Anda di halaman 1dari 1

Malaysia kaya dan terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong.

Produk ekopelancongan
merupakan produk ekopelancongan yang semakin popular. Ekopelancongan mula dibangunkan serta
dilaksanakan secara serius melalui penubuhan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan pada tahun 2015.
Destinasi ekopelancongan yang popular ialah taman negara, pulau, tapak arkeologi, dan tempat
bersejarah. Contohnya, Taman Negara Kuala Tahan, Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu,
Santuri Gajah Kuala Gandah, Taman Geo Kilim Karst, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Sipadan,
Pulau Mabul, Firefly Park Kuala Selangor, dan Tapak Arkeologi Lembah Lenggong di Perak. Persoalanya,
apakah kepentingan aktiviti ekopelancongan kepada rakyat dan negara kita?

Kepentingan perdana aktiviti ekopelancongan kepada rakyat dan negara kita ialah aktiviti
ekopelancongan menang dapat menambah peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi.
Hal ini demikian kerana tempat-tempat ekopelancongan di negara kita biasanya berada di tempat
bersejarah atau kawasan semula jadi yang indah permai. Maka, penduduk setempat di kawasan yang
jauh dari bandar dan kurang membangun berpeluanglah mendapat peluang pekerjaan dalam industri
Sabah dan Sarawak. Peluang pekerjaan yang semakin meningkat akan meningkatkan pendapatan
negara. Jelaslah bahawa aktiviti ekopelancongan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
setempat dan mencapai pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, kepentingan kedua ialah aktiviti ekopelancongan dapat menstabilkan kehidupan
rakyat dan mengurangkan belanja kerajaan. Hal ini disebabkan oleh apabila kita bolehlah membeli
barangan-barangan keperluan kerana mempunyai pendapatan. Justeru, apabila masalah kecemasan
berlaku, kita dapat menyelesai masalah dengan segera. Oleh itu, pihak kerajaan akan mengurangkan
belanja tentang subsidi kepada orang yang memerlukan bantuan. Keadaan ini bak mutiara kita sambil
menyelam minum air. Natijahnya, aktiviti ekopelancongan dapat membekalkan kehidupan yang lebih
selasa dan stabil kepada rakyat serta mengurangkan beban kerajaan.

Di samping itu, kepentingan ketiga ialah aktiviti ekopelancongan dapat memartabatkan


kedudukan negara kita dan rakyat dapat dihormati oleh orang negara asing. Hal ini berlaku demikian
kerana orang negara asing akan lebih memahami kaum dan agama kita tatkala mengunjungi destinasi
ekopelancongan yang nian indah. Maka, kita dapat diterima oleh orang negara asing dengan tidak
mementingkan mereka diri sendiri. Oleh itu, kedudukan dan maruah negara kita akan ditingkatkan.
Contohnya, orang yang tidak mengunjungi negara kita memandang negara kita sebagai negara yang
lemah dan kita tidak dapat dipandang tinggi atau dihormati oleh orang negara asing, terutamanya
orang-orang negara barat. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Dengan berbuat demikian, aktiviti
ekopelancongan dapat meningkatkan maruah dan kedudukan negara.

Kesimpulannya, aktiviti ekopelancongan amat penting kepada rakyat dan negara. Oleh itu, kita
haruslah memelihara alam sekitar kita, terutamanya destinasi semula jadi. Seterusnya, kita wajarlah
merebak perniagaan aktiviti ekopelancongan dengan media massa seperti Facebook, Ingstagram, TikTok
dan seterusnya. Akhir sekali, kita mestilah cinta akan negara kita kerana di mana bumi dipijak, di situ
langit dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai