Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN PENGHANTARAN MANUSKRIP

Anda yang berminat untuk menghantar karya perlu mengikut panduan yang disediakan oleh Blue-T Publication seperti berikut: PENULISAN NOVEL REMAJA / DEWASA 1. Tebal manuskrip antara 150 200 saiz A4. perkataan. Jaraknya double spacing. 2. Saiz font 12 dan gunakan Times New Roman. 4. Sertakan sinopsis cerita, 2 bab pertama, nama penuh, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda untuk dihubungi. Ini bagi tujuan untuk menilai konsep dan idea penulisan. (Setelah persetujuan dilakukan oleh pihak editor, penulis boleh emailkan manuskrip penuh kepada Blue-T Publication atau menghantar manuskrip melalui pos. 5. Manuskrip ini hendaklah (dianadzul@blue-t.com.my) di emailkan kepada editor terlibat 25 000 - 30 000 patah

6. Setiap manuskrip yang sampai ke Blue-T Publication akan dimaklumkan kepada penulis. Penerimaan ini juga akan direkodkan sebagai simpanan kami. 7. Panel penilai akan menilai setiap manuskrip dalam masa empat minggu.

8. Setiap karya akan dinilai daripada aspek tema, plot, bahasa, kronologi cerita, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita.

9. Sekiranya panel penilai berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, penulis akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan. Kebiasaannya penulis dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan). 10. Setelah panel penilai berpuas hati dengan pindaan/perubahan/pemantapan yang telah dilakukan, penulis dikehendaki menghantar CD atau emel kepada kami manuskrip tersebut untuk proses penyuntingan.

PENULISAN NOVEL KANAK-KANAK :

Terdapat 3 Pembahagian Novel Kanak-Kanak:

1) NOVEL MOTIVASI ANA MUSLIM

Menyelami kisah suka duka kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik dalam diri seperti rasa rendah diri, malu, sedih, kecewa dan pelbagai gangguan emosi. Menerusi cerita yang disampaikan, pembaca diharap dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat dan dorongan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

2) NOVEL TELADAN ANA MUSLIM

Menyelami sikap negatif kanak-kanak yang suka memberontak, malas, degil, sombong, cemburu, pentingkan diri dan pelbagai lagi sikap buruk yang membawa kepada sesuatu kejadian atau peristiwa buruk kepada dirinya sebagai pengajaran untuk memberi keinsafan kepada dirinya.

1) Sasaran pembaca : Kanak-kanak berusia 11- 14 tahun. 2) Jumlah patah perkataan : 10 000 patah perkataan = 45 muka surat 3) Format bebas 3) Konsep 1 Malaysia adalah digalakkan. 4) Sertakan sinopsis dan 2 bab pertama terlebih dahulu untuk penilaian supaya jalan cerita tidak sama dengan cerita yang telah diterbitkan sebelum ini. 5) Penulis dikehendaki meletakkan 10 bab kecil beserta tajuk.

3) NOVEL ISLAMI ANA MUSLIM Menyelami kehidupan kanak-kanak yang berada di dalam dilema dan persoalan tentang kehidupan yang dilalui. Bersandarkan kepada ajaran Islam dan pengukuhan agama membuatkan kanak-kanak tersebut masih kuat dan teguh berhadapan dengan dugaan hidup. 1) 2) 3) 4) 5) Sasaran pembaca : Kanak-kanak berusia 11-14 tahun Jumlah patah perkataan : 12 000 patah perkataan = 55 muka surat Format bebas Masukkan hadis dan kata-kata motivasi di dalam teks dan dialog Sertakan sinopsis dan 2 bab pertama terlebih dahulu untuk penilaian supaya jalan cerita tidak sama dengan cerita yang telah diterbitkan sebelum ini. 6) Penulis dikehendaki meletakkan 10 bab kecil beserta tajuk.

Penghantaran manuskrip melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

Blue-T Publication Sdn Bhd Ketua Editor, 12 Jalan 3/4C Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

terbit buku pustakatimur@gmail.com Syarikat saya tak lah besar tapi alhamdulillah dalam masa lebih kurang 3 tahun sudah nampak kemajuan dalam penerbitan buku kanak-kanak. Saya juga bersedia untuk bekerjasama bagi penulis yang ingin menerbitkan tulisan mereka.(pustakatimur@gmail.com)

Anda mungkin juga menyukai