Anda di halaman 1dari 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL TAHAP 3

NO DAN TAJUK
KURSUS/ COURSE NO C01 PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. BERSIHKAN KAWASAN TANAMAN


AKTIVITI KERJA 2. BAJAK TAPAK TANAMAN
3. BUAT BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN
WORK ACTIVITIES NO. 4. SEDIA LUBANG TANAMAN
AND STATEMENT 5. BUAT PARIT SALIRAN

NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 1 Drp : 15

TAJUK/TITLE: PENYEDIAAN BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai kaedah
membuat batas dan membuat sungkupan tanaman dengan selamat tanpa membahayakan
keselamatan diri dan tidak merosakkan peralatan yang digunakan.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 2 Dpd : 15

1. PENGENALAN KEPADA KERJA MENYEDIA DAN MENANDA KAWASAN BATAS


TANAMAN
Definisi Batas
i. Batas ialah tambunan tanah yang dibentuk khusus untuk aktiviti penanaman dan
penyemaian.

Ciri-ciri batas yang baik ialah:


i. Paras tanah yang dibentuk adalah lebih tinggi dari aras tanah sebenar
ii. Mempunyai alur/saliran air yang baik
iii. Keluasan dan saiz batas adalah menepati ukuran yang ditetapkan bagi jenis
tanaman yang dicadangkan.

Rajah 1: Batas yang dibentuk menggunakan traktor 4 roda

1.3 Tujuan penyediaan batas ialah untuk memastikan:


i. Baja organan, tanah campuran dapat disediakan secara lebih efisien di atas
batas
ii. Memudahkan aktiviti pembajaan, penyiraman, merumpai dan lain-lain aktiviti
penyelenggaraan
iii. Mudah dikawal dan dapat meningkatkan aktiviti pemantauan dari jarak dekat dan
jauh
iv. Mengelakkan dari tanaman ditenggelami air

1.4 Tujuan mengukur dan menanda batas ialah untuk:


i. Mengenalpasti keluasan kawasan yang ingin dibina batas
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 3 Dpd : 15

ii. Mengenalpasti keadaan muka bumi samaada beralun, berbukit dan rata
iii. Memudahkan pekerja mengenali kawasan yang ditanda sebelum kerja-kerja
menyediakan batas dilaksanakan

1.5 Jenis dan ukuran batas


i) Jenis dan ukuran batas dibina berpandukan kepada jenis tanaman yang akan
ditanam serta keadaan permukaan tanah.

Rajah 2: Contoh saiz dan ukuran batas untuk tanaman keledek

Rajah 3: Contoh saiz dan ukuran batas untuk tanaman jagung


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 4 Dpd : 15

Rajah 4: Contoh saiz dan ukuran batas untuk pemyemaian tanaman cili

Rajah 5: Contoh saiz dan ukuran batas untuk tanaman orkid

2. KAEDAH MEMBUAT BATAS


Mengukur dan menanda batas
i. Gunakan kayu pancang untuk memacak kepada satu sudut di kawasan tanah
yang telah di bajak dan digemburkan.
ii. Dengan menggunakan pita ukur tarik memanjang batas mengikut panjang batas
yang hendak dibina, contoh 9m dan mengikut keluasan kawasan dan dicucuk
dengan kayu pancang .
iii. Dengan menggunakan pita ukur tarik melebar mengikut lebar batas yang hendak
dibina contoh 90cm – 120cm dan seterusnya ditanda dengan menyucuk satu lagi
kayu pancang.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 5 Dpd : 15

iv. Dari pancang tersebut tarik pita ukur memanjang batas dan ditanda dengan kayu
pancang yang ke-empat.
v. Dengan menggunakan tali, ikat tali mengikut ketinggian batas yang hendak
dibina contoh 30-40cm maka terbentuklah empat segi batas yang akan dibina
seperti contoh dengan ukuran kira-kira 15cm tinggi, 90-120cm lebar dan panjang
mengikut kesesuaian contoh 9m.
vi. Dengan kaedah yang sama buatkan tanda dengan kayu pancang empat persegi
dengan jarak adalah 45cm – 60cm yang merupakan jarak antara batas dan juga
sebagai alur batas.

Rajah 6: Contoh saiz dan ukuran batas yang akan dibina

Rajah 7: Aktiviti mengukur dan membina batas


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 6 Dpd : 15

3. JENIS PERALATAN UNTUK MEMBUAT BATAS


Kayu pancang
i. Digunakan untuk menanda batas yang telah diukur panjang

Pita pengukur
i. Digunakan untuk mengukur batas dari segi tinggi, lebar dan panjang

Tali
i. Digunakan untuk mengikat di kayu pancang yang telah ditandakan batas

4. MEMBINA BATAS DENGAN MENGGUNAKAN TRAKTOR 2 RODA DAN IMPLEMEN


PEMBATAS (RIDGER)
Traktor dua roda atau lebih dikenali sebagai ‘power tiller’ boleh digunakan untuk pelbagai
aktiviti pertanian seperti membajak, menggembur tanah, mengepam air, menarik
treler dan lain-lain aktiviti pertanian. Dalam aktiviti membuat batas, sejenis implemen
pasang iaitu ‘ridger’.

