah dipadatkan dengan sempurna ..

PEMADATAN

C 3008/8/2

8.0

Pengenalan.

Dalam Unit 7, kita telah mempelajari dan memahami tentang proses pemadatan dan tujuan kerja pemadatan tanah dilakukan. Ukuran untuk mempastikan darjah pemadatan tanah telah dicapai adalah dengan merujuk kepada ketumpatan kering maksimum dan kandungan air yang optimum. Di makmal, ketumpatan kering maksimum dan kandungan air optimum boleh ditentukan dengan menjalankan ujian Pemadatan Proctor Piawai dan ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Dalam ujian ini, pemadatan dilakukan dengan menggunakan satu tukul yang dijatuhkan beberapa kali keatas satu contoh tanah di dalam acuan. Di dalam ujian ini juga, jisim tukul, tinggi kejatuhan, jumlah hentaman, jumlah lapisan tanah dan isipadu acuan ditentukan.

8.1

Ujian Pemadatan Proctor Piawai.

Ujian pemadatan proctor piawai merupakan satu ujikaji yang sering dilakukan di makmal untuk menentukan kandungan air yang optimum dan ketumpatan kering maksimum bagi kerja-kerja pemadatan tanah. Kerja di makmal akan dimulakan dengan mencampurkan 3kg tanah sampel dengan peratusan air yang akan ditentukan. Sampel tanah hendaklah melepasi ayakan bersaiz 20 mm. Tanah akan dipadatkan ke dalam satu acuan selinder yang berisipadu 1000 cm3 dan diisi dengan tiga lapisan. Setiap lapisan dihentak 27 kali hentaman dengan pemadat piawai (rammer) seberat 2.5 kg pada jarak kejatuhan 300 mm bagi setiap hentaman. Setelah selesai pemadatan, tanggalkan kolar acuan dan tanah dipotong searas dengan permukaan selinder dengan menggunakan penggerok besi . Sampel tanah dan acuan

PEMADATAN

C 3008/8/3

ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah tersebut. Seterusnya, kandungan air tanah (lembapan) ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah boleh dikira. Ujian ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel tanah ( biasanya sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah melepasi nilai maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering lawan kandungan air dapat dilukis.

8.2

Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai.

Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Tujuannya adalah sama dengan ujian Pemadatan Proctor Piawai iaitu menentukan ketumpatan kering maksimum dan kandungan air optimum bagi pemadatan tanah. Acuan bagi ujian ini adalah sama dengan ujian Pemadatan Proctor Piawai . Berat alat pemadat (rammer) bagi ujian ini adalah 4.5 kg. Sampel tanah dipadatkan sebanyak lima lapisan dengan 27 kali hentakan bagi setiap lapisan. Manakala jarak kejatuhan tanah adalah 450 mm. Setelah selesai pemadatan, tanah dipotong searas dengan permukaan selinder dan ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah. Seterusnya, kandungan lembapan tanah ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah boleh dikira. Ujian ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel tanah ( tambahan air sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah melepasi nilai maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering lawan kandungan air dapat dilukis.
Prof.. tak sama ke ujian proctor piawai dengan proctor ubahsuai. Tujuan ujian sama jee.. Cuma yang bezanya bilangan lapisan tanah, bilangan hentaman dan jisim pemadat yang digunakan.

PEMADATAN

C 3008/8/4

8.3

Ujian Ketumpatan Nisbi.

Ujian ini dilakukan menentukan ketumpatan bandingan tanah tidak berjelekit. Satu acuan berbentuk selinder berisipadu 1000cm3 diisi dengan pasir dalam lima lapisan. Tiap-tiap lapisan hendaklah dihentak 25 kali dengan cara mengangkat tepi acuan setinggi 5 cm dan melepaskanya. Dengan menggunakan spatula, ratakan sampel agar sama aras dengan pinggir atas acuan. Dapatkan ketumpatan sampel ini. Ketumpatan ini dikenali sebagai ketumpatan maksimum. Gunakan sampel yang sama untuk mendapatkan ketumpatan minimum dengan kaedah menuangkan pasir dengan menggunakan serombong ke dalam acuan. Gerak-gerakkan serombong membentuk bulatan dengan hujung serombong 3 cm dari permukaan pasir. Pastikan acuan tidak terusik. Berikut ialah cara pengiraan Ketumpatan Nisbi.

1/ d
Ketumpatan Nisbi, KN =

m in

1/ d
x 100%
m aks

1/

1 / d m in

emaks e emaks emin

x 100%

di mana ;
d

ketumpatan tanah kering dengan nisbah lompang e.

d min =

ketumpatan kering minima dengan nisbah lompang emaks ketumpatan kering maksima dengan nisbah lompang e min

dmaks =

PEMADATAN

C 3008/8/5

Soalan 1 Apakah tujuan Ujian Pemadatan Proctor dijalankan ?

Soalan 2 Berikan 3 perbezaan antara Ujian Proctor Piawai dan Ujian Proctor Ubahsuai.

PEMADATAN

C 3008/8/6

Jawapan 1 Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan kandungan air optima dan ketumpatan kering maksima bagi sesuatu pemadatan tanah.

Jawapan 2. 3 perbezaan : Proctor Piawai (1) Jisim pemadat (2) Bilangan lapisan (3) Jarak kejatuhan pemadat 2.5 kg 3 lapisan 300 mm Proctor Ubahsuai 4.5 kg 5 lapisan 450 mm

Uji kefahaman anda dengan menjawab semua soalan dibawah. Selamat mencuba

PEMADATAN

C 3008/8/7

Soalan 1. Berikan dua ukuran yang digunakan untuk mempastikan darjah pemadatan telah tercapai ? Soalan 2 Berikan tiga peralatan utama yang digunakan dalam Ujian Proctor di makmal. Soalan 3. Apakah tujuan Ujian Ketumpatan Nisbi dijalankan?

PEMADATAN

C 3008/8/8

Bandingkan jawapan anda dengan jawapan pensyarah..

Jawapan 1 Dua ukuran yang digunakan : (i) ketumpatan kering maksimum (ii) kandungan air optimum. Jawapan 2 Peralatan utama Ujian Proctor di makmal : (i) acuan silinder 1000 cm3 (ii) tukul berjisim 2.5 kg (iii) ayak saiz inci dan pancinya (iv) penggerok besi

Jawapan 3 Rujuk bahagian 8.3

Anda mungkin juga menyukai