Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Sukan kepada individu, masyarakat dan negara

Sukan merupakan satu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan oleh pelbagai lapisan
masyarakat negara ini. Antara jenis sukan itu meliputi bola sepak, acara larian, badminton,
hoki, dan bola tampar yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tersebut. Media massa di
negara ini juga sering menyiarkan siaran langsung sebarang acara sukan yang menarik
perhatian masyarakat untuk ditonton itu. Sebenarnya, sukan ini membawa banyak faedah
kepada individu, masyarakat, dan negara secara tersirat.

Impak positif penglibatan sukan kepada individu ini ialah diri mereka akan berasa puas dapat
melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Kepuasan ini tercapai kerana sebarang aktiviti sukan itu
memerlukan tumpuan tenaga yang banyak lalu menjadikan individu tersebut menikmati
suasana kehidupan yang bermakna selepas selesai melakukan sukan tertentu itu. Lama-
kelamaan kepuasaan ini membawa keyakinan diri seseorang itu menjadi lebih tinggi sehingga
mampu menyelesaikan pelbagai cabaran hidupnya dengan mudah. Ringkasnya, acara sukan
membawa kehidupan manusia itu lebih bermatlamat dan fokus untuk meneruskan kehidupan
harian mereka.

Selain itu, golongan yang sering bersukan boleh memperoleh kebaikan daripada aspek
kesihatan diri mereka pula. Sebarang aktiviti sukan pasti akan membawa seseorang itu
berpeluh lalu banyak toksik badan akan dilepaskan dengan lancar. Apabila semua toksik
badan dibuang secara baik sudah pasti sistem badan akan berjalan dengan tersusun sehingga
menyukarkan sebarang penyakit berbahaya berlaku. Akibatnya, masyarakat di negara ini
tidak akan menghabiskan wang mereka untuk kos rawatan di hospital itu kerana tidak
mengalami penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan kerosakan buah pinggang.

Kajian juga membuktikan bahawa perpaduan masyarakat boleh dipupuk menerusi acara
sukan yang diadakan tersebut. Konsep perpaduan ini dicapai kerana kejayaan atau kegagalan
pasukan kebangsaan dalam sebarang acara sukan turut dirasai oleh masyarakat tanpa mengira
keturunan itu. Situasi ini mendidik masyarakat erti menikmati sesuatu baik dalam bentuk
positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan antara kaum
tersebut. Lantaran itu, semua cabaran negara akan lebih mudah diharungi kerana rakyat
memiliki rasa kekitaan yang mendalam hasil daripada aktiviti sukan yang murni itu.

Tambahan pula, sebarang acara sukan yang diadakan atau dianjurkan oleh sesebuah negara
itu bakal menjana pertumbuhan ekonomi negara juga. Usaha menganjurkan acara sukan
bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia bola sepak memerlukan pembinaan
stadium serta kemudahan awam lainnya terutamanya pengangkutan awam. Aktiviti sebegini
memerlukan sejumlah modal yang besar untuk membawa semua projek ini berjalan lancar
sehingga menjadikan perniagaan sampingan turut berkembang. Sesungguhnya, aktiviti sukan
yang diadakan apabila dirancang dengan teliti boleh memajukan sektor ekonomi negara
dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, semua kebaikan sukan tadi memang boleh terserlah apabila sukan dimajukan
dengan sebaik mungkin. Semua pihak terutama ibu bapa perlulah memberikan sokongan
apabila anak mereka ingin terlibat dalam sesuatu acara sukan itu. Tanpa disedari sukan itu
boleh menghasilkan pelbagai kebaikan yang berguna untuk individu, masyarakat, dan negara.
Slogan majulah sukan untuk negara harus dipegang oleh setiap lapisan insan Malaysia jika
kita mahu acara sukan ini terus mendat tempat dalam jiwa rakyat.

Anda mungkin juga menyukai