Anda di halaman 1dari 5

5.

0 Jentera Pembinaan
Pengenalan
Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan dalam kemajuan
teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak
berjentera. Pembelian peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar disamping perancangan
penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh menyumbang
dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu
pembelian peralatan jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan
penggunaan jentera yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan
kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui syarikat
yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu jangkamasa yang
dipersetujui. Untuk merancang keberkesanan penggunaan jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti
berikut:-
Kelebihan menggunakan jentera dalam pembinaan
Jentera mempunyai kelebihan apabila digunakan dalam proses pembinaan kerana dengan penggunan jentera :-
1. Bahan binaan dapat diangkut dan disediakan dengan kuantiti yang banyak.
2. Proses mengangkut dan mengangkat dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
3. Kerja-kerja pembinaan dengan keadaan tapak bina yang kritikal seperti sempit, berair dan berlumpur
dapat dilakukan.
4. Kerja-kerja memunggah dan menempatkan bahan – bahan binaan di bangunan yang tinggi dan besar
boleh dilakukan dengan mudah dan selamat.
5. Kerja-kerja pengorekkan dapat dilakukan dengan selamat walaupun menjalankan kerja-kerja
pembinaan berisiko tinggi.

Kategori Jentera
Penggunaan jentera dalam pembinaan boleh diketegorikan kepada kaedah kerja dan penggunaan jentera
tersebut seperti penggalian, pengangkat, pengangkut dan pembancuh.
1. Jentera Penggali
Jentera yang digunakan untuk kerja – kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah (dozer) dan
penggalian tanah dengan jengkaut (excavator)

a. Jentolak (Bulldozer)
Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah
permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi, bertayar getah atau beroda. Disebelah
hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menolak dan
meratakan tanah.

Terdapat pelbagai jenis peparang seperti peparang lurus, peparang S dan peparang U. Jentolak ini
boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan
halangan, mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru

b. Jengkaut (Excavator)
Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit. Jengkaut didapati
dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang (back hoe), jengkaut seret
(dragline) dan jengkaut serbaguna.
Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu tapak ke tapak
binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut bajak belakang
dan sangat popular untuk kerja – kerja binaan yang kecil dan sederhana.

2. Jentera Pengangkat
Bahan – bahan di tapak binaan perlu diangkut mendatar atau menegak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Jentera pegangkat terdiri daripada pelbagai jenis kren dan lif pengangkat. Kren beroperasi
dengan pelbagai mekanisma serta pembimbang berat untuk menstabilkan kedudukan dan boleh
dibahagikan kepada dua ketagori iaitu kren bergerak dan kren statik.

a. Kren Bergerak
Kren jenis ini beroda tayar digunakan di tapak binaan yang sederhana, senang dipindahkan dari
satu tempat ke satu tempat yang lain melalui jalanraya biasa. Struktur kerangka tiang yang
dinamakan “jib” dipasangkan di atas sebuah mesin yang berputar. Kerangka “jib” yang tinggi
menguasai kawasan yang luas tetapi memerlukan kedudukan yang rata dan stabil. Kren berjoran
teleskopik dikendalikan secara sistem hidraulik yang boleh dipanjangkan atau dipendekkan dan
amat berkesan digunakan untuk mengangkat dan menempatkan konkrit.

Rajah 2.1 : Kren bergerak (Jenis Kerangka Jib)

Rajah 2.2 : Kren bergerak (Jenis Joran Teleskopik)


b. Kren Statik
Kren jenis ini dipasang secara tetap di tapak bina dan hanya dibuka selepas selesai kerja
pembinaan. Ianya sesuai untuk kawasan yang besar dan bertingkat terutamanya pembinaan
pasang siap dan kerangka keluli besi. Kren ini terdiri dari jenis derik, menara dan kren panjat.

Rajah 2.3 : Kren Derik Rajah 2.4: Kren Menara

c. Lif Pengangkat
Jentera ini digunakan untuk mengangkat bahan dan pekerja atas bangunan dalam pembinaan.
Pegangkat peranca (hoist) adalah jenis yang paling mudah digunakan dengan sistem kabel yang
dikendalikan oleh motor diesel. Dibina atau dipasang pada tapak yang stabil dan digerakkan oleh
sistem kabel yang dikawal. Lif pekerja hendaklah dikawal dengan penutup sangkar dan digerakkan
oleh motor elektrik dengan tiang layarnya diikat kepada bengunan. Lif untuk mengangkat bahan
binaan tidak boleh digunakan untuk mengangkat pekerja dan sebaliknya.

3. Jentera Pengangkut
Bahan – bahan seperti tanah, konkrit, simen, bata, kayu papan dan sebagainya diangkut dan
dipindahkan dari dalam dan luar tapak binaan menggunakan jentera seperti lori, trak, pembuang
(dumper tipper) dan penghantar (conveyor)

a. Lori Pengangkut
Merupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industri binaan dengan
keupayaan muatan yang berbeza kerja yang dikendalikan.

b. Dumper Tipper
Jentera pengangkut dan pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran timba (bucket), kuasa
dijana oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai keadaan tanah serta dikendalikan oleh
seorang pemandu.

c. Conveyor
Meliputi sistem pengangkutan berantai roda yang berterusan, kuasa dijana oleh motor elektrik,
berkeupayaan mengangkut bahan seperti tanah, batu dengan kuantiti yang banyak dan banyak
beroperasi secara berterusan.
Rajah 3.1 : Jentera Pembuang Jenis ‘Swivel’

Rajah 3.2 : Jentera Dumper Tipper

4. Jentera Pembancuh Konkrit


Perkembangan penggunaan konkrit siap bancuh dalam industri binaan sangat menggalakkan dan
memerlukan peralatan mesin jentera penggaul konkrit yang seragam, cepat dan berkeupayaan
pengeluaran yang banyak serta kawalan mutu pengeluaran. Pembancuhan dilakukan diloji pusat dan
dibekalkan ke tapak binaan dengan menggunakan trak penggaul konkrit.

a. Trak Pengaul Konkrit


Merupakan jentera yang direka khas dilengkapi dengan dram penggaul yang berputar satu atau
dua pusingan setiap minit untuk mengelakkan konkrit daripada mengeras dalam perjalanan ke
tapak binaan. Sebelum mengeluarkan konkrit, dram penggaul dikehendaki berpusing lebih cepat
dari 10 – 15 pusingan seminit dan konkrit dituang melalui pengelunsur yang disediakan. Dengan
muatan dram antara 4 – 6m3. Masa tuangan adalah 30 minit. Selepas konkrit dituang sepenuhnya,
dram akan dibersihkan dengan air
b. Pam Konkrit Bergerak
Terdiri daripada pam yang terletak di atas trak beroda tayar. Hos digunakan dan boleh meluntur dengan
diameter 100mm dipasangkan pada joran teleskopik, dikendalikan secara hidraulik dan boleh bergerak
dalam pelbagai kedudukan.
Pengendalian jentera ini memerlukan pekerja yang mahir, berkeupayaan menuangkan sehinggan
100m3 konkrit dalam masa satu jam. Disamping itu, ia boleh mengawal berlakunya pemisahan konkrit
(segregation) serta memerlukan pekerja yang minima.

Rajah 4.2 : Trak Penggaul Konkrit Pam Konkrit Bergerak

Anda mungkin juga menyukai