Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
BC - 030 - 3 : 2013 –C01 LAND / SITE PREPARATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. PERFORM SITE CLEARING WORK


AKTIVITI KERJA / 2. COORDINATE LAND / SITE PREPARATION INSPECTION
WORK ACTIVITIES NO. 3. PERFORM FOUNDATION ACTIVITIES
AND STATEMENT

NO. KOD KSKV / KSKV


CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 9
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C01/P(5/7)

TAJUK: MEMBERSIH KAWASAN TAPAK


TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan PEMBERSIHAN


TAPAK BINAAN menepati spesifikasi yang ditetapkan.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 2 Drp:10

1.0 PENGENALAN
Pembersihan tapak merupakan salah satu aktiviti dalam penyediaan tapak binaan. Keseluruhan
tapak bina hendaklah dibersihkan sehingga ke had sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan-
pelan yang berkenaan. Kerja pembersihan ini hendaklah termasuk Kesemua tanah buang dan
sampah sarap hendaklah dialih dan dibuang mengikut prosedur standard. .

2.0 .DEFINASI
Proses menimbus lubang-lubang ,merata,menambak, , meragut, meroboh, memecah dan
membuang semua pokok-pokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul,akar-akar,
segala struktur seperti tembok-tembok, pagar-pagar dan lain-lain penghalang dalam lingkungan
tapak bina yang telah ditentukan

3.0 PERINCIAN UMUM PEMBERSIHAN DAN PENGEMASAN TAPAK 


a) Pembersihan tapak dilakukan sebaik saja kerja ukur lokasi selesai dijalankan.
b) Peringkat permulaan pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja membuang tumbuh-tumbuhan 
dari bumi asal dan bahan tambahan.
c) Tujuan menyingkir atau membuang tumbuh-tumbuhan ini adalah:
 untuk mengelakkan tumbuhan yang reput meninggalkan rongga-rongga yang boleh
mengakibatkan mendapan.
 dapat mengelakkan gangguan ke atas proses pemadatan subgred

d) Kerja-kerja pembersihan tapak biasanya akan  melibatkan  aktiviti membuang


rumput rampai, belukar kecil dan pokok tanaman yang terdapat pada tapak projek,
menebang pokok dan menugal tunggul kayu. Dan akhir  sekali membuang akar
kayu sehingga 1m di bawah subgred.
e) Di kawasan bandar, pembersihan tapak lebih rumit kerana melibatkan pemindahan
dan penempatan sementara orang ramai, tempat perniagaan, kemudahan awam dan
kemudahan infrastuktur dalam tanah.
f) Semasa Pembersihan tapak,kontraktor bertanggungjawab memastikan hartabenda awam dan
persendirian terjaga dan tidak musnah serta trafik tidak terganggu.
g) Selepas semua pokok/tanaman/akar/tunggul dan struktur yang tidak diperlukan disingkir,
kawasan tapak dirata keseluruhannya
h) Jalan dan laluan di bina, sistem saliran diwujudkan dan struktur sementara dibina.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 3 Drp:10

4.0 Jenis-jenis operasi dalam Pembersihan dan Pengemasan tapak


i. Menyingkir pokok dan Tanah Atas
Menebang pokok dan membuang tanah atas pada kedalaman 150mm .
ii. Kerja-kerja Meroboh
Iaitu proses menyingkirkan struktur,pagar dan sebarang halangan. Kerja-kerja melibatkan
perobohan sepenuh atau sebahagian, menyingkir,melupus bangunan, paip dan sebarang
struktur yang tidak diperlukan.
iii. Melindungi pagar sedia ada , pokok dan tanaman berpagar
Perlindungan diberikan kepada sebarang laluan berpagar,tembok,tanaman berpagar,pokok-
pokok kecil,rumput dan sebarang subjek yang diarah untuk tidak diganggu.
iv. Meratakan permukaan Tapak
Menimbus lubang ,menambak lereng dan memadatkannya 90% bagi memastikan tapak
rata.

5.0 Kepentingan Operasi Pembersihan Tapak


Pembersihan kawasan merupakan prosedur standard dalam kerja –kerja pembinaan. Ia perlu
dilakukan sebelum proses pembinaan seterusnya dijalankan atas beberapa kepentingan
antaranya adalah:

i) Memudahkan kerja-kerja pembinaan dijalankan.


tapak pembinaan yang tidak melalui proses pembersihan tapak akan memberi
kesukaran apabila kerja –kerja pembinaan dijalankan disebabkan
struktur pokok dan bangunan sedia ada menganggu projek pembinaan. Keselamatan juga
kurang terjamin kerana kebarangkalian pokok akan tumbang adalah tinggi yang
membawa risiko kepada para pekerja.

ii) Mengguna semula bahan terbuang


pemaju dapat menggunakan semula bahan yang sedia ada pada tapak   projek
contohnya kayu dari pokok yang ditebang.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 4 Drp:10

iii) Menjamin keselamatan orang ramai dan persekitaran.
dikhuatiri terdapat tumbuhan yang berbahaya kepada orang awam terutama pekerja. Oleh itu
pembersihan tapak amat perlu bagi menjaga keselamatan orang ramai, pekerja dan
persekitaran

6.0 KAEDAH PEMBERSIHAN DAN PENGEMASAN TAPAK


Kaedah standard yang digunakan bagi kerja –kerja pembersihan tapak adalah dengan
melalui 3 kaedah iaitu Menumbang/Pushover, Menebang dan Membakar.
a) Menumbang/ Pushover
Adalah kaedah membersih tapak menggunakan jentera besar. Pokok-pokok
ditumbangkan dengan akarnya sekali.

b) Menebang
Adalah kaedah memotong pokok ,menarik keluar tetapi meninggalkan tunggul.
Tunggul dikeluarkan kemudiannya dengan bantuan kelengkapan

Tunggul pendek menyukarkan kerja


Tunggul yang tinggi memudahkan menarik keluar tetapi menghasilkan
kerja menarik keluar tetapi
lebih kayu yang boleh digunakan
mengurangkan kayu yang boleh
digunakan

c) Membakar
Adalah kaedah pelupusan secara pembakaran terkawal, menjaga api sehingga semua
pokok-pokok hangus . Kaedah ini agak berisiko dan perlu berhati-hati

6.1 Peralatan Membersih Tapak Binaan


Dengan bergantung kepada saiz,lokasi dan tujuan , pembersihan tanah memerlukan peralatan
membersih professional, menggunakan mesin dan jentera bagi menjimatkan masa dengan
hasil kerja yang efisien. Bagi kawasan hutan , jentera diperlukan untuk menumbangkan
pokok pokok besar.  Bagi kawasan  berbukit pula  beberapa langkah 
pemotongan, penambakan perlu dilakukan dan ini memerlukan peralatan memotong, Peralatan
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 5 Drp:10
menggali , peralatan mengangkut mesin-mesin pemotong , jentera penggali dan jentera-jentera
penganggkut
Kumpulan dan Jenis-jenis mesin dan jentera ;

i) Peralatan Memotong –Kapak, gergaji (steel frame Bow Saw)


ii) Peralatan menggali – Cangkul dan skop
iii) Peralatan mengangkut – kereta sorong,stretcher, bakul
iv) Mesin Pemotong - mesin gergaji berantai (chain saw)
v) Jentera Penggali- jengkaut dan jentolak.
vi) Jentera penganggkut – Lori

i) Peralatan Memotong

gergaji (steel frame Bow Saw)

Kapak

ii) Peralatan Menggali

Cangkul Skop

iii) Peralatan mengangkut


No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 6 Drp:10

Kereta sorong stretcher Bakul

iv) Mesin Pemotong

Mesin gergaji Berantai

v) Jentera Penggali

Jentolak (Bulldozer) Jengkaut ( excavator)

iv) Jentera Pengangkut

Lori/ truk Pembuang /Dumper tipper


No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 7 Drp:10

7.0 OPERASI MEMBERSIH DAN MENGEMAS TAPAK

i) MENEBANG POKOK
Menebang pokok adalah salah satu aktiviti dan kaedah bagi proses mengosongkan kawasan
tapak. Apabila menebang, akar dan tunggul akan tertinggal. Adalah lebih baik pokok
dikeluarkan bersama-sama dengan akarnya. Jika tidak, akar yang tertinggal akan merepuk di
dalam tanah dan akan membentuk lubang dan menjejaskan kekuatan tanah. Cara terbaik
adalah menyingkirkan pokok dan akar dengan menumbangkan keseluruhan pokok dimana
akarnya akan terkeluar.
 Bagi pokok kecil ia boleh dilakukan dengan menggunakan tali panjang yang diikat
dibahagian atas pokok. Tanah disekeliling akar di gali dan jalaran akar dipotong.Tali ditarik
sehingga pokok tumbang.

 Menggunakan Kaedah Pushover. Kaedah ini lebih cepat dan melibatkan jentera besar
sesuai untuk kawasan hutan yang luas .

 Bagi pokok besar penyingkiran pokok dilaku dengan cara menebang dan membakar.
Dengan kaedah ini, pokok ditebang terlebih dahulu menggunakan kapak atau mesin gergaji
berantai. Akar dan tunggul yang tertinggal ditarik keluar dan dibakar.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 8 Drp:10

Menggunakan baji bagi mengelakkan mata gergaji mengergaji sehingga


terlekat. Bahagian bertentang dibuat sink arah pokok tumbang
dimana pokok akan tumbang.
 Pembakaran dilakukan selepas proses Grubbing iaitu proses mengeluarkan semua pokok-
pokok, semak-semak, tumbuhan-tumbuhan, tunggul-tunggul,akar-akar dan menyingkirkan
tanah atas. Rujuk gambarajah.

ii) Meroboh
i. Kerja Meroboh meliputi menyingkirkan tembok, kawasan berpelapik pavemen, pondok,
pagar, tiang-tiang dan sebarang struktur yang tidak diperlukan dan berada didalam tapak
pembinaan.
ii. Perobohan dilakukan dengan cara terkawal menggunakan peralatan yang sesuai .
diantaranya
 Kren
 Jentolak
 jack hammer
 pahat-penukul
 mesin pemecah
iii. Semua peralatan yang digunakan adalah mengikut keperluan dan pengesahan dari
jurutera tanpa memusnahkan struktur berdekatan
iv Semua aktiviti perobohan perlu dipantau bagi memasti pelaksanaannya mengikut
spesifikasi dan kelulusan jurutera
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 9 Drp:10
v. Bahan-bahan yang diroboh diasing dan diangkut keluar dari tapak

Rujukan

1) Clearing the Site


enginemechanics.tpub.com/

2) SECTION 200 - SITE CLEARANCE


www.mca.mn/document/tender/2011_085/SEC200.pd

3) Site Clearance and Demolition - Scribd


https://www.scribd.com/doc/215177495/Site-Clearance-and-Demolition

4) What Are the Different Methods of Land Clearing? - wiseGEEK


www.wisegeek.com/what-are-the-different-methods-of-land-clearing.htm

5) Setting out - Branz


www.branz.co.nz/cms_show_download.php?id.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(5/7) Muka: 10 Drp:10

Anda mungkin juga menyukai