Anda di halaman 1dari 29

BAB 5

SISTEM SENGGARAAN DAN SALIRAN JALAN RAYA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus, pelajar akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang
dipelajari untuk :

1. Menyelesaikan masalah bahan jalan raya, pembinaan, senggaraan,


saliran, geometri, aliran trafik dan kawalan berlampu isyarat
persimpangan. (CLO1-C3, PLO1-K).
2. Mengikuti pengujian, pengukuran lalulintas persimpangan lampu isyarat
dan pengumpulan data trafik. (CLO2-P3, PLO2-PS).
3. Membincangkan hasil laporan dan ujian kejuruteraan jalanraya dan trafik
dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan secara berkesan. (CLO3-A2,
PLO9-LS).

ISI KANDUNGAN

5.1 Jenis Senggaraan Jalan Raya

Penyenggaraan jalan raya melibatkan kerja-kerja memelihara dan


memulihara jalan dan bahagian-bahagian jalan yang lain.

Kerja-kerja penyenggaraan dijalankan untuk mengawal kadar kerosakan dan


untuk memastikan perkhidmatan jalan tidak berada di bawah tahap yang
akan menyulitkan pemandu.

Antara tujuan penyenggaraan dijalankan adalah untuk:

5-1
 Menjamin jalan yang dibina itu boleh tahan lama
 Menjaga jalan raya untuk kegunaan trafik
 Memperbaiki perjalanan sistem trafik

Berikut pula merupakan kepentingan penyelenggaraan jalan raya:

 Menjaga dan memperbaiki jalan dan bahagian-bahagian yang berkait


dengan jalan
 Mengawal kadar kerosakan supaya tidak merebak
 Menjamin jalan yang dibina itu boleh mencapai jangka hayat yang
dihajatkan
 Menjaga jalan raya untuk kegunaan trafik
 Memperbaikan perjalanan sistem trafik
 Menjamin keselamatan dan menyumbang kepada keselesaan yang
tinggi kepada pengguna
 Melancarkan perjalanan kenderaan

5.1.1 Operasi Dan Jenis Penyenggaraan

Penyenggaraan terdiri daripada:


 Penyenggaraan Kecemasan (Urgent/Ad Hoc Maintenance)
 Penyenggaraan Harian/Rutin (Routine Maintenance)
 Penyenggaraan Berkala (Periodic Maintenance)
 Pemulihan (Rehabilitation)

Penyenggaraan Kecemasan

Dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di luar jangkaan


seperti:
 tanah tebing runtuh
 hakisan permukaan turapan dan bahu jalan
 pokok tumbang
 jambatan runtuh
5-2
 kerosakan pembetung
 lampu isyarat rosak atau dilanggar kenderaan
 kerosakan pembahagi jalan

Penyenggaraan Harian

Kerja-kerja penyenggaraan dijalankan mengikut jadual.

Penyenggaraan adalah bercorak preventif, iaitu untuk mengelakkan


kerosakan atau masalah yang lebih besar berpunca dari kesan bebanan
trafik, cuaca dan faktor persekitaran.

Dilakukan oleh kontraktor atau pihak berkuasa tempatan.

Melibatkan kerja-kerja:
 pemotongan rumput 4 – 6 kali / tahun
 membersih longkang 12 kali / tahun
 menampal lopak permukaan turapan/bahu
 membentuk semula bahu jalan 2 – 3 kali / tahun
 membersih pembetung/jambatan 2 kali / tahun
 membersih papan tanda 2 – 3 kali / tahun
 membersih rezab jalan 1 – 2 kali/tahun
 pembersihan lampu isyarat
 pembersihan persimpangan

Penyenggaraan Berkala

Kerja-kerja penyenggaraan bercorak restoratif.

Tidak dilakukan secara kerap - dilakukan mengikut jangka masa yang lebih
panjang.

Melibatkan kerja-kerja:

5-3
 memperbaharui permukaan jalan dengan 7 – 10 tahun sekali
pracampuran
 memulihkan permukaan 3 – 5 tahun sekali
 menggred dan menabur semula bahu jalan 2 – 3 tahun sekali
dengan bahan yang sesuai
 mengecat semula penanda jalan raya 1 – 2 tahun sekali

Pemulihan

Pemulihan diperlukan apabila penyenggaraan harian dan berkala tidak lagi


mampu atau mencukupi untuk mencapai keadaan jalan yang baik.

Pengukuhan jalan diperlukan setelah pertambahan lalu lintas telah melebihi


had yang ditentukan untuk memperbaharui permukaan jalan dibuat.

Kekerapan kerja pemulihan bergantung kepada keadaan jalan dan lalu


lintas. Ini biasanya ditentukan dengan mengambil keputusan ujian
‘Benkelman Beam’ atau ‘Falling Weight Deflectometer’ ke atas permukaan
jalan sedia ada.

5-4
5.2 Kerosakan Turapan Dan Struktur

5.2.1 Retakan

Retakan Buaya
Crocodile Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Tebal turapan tidak memadai Kukuhkan turapan, Bina semula
Tapak bermodulus rendah Kukuhkan tapak, Bina semula
Tapak yang rapuh Kitar semula tapak, Bina semula
Saliran tapak yang tidak baik Baiki saliran, Bina semula
Gantikan atau pulihkan lapisan
Lapisan penghaus yang rapuh
penghaus

Retakan Blok
Block Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Sambungan (joints) pada lapisan Tindihan atas (overlay)
bawah menggunakan agregat terhancur
Pengecutan dan kelesuan bahan
Gantikan bahan terekat
terekat (cemented)
Retakan pengecutan (akibat
Kedapkan retakan, Gantikan lapisan
pengerasan bitumen) pada lapisan
berbitumen
berbitumen
Retakan lesu pada lapisan penghaus Potong dan tampal, Tindihan atas
yang rapuh agregat terhancur

5-5
Retakan Memanjang
Longitudinal Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Refleksi (reflection) dari retakan
Potong dan tampal
pengecutan
Pembinaan lapisan berbitumen yang
Gantikan lapisan berbitumen
tidak baik
Anjakan sambungan pada pelebaran
Bina semula sambungan
jalan
Mendapan kebezaan antara kawasan
Bina semula
potong dan tambak
Tindihan atas menggunakan agregat
Refleksi sambungan pada tapak terhancur, Bina semula sambungan

Retakan Melintang
Transverse Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Refleksi dari retakan pengecutan Potong dan tampal
Sambungan pembinaan pada lapisan
Kedapkan retakan
berbitumen
Kegagalan struktur pada tapak
Bina semula tapak
konkrit
Retakan pengecutan pada lapisan Kedapkan retak, Ganti lapisan
berbitumen berbitumen
Tindihan atas menggunakan agregat
Refleksi sambungan pada tapak terhancur, Bina semula sambungan

5-6
Retakan Tepi
Edge Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Beban trafik berlebihan Lebarkan jalan, Kukuhkan tepi jalan
Saliran yang tidak baik pada tepi
Perbaiki saliran dan bahu
jalan dan bahu
Jalan sempit yang memaksa
kenderaan dipandu terlalu dekat Lebarkan jalan
dengan tepi jalan
Sokongan galas yang tidak cukup Bina semula

Retakan Berbentuk Sabit


Crescent-shaped Cracks

Punca Kaedah Pembaikan


Ikatan lemah antara lapisan
penghaus dengan lapisan di Potong dan tampal
bawahnya
Tapak bermodulus rendah Bina semula tapak
Tindihan atas berbitumen
Lapisan penghaus terlalu nipis
(bituminous overlay)
Heretan jentera penurap ketika suhu
Potong dan tampal
campuran bitumen adalah rendah
Tindihan atas berbitumen
menggunakan campuran pekat
Tekanan tinggi akibat pembrekan dan
(stiffer mix) atau campuran
pergerakan memecut
pemadatan tinggi (high compaction
mix, HCM)

5-7
5.2.2 Ubah Bentuk Permukaan

Runut
Rutting

Punca Kaedah Pembaikan


Pengukuhan tindihan atas
Lapisan turapan tidak memadai
Bina semula
Pemadatan lapisan struktur yang
Bina semula
tidak cukup
Ganti atau kitar semula lapisan
Campuran berbitumen yang tak stabil berbitumen atau guna campuran
pekat / HCM
Bahan bahu jalan yang tak stabil Baiki bahu dan tabur tindihan atas
tidak mampu memberi sokongan sisi berbitumen pada bahagian runut
Subgred yang menghadapi tekanan
lampau dan telah mengalami ubah Bina semula
bentuk tetap
Bebutir tapak atau subtapak tak stabil Pengukuhan tapak atau subtapak

Peralunan
Corrugation

Punca Kaedah Pembaikan


Kestabilan lapisan berbitumen tidak
Ganti lapisan berbitumen
memadai
Pemadatan tapak dalam bentuk
Bina semula tapak
beralun
Campuran dan kelakuan jentera
Ganti campuran dan perbaiki jentera
penurap yang mempunyai kesilapan
penurap
(faulty)
Isipadu trafik tinggi pada cerun
menurun / menaik Kikis (mill) peralunan dan ganti
Kesan menghentikan kenderaan dengan campuran pekat / HCM
pada simpang atau bulatan
Kestabilan tapak tidak memadai Bina semula tapak

5-8
Lelahan
Depression

Punca Kaedah Pembaikan


Mendapan kebezaan pada subgred
Bina semula subgred atau tapak
atau bahan binaan tapak
Perubahan isipadu subgred akibat Baiki saliran bawah tanah dan bina
kesan persekitaran semula
Mendapan akibat ketidakstabilan
Stabilkan tambakan
tambakan

Penolakan
Shoving

Punca Kaedah Pembaikan


Campuran yang mempunyai
Kikis dan ganti lapisan berbitumen
kestabilan rendah
Ikatan lemah antara lapisan Ganti lapisan berbitumen dengan
permukaan dengan lapisan di campuran yang mempunyai
bawahnya – akibat daripada salut kandungan bitumen yang lebih
jelujur (tack coat) berlebihan rendah
Bebutir tapak yang tidak stabil Bina semula tapak
Pemberhentian dan pergerakan Kikis dan ganti dengan campuran
kenderaan di simpang atau bulatan pekat / HCM
Tindihan atas berbitumen, Bina
Lapisan turapan yang tidak memadai
semula

5-9
5.2.3 Kecacatan Permukaan

Penjujuhan
Bleeding

Punca Kaedah Pembaikan


Tabur pasir panas dan keluarkan
Aplikasi bahan pengikat berlebihan
bahan pengikat berlebihan
Kesan penurapan semula permukaan Guna pasir panas atau salut kedap
yang telah mengalami penjujuhan agregrat (agregate seal coat)
Kesan penurapan secara berlebihan
pada permukaan yang telah Guna pasir panas
mengalami penjujuhan

Pengusutan
Ravelling

Punca Kaedah Pembaikan


Kandungan bitumen tidak cukup
Rekatan lemah antara bitumen dan
agregat akibat agregat basah
Pemadatan yang tidak memadai atau
pembinaan ketika hujan / keadaan Tindihan atas berbitumen
basah
Penguraian bitumen dan/atau
agregat

5-10
Penggilapan
Polishing

Punca Kaedah Pembaikan


Kurang rintangan terhadap
penggilapan agregat permukaan,
khasnya di lokasi di mana Tindihan atas berbitumen, Guna
pergerakan trafik adalah tinggi atau di campuran pekat / HCM
mana tekanan tinggi antara
permukaan dan tayar terhasil
Penggunaan agregat terhancur yang
Tindihan atas berbitumen
halus secara semulajadi

Pengelupasan
Delamination

Punca Kaedah Pembaikan


Pembersihan yang tidak cukup, atau
Kikis dan turap semula lapisan atas
salut jelujur yang tidak cukup
Resipan air melalui asfalt,
terutamanya menerusi retakan, yang Ganti lapisan penghaus
akan memecahkan ikatan antara Tindihan atas berbitumen
permukaan dan lapisan bawahnya
Lapisan lemah dan longgar di bawah
Bina semula lapisan lemah
salutan
Rekatan antara tayar dengan bahan
Tindihan atas berbitumen
pengikat pada permukaan jalan

5-11
5.2.4 Kecacatan Sisi

Pemecahan Sisi
Edge Break

Punca Kaedah Pembaikan


Lebar jalan tidak memadai Lebarkan jalan
Penjajaran kurang baik yang
Lebarkan jalan dan buat penjajaran
menggalakkan pemanduan di sisi
semula
jalan
Sokongan sisi yang kurang Kukuhkan bahu jalan
Kukuh dan ratakan bahu jalan searas
Kejatuhan sisi
dengan jalan
Potong dan tampal, Tindihan atas
Kehilangan rekatan dengan tapak
berbitumen

Kejatuhan Sisi
Edge Drop-Off

Punca Kaedah Pembaikan


Lebar jalan tidak memadai Lebarkan jalan
Bahan binaan bahu jalan kurang
Gantikan bahan binaan bahu jalan
mempunyai rintangan terhadap
dan bina semula
hakisan dan lelasan (abrasion)
Kesan penurapan semula jalan tanpa Ratakan bahu jalan searas dengan
penurapan semula bahu jalan permukaan jalan

5-12
5.2.5 Lopak

LOPAK
Pothole

Punca Kaedah Pembaikan


Kehilangan lapisan permukaan Tampal
Kemasukan lembapan ke lapisan
tapak melalui retakan pada Potong dan tampal
permukaan turapan
Penyepaian tapak akibat kesan
Bina semula tapak
bebanan

5.2.6 Tampalan

Tampalan
Patch

Punca Kaedah Pembaikan


Kehilangan tahap kebolehkhidmatan
(serviceability) atau kehilangan
kapasiti struktur (structural capacity) Merekabentuk campuran dengan
Terhasil daripada kerja-kerja tampal baik, Kerja-kerja potong dan tampal
ke atas kerosakan turapan dilakukan dengan teliti
Pemotongan jalan untuk meletak
kabel atau utiliti yang lain

5-13
5.3 Saliran Permukaan Dan Sub-Permukaan

Saliran jalan raya ditakrifkan sebagai proses mengawal dan menyingkirkan


air berlebihan pada permukaan turapan dan air bawah tanah dalam
lingkungan rezab jalan (right-of-way) dan kawasan bersebelahan dengannya.

Aliran air pada permukaan turapan berpunca daripada hujan. Sebahagian air
permukaan meresap ke dalam tanah, manakala sebahagian lagi tinggal pada
permukaan sebagai takungan air. Takungan air ini harus disingkirkan dari
lorong kenderaan kerana ia akan bertindak sebagai perosak lapisan
permukaan turapan dan mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan
akibat ‘penyatahan air’ (aquaplaning). Langkah-langkah mengawal air
permukaan disebut sebagai ‘penyaliran permukaan’.

Kawalan terhadap air bawah tanah juga penting, terutama apabila aras air
bawah tanah berada berdekatan dengan aras pembentukan jalan. Air yang
memasuki subgred mampu melemahkan subgred dan mengakibatkan
kegagalan struktur turapan jalan. Langkah-langkah untuk menangani
masalah air bawah tanah ini dipanggil ‘penyaliran sub-permukaan’.

Secara umum, sistem saliran jalan raya terbahagi kepada dua, iaitu:
(1) Sistem Saliran Permukaan
(2) Sistem Saliran Sub-permukaan

5.3.1 Sistem Saliran Permukaan

Kamber
 bentuk cembung pada binaan jalan raya dan bahu jalan yang
membolehkan air permukaan mengalir dari puncak ke pinggir jalan
dan mengalir terus ke betung
 cerun kamber bergantung kepada jenis bahan binaan (lihat Jadual 5-
1)
 biasanya cerun kamber jalan raya ialah 2.5%
5-14
 mengikut LLM, cerun kamber jalan raya mestilah tidak kurang
daripada 2%

Jadual 5.1 Cerun kamber mengikut jenis permukaan


Jenis Permukaan Cerun Kamber
Bahu Jalan 3–4%
Permukaan jalan tanah dan jalan
3–4%
kelikir
Permukaan berbitumen atau konkrit 2–3%

Rajah 5.1 Cerun kamber bagi jalan dan bahu jalan

Cerun Memanjang
 cerun memanjang diperlukan terutama sekali untuk bahagian tepi
jalan dan parit tepi jalan atau longkang
 cerun memanjang tidak terlalu mendatar dari 0.5%
 mengikut LLM, cerun memanjang mestilah 0.2 – 0.3% manakala
mengikut JKR, cerun memanjang mestilah 0.35 – 0.5%

Parit Erong dan Gegeluk


 di jalan berbendul (kerbed roads), air yang mengalir di tepi jalan
dialirkan pada sela jarak tertentu melalui parit erong (scupper drain)
dan gegeluk (gully)
 air permukaan itu kemudiannya disalurkan ke paip yang akan
membawanya ke parit atau longkang tepi jalan

5-15
Rajah 5.2 Parit erong dan gegeluk

Longkang/Parit
 dibina di sepanjang tepi jalan untuk mengalirkan air permukaan dari
jalan dan bahu jalan
 di kawasan potongan, ia juga menghalang air dari tanah tinggi masuk
ke atas jalan
 dalam keadaan tersebut, parit perangkap (catch drain) dibina
 di kawasan tambakan pula, parit ini memerangkap air bagi
mengelakkan hakisan terhadap tambakan
 parit yang cerunnya kurang daripada 0.5% mestilah diturap

Pembetung
 pembetung (culvert) digunakan sebagai laluan untuk mengalirkan air
permukaan melalui bawah jalan tanpa gangguan dan tanpa
merosakkan jalan
 faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam rekabentuk dan pembinaan
pembetung adalah:
- Menyediakan laluan air yang mencukupi terutama sekali ketika
hujan lebat
- Kekuatan struktur yang mencukupi untuk menanggung beban
tanah tambak dan trafik

5-16
- Kecerunan yang mencukupi bagi mengelakkan mendapan dan
hakisan. Kecerunan sebanyak 1-2% adalah untuk
mendapatkan halaju air pada kadar yang dibenarkan
- Tembok perlu dibina di bahagian keluar/masuk pembetung
yang dibina di kawasan berbukit atau tambakan tinggi
- Asas perlu dibina di tempat yang tanahnya tidak kuat
 pemilihan jenis pembetung bergantung kepada pemilihan bahan,
bentuk, muka keratan dan bilangan tong pembetung
 jenis-jenis pembetung yang boleh didapati ialah seperti Rajah 5.3

Pembetung paip (pipe culvert) Pembetung kekotak (box culvert)

Pembetung gerbang (arched culvert) Pembetung rasuk (beam culvert)

Rajah 5.3 Jenis-jenis Pembetung

5-17
Rajah 5.4 Sistem Saliran Permukaan

5.3.2 Sistem Saliran Sub-Permukaan

Keperluan saliran bawah tanah adalah untuk mengatasi resapan dari air
bawah tanah dan air bumi dan juga untuk merendahkan paras air bumi.

5-18
Pembinaan sistem saliran sub-permukaan melibatkan kerja pengorekan yang
banyak.

Paras kedudukan aras air bumi sangat mempengaruhi nilai nisbah galas
California atau ‘California Bearing Ratio’ (CBR).

Jika nilai CBR tinggi, subgred dapat menampung beban yang tinggi.
Kemasukan air ke dalam subgred akan mengurangkan keupayaannya untuk
menampung beban trafik.

Rajah 5.5 Cara-cara air boleh memasuki turapan dan subgred

Air bawah tanah yang boleh menjejaskan kekuatan subgred berpunca dari:
 air bumi
 kenaikan rerambut dari air bumi
 resipan

Air Bumi
 ialah sebarang air yang menyusup ke dalam tanah dan menusuk ke
strata tanah dan strata tanah yang menakung air ini disebut akuifer
 akuifer menjadi tepu dengan penelusan air, permukaan tepuan
disebut aras air bumi

