Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II

PETI SURAT 505, 89058 KUDAT, SABAH


TEL : 088-621381 FAKS : 088622382

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM

TAHAP 3

KOD DAN TAJUK UNIT A016-001-3:2016-C01 PENYEDIAAN KAWASAN


KOMPETENSI TANAMAN

1. BERSIHKAN KAWASAN TANAMAN


2. BAJAK TAPAK TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 3. BUAT BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN
4. SEDIA LUBANG TANAMAN
5. BUAT PARIT SALIRAN
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:1/16

TAJUK: PENYEDIAAN BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN

TUJUAN

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang pengenalan kepada jenis batas dan sungkupan tanaman, kaedah
mengukur dan menanda batas, jenis peralatan dan kaedah membuat batas, jenis dan
bahan sungkupan dan alat kerja membuat sungkupan dan kaedah menyungkup batas.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:2/16

PENERANGAN

1. PENGENALAN KEPADA JENIS BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN \

1.1 Definisi Batas

i. Batas ialah tambunan tanah yang dibentuk khusus untuk aktiviti


penanaman dan penyemaian.

1.2 Ciri-ciri batas yang baik ialah:

i. Paras tanah yang dibentuk adalah lebih tinggi dari aras tanah sebenar.

ii. Mempunyai alur/ saliran air yang baik.

iii. Keluasan dan saiz batas adalah menepati ukuran yang ditetapkan bagi
jenis tanaman yang dicadangkan. Rujuk rajah 1.

Rajah 1: Batas Yang Dibentuk Menggunakan Traktor 4 Roda

1.3 Tujuan penyediaan batas ialah untuk memastikan:

i. Baja organik dan tanah campuran dapat disediakan secara lebih efisien
di atas batas
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:3/16

ii. Memudahkan aktiviti pembajaan, penyiraman, merumpai dan lain-lain


aktiviti penyelenggaraan tanaman.

iii. Mudah dikawal dan dapat meningkatkan aktiviti pemantauan dari jarak
dekat dan jauh

iv. Mengelakkan air bertakung atau tanaman ditenggelami air.

1.4 Tujuan mengukur dan menanda batas ialah untuk:

i. Mengenalpasti keluasan kawasan yang ingin dibina batas.

ii. Mengenalpasti keadaan muka bumi sama ada beralun, berbukit atau
rata.

iii. Memudahkan pekerja mengenali kawasan yang ditanda sebelum kerja-


kerja menyediakan batas dilaksanakan.

1.5 Jenis dan ukuran batas

i. Jenis dan ukuran batas dibina berpandukan kepada jenis tanaman yang
akan ditanam serta keadaan permukaan tanah. Rujuk rajah 2 hingga 5.

Rajah 2: Contoh Saiz Dan Ukuran Batas Untuk Tanaman Keledek


NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:4/16

Rajah 3: Contoh Saiz Dan Ukuran Batas Untuk Tanaman Jagung

Rajah 4: Contoh Saiz Dan Ukuran Batas Untuk Pemyemaian Tanaman Cili

Rajah 5: Contoh Saiz Dan Ukuran Batas Untuk Tanaman Orkid


NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:5/16

2. KAEDAHMENGUKUR DAN MENANDA BATAS

2.1 Mengukur dan menanda batas

i. Gunakan kayu pancang untuk memacak pada satu sudut di kawasan


tanah yang telah di bajak dan digemburkan.

ii. Dengan menggunakan pita ukur, tarik memanjang mengikut panjang


batas yang hendak dibina, (contoh 9m) dan pasangkan kayu pancang.

iii. Dengan menggunakan pita ukur, tarik melebar mengikut lebar batas
yang hendak dibina (contoh 90cm – 120cm) dan seterusnya ditanda
dengan memasang satu lagi kayu pancang.

iv. Dari pancang tersebut tarik pita ukur memanjang batas dan ditanda
dengan kayu pancang yang ke-empat.

v. Ikat tali mengikut ketinggian batas yang hendak dibina (contoh 30-
40cm). Maka terbentuklah ruangan empat persegi yang akan dibina
batas yang bersaiz contohnya 15cm tinggi, 90-120cm lebar dan 9m
panjang.

vi. Dengan kaedah yang sama buatkan tanda dengan kayu pancang pada
jarak adalah 45cm – 60cm yang merupakan jarak antara batas dan juga
sebagai alur batas.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:6/16

Rajah 6: Contoh Saiz Dan Ukuran Batas Yang Akan Dibina

Rajah 7: Aktiviti Membina Batas Secara Manual

3. JENIS PERALATAN DAN KAEDAH MEMBUAT BATAS

3.1 Jenis peralatan membuat batas

i. Kayu pancang – digunakan untuk menanda batas yang telah diukur


mengikut saiz yang dikehenaki.

ii. Pita pengukur – digunakan untuk mengukur batas dari segi tinggi, lebar
dan panjang.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:7/16

iii. Tali – digunakan untuk mengikat di kayu pancang yang telah ditandakan
batas

3.2 Kaedah membina batas dengan menggunakan traktor 2 roda dan implemen
pembatas (ridger)

i. Traktor dua roda atau lebih dikenali sebagai ‘power tiller’ boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak,
menggembur tanah, mengepam air, menarik treler dan lain-lain aktiviti
pertanian. Untuk membuat batas, sejenis implemen perlu dipasang pada
traktor 2 roda iaitu ridger. Rujuk rajah 8 dan 9.

