Anda di halaman 1dari 5

Faktor-faktor Pengangguran

Masih ramai graduan yang menganggur walaupun mereka sudah beberapa tahun
menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan mereka
bukan tidak mendapat pekerjaan atau tidak menerima sebarang tawaran tetapi
mungkin tugas yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan mereka. Kebanyakan
graduan ini masih mencari pekerjaan yang dirasakan tidak bersesuaian dengan
status mereka sebagai bekas penuntut universiti.

Menurut Mohd Suhaidi B. Sautar, 25, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa
Utama, antara faktor yang menyebabkan pengangguran di kalangan siswazah ialah
sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan atau sesuatu pekerjaan
yang ditawarkan itu tidak setaraf dengan kelulusan dan bukan bidang mereka
semasa belajar di universiti. Mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan
apa-apa pekerjaan daripada bekerja bukan dalam bidang mereka.

Mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan
lain yang dirasakan kurang setaraf walaupun sebenarnya lebih baik bekerja
daripada menganggur. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak jumpa
kerja sesuai” perlu dibuang dari minda setiap graduan kerana ia bukan sahaja
merugikan mereka, malah merugikan sector yang memerlukan tenaga kerja.

Sebenarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan masih banyak tetapi mereka tidak
tahu mengambil peluang ini. Di samping itu, terdapat beberapa agensi usahawan
yang menawarkan peluang keusahawan bagi mereka yang berminat memilih
keusahawan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, mereka juga boleh memperolehi
pekerjaan dengan pelbagai cara. Contohnya mereka menceburi bidang pertanian
dan mengusahakan kawasan terbiar sehingga memperolehi hasil dan menjadikan
petani yang berjaya. Oleh demikian, bukan kerja kosong tidak ada tetapi sikap
yang terlalu memilih kerja di kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak
dapat diisi.

Menurut Arnida Abu Bakar, 31, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama
berkata, “salah satu masalah penting menyebabkan berlakunya pengangguran
siswazah ialah kelulusan mereka tidak sesuai dengan permintaan dunia
pekerjaan.” Majikan akan lebih berhati-hati menggunakan kriteria ini untuk
memilih graduan-graduan yang diperlukan. Graduan yang mempunyai kelulusan
yang tidak boleh dipasarkan akan menghadapi krisis dan terpaksa menganggur
dalam tempoh yang lebih lama. Keperluan pengambilan dan penambahan tenaga
buruh pula akan dihitung dengan lebih teliti dari segi keberkesanan kos dan
produktiviti. Perlumbaan untuk mendapatkan pekerjaan dijangka akan lebih
bersifat persaingan dan ini akan memberi faedah yang besar kepada majikan untuk
memilih kualiti tenaga yang terbaik yang menguntungkan firma-firma perniagaan
mereka.

Pengangguran di kalangan siswazah akan terus berlaku sekiranya mereka tidak


berusaha mencari alternatif baru membina kerjaya persendirian atau menceburkan
diri dalam kegiatan ekonomi seperti bidang keusahawanan yang boleh membantu
menggerakan ekonomi di samping dapat berperanan memberi peluang pekerjaan
kepada golongan lain. Ruang bagi golongan mahasiswa menceburi pelbagai bidang
pekerjaan persendirian, perniagaan dan keusahawanan begitu luas. Bidang-bidang
yang boleh diceburi ini bagaimanapun memerlukan inisiatif dan kegigihan.

Menurut Hafsah Mohamed, 23, pelajar tahun tiga Fakulti Pengajian Bahasa
Utama, pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat setiap tahun
adalah di antara isu-isu yang saban hari diperkatakan. Antara faktor yang
menyumbangkan terhadap kewujudan dilema ini adalah kerana mereka tidak dapat
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta kebanjiran siswazah-
siswazah dari institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang begitu banyak
sehiggakan nisbah jumpa penganggur dan kerja kosong tidak sama rata. Selain itu
juga, taraf pendidikan/ piawaian peperiksaan dan kelulusan siswazah-siswazah
yang agak rendah, membuatkan mereka jarang di beri peluang pekerjaan.

Kesemua faktor-faktor ini berhubungkait antara satu sama lain. Kebanyakan


pelajar berjaya mendapat ijazah masa kini walaupun purata pencapaian tidaklah di
tahap yang memuaskan. Dengan pencapaian tahap rendah, iaitu kemungkinan
CGPA 2.4 ke bawah, agak sukar bagi mereka mendapatkan peluang pekerjaan
segera. Majikan-majikan akan memilih siswazah-siswazah yang cemerlang dan
mepunyai kemahiran serta pengalaman bekerja. Pada masa yang sama, kebolehan
berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris memainkan peranan yang paling penting
di dalam setiap temuduga. Kebanyakan siswazah yang kurang fasih berbahasa
Inggeris akan merasakan kesukaran mendapat tawaran kerja. Namun begitu, ada
juga segelintir siswazah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang tetapi tidak
mendapat peluang pekerjaan, ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dan
pengalaman bekerja serta tiada keyakinan pada diri semasa temudaga diadakan.

Menurut Mohd Faiz Zharif B. Shamat, 24, seorang pelajar lepasan Kolej Universiti
Islam Selangor di dalam pengkursusan Diploma Pengajian Islam (Usuluddin),
pernah menganggur selama enam bulan di rumah tanpa melakukan apa-apa
pekerjaan dan tinggal bersama keluarga kerana sikapnya yang malas bekerja dan
ingin rehat di rumah serta tidak bersedia untuk bekerja. Di dalam tempoh
pengangguran itu dia hanya mengharapkan sumber pendapatan daripada
ibubapanya. Selain itu juga, “saya adalah seorang yang cerewet memilih
pekerjaan, dan mahukan gaji yang tinggi dan memilih penempatan yang sesuai
bagi diri saya tanpa berfikir dengan kelulusan saya semasa belajar di kolej
dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi selepas enam bulan menganggur, dia mula merasakan bosan
tinggal di rumah dan tidak mengetahui dunia luar, lalu membuat keputusan
mencari kerja dan bertekad untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan asalkan
sumber pendapatan itu halal serta boleh menyara kehidupanya. Selepas itu dia
mendapat kerja di satu tempat isi minyak Petronas di Batang Kali sebagai atenden
pam dan bekerja sepenuh masa di situ.

Menurut Amzan B. Satiman, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor


berkata, “faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah dari segi
perindustrian. Kebanyakan siswazah tidak tahu membawa diri dalam dunia
realiti, mereka hanya mementingkan akademik semata-mata. Pembelajaran
tidak hanya tertumpu di dalam kelas sahaja tetapi ianya merangkumi aktiviti
luar. Aktivi-aktiviti ini yang memberikan kita banyak pengalaman, dan
mengajar kita bagaimana cara untuk berhadapan dengan khalayak ramai,
berorganisasi,menyelesaikan masalah serta melakukan tugas denan baik.”

Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman berbanding dengan


akademik, ini kerana kos untuk mengadakan latihan etensif kepada pekerja baru
akan membelanjakan wang banyak dan memberi sedikit kerugian kepada sesebuah
syarikat pada masa itu. Selain itu juga, siswazah harus bijak dan aktif dalam
berkomunikasi serta cemerlang dalam pelajaran dan korikulum.

Pengangguran siswazah boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri pelajar


itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Contohnya apabila seseorang itu
tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian,
kemungkinan dia akan memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan hasil yang
lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang,
contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada
dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua ini terjadi kerana seseorang itu
berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan.

Cara-cara Mengatasi Pengangguran

Menurut Hamid, 41, Pesyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata
“masalah pengangguran siswazah boleh diatasi dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan serta
perlu berfikir secara profesional dan janganlah bersikap negatif terhadap
sesuatu pekerjaan, kerana ianya akan merugikan diri sendiri. Di samping itu,
mereka perlu pilih kerjaya yang betul dan mempunyai sikap tanggungjawab
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.”

Selain itu , kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga memainkan
peranan penting dalam melaksanakan program sekolah atau universiti kerjaya
dengan jelas. Mereka perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas
kepada graduan daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta
kepada sektor keusahawanan, pertanian, perlombongan dan lain-lain lagi.

Kerajaan juga perlu mewujudkan pusat maklumat siswazah di semua IPTA dan
IPTS dengan aktif membuat aktiviti-aktiviti penyelidikan mengesan siswazah
secara berkala dan melaksanakan program penempatan guru siswazah sehingga
50% pada tahun 2010 di semua sekolah rendah. Ini untuk memastikan model
insane dan model budaya dapat digunakan denga cara yang lebih wajar oleh guru-
ghuru yang terlatih.

Menurut Amzan, 41, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), berkata,
“ kursus yang ditawarkan oleh IPTA atau IPTS hendaklah berasaskan analisis
keperluan tenaga kerja dalam semua jenis sektor di negara ini bukan hanya
bersandarkan kepada keupayaan ademik di sesebuah IPTA atau IPTS.”

Di samping itu, golongan yang masih belajar di sekolah atau IPT perlu memilih
bidang paengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran kerja di pasaran.
Kerja yang ditawarkan di pasaran melebihi jumlah golongan penganggur, tetapi
pemikiran mereka harus diubah. Pemikiran “lebih baik menganggur selagi tidak
jumpa kerja sesuai” harus dibuang jauh-jauh dari minda setiap graduan kerana ia
bukan sahaja merugikan mereka, malah ia merugikan sektor yang memerlukan
tenaga kerja

Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk memberi diri


kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah menaikan taraf
pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di
kalangan siswazah agar masalah ini tidak akan menghantui fikiran semua rakyat
Malaysia di masa akan datang. Selain itu, graduan juga perlu bijak berkomunikasi
dan mempunyai keyakinan diri sermasa berhadapan dengan orang lain, jangan
takut dan teragak-agak menjawab apabila berinteraksi dengan orang berpangkat
atasan.

Kesimpulanya, graduan harus bijak mengatur langkah kehidupan masing-masing,


jangan terlalu memikirkan profesional. Graduan perlu bermula dari bawah untuk
dapatkan pengalaman, bukannya terus dari atas. Justeru , graduan tidak seharusnya
terlalu bersikap memilih , kerana ini bukan saja untuk kebaikan negara,malah ia
juga untuk kebaikan diri graduan itu sendiri dan sikap seperti ini tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan ke atas diri mereka sendiri. Bayangkan berapa
banyak pengalaman bekerja dan pendapatan yang mereka rugi jika hanya duduk di
rumah disebabkan sikap memilih kerja. Selain itu, mereka harus mempunyai
kemahiran dan pengalaman bekerja.. Oleh itu, mereka haruslah berfikiran terbuka
dan bijak dalam menagani masalah ini agar tidak menyesal di kemudian hari. Bak
kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang- senang kemudian,” dan satu lagi pepatah yang mengatakan,
“di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan nak seribu daya tak nak seribu
dalih.”

Anda mungkin juga menyukai