Anda di halaman 1dari 2

Usaha-usaha memajukan industri desa

Industri desa yang juga dikenali sebagai industri kecil ataupun industri tradisional merupakan antara
industri yang berperanan ke arah penjana pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk
dimajukan. Dengan perkataan lain, industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau
kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung yang nmasih menggunakan teknik industri
tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Memang tidak dinafikan bahawa suatu ketika
dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin berkurangan disebabkan oleh
perubahan zaman yang ketara. hal ini demikian kerana fenomena peralihan terhadap kemajuan teknologi
yang menyebabkan industri desa kurang menonjol. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilakukan
dalam memajukan industri desa?

Usaha yang boleh dilakukan termasuklah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka
yang berminat. Hal ini demikian kerana bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada
pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan haruslah memberikan
bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan supaya industri desa seperti batik, kraftangan dan
makanan tradisional. Taraf kehidupan penduduk desa melalui sokongan kerajaan juga dapat dipertingkat.
Oleh itu, peranan kerajaan penting agar industri desa terus diusahakan secara berterusan di negara kita.

Seterusnya, langkah yang boleh dilakukan dalam memajukan industri desa adalah dengan menggunakan
alat-alat berteknologi moden. Dengan mengaplikasikan teknologi moden dalam pengeluaran produk
tradisional, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk. Secara tidak langsung
penduduk desa dapat mengksport produk desa ke luar negara dan tidak hanya dipasarkan di dalam
daerah sendiri sahaja. Melalui penggunaan alat-alat teknologi moden juga, industri desa dapat memberi
peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada anak-anak kampung itu sendiri lantaran permintaan
yang semakin meningkat seiring dengan perubahan masa.Jelaslah, industri desa yang telah dimajukan
mampu menjadi teras pertumbuhan ekonomi yang mantap kepada pengusahanya.

Selain itu, kerajaan boleh juga memperkenalkan konsep "Satu Daerah Satu Produk". Dengan
mengimplimentasikan konsep tersebut secara berkesan, industri desa itu akan maju, mempunyai identiti
tersendiri serta melahirkan pengeluaran produk yang mencerminkan keistimewaan daerah tersebut.
Sebagai contoh di negeri Melaka, terkenal dengan pasaran gula Melaka yang digunakan dalam pelbagai
masakan. Kerajaan negeri Melaka haruslah melatih penduduk tempatan menghasilkan produk gula
Melaka yang lebih enak dan berkualiti dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat serta modal. Hasil
daripada usaha sedemikian, dapatlah ditingkatkan pendapatan penduduk tempatan yang mengusahakan
produk tersebut seterusnya menonjolkan keistimewaan daerah tersebut kerana menjadi sebutan ramai.
Keistimewaan daerah tersebut juga bakal menggamit pengunjung melawat dan mampu meningkatkan
kunjungan pelancong. Oleh itu, kerajaan haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menjayakan konsep "Satu Daerah Satu Produk".

Tidak ketinggalan juga, kerjasama antara semua pihak dalam usaha memasarkan produk industri
desa ke seluruh pelosok negara. Rakyat perlu yakin dengan kemampuan dan keupayaan sendiri untuk
mencapai kemajuan dan seterusnya membantu negara untuk menjadi sebuah negara maju. Misalnya
pada setiap hari Khamis akan kelihatan semua kakitangan kerajaan sama ada lelaki atau perempuan
mengenakan baju batik yang merupakan produk industri desa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang
dek panas.Dengan memakai baju batik, rakyat telah mempromosikan produk tempatan dan pada masa
yang sama mereka telah menyumbang kepada pendapatan negara kerana membeli produk buatan
Malaysia. Impaknya industri desa dapat berkembang maju dan dapat mengekalkan nilai-nilai seni tradisi
yang diwarisi sejak turun-temurun secara zaman- berzaman. Tuntasnya, kerjasama erat telah dipupuk
dalam kalangan rakyat dengan adanya usaha berterusan daripada kerajaan memartabatkan produk
industri desa.

Secara komprehensifnya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang
sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi
menghasilkan produk tempatan yang berkualiti antarabangsa agar dapat duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan produk berjenama antarabangsa ( patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai