Anda di halaman 1dari 7

MODUL : GAT 2013

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR LADANG

TAJUK : SENGGARA SISTEM PENGAIRAN


TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan


kepada pelatih tentang penyelenggaraan sistem pengairan, kaedah, bahan dan
peralatan penyelenggaraan/ pembaikan dan rekod penyelenggaraan sistem
pengairan.

PENERANGAN :

Penyenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga,


mengendali dan mengawal selia bangunan, kemudahan, kelengkapan,
perkhidmatan dan persekitarannya.

1.0 PENGENALAN PENYENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN


1.1 Definisi
 Penyenggaraan bermaksud satu usaha penjagaan sesebuah
struktur dengan mengawal selia, membaiki kerosakan dan
menggantikan komponen bagi memenuhi piawaian semasa,
mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan serta
selamat digunakan
 Senggaraan yang baik lagi berkesan diperlukan untuk
memastikan sistem boleh digunakan dalam satu jangka masa
yang dianggap menguntungkan.
1.2 TUJUAN PENYENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN
Melalui penyelenggaraan, pengguna memperoleh faedah seperti
berikut:
 Mengelakkan dari berlakunya masalah yang serius
 Jangka hayat dan ketahanan struktur lindungan akan
bertambah.
 Mendapat keselesaaan dan keselamatan pengguna.
 Peningkatan perkhidmatan yang tinggi/optimum.
 Dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kerana kerosakan
dapat dikenal pasti lebih awal
 Dapat menjaga imej organisasi dan individu.
 Mematuhi segala kehendak undang-undang
 Mencapai tahap kebolehguna yang diterima
 Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar dibaiki dan
dengan ini menjimatkan perbelajaan

1.1. JENIS-JENIS KEROSAKAN SISTEM PENGAIRAN


 Bocor
 Terputus
 Tercabut
 Tersumbat
 Kadar aliran air tak rata/sama

Rajah 3: Rumah kalis hujan Rajah 4: Rumah semaian


1.4 JENIS- JENIS KEROSAKAN STRUKTUR LINDUNGAN
 Atap/ bumbung bocor
 Tiang/ palang reput dan pecah
 Jaring/ plastik lindungan berkulat, berlumut, kotor koyak dan
tanggal
 Lantai retak, berlumut dan lecah
 Roboh dipukul ribut

Rajah 3: Roboh dipukul ribut

2.0 JADUAL/ ADUAN/ REKOD PENYELENGGARAAN

Bulan
J F M A M J J O S O N D
Perkara
1. Struktur Binaan
Rumah lindungan
i. Atap/ bumbung X X X X X X X X X X X X
ii. Tiang/ palang r X X X X X X X X X X X X
iii. Jaring/ plastik X X X X X X X X X X X X
iv. Lantai X X X X X X X X X X X X
simen/tanah/ X X X X X X X X X X X X
berbatu /weedmat X X X X X X X X X X X X
2. Kemudahan Asas
i. Bekalan air X X X X X X X X X X X X
ii. Bekalan elektrik X X X X X X X X X X X X
X X X X X X X X X X X

Jadual 1: Rekod penyelenggaraan setiap bulan

3.0 KAEDAH, BAHAN DAN PERALATAN PENYELENGGARAAN


3.1 Terdapat 2 kaedah yang dijalankan di dalam kerja-kerja selenggaraan iaitu :
 Kaedah Selenggaraan Am
Pemeriksaan dijalankan secara rutin dan berjadual untuk memeriksa kerja-kerja
penyelenggaran yang sedang atau telah dilaksanakan. Pemeriksaan di buat
secara menyeluruh kepada semua infrastruktur ladang.
 Kaedah selenggaraan kerosakan
Dilaksanakan apabila sesuatu kerosakan dilaporkan atau ditemui semasa
membuat pemeriksaan am. Selenggaraan dilakukan secara had-hoc dan di buat
secara teliti untuk menentukan status kerosakan tersebut. Diantara perkara yang
perlu diberi perhatian ialah jarak, bilangan, keluasan, tahap dan jenis kerosakan.

4.0 REKOD PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR LADANG


Terdapat dua rekod pemeriksaan selenggara infrastruktur ladang yang perlu
dikemaskini dan disimpan sebagai rujukan:
4.1 Rekod struktur binaan
Seperti bangunan pejabat, stor, rumah lindungan, rumah ternakan, jambatan,
pagar, pondok jaga dan garaj.
4.2 Rekod kemudahan asas
Seperti sistem saliran, sistem pengairan, bekalan air & eletrik, jalan dan
teres. Semua rekod hendaklah di buat dengan tepat, betul dan lengkap untuk
mudah disemak dan di analisa terhadap kerja-kerja rancangan selenggaraan
yang dijalankan.
A. Struktur Binaan

Tarikh selenggaraan: Masa:

TAHAP
JENIS BAHAGIAN JENIS KEROSAKAN
BIL TEMPAT CATATAN
BANGUNAN KEROSAKAN KEROSAKAN (bil/luas/ukuran
)
1 Rumah Blok A Dinding Beroti 2”x3” 3 m persegi Dimakan
semaian dan papan anai-anai
reput
2 Struktur kalis Blok B bumbung Atap 0.5m x 2 m Plastik
hujan bumbung berlumut
plastik koyak
3 Struktur kalis Blok C Tapak tiang Alas batu 2 buah alas tiang Tiang jadi
serangga tapak tiang saiz 2’x1’ senget
pecah
4 Struktur Blok D Alang atas patah 3 batang kayu Dihempap
fertigasi bumbung saiz 3”x4”x12’ dahan
poko ke

Jadual 2: Rekod pemeriksaan selenggara struktur bangunan


B. Kemudahan Asas

Tarikh selenggaraan: Masa:

TAHAP
JENIS BAHAGIAN JENIS
BIL TEMPAT KEROSAKAN CATATAN
BANGUNAN KEROSAKAN KEROSAKAN
(bil/luas/ukuran)
1 Bekalan air Blok A Paip sisi pecah Sambungan HOPE paip saiz Akibat
Tee tercabut 2” terkena
backhoe
membaiki
longkang
2 Kabel letrik Blok B Kabel agihan Ikatan pada Satu hock kabel Kabel jatuh
bersalut tiang terlucut tercabut ke tanah
penebat

3 Sistem Blok C Mikrotube Mikrotube dan 10 peratus dari Tersumbat


pengairan nipple keseluruhan oleh pasir
tersumbat polibeg tanah dan
cocopeat

Jadual 3: Rekod pemeriksaan selenggara kemudahan asas


Jawab semua soalan dibawah:-
1. Terangkan dengan ringkas definisi penyenggaraan sistem pengairan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga tujuan penyenggaraan sistem pengairan


i. ______________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Claude Culpin (1976), Farm Machinery. Crosby Lockwood Staples London. ISBN
0258970480
2. Manual Kerja Ladang, Mekanisasi Perladangan (1992), Universiti Pertanian Malaysia.
3. Manual Latihan Praktikal Penuntut (1997), Institut Pertanian Semenanjung Malaysia,
Jabatan Pertanian (Tidak dicetak)
4. Nota Tahap 2, Pemeriksaan Prasarana dan Infrastruktur, Kolej Pertanian Malaysia. Tahun
2006

Anda mungkin juga menyukai