Anda di halaman 1dari 18

5

BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Penggunaan sistem lampu isyarat di persimpangan akan menyebabkan lengah


yang mesti dialami oleh pemandu, setidak-tidaknya selama lampu merah dipamerkan
kepadanya. Banyak kajian telah dijalankan berkait rapat dengan lengah di persimpangan
sebegini. Walau bagaimanapun, sehingga laporan ini dibuat, kajian-kajian khusus
tentang sistem lampu isyarat yang dilengkapi penunjuk tempoh belum lagi terdapat.

Kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh mana sistem lampu isyarat dengan
penunjuk tempoh mampu mengatasi masalah yang wujud dengan lampu isyarat tanpa
penunjuk tempoh. Kajian ini akan menilai kesan penunjuk tempoh di persimpangan
berlampu isyarat terhadap lengah mula yang wujud di persimpangan tersebut.

Secara umumnya, keberkesanan sesuatu sistem kawalan lalu lintas bergantung


kepada sikap dan kelakuan pemandu di samping faktor operasi lalu lintas di
persimpangan berlampu isyarat. Kelakuan pemandu dan lengah lalu lintas merupakan
6

dua perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam mempengaruhi
keberkesanan penggunaan lampu isyarat di persimpangan.

2.2 Persimpangan Berlampu Isyarat

Lampu isyarat dengan tiga aspek iaitu hijau untuk meneruskan perjalanan,
kuning untuk membenarkan memasuki atau melalui persimpangan dengan syarat tiada
kenderaan melalui persimpangan sebelum lampu bertukar merah, dan merah untuk
berhenti, merupakan satu operasi yang membenarkan sebilangan kenderaan sahaja
memasuki atau melalui persimpangan pada satu masa supaya perlanggaran antara
kenderaan dalam konflik lalu lintas dapat dielakkan (Morlok, 1978).

Lampu isyarat adalah cara yang efektif untuk mengawal lalu lintas di
persimpangan jalan. Objektif penggunaan lampu isyarat adalah untuk memberikan
pengawalan lalu lintas yang cekap dan keselamatan yang maksimum kepada pengguna
jalan raya di persimpangan tersebut. Penyusunan fasa pergerakan lalu lintas yang direka
sebegitu rupa untuk mengurangkan atau menghapuskan titik-titik konflik di
persimpangan.

Persimpangan berlampu isyarat akan digunakan di satu-satu simpang apabila


purata bilangan kenderaan perjam di antara 800 hingga 5500 (JKR, 1987). Rajah 2.1
menunjukkan pemilihan jenis kawalan persimpangan yang bergantung kepada purata
bilangan kenderaan dalam kedua-dua arah pergi dan balik pada waktu puncak (JKR,
1987).
7
8

2.3 Kebaikan dan Kelemahan Lampu Isyarat

Penggunaan kawalan lalu lintas menggunakan lampu isyarat ini mempunyai


kebaikan dan kelemahan. Antara kebaikan dan kelemahannya adalah seperti berikut
(Othman Che Puan, 2004):

2.3.1 Kebaikan

Jika direka bentuk dengan sempurna, lampu isyarat lalu lintas di persimpangan
mempunyai beberapa kebaikan seperti:

(a) Menyediakan laluan yang tersusun dan teratur bagi lalu lintas
yang melalui persimpangan.
(b) Meminimakan bilangan pergerakan konflik.
(c) Menambah kapasiti pengendalian dan keupayaan mengawal
aliran lalulintas.
(d) Menyediakan kaedah atau cara memintas yang teratur bagi lalu
lintas yang sesak untuk memasuki atau menyilang ke
persimpangan lain.
(e) Memberikan keyakinan kepada pemandu mengenai hak
pergerakannya. Boleh dikoordinasikan dengan persimpangan
lain.
9

2.3.2 Kelemahan

Akan tetapi, penggunaan lampu isyarat juga mempunyai beberapa kelemahan


yang tersendiri. Di antaranya ialah:

(a) Menambahkan jumlah lengah terutamanya di luar waktu puncak.


(b) Meningkatkan kemalangan ketika memmberhentikan kenderaan apabila
lampu isyarat bertukar merah.
(c) Apabila diletakkan di tempat yang tidak sesuai, boleh mengakibatkan
kelewatan dan boleh mengakibatkan pengawalannya tidak dihiraukan.
(d) Memerlukan penyelenggaraan.

2.4 Permohonan Pemasangan Lampu Isyarat

Permohonan bagi pemasangan kawalan lampu isyarat adalah berpandukan


kepada beberapa sumber di bawah:

(a) Tanggungjawab agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan


(b) Bandaraya dan Majlis Perbandaran.
(c) Agensi Perlaksanaan Lalu Lintas seperti Polis.
(d) Kemajuan industri atau perdagangan dan pengendalian lalu lintas untuk
sesuatu kawasan.
(e) Media atau pengguna awam.
10

2.5 Waran Pemasangan Lampu Isyarat

Agensi-agensi yang bertanggungjawab memohon pemasangan lampu isyarat


haruslah memastikan permohonan pemasangan adalah munasabah. Kriteria-kriteria
yang diperlukan untuk pemasangan lampu isyarat dijadikan panduan bagi menentukan
kewajaran penggunaan lampu isyarat di persimpangan yang dipohon.

Antara berikut ialah kriteria yang harus diberi keutamaan semasa pemasangan
lampu isyarat (JKR, 1987) :

(a) Pastikan fungsi persimpangan adalah berkaitan dengan keseluruhan sistem


jalan.
(b) Kefahaman yang jelas mengenai data lalu lintas dan keadaan fizikal sesuatu
lokasi adalah amat perlu untuk memastikan keperluan rekabentuk lampu
isyarat yang sesuai.
(c) Sekiranya terdapat sebarang peraturan lain yang boleh dikuatkuasakan bagi
menjamin lalu lintas yang lebih selamat dan berkesan daripada lampu
isyarat.
(d) Menggunakan waran yang kukuh untuk memastikan sama ada kawalan
lampu isyarat diperlukan di sesuatu persimpangan.

Pemasangan lampu isyarat dilakukan dengan mengambil kira waran-waran


berikut iaitu:

(a) Operasi kenderaan


(b) Keselamatan pejalan kaki
(c) Sejarah kemalangan
11

Sebarang pemasangan lampu isyarat hanya boleh dilakukan apabila satu atau
lebih daripada waran yang telah digariskan dipenuhi.
2.5.1 Waran 1: Operasi Kenderaan

2.5.1.1 Isipadu Kenderaan

Keberkesanan dan paras perkhidmatan sesuatu persimpangan dipengaruhi oleh


isi padu kenderaan yang menggunakan persimpangan tersebut. Isi padu lalu lintas yang
tinggi di jalan utama terutamanya pada waktu puncak akan mengakibatkan berlakunya
lengah kepada lalu lintas.

Isipadu kedua-dua jalan major dan minor diambil kira bagi memastikan
keperluan kawalan isyarat. Kawalan lampu isyarat akan diwarankan sekiranya isipadu
lalu lintas 8 jam purata harian memenuhi keperluan minimum dalam Jadual 2.2

Jadual 2.1: Keperluan Isipadu Minimum Kenderaan Untuk Mendapatkan Waran


(JKR, 1987)

Bilangan Lorong Keperluan Minimum (ukp/j)


Jalan Major Jalan Minor Jalan Major Jalan Minor
(jumlah untuk kedua-dua (isipadu tertinggi dari
jalan tuju) mana-mana jalan tuju)
1 1 500 350 150 105
2 atau lebih 1 600 420 150 105
2 atau lebih 2 atau lebih 600 420 200 140
1 2 atau lebih 500 350 200 140
12

2.5.1.2 Isipadu Waktu Puncak

Isi padu kenderaan pada waktu puncak boleh digunakan dalam menentukan
keperluan dan pengubahsuain fasa lampu isyarat. Keadaan ini boleh diaplikasikan
berdasarkan daripada pengalaman yang lepas apabila mendapati:

(a) Sukar dan merbahaya bagi kenderaan dari jalan minor untuk
memasuki jalan major.
(b) Isi padu kenderaan yang tinggi bagi jalan major dan jalan minor.
(c) Apabila 80% daripada laju kenderaan di jalan major melebihi 60
km/j.
(d) Persimpangan melalui kawasan bandar

2.5.1.3 Pergerakan Progerasif

Lampu isyarat sesuai dipasang walaupun tidak mematuhi waran yang lain
sekiranya pemasangannya dapat mengawal halaju kenderaan di sesuatu persimpangan.
Lampu isyarat didapati sesuai dipasang apabila:

(a) Laju kenderaan dapat dikawal


(b) Lengah dapat dielakkan
(c) Dapat mengurangkan kemalangan bila kurang kenderaan yang
berhenti.
13

2.5.2 Waran 2: Keselamatan Pejalan Kaki

Pemasangan lampu isyarat di persimpangan juga mengambil kira keselamatan


pejalan kaki. Lampu isyarat akan diwarankan apabila setiap satu daripada 8 jam purata
bagi sehari pada waktu puncak wujud:

(a) 600 ukp/j kenderaan dari jalan utama memasuki atau melalui
persimpangan
- bila ‘median island’ meningkat sebanyak 1.2m atau lebih dalam
kelebaran
- 1000 atau lebih kenderaan per jalan memasuki atau melalui
persimpangan di jalan utama.

(b) Terdapat 150 pejalan kaki/jam atau lebih pejalan kaki yang melintasi
jalan utama
- 85% laju kenderaan di jalan utama melebihi 60 km/j
- persimpangan yang melalui kawasan yang mempunyai penduduk
kurang daripada 10,000 orang di mana isipadu pejalan kaki
minimum adalah 70% daripada jumlah di atas.

Lampu isyarat yang dipasang di kawasan terpencil haruslah mempunyai butang


tekan untuk kegunaan pejalan kaki. Sekiranya sistem lampu isyarat termasuk masa
untuk pejalan kaki, ia mestilah dilengkapi dengan kawalan yang memberikan koordinasi
yang sesuai.
14

Pertimbangan yang sewajarnya harus diberikan terhadap sekolah-sekolah yang


mempunyi ramai pelajar yang menyeberangi jalan utama. Penting bagi mengutamakan
keselamatan pejalan kaki terutamanya pelajar yang melintas jalan utama. Penggunaan
lampu isyarat dapat mengurangkan lengah di kawasan sekolah di samping mengelakkan
kemalangan yang melibatkan pejalan kaki.

2.5.3 Waran 3: Sejarah Kemalangan

Waran bagi pemasangan lampu isyarat memperuntukan rekod kemalangan yang


diambil dalam jangka masa dua atau tiga tahun. Keperluan kepada pemasangan lampu
isyarat atau memperbaharui sistem lampu isyarat akan diterima sekiranya:

(a) Percubaan dengan penguatkuasaan undang-undang gagal untuk


mengurangkan kemalangan.
(b) Terdapat 5 atau lebih kemalangan dalam setahun.
(c) Wujud 80% pejalan kaki daripada isi padu kenderaan
(d) Pemasangan lampu isyarat tidak mengganggu aliran prograsif
lalu lintas.

2.6 Jenis-jenis Lampu Isyarat

2.6.1 Lampu Isyarat Masa Tetap


15

Lampu isyarat masa tetap ialah salah satu jenis lampu isyarat yang digunakan di
negara ini. Lampu isyarat jenis ini telah ditetapkan tempoh nyalaan lampu hijau,
kuning, dan merah dengan tempoh tertentu. Ia diatur secara bergilir-gilir bagi setiap
lorong. Set lampu isyarat ini diatur untuk mengulangi siri nyalaan lampu isyarat yang
telah ditetapkan untuk memberi aturan yang baik. Rajah 2.2 menunjukkan satu contoh
rajah pemasaan.

saat

saat

saat

Rajah 2.2: Pemasaan Lampu Isyarat-Kawalan Dua Fasa (Hobbs, 1979)

Kelebihan lampu isyarat masa tetap (Hobbs, 1979) :

(a) Peralatan minimum yang mudah dijaga dan diservis; iaitu tiang
lampu dan lampunya sahaja.
(b) Dapat memberikan aliran lalulintas yang berterusan pada
kelajuan yang diberikan di sepanjang jalan seterusnya
memberikan kawalan yang positif terhadap kelajuan.
16

(c) Dapat mengubahsuai tempoh masa dengan mudah.


(d) Dalam keadaan tertentu, ia dapat disetkan mengikut waktu
puncak.

Walau bagaimanapun, penggunaan lampu isyarat jenis ini turut mempunyai


kelemahan, iaitu:

(a) Menyebabkan lengah kepada kenderaan ketika di luar waktu


puncak.
(b) Tidak memenuhi keperluan jangka masa panjang lalu lintas di
sesetengah kawasan.

2.6.2 Lampu Isyarat Berdasarkan Pengesan Kenderaan

Operasi lampu isyarat jenis ini bergantung kepada keperluan lalu lintas itu
sendiri. Pengesan diletakkan di lorong yang telah ditentukan. Pengesan berfungsi untuk
menentukan sama ada wujud atau tidak kenderaan untuk membolehkan lampu isyarat
itu menunjukkan hijau bagi membenarkan aliran lalu lintas bergerak lancar.

