Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Sukan dan

Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih kuat dan
memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga dapat
mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol yang
berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan mengelakkan
kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang darah mengalir dengan
lancar. Menurut majalah “Reader’s Digest”, amalan bersukan juga dapat membantu
mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan dikategorikan sebagai gendut sekiranya
dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang sepatutnya untuk ketinggian sebanyak
20%. Selain itu, pimpinan negara turut sedar akan kepentingan amalan bersukan telah turun
padang untuk mengetuai orang ramai dalam aktiviti senam aerobik. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa amalan bersukan memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup sihat.

o Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara


o Memupuk semangat patriotisme
o Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
o Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
o Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina
semangat patriotik dan cintakan Negara
o Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya
o memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
o Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan
prestasi kerja lebih produktif.
o Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih
motivasi serta berfikiran positif.
o Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu
melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai