Anda di halaman 1dari 16

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

PENGGUNAAN KLON SECARA ENVIROMAKS PENANAMAN GETAH

KLON
DEFINASI KLON - Pokok atau sekumpulan pokok yang teruji segala sifat yang di ingini

Klon getah terbahagi kepada : 1. Klon Asli 2. Klon Moden

KLON
KLON ASLI - Klon yang sudah dijumpai manusia dan keturunannya tidak diketahui. - Wujud sedikit sahaja KLON MODEN - Hasil rekaan manusia melalui melalui proses pembiakbakaan dan pemilihan

PENGKLASAN KLON
Mengikut Syor penanaman Getah LGM , klon-klon moden yang di syor di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu : * Kumpulan I Klon-klon yang dipilih berlandaskan maklumat data hasil lateks dan ciri-ciri sekunder pokok sekurangkurangnya lima tahun selepas di toreh di percubaanpercubaan sekala besar seperti Percubaan Klon Skala Besar, Projek Pembangunan Terkawalselia atau Penanaman Komersial. Boleh di tanam di estet dan kebun kecil tanpa sekatan keluasan tanaman Klon disyorkan oleh RISDA : RRIM 937, RRIM 938, RRIM 940, PB260, PB350, PB355 dan PB359
( Pek . Pengembangan RISDA bil 1/2006)

PENGKLASAN KLON
*
-

Kumpulan II
Klon-klon mempunyai maklumat terhad. Klon-klon ini dipilih berdasarkan prestasi pengeluaran hasil lima tahun ditoreh dan ciri-ciri sekunder dalam Percubaan Klon Skala Kecil. Prestasi klon-klon ini dalam keadaan cuaca, tanah dan persekitaran berlainan belum lagi di perolehi. Penanaman klon-klon ini adalah terhad dan perlu diawasi.

Klon disyorkan oleh RISDA : RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM2002, RRIM2023, RRIM2025 dan RRIM2027
( Pek . Pengembangan RISDA bil 1/2006)

PENANAMAN SECARA ENVIROMAKS

Penanaman getah secara enviromaks boleh dikatakan penggunaan klon yang sesuai dengan keadaan kesuburan tanah dan alam sekitar atau pengaruh lingkungan.

FAKTOR PEMILIHAN KLON


1. Faktor tanah - Berdasarkan pada klas kebolehannya dari segi penghasilan dan diberi kod seperti di bawah : S1 Amat sesuai S2 Sesuai S3 Sesuai sedikit N1 Sekarang tidak sesuai N2 Kekal tidak sesuai * N1 dan N2 sebaik-baiknya di elakkan.

Peta tinjauan kesesuaian tanah bagi penanaman getah di Semenanjung Malaysia

FAKTOR PEMILIHAN KLON

2. Faktor kekuatan angin

- Elak menanam klon-klon yang sudah di ketahui tidak tahan pada angin kencang di kawasan angin kencang.

Peta tinjauan kesesuaian tanah bagi penanaman getah di Semenanjung Malaysia

FAKTOR PEMILIHAN KLON


3.
-

Faktor Penyakit
Elak menanam klon-klon yang sudah diketahui kurang rintangan kepada penyakit daun dan batang seperti : i) Penyakit luruhan daun muda Oidium teruk ii) Penyakit luruhan daun muda Colletotrichum teruk iii) Penyakit daun luruh Phytophthora iv) Penyakit daun Corynespora v) Penyakit cendawan angin teruk

Kawasan penyakit luruhan daun Oidium

Kawasan penyakit luruhan daun Colletotrichum

Kawasan penyakit luruhan daun Phytophthora dan Corynespora

Kawasan penyakit Cendawan Angin

FAKTOR PEMILIHAN KLON


4. Prestasi Klon - Penanaman klon RRIM siri 2000 sehingga kini adalah terhad. Oleh itu prestasi klon-klon ini diprojek Pembangunan Terkawalselia Klon ( PPT ) di gunakan sebagai panduan.

- Bagi sesuatu kawasan, pilih klon yang paling cepat membesar

Perbandingan pertumbuhan klon siri RRIM 2000 ( lilitan) di projek Pembangunan Terkawalselia Klon di sesuatu kawasan

RUJUKAN
1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.
2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah 3. Lembaga Getah Malaysia ( 2003 ) Syor Penanaman Getah LGM 2003

Anda mungkin juga menyukai