Rajah 8: Penggunaan traktor 2 roda untuk menggembur dan membentuk batas


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 7 Dpd : 15

Rajah 9: Penggunaan garden tiller untuk menggembur dan membentuk batas

Langkah-langkah penggunaan traktor 2 roda adalah:


i. Laras dan pasangkan ridger atau pembatas kepada traktor 2-roda.

Rajah 10: Traktor dan ridger

ii. Hidupkan enjin traktor 2 roda dan mula memandu traktor dengan perlahan dan
laraskan kedudukan ridger bagi menentukan kedalaman alur serta ketinggian
batas. Mulakan membina batas dari bidang tepi ladang dan mamandu traktor
sepanjang batas. Batas yang tinggi hendaklah dicangkul terlebih dahulu sebelum
melangkah kepada batas yang lain. Kurangkan kelajuan mengikut keadaan
seperti semasa membelok, pada tanah yang tidak rata dan pada masa
memandu ke belakang.
iii. Batas boleh dibuat dengan traktor 2-roda dengan ukuran lebarnya 90cm, tinggi
15cm dan panjang yang sesuai dengan kehendak masing-masing, contoh 9m.
iv. Buat batas mengikut arah dari utara ke selatan untuk menjamin supaya tanaman
memperolehi sinaran cahaya matahari yang mencukupi.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 8 Dpd : 15

v. Di antara setiap batas hendaklah dibuat ruang dalam linkungan 45cm – 60cm
dengan kedalaman 30cm. Ruang ini bertindak sebagai alur tempat saliran dan
tempat laluan pada waktu perawatan dan pemeliharaan tanaman dilakukan.
vi. Batas yang dibina haruslah lurus serta mempunyai alur yang dalam lurus.

Rajah 11: Batas tanaman yang dibentuk dengan menggunakan traktor 2 roda

Keselamatan penggunaan alatan dan jentera


i. Operator ladang yang mengendalikan alatan dan jentera perlu mematuhi arahan
keselamatan dan panduan penggunaan jentera berpandukan buku panduan
penggunaan jentera yang disediakan oleh pengilang/pembekal jentera tersebut.
ii. Kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian / kelalaian serta
kurangnya pengetahuan kemahiran dalam pengendalian alat dan jentera ladang.
iii. Terdapat banyak kes kemalangan yang melibatkan pengendali alatan dan
jentera ladang. Berikut ialah contoh kes yag biasa berlaku iaitu ;
a) Pemandu traktor dihempap oleh traktor yang terbalik
b) Gagal mengendalikan engkol hingga menyebabkan kecederaan pada muka
dan kepala akibat engkol tersebut melantun setelah enjin dihidupkan
c) Tangan terkena tali sawat yang tidak mempunyai penutup
d) Kaki terkena bilah rotor semasa rotor sedang berpusing

iv. Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh pengendali jentera :


a) Patuhi langkah keselamatan dalam pengendalian traktor dua roda
b) Dapatkan bimbingan tenaga pengajar sebelum mengedalikan jentera
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 9 Dpd : 15

c) Memahami dengan teliti tentang prosedur untuk memasang implemen pada


jentera
d) Berhati-hati dan beri sepenuh tumpuan semasa mengendalikan jentera

Rajah 12: Gunakan engkol dengan cermat dan berhati-hati

Rajah 13: Beri sepenuh tumpuan semasa mengendalikan jentera

5. MEMBUAT SUNGKUPAN
Definisi sungkupan dan penyungkupan
i. Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah
berhampiran dengan pangkal tanaman
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 10 Dpd : 15

ii. Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahan-
bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.

Tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman adalah untuk :


i. Mengawal pertumbuhan rumpai.
ii. Mengurangkan hakisan tanah, terutamanya di lereng bukit.
iii. Mengelakkan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada dihanyutkan
air.
iv. Memelihara kelembapan tanah.
v. Merendahkan suhu tanah.
vi. Mengelakkan berlakunya kepadatan tanah.
vii. Menjadi baja bila reput bagi sungkupan daripada bahan tanaman.
viii. Plastik silvershine menghindari dari serangga perosak seperti kutu dan trips.

Jenis-Jenis Sungkupan
i. Terdapat berbagai jenis sungkupan yang biasa diamalkan dalam pertanian
termasuk kaedah yang dipraktikkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenis-
jenis sungkupan ialah:
a) Sungkupan batas – menutup keseluruhan batas tanaman dengan
menggunakan medium seperti plastik silvershine, sisa tumbuhan dan lain-lain

Rajah 14: Batas tanaman yang ditutup dengan plastik silvershine


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 11 Dpd : 15

b) Sungkupan pangkal pokok – sungkupan yang digunakan untuk menutup


seluruh permukaan tanah hingga ke pangkal pokok

Rajah 15: Sungkupan dengan menggunakan sisa tanaman pada pangkal pokok

c) Sungkupan tebing – sungkupan yang digunakan untuk menutup seluruh


permukaan tanah yang berada di lereng bukit mengikut kontur tanaman

Rajah 16: Sungkupan dengan menggunakan sisa organik pada lereng bukit untuk
tanaman kekacang

d) Sungkupan alas polibeg – sungkupan yang digunakan untuk menutup


seluruh permukaan tanah di mana diletakkan polibeg-polibeg anak semaian
di atasnya.
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 12 Dpd : 15

Rajah 17: Polibeg diletak di atas plastik silvershine

6. BAHAN-BAHAN SUNGKUPAN
Terdapat berbagai-bagai jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan termasuklah:-
i. Tumbuhan seperti rumput-rumput kering, daun-daun lalang kering, jerami padi,
daun-daun kayu dan pelepah daun pokok kelapa, pokok kelapa sawit dan pokok
palma.
ii. Bahan pembalut terpakai seperti guni, kertas, plastik dan kain.
iii. Bahan kompos spara reput.
iv. Bahan jejaring semaian.
v. Bahan plastik silvershine.

7. ALAT KERJA MEMBUAT SUNGKUPAN


Bagi sungkupan plastik 'silvershine', peralatan yang perlu disediakan ialah :
i. Kayu bulat garispusat 3 – 5 cm, panjang 2.0 meter
a) Untuk dimasukkan ke dalam lubang plastik silvershine

ii. Kayu hujung bercabang pangkal tajam garispusat 3 – 5 cm, panjang 30 – 50 cm


a) Untuk disangkutkan kayu yang dimasukkan ke dalam lubang plastik
sungkupan
b) Sediakan 2 batang kayu

iii. Cangkul
a) Untuk membelah tepi batas dan menarik tanah ke tepi plastik silvershine
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 13 Dpd : 15

8. KAEDAH MENYUNGKUP BATAS


Kaedah menyungkup menggunakan plastik silvershine ada dua cara yang biasa digunakan
bergantung kepada kemudahan yang ada di pusat latihan.
i. Menggunakan tenaga 1 orang untuk menarik plastik silvershine yang
disangkutkan pada kayu cabang Y.
ii. Menggunakan tenaga 3 orang atau lebih di mana seorang atau 2 orang menarik
plastik silvershine yang dipegang oleh 2 orang yang lain.

Rajah 18: Contoh kaedah memasang plastik silvershine secara manual pada batas tanaman

Rajah 19: Batas yang telah siap disungkup


NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 14 Dpd : 15

Jawab semua soalan dibawah:-


1. Nyatakan ukuran bagi setiap batas untuk sayur-sayuran daun, buah tembikai dan
tanaman orkid monopodium.
i. ________________________________________________________
ii. ________________________________________________________
iii. ________________________________________________________

2. Terangkan dengan ringkas cara membuat batas dengan traktor 2-roda.


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

3. Nyatakan dua jenis implemen pembatas ?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

4. Nyatakan dua (2) peralatan yang digunakan untuk membuat batas..


i. _______________________________________________________
ii. _______________________________________________________

5. Terangkan dengan ringkas cara mengukur dan menanda batas.


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

6. Nyatakan dua jenis peralatan menanda batas ?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
NO KOD / CODE NO A016-001-3:2016/C01/P(3/5) Muka : 15 Dpd : 15

RUJUKAN:

1. Bahagian Buah-buahan (1997), Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan ( Nenas,


Tembikai, Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku, Jambu, Jambu Batu,
Manggis ) Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-080-6

2. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman Hiasan
( Orkid, Bunga Keratan) , Terbitan Jabatan Pertanian Redaksi Agromedia Pustaka,
(2005), Menanam Sayuran Di Halaman Rumah, Terbitan Synergy Media Books. ISBN
983-197-413-1

3. J.M. Shippen, C.R. Ellin, C.H. Clover, Diterjemahkan Oleh Abdul Gafar Abdul Rahman,
(1993), Asas Jentera Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 983-62-3299-0

Anda mungkin juga menyukai