5-19
 kedudukan aras air bumi tidak stabil, menurun dan menaik mengikut
cuaca
 aras air bumi mestilah dihalang dari telus ke kawasan 600 mm di
bawah aras bentukan
 kesan dari tindakan air bumi boleh diatasi melalui beberapa kaedah
berikut:
(a) Pembinaan lapisan penyaliran (litupan telus) di bahagian bawah
turapan
(b) Pembinaan turas salir yang dalam
(c) Pemilihan bahan yang sesuai untuk subgred
(d) Peningkatan prestasi lapisan subgred dengan menstabilkannya
dengan penstabil yang sesuai

Kenaikan Rerambut Dari Air Bumi


 Kuasa graviti boleh menarik air dan wap ke bawah supaya berada
pada aras air bumi tetapi struktur rerambut tanah cenderung menarik
air dan wap ke atas
 Tanah mempunyai kuasa sedutan, oleh itu air akan bergerak ke
bahagian atas
 Pergerakan wap air disebabkan perbezaan kandungan wap di dalam
strata tanah dan perbezaan suhu harian

Resipan
 Resipan berlaku jika jalan raya dibina di kawasan merentasi lereng
bukit dan air dari tanah yang lebih tinggi berhampiran dengan jalan
raya akan meresap masuk ke subgred
 Resipan boleh dihalang dengan membina parit pemintas jika zon
resipan berdekatan dengan aras bentukan
 Jika zon resipan berada jauh di bawah dari aras bentukan, turas salir
dibina untuk memerangkap resipan
 Bagi bahu jalan yang tidak berturap dan jika tidak disenggara dengan
baik, aras bahu jalan berada lebih tinggi dari permukaan turapan.

5-20
Apabila hujan turun, air bertakung dan sebahagian daripadanya
meresip ke subgred melalui bahu jalan
 Turapan yang berlubang dan retak akan menyebabkan air masuk
menembusi sehingga ke subgred. Keadaan ini boleh diatasi jika satu
lapisan berbutir setebal 100 – 500 mm dihamparkan di antara lapisan
subgred dan lapisan turapan

Parit Bawah Tanah

Sistem parit bawah tanah dibina untuk mengatasi kerosakan turapan jalan
raya akibat sumber air bawah tanah.

Antara jenis parit bawah tanah yang digunakan ialah:

Parit French

Rajah 5.6 Parit French

 kedalaman parit ini adalah cetek


 dipasang dengan paip sambungan terbuka sama ada dari jenis paip
tanah liat atau paip konkrit berliang
 paip ini ditimbus dengan bahan turas terdiri dari batu kelikir yang
digred
 air akan mengalir masuk melalui rongga dan paip secara perlahan

5-21
Parit Jalur

Rajah 5.7 Parit Jalur

 sama bentuknya dengan parit French


 bahan turas tidak digunakan, digantikan dengan jalur plastik
 jalur plastik dipasang dari permukaan sehingga ke dalam paip
 parit dikorek dan ditimbus menggunakan tanah asal

Parit Tanah

Rajah 5.8 Parit Tanah

 paip tanah liat dipasangkan di dalam parit yang dikorek dan


kemudiannya ditimbus kembali dengan baki tanah korekan
 paip tanah liat ini mempunyai sambungan terbuka
 parit ini biasanya dibina di kawasan pertanian

5-22
Parit Pemintas

Rajah 5.9 Parit Pemintas

 parit terdiri daripada paip tanah liat sambungan terbuka atau paip
konkrit berliang yang dipasangkan di dalam parit dan kemudiannya
ditimbus dengan tanah telus air
 bahagian atas permukaan parit akan ditimbus dengan tanah tak telus
air atau terbuka dengan bahan telus air
 berfungsi untuk memintas aliran air dari tanah tinggi dan disalirkan ke
tempat pembuangan

Kaedah-Kaedah Mengawal Kandungan Lembapan Subgred

Kandungan lembapan dalam subgred harus dikawal kerana jika kandungan


lembapan adalah tinggi, subgred akan mempamerkan sifat plastik dan
seterusnya terjejas keupayaan galasnya.

Peningkatan kandungan lembapan subgred berpunca dari:


(a) resipan dari tanah tinggi
(b) resipan dari turapan jalan
(c) pergerakan lembapan dari air bumi
(d) pergerakan lembapan dari bahu jalan

5-23
Menghalang Resipan Dari Tanah Tinggi

 biasa berlaku di kawasan potongan yang terdapat lapisan zon tanah


telap air dari lereng bukit hingga ke tanah bawah jalan
 parit pemintas dipasang di sebelah tanah tinggi sehingga ke lapisan
tak telap air
 jika lapisan tak telap air terlalu dalam, parit pemintas dibina sedalam
1.25 m

Menghalang Resipan Melalui Turapan Jalan

 resipan melalui turapan boleh dihalang dengan membina lapisan


tapak daripada bahan berbutir seperti pasir setebal 100 – 150 mm
 air yang meresip masuk melalui turapan akan dialirkan melalui lapisan
tapak dan disalirkan terus ke saliran bawah tanah

5-24
Menghalang Pergerakan Lembapan Dari Air Bumi

 kedalaman paras air bumi mestilah berada sekurang-kurangnya 1.0 –


1.25 m di bawah aras bentukan jalan
 paras air bumi yang tinggi boleh direndahkan dengan membina parit
saliran bawah tanah di kiri dan kanan jalan bergantung kepada lebar
dan jenis tanah

Menghalang Pergerakan Lembapan Dari Bahu Jalan

 resipan dari bahu jalan boleh dihalang dengan melanjutkan


pembinaan tapak, subtapak dan subgred hingga ke bahu jalan
 resipan juga boleh diatasi dengan menyediakan satu bahan tak kalis
air di antara bahu jalan dan turapan

5-25
Aktiviti – Tutorial

1. Kenalpasti kerosakan-kerosakan turapan boleh lentur pada lakaran di


dalam Rajah 1 berikut:

Rajah 1

5-26
2. Terangkan proses pembentukan lopak.

3. Terangkan kaedah ‘potong dan tampal’ bagi memperbaiki lopak.

4. Cari dan bincangkan jenis-jenis kerosakan turapan yang boleh berlaku


pada turapan konkrit (turapan tegar).

5. Dapatkan maklumat mengenai komponen-komponen sistem saliran


permukaan berikut yang biasanya dibina untuk laluan-laluan ekspres atau
lebuhraya:
(a) parit median
(b) parit bench
(c) parit berm

6. Rajah 2 menunjukkan satu kaedah mengatasi sejenis masalah saliran.

Rajah 2

(a) Nyatakan masalahnya.


(b) Terangkan apa kesan sekiranya masalah tersebut tidak diatasi.
(c) Terangkan mekanisme kaedah tersebut.

5-27
Rujukan

1. Atkins, Harold A.; Highway Materials, Soils and Concretes (4th Edition);
Prentice Hall; USA; 2005. (TE147.M36)
2. Garber N.J, Hoel L.A.; Traffic and Highway Engineering, (3rd Edition);
Brooks/Cole; USA; 2005. (TE147.M37)
3. Flaherty C.A.; The Location, Design, Construction & Maintenance of
Pavements; Butterworth Heinemann; United Kingdom; 2005.
(TE147.M43)
4. Salter R.J., Hounsell N.B; Highway Traffic Analysis and Design; Palgrave;
2006. (TE147.M54)
5. P. Roess, S TE147.M36. Prassas, R. McShane; Traffic Engineering;
Pearson Prentice Hall, USA, 2005. (TE147.M54)
6. J.H.Banks; Introduction To Transportation Engineering ; McGraw-Hill
Higher Education ; USA; 2006. (TE147.M44)

5-28
SLIP KEHADIRAN KUIZ

Nama: ________________________________________________________

No. Kad Matrik:

No. KP:

Tahun / Kod Kursus:

Kod Subjek: D A C 2 0 6 0 3

Subjek: KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN TRAFIK

Seksyen: Semester: Sesi: 20 /20

Nama Pensyarah:

1. _____________________________________________

2. _____________________________________________

Dengan ini, saya mengakui bahawa saya telah menduduki kuiz ini dan tidak
dalam apa cara pun cuba meniru semasa proses menjawab soalan-soalan kuiz.

Tandatangan pelajar: _______________________________

Tarikh: / /

NOTA: Sila ceraikan helaian ini dan kepilkan di hadapan kertas-kertas jawapan anda.

5-29

Anda mungkin juga menyukai