Anda di halaman 1dari 1

Ini adalah amanat terakhir dari saya kepada semua calon 940/2.

Pastikan apabila menjawab


soalan anda mengambil berat aspek format jawapan iaitu mesti ada bahagian pengenalan, isi dan
kesimpulan.
Untuk menulis pengenalan pastikan setiap ayat yang dibina mempunyai kepentingan yang
khusus, misalnya ayat pertama untuk menerangkan definisi, ayat kedua untuk memberikan latar
belakang dan ayat ketiga menyentuh kehendak soalan.
Untuk penulisan perenggan isi, amat penting bagi setiap calon menyatakan fakta isi dengan tepat.
Selain itu, huraian , contoh serta penegasan kepada isi utama harus dinayatakan dengan lancar
dan dapat memikat minat pemeriksa. Juga hendaklah pastikan bahawa ayat terakhir dalam
perenggan isi itu dapat menegaskan semula akan fakta yang diberi pada permulaan perenggan
tadi.
Akhirnya bagi menulis perenggan kesimpulan, sila tentukan bahawa anda dengan jelas menulis
bahawa itu adalah perenggan kesimpulan (sebagai contoh ...... Sebagai kesimpulannya adalah
jelas bahawa ........) Jika anda dapat membuat perkembangan kepada persoalan yang ditulis
dalam esei, maka ia adalah amat bagus dan dapat membantu mengukuhkan lagi kesimpulan
anda.

Anda mungkin juga menyukai