Anda di halaman 1dari 2

Biar mati adat, jangan mati anak!

Oleh: ABDULLAH AHMAD


ADA pepatah dalam wilayah Adat Perpatih Naning berbunyi; 'Biar mati anak jangan mati adat. Maknanya kalau
anak sendiri melanggar adat, dia mesti dihukum.
Pepatah kuno ini tidaklah boleh difahamkan betul-betul seperti perkataan itu.
Pengasas dan Presiden UMNO pertama, Dato Sir Onn bin Jaafar, pernah berkata tatkala dia berjuang untuk
menghapuskan Malayan Union yang amat dibenci itu bahawa dia lebih rela adat mati daripada anak terkorban.
Malayan Union (yang menghapuskan hak ketuanan Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu di Malaya)
telah terkubur pada 1 Februari 1948 dan digantikan oleh Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka tahun 1957;
Malaya diperbesarkan menjadi Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra - Perdana Menteri pertama dan
Presiden UMNO kedua.
Kini Barisan Alternatif yang diketuai Pas bergiat mahu menghapuskan hak istimewa Melayu kerana, pada Pas,
dalam Islam tiada hak istimewa. Bagaimana dengan wali, aulia dan ulama?
Jadinya jika kita ambil pepatah itu dengan fahaman at face value - nilai mukanya maka sangatlah besar rugi
bangsa kita dalam alam globalisasi dan digital. Lagipun pepatah itu tidak relevan dengan tuntutan zaman. Tetapi
kalaulah peribahasa itu dilihat dari sudut positif pula ia satu contoh terbaik. Andainya anak penagih dadah (yang
merbahaya) wajib ibubapanya menghukumnya atau diserah kepada pemerintah berbuat demikian.
''Berapa sayang pun kita kepada Buyung - kalau putera itu bersalah Awang bersalahlah.''
Di India dan China kerana penduduknya terlalu ramai perancangan keluarga digalakkan - diberi pil mengelak
daripada mengandung dan lelaki diberi kondom. Kondom (buatan Malaysia popular dan kondom buatan Jepun
amat halus dan termahal) diberi kepada lelaki miskin percuma.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, mahu penduduk Malaysia meningkat 70 juta satu hari
nanti. Banci baru saja tamat dan penulis kira penduduk kita akan berjumlah 25 juta (pada banci terdahulu 22
juta). Jumlah penduduk bumiputra kini hampir 60 peratus. Waktu Merdeka 43 tahun dahulu bumiputera hanya
48 peratus.
Penulis waktu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 26 tahun dahulu diberi tanggungjawab oleh Tun
Razak portfolio Perancangan Keluarga. Penulis masih ingat waktu itu orang Cina, pada keseluruhannya, tidak
menyokong Rancangan Perancangan Keluarga tetapi amat popular dengan orang Melayu!
Akhirnya, satu pendekatan baru telah dipersetujui hinggalah kini. Perancangan Keluarga di kalangan bukan
Melayu pula berjaya melalui rancangan voluntary - rancangan sukarela (peribadi).
Di Switzerland, Itali dan Jerman kadar kelahiran anak mutlak amat berkurangan seperti juga Singapura, negara
termaju di Asia selain dari Jepun.
Di Singapura kadar kelahiran anak di kalangan kaum Cina hanya 1.3 dan ini membimbangkan pemerintah
Singapura. Kadar kelahiran India Singapura pula 1.58. Kadar Melayu Singapura tertinggi 2.42! Tegas Perdana
Menteri Goh Chok Tong; saya gembira bahawa orang Melayu Singapura tidak mempunyai masalah
meningkatkan jumlah penduduk.
Mereka mempunyai kadar kelahiran mutlak (TFR) 2.42. Tetapi orang Melayu yang berpendidikan tinggi
mempunyai keluarga yang kecil. Saya harap mereka tidak berhenti mempunyai dua orang anak tetapi
mempunyai tiga atau lebih jika berkemampuan mempunyai anak banyak.
Tambahnya lagi, mengikut Berita Harian Singapura (28 Ogos), masyarakat Melayu juga mempunyai masalah
golongan bujang di universiti kerana ramai graduan wanita yang apabila tamat pengajian masih terus
membujang.
Penulis mempunyai tiga orang anak dan kalau tidak jadi mangsa ISA Gulam (1976-81) besar kemungkinan
mempunyai empat orang. Apa pun, penulis bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.
Di Singapura berbagai bonus dan juga subsidi wang diberi bagi menambahkan bilangan kelahiran anak. Kini
bapa dalam perkhidmatan awam diberi pula cuti bergaji tiga hari bagi bayi pertama hingga ketiga. Masalah!.

Anda mungkin juga menyukai