Rajah 8: Penggunaan Traktor 2 Roda Untuk Menggembur Dan Membentuk Batas

Rajah 9: Penggunaan Garden Tiller Untuk Pembentukan Batas


NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:8/16

ii. Langkah-langkah penggunaan traktor 2 roda adalah:

a. Laras dan pasangkan ridger atau pembatas kepada traktor 2 roda.


b. Hidupkan enjin traktor 2 roda dan mula memandu traktor dengan
perlahan dan laraskan kedudukan ridger bagi menentukan
kedalaman alur serta ketinggian batas. Mulakan membina batas dari
kawasan tepi ladang dan memandu traktor sepanjang batas. Batas
yang tinggi hendaklah dicangkul terlebih dahulu sebelum melangkah
kepada batas yang lain. Kurangkan kelajuan mengikut keadaan
seperti semasa membelok, pada tanah yang tidak rata dan semasa
memandu ke belakang. Rujuk rajah 10.

Rajah 10: Aktiviti Membuat Batas

c. Batas dibuat menggunakan traktor 2-roda dengan ukuran lebar 90cm,


tinggi 15cm dan panjang yang sesuai dengan kehendak masing-
masing, contohnya 9m.
d. Buat batas mengikut arah dari utara ke selatan untuk menjamin
supaya tanaman memperolehi sinaran cahaya matahari yang
mencukupi dan seragam.
e. Antara setiap batas jarakkan anggaran 45cm-60cm dengan
kedalaman 30cm. Ruangan ini bertindak sebagai alur tempat saliran
air dan laluan pekerja untuk menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan tanaman.
f. Batas yang dibina haruslah lurus dan mengikut saiz yang disyorkan.
Rujuk rajah 11.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:9/16

Rajah 11: Batas Tanaman Yang Dibentuk Dengan Menggunakan Traktor 2 Roda

iii. Keselamatan penggunaan alatan dan jentera

a. Operator ladang yang mengendalikan alatan dan jentera perlu


mematuhi arahan keselamatan dan panduan penggunaan jentera
berpandukan Buku Panduan Penggunaan Jentera (manual) yang
disediakan oleh pengilang/ pembekal jentera tersebut.

b. Kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian/


kelalaian serta kurangnya pengetahuan kemahiran dalam
pengendalian alat dan jentera ladang.

c. Terdapat banyak kes kemalangan yang melibatkan pengendali alatan


dan jentera ladang. Berikut ialah contoh kes yag biasa berlaku iaitu:
• Pemandu traktor dihempap oleh traktor yang terbalik.
• Gagal mengendalikan engkol hingga menyebabkan kecederaan
pada muka dan kepala akibat engkol tersebut melantun semasa
menghidupkan enjin.
• Tangan terkena tali sawat yang tidak mempunyai penutup.
• Kaki terkena bilah rotor semasa rotor sedang berpusing.

d. Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh pengendali
jentera:
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:10/16

e. Utamakan keselamatan - patuhi langkah keselamatan dalam


pengendalian traktor dua roda.
f. Dapatkan bimbingan tenaga pengajar sebelum mengendalikan
jentera.
g. Memahami dengan teliti tentang prosedur untuk memasang
implemen pada jentera.
h. Berhati-hati dan beri sepenuh tumpuan semasa mengendalikan
jentera.

4. JENIS DAN BAHAN SUNGKUPAN

4.1 Definisi sungkupan dan penyungkupan:

i. Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan


tanah berhampiran dengan pangkal tanaman.

ii. Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan


bahan-bahan tertentu dengan cara yang disyorkan.

4.2 Tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman adalah


untuk:

i. Mengawal pertumbuhan rumpai.

ii. Mengurangkan hakisan tanah, terutamanya di lereng bukit.

iii. Mengelakkan biji benih atau anak benih tanaman dan baja dihanyutkan
air.

iv. Memelihara kelembapan tanah.

v. Merendahkan suhu tanah.


NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:11/16

vi. Mengelakkan berlakunya kepadatan tanah.

vii. Sungkupan daripada sisa tumbuhan akan menjadi baja organik kepada
tanaman apabila ianya mereput.

viii. Sungkupan jenis plastik silvershine dapat menghindari dari serangga


perosak seperti kutu dan trips.

4.3 Jenis-jenis sungkupan

i. Terdapat berbagai jenis sungkupan yang biasa diamalkan dalam


pertanian termasuk kaedah yang dipraktikkan secara tradisi ataupun
moden. Antara jenis-jenis sungkupan ialah:

a. Sungkupan batas – menutup keseluruhan batas tanaman dengan


menggunakan medium seperti plastik silvershine, sisa tumbuhan
dan lain-lain. Rujuk rajah 12.

Rajah 12: Sungkupan Batas

b. Sungkupan pangkal pokok – sungkupan yang digunakan untuk


menutup seluruh permukaan tanah hingga ke pangkal pokok.
Rujuk rajah 13.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:12/16

Rajah 13: Sungkupan Pangkal Pokok

c. Sungkupan tebing – sungkupan yang digunakan untuk menutup


seluruh permukaan tanah yang berada di lereng bukit mengikut
kontur tanaman.

d. Sungkupan alas polibeg – sungkupan yang digunakan untuk


menutup seluruh permukaan tanah di mana diletakkan polibeg-
polibeg anak semaian di atasnya. Rujuk rajah 14.

Rajah 14: Sungkupan Alas Polibeg


NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:13/16

5. ALAT KERJA MEMBUAT SUNGKUPAN DAN KAEDAH MENYUNGKUP


BATAS

5.1 Terdapat berbagai-bagai jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan


termasuklah:

i. Tumbuhan seperti rumput-rumput kering, daun-daun lalang kering,


jerami padi, daun-daun kayu dan pelepah daun pokok kelapa, pokok
kelapa sawit dan pokok palma.

ii. Bahan pembalut terpakai seperti guni, kertas, plastik dan kain.

iii. Bahan kompos separa reput.

iv. Bahan jejaring semaian.

v. Bahan plastik silvershine.

5.2 Bagi sungkupan plastik silvershine, peralatan yang perlu disediakan ialah :

i. Kayu bulat garispusat 3 – 5 cm, panjang 2.0 meter untuk dimasukkan ke


dalam lubang plastik silvershine.

ii. 2 batang kayu hujung bercabang pangkal tajam garispusat 3 – 5 cm,


panjang 30 – 50 cm untuk disangkutkan kayu yang dimasukkan ke
dalam lubang plastik sungkupan.

iii. Cangkul untuk membelah tepi batas dan menarik tanah ke tepi plastik
silvershine
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:14/16

5.3 Kaedah menyungkup menggunakan plastik silvershine ada dua cara yang
biasa digunakan bergantung kepada kemudahan yang ada di pusat latihan:

i. Menggunakan tenaga 1 orang untuk menarik plastik silvershine yang


disangkutkan pada kayu cabang Y. Rujuk rajah 15.

ii. Menggunakan tenaga 3 orang atau lebih di mana seorang atau 2 orang
menarik plastik silvershine yang dipegang oleh 2 orang yang lain.

Rajah 15: Kaedah Memasang Plastik Silvershine Secara Manual Pada Batas Tanaman
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:15/16

SOALAN

1. Nyatakan ukuran/ saiz batas untuk sayur-sayuran daun, tembikai dan tanaman
orkid monopodium.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

2. Terangkan denganringkas cara membuat batas menggunkan traktor 2-roda.

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Nyatakan dua (2) jenis implemen pembatas.

i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________

4. Nyatakan dua (2) peralatan yang digunakan untuk membuat batas

i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________

5. Terangkan dengan ringkas cara mengukur dan menanda batas.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

6. Nyatakan dua (2) jenis peralatan menanda batas.

i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(3/7) MUKA SURAT:16/16

RUJUKAN

1. Bahagian Buah-buahan (1997) Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan (Nenas,


Tembikai, Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku, Jambu, Jambu
Batu, Manggis), Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-080-6

2. Bahagian Sayur-sayuran, (1997), Pakej Teknologi Tanaman Sayur-sayuran


(Bayam, Kangkong, Sawi, Cili, Bendi, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang,
Kacang Buncis dan lain-lain), Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-035-0

3. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman Hiasan
(Orkid, Bunga Keratan),Terbitan Jabatan Pertanian.

4. J.M. Shippen, C.R. Ellin, C.H. Clover, Diterjemahkan Oleh Abdul Gafar Abdul
Rahman, (1993), Asas Jentera Ladang, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
ISBN 983-62-3299-0

5. Lee Chew Kang, Menanam Sayur Untuk Keperluan Sendiri, TerbitanDewan


Bahasa dan Pustaka. ISBN KK.763-2776-0101

6. Mustafa Kamal Mohd Shariff, (2002), Hortikultur Hiasan, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X

7. Redaksi Agromedia Group, (2006), Synergy Media Books, Penanaman Buah-


buahan (Durian, Mangga, Jambu Batu), Terbitan ISBN 983197472-7

Anda mungkin juga menyukai