Anda di halaman 1dari 1

Soalan : Kebersihan dan keindahan alam sekitar amat penting dalam kehidupan.

Setiap ibu bapa


menitikberatkan kebersihan keindahan alam sekitar terhadap anak-anak. Jelaskan peranan ibu bapa
dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan keindahan alam sekitar
dalam kehidupan seharian.
Penerapan pendidikan menjaga alam sekitar dan kebersihan bermula di rumah dan mudah dilaksanakan
seandainya ibu bapa benar-benar komited untuk melaksanakan usaha murni ini. Ia bukanlah suatu perkara yang
sukar dilaksanakan dan tidak memerlukan kos tinggi malahan banyak memberikan manfaat kepada setiap
keluarga yang mengamalkannya. Oleh itu, ada beberapa kaedah mudah yang boleh diamalkan ibu bapa untuk
mendidik anak untuk menjaga alam sekitar bermula dari rumah.
Pertama; Menanam sikap membuang sampah di tempat yang betul. ( ) Pada masa ini, pembuangan
sampah sudah menjadi tabiat di kalangan masyarakat. ( ) Amalan membuang sampah di tempat yang
betul dapat mendidik generasi cintakan kebersihan dan bencikan kekotoran. ( ) Melalui pendidikan alam
sekitar di rumah, anak diberikan penekanan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
( )
Kedua; Amalan mengasingkan sampah mengikut jenis seperti kertas, plastik botol kaca dan sisa makanan boleh
dibudayakan daripada rumah. ( ) Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan empat bekas sampah
yang berlainan warna (kuning, biru, jingga dan hijau) bagi mengasingkan sampah harian yang terhasil. ( )
Ia boleh diletakkan di tempat strategik di dalam dan halaman rumah. ( ) Hal ini bukan sahaja dapat
mewujudkan suasana yang bersih malahan dapat melahirkan hubungan kekeluargaan yang erat bagai aur
dengan tebing. ( )
Ketiga; Ibu bapa perlu mengadakan ruang di halaman rumah untuk menanam tanaman seperti pokok bunga,
sayuran dan buah-buahan. ( ) Aktiviti bukan saja dapat mengindahkan persekitaran rumah malahan
sayuran dan buah-buahan boleh dijadikan santapan berkhasiat untuk jamuan sekeluarga. ( ) Sekiranya
ruang untuk menanam tumbuhan terhad teknik hidroponik boleh dilaksanakan. Amalan ini selaras dengan
saranan Perdana Menteri baru-baru ini untuk menggalakkan tanam sayur dan buah-buahan di sekitar rumah.
( ) Selain itu, sisa makanan yang terhasil setiap hari boleh digunakan sebagai baja kompos organik untuk
menyuburkan tanaman. Ibu bapa perlu melakukan aktiviti ini secara bersama dengan anak. Kaedah ini dapat
menerapkan kefahaman menyayangi alam melalui penanaman tumbuhan yang boleh memberi manfaat kepada
manusia. ( )
Keempat; Aktiviti rekreasi alam sekitar perlu diperbanyakkan dan amalan membeli belah ke pusat beli- belah
perlu dikurangkan. ( ) Ini dapat menggalakkan anak berjimat cermat dan pada masa sama meningkatkan
kesedaran untuk menyintai alam sekitar di kalangan anak. ( ) Aktiviti rekreasi alam sekitar seperti ke
kawasan rekreasi air terjun, kawasan tanah tinggi, hutan, sungai dan pantai adalah lebih bermanfaat daripada ke
pusat beli-belah, sekali gus mengisi masa lapang anak dengan penuh berkualiti. ( ) Secara tidak langsung,
aktiviti ini dapat menggalakkan anak-anak untuk menjaga keindahan alam sekitar. ( )
Kelima; Amalan penjimatan tenaga perlu di jadikan amalan di rumah. ( ) Amalan penjimatan penggunaan
elektrik dan air boleh dilakukan dengan mematikan suis lampu, pendingin hawa dan kipas apabila ia selesai
digunakan. ( ) Penggunaan air pula di gunakan secara berhemat dengan memastikan air yang digunakan
secukupnya dan tidak membazir. ( ) Air basuhan pakaian sebenarnya masih boleh digunakan untuk
menyiram pokok dan tanaman di halaman rumah. Oleh itu, dapat memupuk semnagat cinta akan alam sekitar.
( )
Keenam, aktiviti mengemas rumah, mencuci kereta dan membersihkan halaman perlu dijadikan budaya di dalam
sesebuah keluarga. ( ) Aktiviti ini perlu diadakan sekerap mungkin bagi menggalakkan anak-anak menjaga
kebersihan kawasan sekeliling. ( ) Secara tidak lansung anak-anak yang diajar dengan nilai baik mencintai
kebersihan dan membenci kekotoran akan dapat melahirkan ahli masyarakat yang baik ketika berada di luar
rumah. ( )
Ketujuh; Bagi mendidik keprihatinan mengenai alam sekitar anak perlu didedahkan dengan maklumat mengenai
isu alam sekitar yang berlaku. ( ) Majalah berbentuk pendidikan alam sekitar perlu diperbanyakkan di
rumah. ( ) Anak yang didedahkan maklumat dan bahan bacaan mengenai alam sekitar akan dapat
membina pemikiran yang sihat dan matang. ( ) Gambar hiasan di dalam rumah juga perlu menonjolkan
aspek cintakan alam sekitar. Sesungguhnya isu dan masalah alam sekitar kini semakin mencabar dan kompleks.
Peranan ibu bapa amat penting bagi mendidik anak menghayati alam sekitar. Generasi muda yang terbina
dengan asas nilai murni yang kuat dari rumah dapat membina masyarakat yang bertanggungjawab dan sedar
mengenai alam sekitar ( )

Anda mungkin juga menyukai