Anda di halaman 1dari 2

Pengangguran: Kesan pada ekonomi

SITI NORFATIHAH MOHD NORDIN


10 FEBRUARI 2018

PERTUMBUHAN ekonomi dunia yang tidak menentu menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi dunia
terganggu selepas daripada krisis ekonomi 2008 dan dicatatkan bahawa kadar ekonomi meningkat hanya 3.1
peratus pada 2015. Kegawatan ekonomi ini telah memberi kesan di sektor pekerjaan di negara organisasi
kerjasama Islam (OKI).

Organisasi ini dianggotai 57 negara dengan anggaran populasi melebihi 1.6 juta penduduk di setiap negara pada
tahun 2011. Difahamkan OKI juga mencatatkan purata kadar pengangguran lebih tinggi berbanding dengan
dunia, negara maju dan negara bukan OIC dalam tempoh 2000-2008, dinyatakan dalam (laporan tahunan
pasaran buruh OKI).

Dan tujuan artikel ini ditulis adalah untuk melihat kaitan hubungan di antara perkembangan ekonomi dan
pengangguran ataupun sama ada kegawatan ekonomi dapat memberi kesan terhadap pengangguran, seterusnya
mempengaruhi perkembangan ekonomi.

Pengangguran adalah perkara yang sering kali berlaku di setiap negara termasuklah negara OKI, ia dapat
diklasifikasikan sebagai salah satu masalah yang kritikal di negara maju atau negara membangun yang berada di
bawah keanggotaan OKI. Di negara Gabon, Palestin dan Mauritania, kadar pengangguran telah dijangkakan
melebihi 20 peratus, walau bagaimanapun di negara OKI yang lain kecuali Qatar mencatatkan kadar
pengangguran sekitar 7 - 10 peratus iaitu bersamaan dengan kadar pengangguran di kebanyakan negara yang
sedang membangun.

Menurut laporan tahunan pasaran buruh 2015 bahawa kadar pengangguran di OKI mencatatkan 4.6 peratus
daripada jumlah penduduk, 2.5 peratus daripadanya mewakili orang dewasa manakala 2.1 peratus mewakili
belia. Pengangguran ini disebabkan oleh kekurangan permintaan bagi buruh, apabila kitaran perniagaan
merudum contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan permintaan bagi perkhidmatan
akan jatuh akibatnya pekerja akan diberhentikan.

Menurut KDNK (keluaran dalam negara kasar) kadar jumlah sektor perkilangan di negara-negara OKI adalah
13.4 peratus pada 2011, dan pada 2014 sektor industri perkilangan berada pada 13.5 peratus kurang daripada
15.5 peratus yang direkodkan pada tahun 2000 (OIC Economic Outlook 2016).

Di Yaman, pakar analisis menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara pekerjaan dan
produktiviti iaitu perkembangan produktiviti yang lebih tinggi dapat dicapai dengan tahap pekerjaan lebih
tinggi. Yaman adalah salah satu negara yang paling miskin di sekitar kawasan Arab dengan kadar pengangguran
tinggi. Jadi, ekonomi akan memberi kesan kepada pekerjaan atau pengangguran dan perkembangan produktiviti.

Pertumbuhan ekonomi merupakan sebuah proses kenaikan dari pengeluaran dalam jumlah perkapita yang dilihat
dalam jangka sangat panjang. Bagi kebanyakan negara membangun, peningkatan pertumbuhan ekonomi
menandakan ia satu asas kejayaan bagi pembuatan dasar ekonomi negara, dan kadar pengangguran diterima
sebagai satu pemboleh ubah makroekonomi yang terkemuka dan kebiasaannya digunakan untuk mengenal pasti
prestasi ekonomi sesebuah negara.

Kadar perkembangan ekonomi kebiasaannya dapat dilihat dari aspek peningkatan KDNK, pada tahun 2014 OKI
telah menyumbang 23.1 peratus daripada jumlah penduduk dunia, dan 55 negara OKI hanya menghasilkan 15.0
peratus daripada jumlah KDNK dunia (OIC Economic Outlook 2015).

Berikutan daripada kegawatan ekonomi ini telah menyebabkan permintaan guna tenaga yang rendah dan
pengaliran tenaga kerja ke sektor-sektor lain juga menjadi lembap dan kurang berkesan, ini adalah langkah
terawal yang diambil untuk mengurangkan guna tenaga dan penjimatan kos buruh, malah majikan juga akan
lebih berhati-hati dalam memilih pekerja.

Dianggarkan prestasi dalam guna tenaga buruh lelaki di negara OKI keseluruhannya setanding secara global,
akan tetapi kadar penyertaan tenaga buruh wanita kekal jauh lebih rendah ia direkodkan sekitar 41.2 peratus
pada 2014, iaitu jauh lebih rendah daripada purata dunia 50.3 peratus dan purata bukan negara OKI adalah 52.6
peratus (OIC Economic Outlook 2015).

Kadar pengangguran tinggi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menurut OIC
framework for cooperation on labour, employment and social protection, pekerjaan yang berkualiti rendah akan
mencegah produktiviti dan menghalang pertumbuhan ekonomi.

Pengangguran juga menyumbang kepada penurunan hasil kerajaan, kerana pengangguran menyebabkan buruh
kehilangan pekerja dan secara tidak langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan.

Jadi, dapat lihat hubungan di antara pengangguran dan perkembangan ekonomi adalah positif. Ia kerana apabila
kadar pengangguran di sesebuah negara itu meningkat ia akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara dan
menyebabkan ekonomi negara merudum.

Anda mungkin juga menyukai