Kelebihan penggunaan lampu isyarat berdasarkan pengesan kenderaan (Davies,


1963) :

(a) Dapat mengurangkan lengah yang terjadi sekiranya direka bentuk


dengan baik.
(b) Dapat disesuaikan dengan keadaan lalu lintas jangka pendek yang
berubah-ubah.
17

(c) Meningkatkan kapasiti jalan dengan memaksimumkan


penggunaan masa hijau.
(d) Menyediakan operasi lalu lintas secara berterusan dalam keadaan
muatan rendah disamping menambah ciri-ciri keselamatan.
(e) Sangat berkesan bagi persimpangan yang mempunyai pelbagai
fasa.

Kelemahan penggunaan lampu isyarat jenis ini pula ialah:

(a) Memerlukan kos yang tinggi sehingga lima kali ganda daripada
kos penggunaan lampu isyarat masa tetap.
(b) Memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjaga dan
menyelengara kerana lampu isyarat jenis ini lebih kompleks.
(c) Alat pengesan terlalu mahal dan juga memerlukan penjagaan
yang khusus dan teliti kerana mudah rosak.

2.8 Kelakuan Pemandu Di Persimpangan Berlampu Isyarat

Kenderaan bermotor yang menggunakan jalanraya berada di bawah kawalan


manusia. Pemandu kenderaan merupakan pengguna jalanraya yang utama berbanding
pengguna jalanraya yang lain. Tindakan yang diambil oleh pemandu di atas jalan raya
adalah berdasarkan penilaian mereka ke atas dan reaksi kepada maklumat yang
diperoleh daripada sesetengah perangsang yang mereka lihat atau dengar (Garber dan
Hoel, 1999).

Proses yang dilalui oleh pemandu (atau pejalan kaki) untuk menilai dan
memberi reaksi terhadap perangsang boleh dibahagi kepada empat subproses: (Garber
dan Hoel, 1999)
18

(a) Tanggapan: pemandu melihat alat kawalan lalulintas, tanda


amaran atau
objek di sepanjang perjalanan
(b) Kenalpasti: pemandu mengenalpasti objek atau alat kawatan
lalulintas
dan kemudian memahami rangsangan
(c) Emosi: pemandu menentukan tindakan yang akan diambil
terhadap
rangsangan; seperti contoh, untuk menekan pedak brek, untuk melepasi,
untuk membelok, atau untuk berpindah. lorong.
(d) Reaksi atau kemahuan: pemandu akan melaksanakan tindakan yang
telah ditentukan semasa subproses emosi.

Proses menilai dan memberi reaksi adalah faktor yang penting dalam
menentukan jarak untuk membrek, dimana dalam menukar arahan ke minimum jarak
penglihatan di jalan raya dan tempoh fasa kuning di persimpangan berlampu isyarat.
Masa menilai dan memberikan reaksi adalah berbeza-beza di kalangan pemandu dan
mungkin, hakikatnya, berbeza untuk pemandu yang sama dalam situasi yang berlainan.
Perbezaan masa dalam menilai dan memberi reaksi bergantung kepada sejauh mana
kesukaran situasi, keadaan persekitaran yang wujud, umur, samada pemandu tersebut
penat atau dipengaruhi oleh dadah mahupun alkohol, dan samada rangsangan sudah
dapat diagak atau tidak (Garber dan Hoel, 1999).

Kelakuan pemandu di persimpangan banyak mempengaruhi tahap keberkesanan


persimpangan berlampu isyarat dalam memastikan lampu isyarat menjalankan
operasinya dengan baik. Sikap pemandu yang mematuhi peraturan lalulintas akan
membuatkan persimpangan berlampu isyarat selamat untuk digunakan dan ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan lengah.
19

Kelakuan pemandu di persimpangan. berlampu isyarat boleh dikelaskan kepada


dua iaitu (i) mematuhi peraturan lalulintas dan (ii) tidak mematuhi peraturan lalu lintas.
Sikap pemandu jenis (ii) boleh membahayakan pengguna lalulintas yang lain dan
merupakan faktor utama penyebab berlakunya kemalangan jalanraya di negara ini.

Kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat mungkin berpunca


daripada gabungan sifat dan sikap pemandu disamping faktor operasi lalu lintas. Faktor
kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat bergantung kepada umur,
pandangan dan masa perjalanan yang telah ditempuhi. Keadaan geometri simpang,
bilangan lalulintas dan kelajuan juga merupakan faktor operasi yang mempengaruhi
kelakuan pemandu di persimpangan berlampu isyarat (Gordon dan Robertson,1988).

2.9 Lengah Di Persimpangan Berlampu Isyarat

Lengah didefinasikan sebagai masa yang hilang disebabkan oleh gangguan lalu
lintas atau alat kawalan lalu lintas (Homburger dan Kell, 1977). Lengah ialah masa yang
hilang akibat daripada kenderaan berdasarkan punca disebalik kawalan pemandu
(Garber dan Hoel, 1999). Lengah juga adalah satu ukuran yang secara langsung
berkaitan dengan pengalaman memandu, malah ia juga menggambarkan jumlah masa
yang digunakan untuk melalui suatu persimpangan (Roess et.al, 1998).

Lengah di persimpangan berlampu isyarat ialah masa diambil oleh pemandu di


hadapan sekali untuk memulakan pergerakan ketika bermulanya fasa hijau dan juga
kenderaan dalam baris gilir memulakan pergerakan (Currin, 2001).

Ukuran lengah boleh dinyatakan dalam bentuk jumlah atau purata per
kenderaan. Unit bagi lengah ialah kenderaan-jam (kenderaan-saat atau kenderaan-minit)
20

iaitu jumlah lengah kenderaan-jam yang diterima oleh kesemua kenderaan yang melalui
suatu persimpangan pada masa yang sama. Lengah purata individu pula boleh
dinyatakan dalam unit saat/kenderaan (jam/kenderaan atau minit/kenderaan), dan ia
juga disukat untuk masa yang spesifik.

2.9.1 Jenis-Jenis Lengah

Lengah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan punca-punca


lengah dan situasi atau pergerakan kenderaan atau aliran lalu lintas itu sendiri.
Jenis-jenis lengah adalah seperti yang di senaraikan di bawah (Homburger dan Kell,
1977) :

(a) Lengah operasi: adalah salah satu jenis lengah yang


berpunca daripada pengaruh komponen lalu lintas yang lain atau
gangguan kenderaan lain. Lengah operasi terbahagi kepada dua jenis.
Pertama; perselisihan sisi, di mana arah aliran diganggu oleh lalu lintas
lain seperti kenderaan yang berhenti di bahu jalan, pejalan kaki atau
kenderaan penjaja. Kedua; perselisihan dalaman, iaitu gangguan yang
berpunca daripada aliran lalu lintas seperti memotong dalam muatan lalu
lintas atau kesesakan lalu lintas.

(b) Lengah Berhenti: lengah ini ialah tempoh masa kenderan tidak bergerak
atau berhenti apabila menunggu untuk melalui suatu persimpangan.
21

(c) Lengah mula: berlaku di persimpangan berlampu isyarat iaitu masa yang
diambil oleh pemandu dihadapan sekali untuk memulakan perjalanan
ketika bermulanya fasa hijau dan juga kenderaan di baris gilir
memulakan pergerakan.

(d) Lengah Tetap: ialah lengah yang banyak terjadi di kawasan


persimpangan yang berpunca daripada alat kawalan lalu lintas seperti
lampu isyarat dan lintasan keretapi. Lengah ini berlaku tanpa
menghiraukan jumlah lalulintas atau halangan yang wujud.

(e) Lengah berbaris: ialah lengah yang dialami pemandu berpunca


daripada interaksi kenderaan di persimpangan berlampu isyarat.
Lengah akan terjadi apabila berlakunya aliran lalu lintas yang melebihi
kapasiti persimpangan berlampu isyarat tersebut.

(f) Lengah geometri: berlaku disebabkan oleh keadaan geometri


persimpangan. Lengah jenis ini tetap berlaku walaupun tiada
kenderaan di persimpangan. Lengah geometri bergantung kepada
geometri simpang, kelajuan pemandu, pecutan dan nyah pecutan
di persimpangan. Lengah ini dapat diatasi dengan mereka bentuk
persimpangan yang baik.

2.9.2 Faktor Yang Mempengaruhi Tempoh Lengah

Faktor-faktor yang mempengaruhi tempoh lengah di persimpangan boleh di


kategorikan kepada 3 jenis iaitu (Homburger dan Kell, 1977) :
22

(a) Faktor fizikal: faktor yang berkaitan dengan cirri-ciri fizikal persimpangan.
Contohnya bilangan lorong, kelas, kelebaran lorong, kawalan lalu lintas dan
kemudahan membelok.
(b) Faktor lalu lintas: faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri lalu lintas
termasuklah sikap pengguna jalan raya dan aliran lalu lintas. Contohnya
isipadu, sikap pemandu, pergerakkan membelok, pejalan kaki, kelajuan dan
tempat meletak kenderaan.
(c) Kawalan lalu lintas: faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri kawalan lalu
lintas yang disediakan di suatu bahagian jalan. Contohnya jenis kawalan lalu
lintas dan kawalan tempat letak kenderaan.

Anda mungkin juga menyukai